yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

Selalu situasi ini terjadi dalam hidup anda?

Untuk hidup saya sendiri, hal ini seringkali terjadi dan pada juga kehidupan orang lain. Hidup yang dikelilingi terlalu banyak urusan dan tanggungjawab menjadikan kita terkadang hilang susunan priority atau kesuntukan waktu untuk menunaikan kesemuanya.

Mari saya berikan contoh dalam dakwah dan tarbiyyah sendiri.
Seorang murabbi yang tidaklah berapa hebat di dalam pelajaran dalam masa yang sama mahu mencapai hasil yang muntij dalam mentarbiyyah anak halaqahnya.

Sudahlah cemerlang di dalam pelajaran tidak dapat. Anak halaqah yang sedia dikendong pula berciciran.  Situasi sebeginilah yang lazimnya menghakis semangat para dua’t untuk terus meletakkan diri dalam jalan yang lurus ini.

Tidaklah saya katakan kesemua para dua’t atau geng usrah ini tidak hebat di dalam pelajaran, ada yang hebat malah genius otaknya! Saya sendiri malu kalau mengenali ikhwah atau akhawat yang mumtaz pelajaran dan juga hebat dakwahnya kerana saya sendiri masih lagi mencari keseimbangan antara kedua-dua hal tersebut.

Sudahlah pelajaran tahapan biasa-biasa sahaja, anak halaqah juga menjadi hebat sendiri (tanpa celupan saya sebagai murabbi pun tidak mengapa). Bertambah malu, bila anak halaqah lagi hebat juga dalam pelajaran.

Ketahuilah, kerja dakwah ini memang teramat banyaknya. Dalam masa yang sama, kita juga memegang tanggungjawab yang lain sebagai seorang pelajar, pekerja, ibu atau ayah dan pelbagai lagi. Kesemuanya memerlukan kita untuk menjadi organizer yang hebat malah kalau boleh lebih dari 24 jam kita mahukan!

Win-win situation.
Masa yang ada perlu disusun.
Setiap kerja yang ada perlukan cara kerja yang muntij.

Dan ukhuwwah yang ada sesama ikhwah dan akhawat amat diperlukan supaya budaya ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’ dapat dihilangkan.

Beban dakwah ini ada pada bahu kita semua!
Tegarkah kita membiarkan hanya orang yang sama sahaja bekerja (kerja dakwah) sedangkan dia juga seorang pelajar seperti kita?

Sanggupkah kita membiarkan anak halaqah kita sahaja yang menjadi tanpa membantu akhawat lain yang kurang skill kemurabbiannya?

Saya tertanya tanya kembali akan  nilai ukhuwwah yang terjalin antara kita semua.
Adakah sekadar terikat padanya senyuman ketika bertemu muka atau lebih dari itu?

Mungkin tanpa sedar kita telah membiarkan hidup akhawat di sekeliling kita terumbang-ambing dek kerana hanya kita hilang sensitiviti ini. Jika anda terkecuali dari golongan ini, tahniah saya ucapkan kepada anda di luar sana!

Berjalan bersama memang mengambil masa yang lama tetapi kekuatan yang ada tidak dapat ditandingi kerana ikatan ukhuwwah yang diikatkan berlandaskan aqidah itu yang mengikat.

Mungkin juga ada juga ikhwah akhawat di luar sana yang tidak tahu cara untuk membantu ikhwah dan akhawat yang memerlukan bantuan. Mereka tidak pandai menagih simpati daripada anda semua. Anda yang perlu pergi kepada mereka dan bertanya. Jika tiada, minta mereka menceritakan bebanan yang mereka tanggung seorang diri itu agar dapat mereka berkongsi rasa.

Jangan rasa merasakan diri kita tidak layak untuk menolong ikhwah akhawat di sekeliling kita. Hentikanlah perbuatan selalu menunjukkan jari telunjuk kepada dirinya sahaja untuk melakukan kesemua kerja dan mengambil kesemua takhlifan yang ada tanpa anda tahu apa lagi mas’uliyyah yang sedia ada ditanggung olehnya.

Inilah nilai ukhuwwah tahapan amal jamaie. Kerja dakwah yang ada dibahagikan sama rata. Dalam keadaan ini, kerelaan hati dan pengorbanan mereka yang berukhuwwah amatlah diperlukan kerana kerja dakwah ini tidak boleh dilakukan oleh mereka yang merasa terpaksa.

*****

‘Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.’

Antara yang dikejar atau sedia ada dikendong itu lebih penting?
Kedua-duanya penting bagi saya.

Menjadi seorang doktor yang cemerlang juga penting.
Menjadi seorang murabbi yang membentuk acuan tarbiyyah anak halaqahnya juga penting.

Saya tidak mampu untuk memilih salah satu daripadanya.
Agama yang saya kenal dan faham mengajar saya untuk menjadi orang yang bermanfaat dari segala segi sesuai dengan kemampuan diri sendiri ditambah usaha yang berterusan.

Teringat nasihat umi.

“Study…tp jangan sampai fokus sgt nk dpt jayyid jiddan tu…Cuma buat yg terbaik…ape saja yg Allah bg pd kita…mngikut kemmpuan kita sebenornya. Istighfarlah byk2 ye…syukurlah Allah masih membenarkan kita bernafas kt muka bumi ni…sekurang kurang itu je yg kita kena igt sebagai hamba Allah.”

Saya katakan kepadanya bahawa saya mahu menjadi seorang doktor yang hebat dan juga murabbi yang hebat.

Kata umi saya lagi, “Betul la tu…tp semua tu hak Allah. yg penting tawakkal pd Allah. Kekuatan sebenar dtg dr dlm diri kita. Allah tmpat kita bergantung. Setiap dari kita ada kelemahan tertentu yang diuji.”

Saya menangis selepas mendapat kata katanya. Selepas beberapa hari, beliau kirimkan saya satu video tazkirah yang cukup membasahkan hati saya.

Terima kasih umi!

Jika difikirkan secara logik, memang kesemua benda tidak dapat kita capai pada satu masa yang sama. Seperti perihal rezeki, sebahagian yang lain dilebihkan rezekinya oleh Allah. Itu soal takdir.

Bahagian usaha, hidup kita perlu penuh dengan strategi untuk cemerlang.

Cemerlang dunia dan akhirat. Seimbang itu yang paling penting.

Jangan kata seorang daie itu agamanya sahaja yang kena bagus, tapi duitnya juga kena ada!

Dan kepada anda semua yang bergelar daie dan mengikat ukhuwwah, jangan abaikan rasa prihatin anda terhadap ikhwah akhawat yang lain. Pegang prinsip ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.

Bayangkan apa yang akan terjadi pada masa depan dakwah dan tarbiyyah sekiranya prinsip ini kita abaikan. Jangan hanya kerana ukhuwwah kita yang tidak ikhlas ini kesemuanya hidup dalam ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’.

 

sekian,
mylittlepencil

penguat izzah seorang Muslim

Bismillah.

Salam dakwah buat semua pembaca yang tidak jemu membaca di sini. Diharapkan Ramadhan yang telah berlalu serta yang bakal datang merupakan barakah buat anda semua.

Jangan rasa ketinggalan.
Jangan tangguh-tangguh lagi.

Manfaatkan sebaiknya Ramadhan kali ini, inshaAllah.
Serta mohon doa dari semua untuk saya yang bakal menghadapi peperiksaan tidak lama lagi, inshaAllah !

Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Yang mereka itu hanya persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan. (6 : 116 )

-ayat muhasabah untuk hari ini-

*********

Iman itu tanda mahabbah.
Ukhuwwah itu ikatan khas untuk orang-orang yang beriman.

Kerana hati-hati yang beriman sahaja akan diberikan mahabbah.
Tidak sempurna iman tanpa ukhuwwah.

Di dalam entri sebelum ini ada saya menjelaskan tentang kompas tarbiyyah dalam ukhuwwah. Tarbiyyah menjadi acuan kepada ukhuwwah.

Maka, iman adalah bahan utama dalam menyediakan ukhuwwah.
Tanpa iman, sebuah ukhuwwah itu hanya adalah untuk kepentingan dan keperluan diri semata.
Tanpa iman, sebuah ukhuwwah itu hanya satu kepalsuan.

Salah satu strategi Rasulullah semasa menjadi pembesar Madinah adalah menyatukan antara Muhajirin dan Ansar.
Mavi Marmara, utusan sebuah kapal dari pelbagai pelusuk negara membawa bantuan untuk disalurkan kepada Gaza.
Dan kita sendiri, terkadang cukup lapang menerima tambahan sebagai sahabat (baca : add as friend) daripada ikhwah (untuk lelaki) dan akhawat (untuk perempuan) yang mungkin kita tidak pernah bersua muka dengannya, tetapi dek kerana jalan yang sama, fikrah yang satu, kita menyatu simpulan ukhuwwah.

Kesemua ini adalah contoh besar yang saya teliti menerangkan tentang ukhuwwah Islamiyyah.

Persaudaraan islam yang terbina kerana Allah.
Saling menghormati, mempercayai dan berkasih sayang.
Atas dasar iman, taqwa dan aqidah yang satu.

Inilah definisi tepat untuk ukhuwwah Islamiyyah yang sebenar.
Lebih tepat, jalinan antara dua hati orang yang beriman, tulus ikhlas, mematri kesetiaan, kejujuran, suka sama-sama dan sedih sama-sama.

Innamal mukminunal ukhuwwah.
Ukhuwwah ini adalah tuntutan ke atas orang-orang yang beriman.
Tenaga dan himmah yang disatukan diibaratkan seperti sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh. (61 : 4 )

Dan bila ianya adalah tuntutan terhadap kita, maka perhalusilah ukhuwwah yang telah kita jalinkan antara semua sahabat apatah lagi yang sama-sama yang berjuang bersama kita dalam jalan yang sama.
Kerana sungguh, Allah sangat Maha Halus terhadap segala jenis amalan kita !

 

Dengan ukhuwwah, kita akan mendapat kecintaan terhadap Allah.

“Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat”

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hablun minallah, hablun minnannas.
Jaga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan dengan manusia.
Kedua hubungan ini perlu dijaga rapi kerana ianya saling berkait rapat antara satu sama lain.

Bila mana kita katakan sebuah ukhuwwah itu kerana Allah, maka buangkan dan singkirkanlah perasaan yang tidak elok.
Kuat merajuk, mudah terasa hati. (ok, saya sendiri susah untuk buat)
Ini hanyalah virus-virus ukhuwwah yang datang dari nafsu dan syaitan.

Buangkan rasa tidak sedap seperti itu, kerana yang kita mahukan dari ukhuwwah yang kita jalinkan adalah cinta Allah itu sendiri.
Tidak mengapa jika cinta dari seorang akh atau ukht itu tidak kita dapat kerana apa yang kita kejar adalah cinta Allah.

Dengan ukhuwwah, kita akan mendapat perlindungan-Nya di akhirat kelak.

Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Daripada Abi Hurairah (ra) bahwa Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Ada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindunganNya:

 

1. Imam (pemimpin) yang adil.

2. Pemuda yang membesar dalam ketaatan dan dalam keadaan beribadat kepada Allah sejak kecil.

3. Lelaki yang terpaut hatinya dengan masjid.

4. Dua orang lelaki yang saling kasih-mengasihi hanya kerana Allah, bertemu dan berpisah hanya keranaNya,

5. Lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik, lalu ia berkata: “Aku takut kepada Allah”.

6. Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tidak mengetahui tangan kirinya apa yang diberi oleh tangan kanannya.

7. Orang yang bermunajat kepada Allah sambil menggelinangkan airmatanya.

[Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim]

Perlindungan ini masihkah kita mahu lepaskan begitu sahaja ?
Payung ukhuwwah menjadi penyelamat,
Perlindungan-Nya yang membawa rahmat.

Dengan ukhuwwah, kita akan berada di atas mimbar-mimbar cahaya.

Hadis qudsi, daripada ‘Ubadah bin Shamit,
Allah S.W.T berfirman : KecintaanKu hanya untuk orang-orang yang saling mencintai, saling menghubungkan silaturrahim dan saling berkorban keranaKu. Orang-orang yang saling mencintai keranaKu, akan berada di atas mimbar-mimbar cahaya. Para Nabi, sahabat dan syuhada’ merasa cemburu terhadap mereka.

(hadis Ibnu Hibban)

Dengan ukhuwwah, kita akan terampun dari dosa.

Dari Hudzaifah bin Al-Yamani, Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W bersabda :

Sesungguhnya seorang mukmin jika  bertemu dengan mukmin yang lain, kemudian dia memberi salam dan menjabat tangannya, maka dosa-dosa keduanyaakan saling berguguran sebagaimana daun-daun pohon berguguran.

(diriwayatkan oleh Al-Mundziri dalam At-Targhib)

Dengan ukhuwwah, kita akan mengecapi kemanisan iman.

Hadis Anas r.a:
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.

(Riwayat Muslim)

Ya, mula terfikir bagaimana cara yang tepat untuk lebih mencambahkan rasa ukhuwwah fillah ini dalam diri sendiri dan dengan rakan-rakan sekeliling.

Sudah tentu perkara ini penting bagi para dua’t kerana ukhuwwah adalah langkah pertama dalam kita menyampaikan dakwah.
Dakwah kita dakwah hati.
Dakwah yang dimulakan dengan terbitnya kasih dan sayang antara seorang daie dan mad’unya, antara murabbi dan mutarabbinya.

Ukhuwwah ini bagai minuman yang sangat manis dan lazat.
Maka, minumlah sepuasnya.
Ukhuwwah ini bagai udara untuk dakwah.
Maka, hiruplah sepuasnya.

Iman yang sempurna.
Cukup membantu kerana ia seakan memberi cahaya kepada ukhuwwah itu sendiri.
Iman yang akan menolak segala jenis perbezaan.
Iman yang menjadi titik-tolak untuk kita bersatu hati.
Iman yang menjadi penggerak untuk kita lebih memperhebat ukhuwwah.

Suatu hari,Imam Malik hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul bersama. Dengan spontan beliau berkata,”Kedua-duanya bersatu padahal jenisnya tidak sama”. Ketika burung itu terbang, beliau melihat keduanya masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata,”Sebab itulah burung itu dapat bersatu”.

Meskipun berbeda, dengan ikatan iman dan aqidah kita mampu bersatu.

Sebar dan hayati ucap salam yang telah kita lontarkan kepada sahabat-sahabat.

Baginda Nabi Muhammad diriwayatkan bersabda dengan maksudnya “Demi zat yang diriku berada di bawah kekuasaan-Nya, tidak akan masuk syurga selagi kamu tidak beriman, tidak akan beriman selagi kamu tidak saling cinta-mencintai. Apakah kamu ingin ku khabarkan mengenai amalan yang apabila dilakukan pasti membuatkan kamu saling mencintai?  Para sahabat menjawab ya wahai Rasulullah. Nabi pun bersabda “Sebarkanlah salam di kalangan kamu”.                            (Hadis riwayat Muslim)

Hitam jadi putih.
Musuh jadi kawan.
Gelap jadi sinar.

Inilah nilainya ucap salam.
Salam yang membawa rahmah dan barakah.
Salam yang membibitkan cinta dan kasih sayang.
Salam yang mendamaikan jiwa.

Jangan diucap dengan rasa hampa dan dingin.
Kelak, diri sendiri yang hilang rahmah dan barakah.

Jangan diucap dengan penuh kepalsuan.
Kelak, diri sendiri yang digelar pembohong.

Teringat pada kisah Kaab bin Malik yang diboikot kerana tercicirnya beliau dari Perang Tabuk. Atas arahan Rasulullah, tidak sesiapa pun perlu memberi dan menjawab salam darinya.

Betapa terasa sempitnya dunia buat Kaab bin Malik ketika itu hanya kerana ucap salam ini.
Ternyata, ucap salam itu adalah penting bagi mereka yang telah menjalinkan ukhuwwah.

Ucap salam ucapan pemula.
Tanda doa dari dua jiwa yang saling bercinta.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

Lazimi dan fahami.

Tips-tips lain anda boleh cari sendiri untuk lebih memaniskan ‘minuman’ ukhuwwah.
Bergantung kepada diri anda sendiri bagaimana untuk mencorakkannya.

Kerana ukhuwwah ini meluas.
Seluas iman yang berada di dalam dada.
Seluas kasih yang berada dalam hati.
Seluas cahaya yang mencerahkan bumi.

Berjalan di atas muka bumi luas,
Membuka pintu-pintu halangan,
Teruji sehingga tersungkur,
Demi menyatukan jiwa,
Yang bercinta sanggup berkorban.

Ukhuwwah bukan kerana keturunan.
Ukhuwwah bukan kerana sama negara.
Ukhuwwah bukan kerana sama bangsa.

Puncanya aqidah yang salimah.

Sejarah dan sirah terdahulu telah memperlihatkan ramai saudara yang telah menggadaikan jiwanya demi saudaranya lain.

Apakah hak-hak ukhuwwah yang perlu kita tunaikan ?

Dan orang-orang (Ansar) yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah ke tempat mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin), dan mereka mengutamakan  (Muhajirin), atas dirinya sendiri, meskipun mereka juga memerlukan. Dan siapa yang dijaga dirinya dari kekikiran, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung. (59 : 9 )

Hak terhadap harta.
Penuhi keperluan seseorang daripada lebihan harta yang ada.
Beri sebahagian.
Beri semua (ithar).

Tingkatan tadhiyyah melambangkan taraf iman yang tertanam dalam hati.

” Jika meminta wang dari saudaramu, lantas ditanya untuk apa, bererti hak persaudaraannya telah hilang.”

Dipetik dari sebuah kisah,

Ini jelas dari peristiwa yang berlaku kepada Abu Hasan an-Nuri. Suatu ketika khalifah telah menjatuhkan hukuman pancung terhadap 3 orang soleh. Diantaranya adalah Abu Hasan an-Nuri. Beliau telah maju ke depan supaya menjadi orang yang pertama di pancung. Khalifah berasa hairan dengan tindakannya dan bertanya apakah sebab perlakuannya itu. Abu Hasan an-Nuri menjawab:

“Aku lebih mengutamakan saudara-saudaraku untuk hidup pada saat-saat ini lebih dari ku.” Akhirnya khalifah mengampunkan mereka dan melepaskan kesemuanya kerana kagum dengan sikap Abu Hasan an-Nuri.

Penuhilah keperluan ukhti-ukhti yang berada di sekeliling kita.
Paling rendah, selamatkan dia dari bahaya sekiranya ia tidak membahayakan diri sendiri.
Paling tinggi, utamakan keselamatan mereka dari bahaya walaupun membahayakan diri kita sendiri.

Inilah hak terhadap diri yang perlu kita berusaha untuk tunaikan.
Namun, janganlah dalam memelihara jiwa seorang saudara itu sehingga saudaramu itu meninggalkan jihad.

Sungguh, Allah mengetahui orang-orang yang yang menghalang-halangi di antara kamu dan orang yang berkata kepada saudara-saudaranya, ” Marilah bersama kami.” Tetapi mereka datang hanya sebentar, mereka kikir terhadapmu. Apabila datang ketakutan (bahaya),kamu lihat mereka itu memandang kepadamu dengan mata yang terbalik-balik seperti orang yang pengsan kerana akan mati, dan apabila ketakutan telah hilang, mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka kikir untuk berbuat kebaikan. Mereka itu tidak beriman, maka Allah menghapus amalnya. Dan yang demikian itu mudah bagi Allah.
(33 : 18-19)

Sebaliknya teruskan mendorong untuk terus berjuang dan istiqamah dalam jalan ini agar mendapat tempat sebagai syuhada’ fi sabilillah.

Maka, tunaikanlah hak terhadap lidahmu.
Penuhkan ukhuwwah itu dengan nasihat-nasihat membina iman.
Nasihat-nasihat yang meningkatkan hammasah.
Nasihat-nasihat yang disertai keikhlasan.
Nasihat-nasihat penguat jiwa seorang pejuang.

Doa yang tidak putus-putus buatnya.
Sebutkan namanya sambil bayangkan wajahnya.

Ikatlah rabithah hati kami ini sehingga akhirnya,
Biarlah bulan jadi saksi,
Biarlah langit jadi peneman,
Malam menjadi istirehat,
Siang menjadi kehidupan,
Saling bertukar ganti,
Namun,
Kita tetap bersama,
Maju ke hadapan.

Teguhkanlah,
Kubu ukhuwwah menjadi benteng,
Musuh-musuh tidak putus menyerang,
Namun,
Kita bertahan,
Panahan demi panahan,
Setiap satu terasa pedihnya,
Tembakan demi tembakan,
Setiap satu terasa siksanya,
Sudah nyawa dirampas,
Tinggal roh-roh mencapai kesatuan,
Ridhwan menanti penuh senyuman,
Mahligai indah menjadi hamparan.

Jangan tinggalkan saudaramu bila sifatnya berubah daripada biasa kerana yang bengkok pada satu masa akan dapat diluruskan pada masa yang lain.
( Abu Darda’ )

 

Kesetiaan,
Kepercayaan,
Keyakinan,
Kemaafan,
Kasih dan sayang,
Cinta dan pengorbanan,
Rasa tidak mahu membebankan,
Rasa tidak mahu menyusahkan,
Semua ini puncanya iman.

Maka, bila ada yang di atas tidak sempurna, hisablah kembali iman pada diri.

* terkesan bila ada seorang ukhti cakap dia masih kurang percaya pada akhawat, saya tanyakan bahagian mana. Katanya, rahsia.

Biarlah rahsia itu menjadi miliknya,
Rahsia yang juga milik Tuhan kita bersama,
Kepercayaan terhadap Allah,
Itu yang melahirkan kepercayaan terhadap ukhti-ukhti sekelilingmu,
Kerana itulah kau akan  lebih faham tentang istilah ukhuwwah fillah,
Aku tidak menyuruhmu menaruh sepenuhnya kepercayaan itu,
Kerana manusia itu tidak sempurna,
Cukuplah kepercayaan itu menjadi saksi ukhuwwah kita bersama.

salam Ramadhan,
masa merevolusikan hati

aku dan murabbiyah

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

*************

Aku dan murabbiyahku.

Kini, sudah lama tidak bersua. Duduk-duduk bersamanya, beriman sejenak. Dia membacakan peringatan-peringatan kepada mutarabbinya dengan penuh sentuhan. Sentuhan yang mengisi kekosongan jiwa.

Aku dapat menyimpulkannya, mungkin inilah ketika cinta berusrah.

Ketika berusrah, bertemu, bersua, saling berkomunikasi jiwa dan raga, dan saling bertukar-tukar pendapat. Namun, kini aku lebih meyakini, ikatan cinta usrah itu bukan sekadar terjalin ketika usrah sahaja.

Malah, luar dari usrah, aku turut mengingati dia. Aku ingat segala pesanannya. Aku ingat segala amanatnya. Aku ingat rupa parasnya yang sungguh lembut memujuk kami untuk berjuang di jalan-Nya. Aku ingat sentuhan tangannya yang bukan sekadar membelai tangan, malah turut membelai sanubari.

Jika ditanya kepadaku, sejauh mana pentingnya murabbiyah kepadaku,

Jawabku mudah,

” Penting sehingga aku dapat  genggam kemenangan agung  satu hari nanti.”

Pentingnya murabbiyah kepadaku kerana dia yang banyak memanduku.
Pentingnya murabbiyah kepadaku kerana dia yang memberi sepenuh perhatian kepada pembinaan tarbiyyahku.

Jika ditanya kepadaku, ” Apakah engkau akan melawannya satu hari nanti ? ”

Jawabku, ” Ya, sekiranya apa yang diajar kepadaku berlawanan dengan agama.”

Aku perlu taat kepada murabbiyahku.
Tetapi taat aku itu juga ku dahului dengan akal fikiran.
Akan aku tanya apa yang aku tidak tahu.

Kerana aku tahu,
Aku dan murabbiyahku,
Kami berdua adalah manusia,
Sama-sama lemah, sama-sama tidak pernah suci dari dosa,
Maka, tidak perlulah aku terlalu memandang pelik dan sinis,
Bila aku sendiri atau dia melakukan kesalahan,
Malah, teruskan saling mengingati.

Murabbiyahku bukan malaikat,
Tetapi mungkin lebih jadi pembinaan dirinya lebih sempurna,
Mungkin pengalamannya lebih banyak dari diriku,
Jadi, tiadalah salahnya andai aku hormati dia sebagai guruku,
Guruku dalam tarbiyyah.

Murabbiyahku bukan rakanku,
Murabbiyahku bukan kakakku,
Murabbiyahku bukan  ibuku,
Tetapi dia kesemuanya bagi aku.
Meskipun bukan dia menemani aku selalu,
Sebagaimana rakan-rakan yang selalu mendampingiku,
Aku tahu, doa darinya selalu mengiringi,
Meskipun dia tidak mempunyai pertalian darah yang kukuh,
Sebagaimana aku dan adik-beradikku,
Namun, ada satu ikatan yang lebih kukuh mengikat antara aku dan dia,
Ikatan aqidah yang tersimpul di bawah kalimah yang satu,
Dan ternyata, bukan dia yang melahirkanku sebagaimana ibuku,
Tetapi dialah yang melahirkan diriku yang baru,
Diri yang seolah mula suci dari kegelapan,
Diri yang seolah baru terpalit kesedaran.

 

Kau murabbiyahku,
Terima kasih kerana menyantuni diriku,
Terima kasih kerana bersabar mentarbiyyahku,
Terima kasih atas segala pengorbanan yang kau salurkan,
Andai aku terlupa untuk berterima kasih,
Maka, kau ingatkanlah aku,
Kerana aku tidak mahu menjadi bagai kacang lupakan kulit.

Andai aku masih leka,
Satu hari nanti,
Atas segala apa yang telah kau berikan,
Maka, kau tuntutlah,
Jika berat untuk tuntut di dunia,
Aku merelakan kau tuntut di akhirat kelak,
Biarkanlah aku menyesal kerana tidak mendengar katamu.

Kau murabiyyahku,
Aku tahu kita saling memerlukan,
Mana mungkin  ada aku tanpa kamu,
Aku sendiri akan tersesat tanpa bimbingan,
Malah bimbingan dari dusta yang aku terima,
Jujurnya, aku memang perlukanmu,
Sentiasa perlu,
Dan aku berharap saling perlunya antara kita,
Tidak akan terhenti,
Sampai bila-bila,
Meskipun diri kau bertukar ganti,
Kita dipisahkan oleh jarak yang berbatu-batu,
Aku tidak akan pernah lupa padamu.

Kau murabbiyahku,
Jujurlah padaku,
Andai terdapat apa yang mengecewakan dirimu,
Melihatkan diri aku yang masih tidak berubah,
Percakapanku yang membuat hatimu terguris,
Mungkin terkadang tanpa sedar,
Paling tidak ku mahu,
Aku melakukannya dalam keadaan sedar,
Kau papahlah aku kembali,
Meskipun satu hari nanti,
Aku sudah cedera parah,
Segalanya patah,
Sehingga tidak boleh dipapah,
Datanglah kepadaku untuk memapah aku kembali.

Kau murabbiyahku,
Tiada apa lagi yang mahu ku ucapkan,
Tteapi ternyata apa yang aku coretkan,
Bukan sekadar berbasa-basi,

Tenyata, sungguh,
Aku kagumi kau sebagai murabbiyahku,
Dengan harapan,
Aku juga berjaya menjadi sepertimu,
Dalam membina mutarabbiku.

Tabah sepertimu,
Rajin sepertimu,
Penuh dengan kasih-sayang sepertimu,
Ambil berat sepertimu,
Segalanya yang aku patut contohi,
Akan aku contohi.

Kau murabbiyahku,
Melihatkan dirimu,
Membuat diri ini banyak bermuhasabah,
Ada yang sanggup bersusah-payah kernaku,
Ada yang sanggup menjagaku,
Ada yang sanggup tersenyum manis padaku,

sekian, terima kasih murabbiyahku.

 
 

 

 

 

bagaimana kita ?

Bismillah.

Salam dakwah dan tarbiyyah buat semua.

********************

Berbual-bual dengan seorang ukhti di laman  Facebook. Dia mengupas tajuk :

” Ada apa dengan akhawat.”

Semestinya saya sebagai akhawat turut aktif  memberikan pandangan tentang hal ini. Bercakap tentang soal ukhuwwah yang kita jalinkan dengan sesiapa sahaja tidak akan habis. Kerana kita akan berukhuwwah sepanjang hidup kita, soalnya terletak kepada diri kita, sama ada ingin memeliharanya atau tidak.

Timbul soal akhawat hipokrit.

Eh, dah ade tarbiyyah takkan hipokrit lagi ?

Kata Kak Ayu, ” Take it as muhasabah.”

Ya, muhasabah diri sendiri tentang ukhuwwah yang telah berikan dan jalinkan. Adakah ianya benar-benar ukhuwwah atau hanya sekadar persahabatan ‘ bila perlu, baru ingat’. Atau dek kerana kita duduk serumah dengan dia, seusrah dengan dia, ‘terpaksalah’ berukhuwwah dengan dia.

Jangan sampai anda memberi ukhuwwah palsu kepada seseorang. Kita sebagai daie selalu mengejar dan menangkap mad’u-mad’u seterusnya menjalinkan ukhuwwah dengan mereka. Kalau tidak berhasil (kite tak dpt die), maka ukhuwwah yang dulunya dijalinkan mula kabur.

Dulu beriye sangat rapat, sekarang ?

Bagaimana ini ?

Ubah diri anda dahulu !

Buang sikap hipokrit atau apa jua virus-virus yang merosakkan ukhuwwah. Jauhi istikhlaq dan istikhlas.

Istikhlaq – berpura-pura akhlak baik.

Istikhlas- berpura-pura ikhlas.

Kita diajar bahawa dakwah kita, dakwah hati, dakwah kasih sayang. Selagi keterikatan hati belum terikat, kasih sayang belum disemai, mana mungkin dakwah yang mahu kita sampaikan akan  benar-benar memikatnya.

Jangan berpura-pura seolah-olah andalah pemberi ukhuwwah yang terhebat setelah mengenal tarbiyyah.

‘ Ukhuwwah fillah abadan abada  ‘

‘ Saya sayang awak kerana Allah ‘

Ini kalimah biasa antara akhawat. Terkadang saya terfikir sendiri, apakah saya benar-benar menyayangi akhawat saya lillah. Baru tahu betapa susah ingin mewujudkan sesuatu seperti ini, kerana ukhuwwah kita akan sentiasa diduga-Nya, untuk melihat sejauh mana kita berukhuwwah kerana-Nya !

Jika kita berpura-pura, kepura-puraan kita tidak akan bertahan lama. Malah sebaliknya, akan memakan diri kita semula.

Jangan selalu berprasangka buruk kepada sesiapapun !

Jangan cepat membuat konklusi apabila berlakunya sesuatu. Contohnya, bila kita sakit, kita seorang diri, dan mula tertanya,

Akhawat tak nak melawat aku ke. Sampai hati.”

Logiknya, memang hati akan tersentuh bukan apabila rakan-rakan mengguris hati kita. Dan saya akui, saya sendiri pernah berkata,

kalau orang lain buat N****** terase tak kisah, tapi kalau ukhti, diorang dah lame kenal N******. Takkan tak faham lagi N****** ni cmane.”

Dan kini termuhasabah setelah semakin matang dalam mengenal apa erti ukhuwwah. Komitmen yang kita berikan bukan lagi tertakluk kepada manusia. Komitmen kita hanya kepada Allah kerana kita berukhuwwah fillah.

Jangan terlalu menunding salah kepada orang lain. Dan jangan terlalu mengharap kepada yang tidak sempurna, iaitu manusia. Untuk berharap ukhti akan itu dan ini, akan menyedihkan kita jua satu hari nanti apabila harapan yang kita letak tidak kesampaian.

Letaklah setinggi-tinggi pengharapan kepada yang Maha Sempurna, Allah S.W.T.

Peliharalah hubungan anda dengan Allah, maka akan terpeliharalah hubungan kita dengan manusia.

Bagaimana untuk jaga ukhuwwah, anda boleh mencarinya dan mengusahakannya sendiri.

Saya hanya ingin mengajak anda muhasabah bersama-sama :)

 

p/s : mode-muhasabah.

p/s: rindu akhawat semua ! tak sabar nak balik !

p/s : jzkk  Cik Mus’ab di atas perkongsian anda !

 

 

 

 

 

 

untuk adik

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Pastinya keadaan diri saya kini merindui untuk kembali ke bumi sana. Ramai rakan sudah pulang ke sana untuk menyambung kembali pengajian, tetapi saya perlu menangguhnya dahulu buat sementara waktu.

******************************

Seseorang yang saya kenali meminta saya untuk menulis satu entri khas untuknya. Dan dia meminta supaya saya tidak menyebut namanya.

(Budak kecik, jangan risau, akak tak sebut nama awak ye :P)

Teringat di awal perkenalan kami dahulu. Dia menambah saya sebagai rakannya di dalam YM (Yahoo Mesengger). Dan saya bertanya kepada dia,

“ Mane dapat ID akak ni ? ”

“ Entahlah kak.”

“ Awak sekolah mane ye ? ”

Dia merupakan salah seorang pelajar di tempat ayah saya mengajar. Maksud saya, bekas sekolah ayah.

Pastinya dia lebih muda dari saya. Dia lebih faham tentang Islam dari saya sewaktu saya berumur seusia dengannya.

Teringat kalau di sekolah dahulu, nama sahaja budak sekolah agama, tetapi apa yang hanya saya faham adalah Islam hanya menuntut umatnya untuk selalu melakukan kebaikan. Sebab itulah sewaktu di sekolah dahulu, saya ikut sahaja semua aktiviti yang dianjurkan.

Kalau ada bacaan Ma’thurat, pergi awal.

Kalau ada bacaan Yaasin, saya sangat bersemangat.

Kalau ada tazkirah, tangan mesti laju mencatat.

Dan kini, alhamdulillah. Saya lebih faham tentang apa itu Islam yang sebenarnya setelah mendapat pencerahan hati dari tarbiyyah ini.

(eh, ni cerita saya, sepatutnya cerita tentang budak ni)

************************

Pada saya, budak kecil yang saya kenal ini, dia seorang yang sangat matang dalam pemikirannya. Dia seorang yang sangat mudah untuk dilentur hatinya, mungkin kerana faktornya usia yang masih muda dan dia tidak lagi terdedah kepada alam luar, selain alam persekolahan yang dia alami sekarang. Bagaimanapun, saya sukakan hatinya yang bersih itu. Dan biarlah ia bersih sentiasa dalam pemeliharaan Allah Taala, insyaAllah.

Dia suka mengadu pada saya tentang masalah yang dia hadapi. Tentang alam persekolahannya. Tentang rakan-rakannya. Dia mengadu dia selalu diejek oleh pelajar-pelajar lelaki.

Jangan risau, akak juga kerap diejek oleh rakan-rakan di sekolah. Dan kenangan itu tidak mungkin mudah untuk dilupakan bukan ?

( Anda bagaimana ? )

Jangan risau budak kecil, akak faham.

Untuk sayangku budak kecil,

Manusia ini tidak sempurna. Hanya Allah Yang Maha Sempurna. Kita diejek mungkin kerana kelemehan kita yang nampak pada mata kasar orang lain. Biarlah mereka memandang fizikalmu atau apa jua rupa luaranmu, percayalah, dan yakinlah, Allah hanya memandang hatimu yang cantik itu.

Subhanallah. Allah itu sangat-sangat adil dan mulia.

Jadilah seorang manusia yang pemaaf. Biarkanlah mereka mengejekmu. Kamu tidak akan hancur kerana ejekan mereka. Malah, mereka yang mendapat kepenatan semata. Kamu tetaplah bersabar dan bersabar.

*************************

Apa lagi yang saya mahu ceritakan tentang dia ?

Tidak terlalu banyak cerita yang boleh saya ceritakan disebabkan beberapa faktor :

1)      Jarak kami yang jauh dan kami berdua sibuk. Dia pelajar di sekolah dan saya juga seorang pelajar di universiti.

2)      Tidak banyak yang saya taaruf dengan dia-salah saya (hoho, bukankah seorang daie itu perlu hebat dalam taarufnya ? )

3)      Dia jarang online. (hehe, akak kerap sangat online)

*****************************

Namun disini saya ingin mengukirkan beberapa nasihat kepadanya, tulus dari hati seorang kakak kepada seorang adik.

Wahai adikku sayang,

Kita sama. Kita berdua dilahirkan sebagai kaum perempuan di dunia ini. Oleh itu, ingin sekali ku  serukan  kepadamu, jadilah mukminah yang solehah. Jadilah mukminah yang benar-benar ikhlas untuk mengenali-Nya dan risalah yang telah disampaikan oleh Rasulullah. S.A.W. Ditangan kitalah terletaknya kuasa yang dikatakan boleh menggoncang dunia. Maka, jadilah seorang mukminah yang tidak akan gentar dalam memperjuangkan dakwah ini !

Darjat kita yang telah diangkat tinggi apabila datangnya Rasulullah menyampaikan seruan Islam ke muka bumi ini, tiada sianya. Kita telah mendapat tempat yang mulia. Janganlah kau sekali-kali cuba merobek kemuliaan yang telah diberi itu. Jangan kau jualkan maruah dan harga diri kepada yang tidak berhak dan kepada apa jua jalan yang tidak sepatutnya. Aku lebih rela andai kau jual diri, tenaga, harta malah nyawa kepada Islam ini kerana kita perlukan srikandi-srikandi yang berdiri teguh dalam medan perjuangan ini !

Ada bezanya antara kau dan wanita-wanita bebas yang lain diluar sana. Kau adalah mukminah !

Maka, keredhaan Allah menjadi keutamaan diri kau dalam apa jua  yang kau kerjakan. Jangan kau leka dengan dunia yang sementara ini. Jangan kau sibuk mengeluh tentang itu dan ini tentang apa yang Islam benarkan dan tidak membenarkan.

Percayalah, jika kau sama dengan wanita-wanita bebas diluar sana, maka hilanglah taraf  mukminah !

Wahai adikku sayang,

Banyak lagi yang perlu kau tempuh didunia ini. Alam luar sana lebih mencabar dengan dugaan dan cabaran yang tidak pernah putus datang kepada kau nanti. Oleh itu, kuatkan hati. Jadi seorang muslimah mukminah yang cekal.  Berjaga-jagalah terhadap apa jua perangkap yang telah dipasang oleh musuh kita yang utama, syaitan dan seangkatan dengannya. Jadikanlah Allah yang sentiasa berada disampingmu.

hasil nukilan kakakmu, mylittlepencil

p/s : banyak lagi akak nak pesan, tapi entri ni dah panjang sgt. Kite YM nt, akak pesan byk2.

p/s : akak rindu pada awak.

saya sayang kamu !

Bismillah.

Salam dakwah untuk para pembaca semua.

Semoga iman dalam jiwa terus segar.

Sudah baca Al-Quran hari ini ?

*****************************

Hari ini tiada apa yang terlalu istimewa yang berlaku. Cuma ke hospital untuk diambil x-ray bahagian yang cedera dalam kemalangan sebelum ini.

Dan yang membawa saya ke sana bukan umi dan abah, tetapi dua orang akhawat fillah yang saya sangat sayangi. Paling terharu apabila ada seorang jururawat berkata kepada saya,

” Mak ayah takde ke dik ? ”

” Takde.”

” Baiknye kawan-kawan awok ni ha.”

Dalam hati saya menjawab, ‘ Memanglah, mereka kan akhawat saya ‘

Inilah ukhuwwah. Ukhuwwah yang hanya terpisah apabila tiada Islam lagi dalam jiwa kami. Ukhuwwah yang terjalinnya hanya kerana Allah, bersama Allah dan menuju kepada keredhaan Allah.

Fikirkan kembali, dan mari renung sejenak….

Apakah jenis persahabatan atau ukhuwwah yang anda berikan kepada rakan anda yang terdapat di sekeliling anda ?

Adakah anda pasti anda sememangnya benar-benar ikhlas menjalinkan ukhuwwah dengannya ?

Anda rela berkorban apa sahaja untuk sahabat anda ?

Anda rela menegurnya seandainya anda mendapati kawan anda itu tadi melakukan kesalahan ?

Jika anda tidak mendapat menjawab kesemua soalan di atas, bermakna anda mesti memperbaharui semula ukhuwwah tersebut.

Perbaharui semula dengan niat yang ikhlas, jiwa yang terbuka, tanpa ada sedikitpun sangka buruk terhadapnya agar ukhuwwah anda ini sentiasa segar. Dan insyaAllah, akan terus segar hingga ke jannah-Nya.

Kya aapko ehsaas hai
~*Do you realize
Baat ab yeh hi khaas hai
~*that the only important thing now
Aapka dil hamare paas hai
~*is that I have your heart
Hamara dil aapke paas hai
~*and you have mine.

Jika anda memiliki hati sahabat anda itu, anda pasti senang untuk menawannya.

Bukankah begitu ?

Tawan hati sahabat anda itu dengan nasihat-nasihat yang tidak pernah putus dari lidah anda. Tawan hati sahabat itu dengan akhlak-akhlak mulia yang telah Islam ajarkan. Tawan hatinya dengan ayat-ayat Allah yang sememangnya diturunkan untuk kita semua.

Ko tengok die tu. Sejak ade pakwe ni, die  lupekan aku. Makan pun jarang-jarang dengan aku. Kalo dulu….

Situasi ini selalu berlaku kepada anda ?

Jangan salahkan sahabat anda. Salahkan diri anda. Anda yang tidak berjaya memiliki hatinya. Dan kini, hatinya telah dimiliki orang lain, anda pula yang merungut !

Pergi ber’couple’ dengan sahabat baik anda (sama jantina!). Hiburkan hatinya. Gembirakan hatinya selalu. Dan tangkap hatinya semula !

 

p/s : terima kasih untuk ‘budak biru’ dan ‘budak putih’ kerana sudi hantar saya ke hospital~

AF

Bismillah.

Salam dakwah.

Semoga anda tidak bersangka buruk kepada sesiapa pada hari ini.

**************************

Di sebalik kekalutan semua pelajar Malaysia dievakuasikan ke Jeddah ini, saya teringatkan seorang budak yang akan meninggalkan kami semua. Dia akan pulang ke Malaysia hari ini, 7 Feb. Tiada langsung kesempatan untuk kami berjumpa. Minta maaf sayang, kerana tidak dapat merancang majlis wida’ untuk kamu.

Saya akui memang saya merinduinya sangat. Dan pastinya semua akhawat akan terasa kehilangannya.

Dialah yang membuat saya tertawa ketika saya berduka.

Dialah penyejuk hati saya ketika saya marah.

Dialah yang menyedeqahkan telinganya kepada saya ketika saya ingin bercerita.

 

Dia seorang yang sangat istimewa. Kreatif, pandai menulis khat, sangat jaga kebersihan dan pandai masak benda-benda yang pelik ( saya tak pandai sangat masak, sebab tu semua benda yang susah untuk masak, saya akan labelkan benda tu  pelik). Dia suka buat benda-benda pelik. Suka buat kad-kad cantik, main badminton walaupun sejarah Mesir menunjukkan tiada rakyat mereka yang main badminton secara terbuka.

Kami mula berkenalan ketika berjumpa di sebuah program anjuran akhawat. Katanya dia hanya memandang saya dari jauh. Memang muka saya masam pada hari tersebut, tidak larat nak bercakap sebab saya demam. Jadi, dia takut untuk tegur.

Bila saya ditakdirkan berpindah ke rumahnya, baru dia tahu kenal diri saya yang sebenarnya.

Kami sama. Kami suka senyum dan ketawa sama-sama. Kami juga suka jalan-jalan. Kalau pergi mana-mana, biasanya saya ajak dia. Dia pun akan ajak saya, tidak kiralah pameran, pusat membeli-belah atau kemana sahaja.

Pernah satu ketika, kami pergi sebuah pameran khat. Bila pergi, tutup rupanya. Mujur seorang pakcik yang menjaga pameran tersebut membenarkan juga kami masuk. Rasa macam VVIP. Pameran terbuka ini hanya untuk kami sahaja !

******************************

Untuk kamu wahai AF,

Aku tahu aku bukan rakan yang terbaik untuk dirimu. Tidak dapat menemanimu setiap masa. Namun aku mahu kau tahu kaulah sahabat terbaik yang aku ada. Maafkan diriku kerana aku tidak dapat menjalankan tugas sebagai rakan yang terbaik.

Aku tahu aku bukan ukhti yang terbaik dalam buah ukhuwah kita yang telah kita tanam bersama. Andai kau merasa kepalsuan di sebalik ukhuwwah kita, maafkan aku. Tidak terlintas langsung dalam hati aku untuk memalsukannya. Namun aku tahu, kau ukhti yang sangat baik kepada aku dan kami semua.

Aku tahu aku bukanlah seorang kakak yang baik, yang boleh kau contohi. Ketika aku melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya aku lakukan, janganlah kau ikut. Malah, kau tegurlah aku, nasihatilah aku, jika aku degil, kau marahlah aku. Umur tidak perlu menjadi batas kepada segalanya. Terkadang aku terasa malu dengan dirimu, walaupun banyak pengalaman hidup di atas muka bumi ini, tetapi aku lebih banyak dosa darimu.

************************************

Wahai AF, kau ingatlah pesanan ku ini.

Kau adalah seorang perempuan. Jagalh dirimu dan jagalah Allah, kelak Allah akan menjaga kau. Jagalah hati kau. Hati seorang perempuan yang dikatakan lembut, bukan bererti dia mudah terpujuk dengan mainan kata seorang lelaki. Tetapi lembutnya hati seorang perempuan adalah dia mudah menangis bila tersedar segala dosa yang telah dilakukannya. Lembutnya hati seorang perempuan adalah apabila dia mudah tersentuh dengan ayat-ayat Allah. Lembutnya hati seorang perempuan adalah apabila jiwanya mudah tersentuh melihatkan orang yang kurang bernasib baik seperti dirinya.

 

Kau adalah sebutir permata dalam hati ibu dan ayahmu. Oleh itu, kau perlulah berterusan membalas jasa mereka. Jangan kau asyik sibuk meminta itu dan ini dari mereka, malah sekarang kau yang patut memberikan segalanya kepada mereka. Berikan kasih sayangmu, kejayaanmu dan yang paling penting adalah doamu untuk kebahagiaan mereka berdua. Jangan kau sekali-sekali terlepas tanggungjawab tugasmu sebagai seorang anak. Jalankanlah walaupun kau penat atau sudah bosan dengannya !

 

Kau adalah seorang daieyah mengikut arus tarbiyyah ini. Kau telah memulakannya sejak kecil lagi. Kau terlebih dahulu mengenalnya daripada aku. Bersyukurlah dan berdoalah. Berdoalah agar Allah mengistiqamahkan hati kau di dalamnya. Kerana kita sedia maklum, siapa yang berada dalam jalan ini ibarat dia memegang bara api dan berjalan di atas duri semalu. Berdoa juga Allah selalu sayang padamu dan memberikan hidayah kepadamu sepanjang hidup ini. Berdoalah juga Allah memegang hati kita semua yang bersatu kerana-Nya sampai bila-bila.

 

Paling penting, kau adalah hamba-Nya. Dia sangat sayang kepadamu. Dia rindukan tangisanmu. Dia rindukan rintihan taubat darimu. Dia rindukan sujudmu pada tengah malam. Maka, kau satukanlah hatimu dengan kasih sayang-Nya. Kelak, kebahagiaannya hanya kau sahaja yang boleh merasainya. Jadilah hamba yang sebenar-benar hamba kepada-Nya. Jadilah abid yang benar-benar beribadah kepada-Nya. Jadilah khalifah yang benar-benar menjalankan tugasnya di atas muka bumi ini.

 

Akan ku abdikan memori kita bersama dalam tasbih cinta kita dan aku mahu kita meratibnya kerana-Nya.

Jangan kau lupakan kami semua. Rindu-rindulah kami semua yang berada di sini.

 

 

Madinatul Hujjaj, Tabung Haji Malaysia

Jeddah, Arab Saudi

7 Feb 2011, 9.06 pagi

 

 

fatrah imtihan

Bismillah.

Salam dakwah kepada semua.

Semoga hari ini anda mengingati-Nya sepertimana anda melihat sang burung yang terbang berzikir kepada penciptanya.

*********************************

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah untuk segalanya.

Lega sudah ketakutan menghadapi peperiksaan untuk subjek Pathology (ya, saya pelajar perubatan), subjek pembunuh (killer) untuk tahun ini. Saya menantikan debaran untuk subjek-subjek lain pula.

Alhamdulillah. Soalan yang boleh saya jawab, meskipun ada fakta yang saya lupa saat-saat akhir. Tidak terlalu senang, tidak terlalu susah. Meskipun begitu, saya tidak tahu berapa gred saya nanti.

Sila doakan :)

Wahai rakyat fakta-fakta pathology sekalian, janganlah kamu semua berlalu pergi dari akal beta yang kurang ingatan ini, meskipun beta membaca kamu semua tidak menggunakan hati, beta teringin sekali menyimpan kamu semua buat selamanya. Beta tidak mahu kamu semua hilang sejurus selesai sahaja peperiksaan beta, walaupun itulah kebiasaannya. Beta tidak mahu kamu semua hilang kerana kemungkinan pesakit beta akan berada dalam kesusahan kelak.”

Peperiksaan merupakan satu tarbiyyah terbaik untuk seorang daie. Mampu untuk menguji kita dalam segala aspek. Dari segi penyusunan masa, keutamaan sesuatu urusan, mujahadah dengan diri sendiri dan berpengetahuan luas. Secara tidak langsung, boleh menolong kita dalam mencapai 10 muwasafat tarbiyyah.

Masa peperiksaan, masa paling banyak diduga.

Macam-macam masalah yang datang.

Hari ini aku yang masak, tapi esok aku exam. Suruh je lah ukhti yang ganti.”

Alamak, buku ni tak habis lagi. Exam lagi 2 hari. Ade lagi 3 buah buku nak kene bace. Camne ni ? ”

Sejuknye….nak study dalam slimut la..”

Semua ini tarbiyyah. Sangat menarik bukan tarbiyyah dari Allah untuk penyediaan diri kita pada masa hadapan. Mungkin sahaja kita akan berhadapan dengan masalah yang lebih rumit, sebab itu Allah suruh kita berlatih dari awal.

Terima kasih Ya Allah atas segala tarbiyyah dari-Mu.

Dan terima kasih juga kepada ukhti-ukhti dan rakan yang tidak pernah jemu memberi semangat kepada diri ini sempena dengan fatrah imtihan duniawi ini. Pelbagai kertas dan mesej khidmat ringkas yang saya terima. Maaf jika sekiranya saya tidak sempat membalasnya, hanya Allah sahaja yang berhak memberi pahala kepada kamu semua. Dan semoga Allah menghadiahkan kecemerlangan untuk kamu semua, serta para pembaca yang tidak saya lupakan. Dan jika bukan kejayaan buat kamu semua dan saya, maka, Ya Allah, Kau datangkanlah keredhaan dalam hati kami. Sesungguhnya, kejayaan kami itu adalah hadiah demi dakwah kami dan itulah yang terbaik buat kami.

Terima kasih ukhti-ukhti !

Ini kiriman sms yang saya terima,

SMS 1 : “ The sky is full of star but the moon is u. The earth is full of people but the best is u. To forget me is up to . But to forget u, I will never do ”

SMS 2 : Td sy b’temu 3 shbt, namany Amal, Ikhlas & Taqwa. Mrk tiada tmpt b’teduh..maka sy berikn alamat anda pd mrk moga mrk terus b’sama anda buat slmanya. Slmt study :)

SMS 3 : & manusia hanya m’peroleh apa yg tlh diusahakannya, & sesungguhnya usahanya itu kelak akn diperlihatkn kpdnya, kemudian akn diberi blsn kpdnya dgn blsn yg paling sempurna, & sesungguhnya kpd Tuhanmulah kesudahan segala sesuatu..53: 39-42. Bittaufiq wannajah ukhti :)

Dan ini kertas-kertas comel yang saya terima.

dari ukhti K.S

dari ukhti M
dari ukhti A
dari ukhti K.H
dari ukhti H
dari ukhti A.A

Dan yang paling saya suka, mesej dari umi tersayang, beberapa minit selepas saya sampai di rumah,

“ Assalamualaikum,hw’s today ? ”

dari saya, untuk anda semua…..

from mylittlepencil

 

kau, dia keseorangan~

Bismillah.

Salam ukhuwwah dan salam dakwah kepada semua. Harapnya iman masih ada dalam diri semua.

Luahan hati seorang ukhti kepada saya malam tadi.

” Ana rasa ana sorang-sorang  je ”

” kite semua duduk serumah, tapi tak gaya serumah. sebab tu ana ada tendency untuk keluar rumah. dan ada sahaja perkara yang ana sengaja cipta supaya ana balik rumah lambat ”

********************************************

Semalam duduk-duduk menyelesaikan masalah. Dan inilah yang berlaku. Rupa-rupanya dalam  tidak sedar, ada ukhti-ukhti yang merasakan diri mereka keseorangan. Balik kuliah seorang-seorang, apa-apa yang berlaku tidak memberitahu dia,pergi mana-mana tidak mengajak dia. Ini yang membuatkan kau, dia rasa keseorangan.

Dan saya yang melihat turut terasa dengan keadaan tersebut.

Mula mempelajari sesuatu.

Betapa ukhuwwah ini penting untuk kita jaga. Ini semua orang sudah tahu, tetapi sejauh mana kita menghayatinya ?

Maksudnya, sejauh mana anda jaga ukhuwah anda dengan semua akhawat, bukan akhawat tertentu sahaja. Sila jelas dengan perkara ini. Tolong jelaskan perkara ini dalam pemahaman anda.

Kita berukhuwwah dengan semua orang, bukan dengan orang-orang yang tertentu sahaja.

Antara ukhti dengan mad’u, mana yang lebih penting ?

Pada pendapat saya, memelihara ukhuwwah dengan ukthi-ukthi lebih penting, bukan menolak kepentingan berukhuwwah dengan mad’u, tetapi sila letakkan prioriti diri anda.

Jika sibuk berukhuwwah dengan mad’ u, tetapi dengan ahli rumah sendiri tidak terjaga, apakah anda berukhuwwah hanya untuk menarik orang ?

Ingat kita bukan memberi ukhuwwah palsu, kita beri ukhuwwah fillah, ukhuwwah dakwah, ukhuwwah aqidah. Bukan calang-calang ukhuwwah. Ukhuwwah yang kita jalinkan ini, menggapai ke arah redha-Nya.

Jangan sesekali bagi ukthi kita rasa keseorangan. Tanam dalam diri kita, bahawa ukhti kita sentiasa memerlukan kita, meskipun dia tidak menuturkannya depan mata kita.

” faham je korang sibuk kan ”

Masalah selalu keluar rumah, kalau keluar, pulang lewat. Jarang berada di rumah. Ukhuwwah dengan ahli rumah tidak terjaga. Kurang pula bercakap dengan ahli rumah.

Masalah…masalah….masalah.

Macam mana mahu atasi masalah ini ?

Tidak reti berkomunikasi. Tidak tahu mahu rapat dengan ukhti-ukhti bagaimana, terutama ukhti-ukhti baru.

Saya ditanya tentang ini.

Ini jawapan saya.

Kita sibuk urusan luar, tidak bermakna kita perlu melupakan ahli rumah kita. Ahli rumah kita juga kita perlu dakwah fardhiyyah dengan hebat sebagaimana ketika berada di luar.

Kurang bercakap bukanlah satu masalah, ianya adalah satu kelemahan yang Allah beri pada diri kita.

Jika kita kurang bercakap, banyak lagi cara lain.

Facebook ada, SMS ada, itu juga antara wadahnya.

Masak sesuatu yang istimewa, teman ke mana sahaja ukhti kita ingin keluar, tulis entri blog mengenai mereka.

Semua ini untuk menunjukkan yang anda tidak pernah melupakan mereka meskipun anda jarang berada di rumah.

Dan ukhuwwah itu bukanlah hanya terletak kepada sehebat mana anda mampu bercakap, penting juga untuk kita melihat gerak-geri ukhti kita untuk kita lebih mengenalinya.

” see how your ukhti respond to something happen around her, then you getting to know her better ”

Dan perlunya luahan hati untuk mengelakkan apa jua sangkaan yang datang menerjah masuk ke dalam hati kita. Luahkan apa yang terbuku, biar ukhti tahu.

Ini untuk kebaikan semua.

:)

Lagu untuk semua ukhti-ukhti kesayangan saya. Maaf  jika ada yang saya layan biasa-biasa, saya sendiri terkadang tidak sedar. Dan maaf juga andai kata, kata-kata saya menyakitkan hati.

 

 

 

 

 

Jalan-jalan Di Sungai Nil

Semalam jalan-jalan waktu malam. Bawa rakan-rakan dan adik-adik junior jalan-jalan atas bot, melayari Sungai Nil.

Kalau dulu, hanya dengar-dengar, sebut-sebut sahaja nama Sungai Nil. Tengok dalam gambar, televisyen sahaja. Tapi tidak menyangka semalam Allah mentakdirkan belayar juga atas Sungai Nil ciptaan-Nya.

Alhamdulillah.

Panjangnya menjangkau 6400 kilometer. Kata saintis, mata airnya berpunca dari Kilimanjaro ( Afrika Utara), tetapi dalam hadis Rasulullah, saya tidak ingat hadisnya, tetapi mafhumnya mengatakan Sungai Nil ini puncanya dari syurga. Sebab itulah, airnya tidak pernah surut sampai sekarang.

Sebut Sungai Nil, membuatkan saya teringat dua benda. Satu, Kisah Nabi Musa yang diletakkan oleh ibunya di dalam bakul, dan dia kemudian dihanyutkan. Kedua, amalan paganisme yang pernah berlaku satu ketika dahulu.

Kisah Nabi Musa ada diabadikan oleh Allah dalam Al-Quranul Karim, dan ternyata kisah ini sangat penting. Bukan sia-sia Allah menceritakannya.

” Sebab apa Allah mentakdirkan ibu nabi Musa menghanyutkan dia kat sungai nil ? ” saya bertanya kepada adik-adik.

” sebab takdir Allah. sebab perintah Allah. Tu kan ketentuan Allah ” jawab adik-adik.

Ini jawapan-jawapan yang saya dapat.

Lalu saya memberitahu,

” Ingat tak kita belajar sejarah dulu. Manusia akan bertumpu di kawasan sungai untuk dapatkan sumber air, untuk basuh baju, masak, mandi dan sebagainya. Jadi, logiklah ada manusia yang akan mengambil Nabi Musa bila ternampak bakul tu. ”

” Dan dalam Al-Quran ada bercerita bahawa laut dan sungai antara penunjuk arah yang terbaik. Inilah hikmahnya ”

Dan amalan paganisme yang berlaku sewaktu Amru Al-As membuka Mesir satu ketika dahulu. Rakyat Mesir Kuno ketika itu akan mengorbankan seorang anak gadis, pada 12 haribulan setiap bulan, dipakaikan pakaian pengantin yang cantik-cantik, dan kemudian diletakkan di dalam Sungai Nil (ayat apakah ini ?)

Amru Al-As tahu bahawa amalan ini salah disisi Islam dan khurafat. Menghadapi krisis ini, Amru Al-As menghantarkan sepucuk surat kepada Saidina Umar Al-Khattab untuk menyelesaikan masalah ini.

Lalu Saidina Umar mengutuskan surat yang mengatakan (lebih kurang macam ini ayatnya) :

” Jika kau (Sungai Nil) mengalir kerana kau, maka janganlah kau mengalir. Jika kau mengalir kerana Allah, maka mengalirlah ”

Sungai Nil sangatlah subur. Subur dengan gandumnya. Tetapi hasil jualan gandum telah diambil oleh Amerika Syarikat.

Dan semalam kami sangat seronok. Main-main tangkap gambar. Berbual-bual mengeratkan ukhuwah.

p/s : mereka kata cheese cake saya sedap.

kami :)
pemandangan malam 3

pemandangan malam 2