lain macam~

Bismilllah.

Salam dakwah.

Moga pembaca masih menghembuskan nafas kerana-Nya.

InsyaAllah :)

*****************************************

Minggu ini dan minggu-minggu yang akan datang merupakan minggu sibuk.

(sempat lagi update entri baru )

Peperiksaan yang kian menjelang.

Kertas kerja ( assignment ) yang sangat banyak untuk disiapkan.

Sedang membelek-belek mukasurat buku yang perlu dibaca, tiba-tiba tertoleh gambar semua ahli keluarga yang saya letak di sudut khas.

Ada yang di atas meja, ada yang dilekatkan di kepala katil, ada yang dilekatkan di atas kadbod khas.

RINDUNYA !

Tiba-tiba malam ini, suasana sepi, semakin menggamit rasa rindu kepada mereka. Sebelum ini tidak pernah rasa rindu yang sebegini. Biasanya, rindu biasa-biasa. (bila mesej, sudah terubat )

( LAIN MACAM NI ! )

Malam ini, rasa rindu membuatkan rasa mahu menangis.

Mahu menangis di bahu abah dan umi kerana sudah lama air mata ini tidak mengalir di hadapan mereka. Air mata tanda syukur mempunyai ibu dan ayah sebaik mereka. Air mata tanda terima kasih atas segala pengorbanan yang telah mereka lakukan untuk kesemua anak mereka.

Makin tatap gambar, semakin rindu.

Adakah mereka turut merasai perasaan yang sama kurasa ?

**************************************

Ya Allah,

Kau kirimkanlah angin rinduku kepada mereka,

Dan Kau hembuskanlah sebaiknya,

Kau hembuskanlah dengan nafas rahmat dan kasih sayang-Mu.

Ya Allah,

Kau selamatkanlah keadaan mereka disana sepertimana kau peliharaku di sini,

Sesungguhnya penglihatanku tidak mampu menjangkaui mereka di benua sana,

Maka, ku mengharapkan penglihatan-Mu untuk melihat mereka di sana bagiku.

Ya Allah,

Kau berikanlah kesempatan kami untuk berjumpa lagi di lain masa,

Kerana ku tahu nyawa kami semua di tangan-Mu,

Maka jika Kau ingin mengambil nyawa kami semua,

Ku minta, tangguhkanlah seketika,

Tapi andai kata itu yang terbaik,

Maka datangkanlah rasa redha menerima kehendak-Mu.

Ya Allah,

Kau jagalah hati-hati kami,

Biar bertaut kerana-Mu,

Dan senantiasa mengingati-Mu sepanjang masa,

Andai terpisah rabithah hati ini,

Biarkanlah ianya kerana-Mu jua.

Ya Allah,

Kau hadiahkanlah kebahagian itu buat keluarga kami,

Teringin sekali hati ini untuk melihat semuanya tersenyum gembira,

Dan amatlah tinggi sekali citaku untuk melihat kami semua layak untuk ke syurga-Mu.

*****************************************

Biasanya, bila tanya umi dan abah sama ada rindu atau tidak pada anak mereka bila sudah berjauhan nanti, mereka akan cuba menafikan sambil ada genangan air mata yang ditahan.

Umi dan abah, silalah menangis depan saya. Mungkin air mata itu yang akan membuatkan semangat anakmu ini akan semakin berkobar-kobar.

Atau tangisan itu menyimpan satu rahsia yang kau berdua tidak mahu anak kau ketahui ?

 

p/s : dakwah dan tarbiyyah tidak pernah mengajar kita membelakangkan keluarga.

 

 

 

 

 

Advertisements

atuk

Tadi waktu berbuka puasa, berbual-bual dengan macam biasa dengan umi..masuk topik atuk (ayah sebelah umi). Atuk yang saya sangat rapat dengannya. Atuk kesayangan saya. Atuk yang selalu memenuhi permintaan saya. Atuk yang paling suka senyum pada saya. Atuk yang suka memanjakan saya. Atuk yang saya teramat rindu padanya.

Atuk sangat baik pada saya. Atuk mengakui saya adalah cucu kesayangan dia. Tapi ALLAH lebih sayang pada dia. Dia sudah pergi. Waktu itu saya masih di sekolah menengah. Kini sudah besar. Tapi kenangan bersama-sama dia saya tidak akan lupa. Saya sangat sedih.

Sudah beberapa tahun saya beraya tanpanya. Apa yang mampu saya buat adalah, pergi ke kuburnya, hadiahkan Yaasin buatnya, doakan untuk dia, berkelakuan baik dan berubah untuk menjadi cucu yang solehah. Walaupun dia tak nampak, saya yakin kalau dia masih hidup, saya tahu dia akan suka :)

————————————————————————————————————————-

“Atuk, atuk tunggulah N****** ye, tahanlah, jangan mati lagi. N****** nak jadi doktor. Nak tunjuk pada atuk.”

Ayat ini pernah saya cakap pada arwah atuk. Waktu arwah atuk sedang menunggu waktunya. Saya tidak mengerti mengapa saya cakap begitu. Tapi, saya memang nak suruh arwah atuk tunggu sebenarnya.

Atuk, N****** dah jadi student perubatan. Tak lama lagi, dengan izin ALLAH, N****** akan jadi doktor.

Alhamdulillah…..

——————————————————————————————————————————-

Teringat pada arwah atuk, buat saya ingat tentang kematian. Yang akan menimpa semua manusia. Waktu yang tidak diketahui. Tempat yang tidak diketahui juga.

Kita mesti bersedia. Kerana di alam seterusnya, tiada siapa yang akan membantu kita.

Sekarang N****** sudah berubah atuk. Makin memahami agama sendiri. Makin faham dengan tanggungjawab. N****** nak sangat atuk tengok N****** sekarang…….

p/s : Sangat rindu pada arwah atuk. Aktiviti yang akan dibuat hari raya ini, pulang ke kampung dan bacakan Yaasin di kubur mereka..INSYAALLAH….