binaud dakwah (bina’ dakhili)

m_34 binaud dawah_1

 

[Sepanjang entri saya ini akan merujuk gambar ini]

Memahami binaud dakwah (pembinaan dakwah) bukanlah semudah yang kita sangkakan. Kerana pembinaannya merangkumi pembinaan dalaman(bina’ dakhili) dan luaran(bina’ khoriji).

IMG-20141113-WA0011

Pada entri kali ini, kita akan selami tentang pembinaan dalaman (yang paling penting) dalam binaud dakwah. KIta teliti satu persatu.

Pembinaan dalaman terbahagi kepada dua bahagian iaitu pembinaan tarbawi dan haraki(gerakan). Saya gunakan analogi sebuah rumah untuk terangkan bina’ dakhili ini agar lebih mudah difahami.

1.0 Pembinaan dalaman
1.1 Pembinaan tarbawi
1.1.1 Isti’ab nazari (daya tampung zahir)
1.1.2 Isti’ab maknawi (daya tampung yang tidak terlihat)

1.2 Pembinaan haraki
1.2.1 Isti’ab haraki (daya tampung bergerak)
1.2.2 Isti’ab tanzimi (daya tampung disusun)

1.1 Pembinaan tarbawi

Daya tampung secara nazari mahupun maknawi keduanya saling berkait rapat. Di dalam isti’ab nazari, ada tiga aspek yang penting iaitu : mabda’ (prinsip), fikrah (pemikian) dan manhaj (jalan).

Ketiga-tiga aspek ini penting untuk dibina kerana ketiga tiga hal ini akan melahirkan intima’ nazari (keterikatan secara jelas) kepada kita. Hasilnya, mutarabbi yang dibina akan melahirkan golongan yatsiquuna biina (orang akan percaya kepada kita).

Percaya yang bagaimana?
Percaya akan prinsip-prinsip dakwah kita, fikrah Islam dan dakwah yang kita bawa (rujuk piramid tingkatan fikrah)

piramid fikrah
piramid fikrah

 

serta yakin  akan manhaj yang kita gunakan. (silibus dakwah kita, wasail tarbiyyah kita)

Pencerahan tentang manhaj tarbiyyah ini penjelasannya lebih lanjut dalam pengisian 4 arkanul tarbiyyah yang kita tahu iaitu : murabbi, mutarabbi, manhaj dan biah.

Seorang akh atau akh yang bergelar murabbi hendaklah menguasai keempat-empat arkanul tarbiyyah ini dengan baik. Kefahaman itu akan menjadikan peranan mereka sebagai seorang murabbi lebih jelas dan mudah untuk mereka tentukan hala tuju pembinaan tarbiyyah mutarabbi mereka.

Para murabbi juga harus meneliti dengan baik 10 wasiat untuk mereka (boleh dibaca di blog hebat ini: http://abuamru1208.blogspot.com/2013/04/sepuluh-wasiat-untuk-para-murabbi-qudwah.html)

Bahagian kedua dalam bina’ tarbawi adalah isti’ab maknawi. Dalam bahagian ini, ada empat perkara yang jelas iaitu: ‘aqaidi (aqidah), fikri (fikiran), syu’uri (perasaan) dan suluki (akhlak).

Aqidah yang sahih dan fikrah mantap akan melahirkan satu kehendak yang kuat (iradah qawiyah) manakala perasaan dan akhlak yang baik pula akan melahirkan wafa’ dan tsabat (setia dan kekal). Akhirnya natijah kepada keempat-empat hal ini akan melahirkan golongan yang berintima’ maknawi dengan kita (yaltaffuna haulana: berada di sekitar kita)

Apabila seorang mutarabbi itu lengkap keterikatannya dalam pembinaan tarbawinya, maka akan lahirkan orang yang akan terikat dengan tarbiyyah kita (intima’ tarbawi). Keterikatan yang kita mahukan bukanlah setakat sukakan tarbiyyah ini, malah akan senantiasa mencari-cari tarbiyyah itu di mana jua mereka berada.

Kecintaan mereka terhadap tarbiyyah ini tidak boleh diganggu dengan anasir-anasir luar (seperti hal melibatkan jemaah dan lain-lain). Pada fasa ini, peranan murabbi teramatlah penting dalam menyantuni dan memberikan hak-hak tarbawi sebaik mungkin pada mutarabbi mereka.

QnA:

1. Apakah yang akan berlaku jika para murabbi sendiri tidak memahami fikrah dengan baik?
Kesannya amat buruk sekali kerana mereka tidak akan dapat menyampaikan kefahaman dengan baik kepada mutarabbi mereka. Akhirnya, pembinaan seorang mutarabbi itu terencat/ terhenti di tengah jalan (tidak boleh dimajukan ke hadapan).

2. Bolehkah para murabbi membawa bahan luar selain dari manhaj kita?
Ya, tidak ada salahnya. Di sini, anda perlu faham perbezaan antara ilmu dan fikrah (boleh rujuk link ini : http://wardahzinnirah.blogspot.com/2009/04/ilmu-dan-fikrah.html). Halatuju keduanya amat berbeza kerana ilmu melahirkan seorang ilmuwan. Fikrah adalah satu kefahaman yang akan melahirkan gerakan (amal).

Perhebatkan cara anda menyampaikan bahan fikrah dengan banyak membaca buku buku fiqh dakwah dan mendengar rekording-rekording masyayikh kita.

3. Saya tiada kemampuan untuk mentarbiyyah. Apa yang boleh saya lakukan?
Persoalan ini akan  dijawab pada entri yang seterusnya, inshaAllah.

4. Apa yang perlu saya lakukan jika anasir-anasir luar telah menyinggahi para mutarabbi ketika ini?
Jawab soalan mereka hanya pada kadar yang perlu sahaja dan telus. Selaku murabbi, selidiki juga akan asbab mengapa anasir-anasir luar itu menganggu mereka.

1.2 Pembinaan haraki

Pembinaan haraki juga terbahagi kepada dua iaitu kemampuan untuk bergerak dan kemampuan untuk disusun. Secara ringkasnya, fasa ini adalah fasa yang lebih serius buat seorang mutarabbi.

Kemampuan untuk bergerak tergantung kepada dua perkara iaitu al-harakah al-mustamirah (gerakan yang berterusan) dan ruhul bazli wa tadhiyyah (ruh yang mengerah dan berkorban). Hasilnya akan lahirlah mutarabbi yang intima’ haraki (terikat dengan gerakan) dan memilih untuk bekerja bersama kita (yataharakuuna ma’ana).

Tidak sukar saya kira untuk melatih mutarabbi itu menjadi tenaga kita dalam bekerja sekiranya ia seorang yang memang sukakan kerja (suka masanya dipenuhkan), cuma perlu dihalakan agar kerjanya lebih berfokus.

Tahapan kerja yang diberikan mestilah secara berperingkat dan mengikut kebolehan yang ada padanya. Jangan kejam dalam memberi kerja apatah lagi memaksa mereka untuk bergerak. Pergerakan tanpa ruh hanya akan melahirkan angka-angka kosong di tengah-tengah ummah.

Kemampuan untuk disusun (duduk dalam tanzim) memerlukan tiga hal utama : tsiqah (percaya), kafaah (kemampuan) dan mas’uliyyah (penanggungjawaban/tugasan). Lengkap ketiga-tiga perkara ini akan melahirkan mutarabbi yang intima’ tanzimi (keterikatan susunan). Golongan mutarabbi ini akan sanggup untuk disusun oleh kita (yaltazimuuna bina).

Pembinaan haraki akan lengkap apabila seorang murabbi itu mampu melahirkan mutarabbi yang berintima’ haraki dan tanzimi dengan kita.

Pembinaan dalaman akan lengkap apabila pembinaan tarbawi dan haraki berlaku dengan baik.

QnA & Situasi :

1. Mutarabbi hanya berminat untuk bergerak, tetapi tidak mahu disusun.
Keadaan ini amat sukar sebenarnya kerana mutarabbi yang hanya suka bergerak tetapi tidak mahu berada dalam susunan kita akan menyukarkan kita dalam menyusun strategi dakwah di satu kawasan. Teliti semula mengapa seorang mutarabbi kita itu tidak mampu disusun dan cuba selesaikan. Sebuah bangunan dakwah yang tidak tersusun amatlah tidak cantik dari luar.

Jika mutarabbi tersebut masih tidak mahu disusun, anda selaku murabbi bersabarlah dan jangan biarkan ia seorang diri. Sentiasa bacakan kepadanya kisah sirah dahulu. Cara yang lebih baik, pasangkan ia dengan mutarabbi lain supaya dirinya lebih bersemangat untuk disusun.

2. Mutarabbi hanya berminat untuk ditarbiyyah, tidak berminat untuk bergerak.
Situasi ini perlu dimuhasabah terlebih dahulu kerana kesalahannya mungkin datang dari murabbi itu sendiri selain dari kelemahan itu datang dari dalam diri mutarabbi itu sendiri. Mulakan fasa amal dakwah secara berperingkat dan senantiasa kaitkan bahawa amal dakwah ini terkait rapat dengan imannya.

Sekali lagi, bersabarlah kerana fasa bergerak ini adalah fasa yang paling susah buat seorang daie untuk memulakan dakwah. Semua orang sanggup untuk ditarbiyyah, tetapi bukan semua orang sanggup untuk bergerak.

Beruntunglah orang-orang yang mengenal usaha dakwah, lebih beruntung lagi yang istiqamah dalam usaha ini, tetapi yang paling beruntung ialah mereka yang mati di dalam usaha dakwah ini. – Maulana I’namul Hasan rah.a

3. Berhadapan dengan mutarabbi yang suka membuat kerjanya sendiri tanpa berbincang dengan murabbi terlebih dahulu.
Yakinkan kepadanya bahawa amalan syura itu amat penting dalam gerak kerja dakwah. Selaku murabbi kita bukanlah menghalang ia untuk bekerja namun penting untuk kita fahamkan kepadanya bahawa kerja dakwah ini ada susunannya. (boleh baca dengan lebih lanjut di link ini : http://dakwah.info/fikrah-dakwah/syura-keperluan-cara-melaksanakan-dan-jangkauannya-dalam-usrah/)

********

Soalnya, kerja pembinaan dalaman ini dilakukan oleh siapa?
Pembinaan dalaman yang berfokus dan muntij diberikan kepada murabbi takwin (murabbi yang mempunyai kepakaran dalam membina). Kebolehan mentakwin ini tidak ada pada diri kita semua kerana itulah dalam sebuah jemaah sendiri medan amalnya tidaklah terhad kepada usrah, daurah, mukhayyam semata. Jemaah kita juga mempunyai amal am dan rabtul am (kepelbagaian program luaran bersama masyarakat).

Dalam sebuah jemaah, amat penting untuk qiyadah dakwah di  sebuah tempat mengenali dengan terperinci tenaga kerja dan kepakaran ahli mereka. Selepas itu, rancanglah kerja-kerja dakwah yang sepadan dengannya. Barulah tidak akan berlaku kejadian seperti lambakan murabbi, program dakwah dan tarbiyyah tidak cukup tenaga, atau kerja hanya dilakukan oleh orang yang sama.

Prinsip ‘al khutwah ala qadari quwwah’ (langkah-langkah bergerak di atas kadar kekuatan) sangat penting dalam sebuah jemaah islam kerana jemaah kita mempunyai matlamat umum dan khusus yang perlu dicapai.

sekian,
mylittlepencil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s