petua umi

Bismillah.

Kali ini mahu berkongsi satu petua perubatan tradisional yang umi saya amalkan sejak dulu.

****************

Setelah hampir setiap hari melihat umi mengambil daun-daun sireh dari pokoknya yang terletak di tepi rumah, akhirnya saya membulatkan tekad untuk berkata,

Alah, umi tak habis-habis dengan daun sireh umi ni.”

Eh, kamu ingat takde kajian ke…doktor dari UKM yang kaji ade khasiat tau.”

Lalu, saya pun mula membuka internet untuk mencari khasiat-khasiat sireh. Asalnya, bukan saya tidak percaya, cuma tidak yakin. Agaknya bidang yang saya ambil membuatkan mata saya agak kabur untuk mempercayai perubatan tradisional. Sebelum ini, minda sudah disetkan bahawa perubatan moden adalah yang terbaik.

Terjumpa satu keratan artikel dari satu blog (http://perawatwanita.blogspot.com)

Pengasas Bio Sireh Cosmetics, Sheikh Paiman Salleh membongkar khasiat sirih, antaranya:

* Dalam tulisan Luqman al-Hakim dalam kitab lama mengisahkan ketika Hawa dicampakkan ke bumi (dikatakan tercampak ke Selatan India dan kini dikenali sebagai Sri Lanka), Hawa berasa malu dan tumbuhan yang ada pada masa itu adalah sirih (masa itu dikatakan daunnya sebesar dulang) untuk menutupi alat sulitnya.

Menakjubkan ! Subhanallah ! Ciptaan Allah segalanya tiada sia-sia !

Sireh atau nama saintifiknya Piper Betel Linn (Peperaceae) tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Melayu terutamanya. Dijadikan bahan makanan, hantaran perkahwinan dan perubatan. Masyarakat Cina menggunakan sireh sebagai herba untuk memanaskan badan, manakala Masyarakat India pula lebih kepada tujuan penjagaan mulut dan rambut.

Dan untuk seorang wanita, pastinya sireh adalah perubatan yang amat terbaik untuk sistem peranakan. Kini, kita seringkali melihat pembersih wanita yang mengandungi pati sireh. Namun, disini saya ingin mengesyorkan anda jika ingin menggunakan sireh, ambillah yang original.

Senang sahaja langkahnya, rebus airnya dan basuh bahagian yang dikehendaki. Pastikan air itu suam, bukan sejuk.

Inilah petua umi saya, dan beliau memang sangat berbangga dengannya.

Namun, kini saya akur. Memang benar katanya.

Dalam sebuah laman web yang lain (http://www.biosirih.semarakmas.com)

Di zaman silam sirih merupakan salah satu pendekatan perubatan tradisional yang penting, bukan sahaja di Tanah Melayu malahan di rantau Asia, India dan Afrika Timur. Di India, sirih digunakan untuk mengubati penyakit di mulut, tekak dan lapisan perut. Di Afrika Timur, daunnya digunakan untuk ulser bernanah dan jusnya untuk selsema serta penyakit radang kerongkong. Masyarakat Filipina menggunakan sirih untuk mengubati masalah gastrik dan penyakit paru-paru yang dihadapi oleh kanak-kanak. Di Kemboja, daun sirih yang ditumbuk dijadikan losyen mandian untuk mengubati penyakit seperti demam, demam campak, kelenjar membesar dan lymphagitis. Sementara di Indonesia, daunnya yang segar dicampurkan ke dalam bahan-bahan perubatan lain sebagai ransangan antiseptic, gatal-gatal, astringen dan aphrodisiac.

Dan anda sendiri boleh mencari khasianya dengan bertanya kepada orang yang lebih tua, buku tentang herba atau cari sahaja di dalam internet.

Percayalah, ternyata Allah tidak mencipta segalanya di duni ini sia-sia !

Kadangkala, kena percaya juga dengan petua orang tua.

Viridans Streptococci

Viridans Streptococci yang dikulturkan dalam pinggan petri

Hari ini dalam kelas, ada belajar tentang sejenis bakteria yang menarik. Namanya Viridans Streptococci. Bakteria ini ada dalam mulut kita, secara normalnya. Lebih kurang macam penghuni tetap mulut kita saban hari.

Bakteria ini ada baiknya, ada buruknya.

Baiknya bakteria ini, mereka boleh mengeluarkan dua jenis enzim, bacteriocins dan hydrogen peroxide. Kedua-dua enzim ini boleh menghalang proses kolonisasi bakteria-bakteria lain yang terdapat dalam mulut kita.

Betapa makhluk Allah ini istimewa belakanya. Tidak kira kita, manusia, yang memang  Allah sebutkan di dalam Al-Quran, sebaik-baik ciptaan, sehinggalah makhluk-makhluk yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar. Dan selepas ini, mesti lebih menghargai ke atas segala ciptaan Allah.

Kepada pensyarah saya, Doktor Amany Mostafa, terima kasih kerana membuka mata saya.

Dan keburukan makhluk kecil comel ini adalah mereka boleh menyebabkan sejenis penyakit, SABE ( subacute bacterial endocarditis), jika kita tidak menjaga kebersihan gigi kita.

Kerana jika gigi kita tidak bersih, karies gigi akan terbentuk. Dan sewaktu proses gigi dicabut, darah akan memancut keluar dari tempat gigi yang tercabut. Sewaktu inilah, bakteria-bakteria tersebut akan memasuki ke saluran darah di dalam badan kita.Dan seterusnya jika bakteria ini sampai ke jantung kita, mereka akan duduk membiak di dalam injap jantung ( heart valve).

Dan antara faktor-faktor yang akan meningkatkan lagi risiko untuk seseorang mendapat penyakit SABE adalah :

congenital heart

rheumatid heart

prostathic heart valve

Dan Doktor Amany ada bertanya kepada kami sekelas,

” You know siwak ? ”

Kami mengangguk.

Dan beliau berkata,

” It’s sunnah ”

Ya, perkara ini telah Nabi Muhammad telah ajar kepada kita semua sebelum terjadinya terciptanya berus gigi lagi. Telah diterangkan oleh baginda sejak awal lagi. Disuruh menjaga kebersihan. Lebih-lebih lagi bahagian mulut. Kerana dengan mulut kita berkomunikasi. Dan dengan mulut kita memberi senyuman paling manis buat sahabat di sekeliling kita.

Bukankah senyum itu sedekah ?

Ini ada hadis tentang siwak.

‘Abdullah ibn ‘Umar menerangkan: “Tidaklah Rasulullah SAW tidur melainkan siwak ada di samping baginda. Tatkala baginda bangun tidur, baginda terus bersiwak.” [Musnad Ahmad] Abu Hurairah pula meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: “Andaikata tidak memberatkan umatku, nescaya aku akan memerintahkan mereka untuk selalu bersiwak setiap kali hendak mendirikan solat.” [Shahih al-Bukhari]

 

Al-Miqdam bin Syuraih meriwayatkan daripada ayahnya: “Aku bertanya kepada A’isyah, apakah yang terlebih dahulu dilakukan oleh Nabi SAW ketika masuk ke dalam rumah?” A’isyah menjawab: “Bersiwak.” [Shahih Muslim] Selain itu baginda juga pernah menyatakan: “Siwak itu pembersih mulut dan mendatangkan keredhaan Allah.” [Musnad Ahmad]

 

A’isyah RA menerangkan bahawa ‘Abdul Rahman bin abu Bakar pernah masuk ke rumah menemui Nabi SAW. Ketika itu ‘Abdul Rahman membawa siwak yang basah untuk membersihkan giginya. Mata Nabi SAW tidak terlepas dari memandang siwak itu sehingga akhinya A’isyah mengambilkan sebatang kayu siwak untuk baginda. [Sahih al-Bukhari].

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


si halus

Tengahari tadi, di dalam dewan kuliah universiti saya.

“ thank to Allah that has created strong immune system in our body ” kata profesor Parasitology.

(lebih kurang inilah, saya sendiri tidak ingat)

*****************************************************

Setakat ini, sepanjang melalui tahun tiga dalam kuliah perubatan, dalam mempelajari subjek Parasitology, rupanya banyak sangat makhluk-makhluk halus yang hidup berkeliaran di sekeliling kita. Cuma kita yang tidak nampak. Kecil sangat, dengan mikroskop baru nampak struktur badan, ada yang mempunyai saluran pemakanan, ada sucker (organ untuk mengekalkan keadaan mereka di dalam sistem pencernaan kita – organ of fixation), ada organ peranakan masing-masing.

Sudah banyak mukasurat yang belajar. Sudah macam-macam nama yang perlu dihafal. Berbelit –belit lidah dibuatnya.

Heterophyes Heterophyes

Fasciola Hepatica, Fasciola Gigantica.

Paragonimus Westermani.

Schistosoma Mansoni, Schistosoma Japonicum, Schistosoma Haematobium.

Maha Suci Allah. Ciptaan-Nya sangat sempurna, dari sekecil-kecil bakteria sehingga sebesar-besar alam. Allah Maha Teliti dalam penciptaan-Nya.

Syukur kepada Allah yang telah memberi kita segalanya. Termasuk sistem imun badan atau sistem pertahanan badan yang kuat. Kalau dibuka hijab mata ini, sudah tentu banyak sangat kuman yang dapat kita lihat di sekeliling kita.

“ everyday we deal with thousands of parasites ‘’

Memang kita rasa bersih pada mata kasar, tetapi sebenarnya, makhluk-makhluk kecil ini, yang bersaiz mikrometer kebanyakannya, ada di merata-rata tempat. Bukanlah kita ini kotor, tetapi hakikatnya mereka-mereka ini sentiasa ada bersama kita.

***********************************************************

Kesemua jenis parasit yang saya pelajari, memang ada kesan buruk kepada manusia jika tidak diambil langkah penjagaan yang teliti.

Hampir kesemua jenis penyakit, ada tertulis di dalam buku :

Prevention and control :

Health education to encourage cooking of fish.

Health education to discourage the consumption of raw crustaceans.

Health education……

Hampir kesemua sebut benda yang sama.

Dan  Islam telah mengajar kita benda ini awal-awal lagi.

kebersihan itu separuh dari iman ‘’

Islam suruh kita menjaga kebersihan. Bersih ada kaitan dengan iman.

Betapa penting menjaga kesihatan. Supaya nanti tidak sakit-sakit. Senang mahu beramal ibadat. Senang mahu bergerak ke mana-mana. Senang untuk menjalankan tanggungjawab.

Dan  Allah itu lebih menyukai orang mukmin yang kuat dari mukmin yang lemah.

Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati.

 

p/s : baru-baru ini, dalam mesyuarat rumah, topik kebersihan juga menjadi perbincangan :)

 

 

 

 

 

schistosomiasis

Ini tajuk kuliah saya semalam. Subjek parasitologi. Secara asasnya, belajar tentang pelbagai spesies pelik makhluk-makhluk halus dan kecil, yang tidak nampak dengan mata kasar kita, hanya nampak dengan mata mikroskop.

” Schistosomes or blood flukes are parasitic flatworms. There are three main species affect men, Schistosoma Haematobium, Schistosoma Mansoni and Schistosoma Japonicum. Schistosoma Haematobium mainly can causes urinary schistosomiasis. Schistosoma Mansoni can cause rectal schistosomiasis while Schistosoma Japonicum can cause intestinal schistosomiasis. bla….bla….bla…” kata profesor saya.

Dan sekecil-kecil makhluk Allah ini, ada jantan dan betinanya. Ada organ peranakan seperti manusia. Ada telur untuk membiak. Dan ciri-ciri mereka tersangatlah unik. Dan betapa Allah sangat Maha Teliti dalam penciptaan makhluknya.

Maka Kami kirimkan kepada mereka topan, belalang, kutu, katak, dan darah ( air minum berubah menjadi darah ) sebagai bukti mereka yang jelas, tetapi mereka tetap menyombongkan diri dan mereka adalah kaum yang berdosa ” (7:133)

 

Dan mereka juga, walaupun kecil adalah makhluk utusan Allah. Ada hikmahnya yang tersendiri. Secara kasarnya, mereka memang parasit, tetapi mana mungkin Allah menciptakan sesuatu secara sengaja dan sia-sia.

Dan buktinya adalah ayat di atas. Allah ada tentera-tentera kecilnya yang tersendiri. Allah menciptakan makhluk-makhluk halus sebagai bukti keagungan Allah Yang Maha Besar lagi Maha Agung. Allah ingin menunjukkan bahawa penciptaannya bukanlah tertakluk kepada manusia, pokok-pokok, dan haiwan-haiwan sahaja.

Ini gambar-gambar mereka,

schistosoma haematobium
schistosoma mansoni
schistosoma japonicum

*****************************************************************************************************

Parasit-parasit ini ada kesan yang buruk pada manusia. Jadi, sebagai seorang pelajar perubatan, kami belajar tentang cara-cara  untuk menjaga diri ( prevention and control care ). Antaranya adalah mengelakkan dari menyentuh air-air kotor dan belajar tentang pendidikan kesihatan.

Untuk para pesakit yang dijangkiti parasit-parasit ini, ubat yang sesuai adalah Praziquantel ( Biltricide for S. Haematobium 40 mg/kg, in a single oral dose ) dan Oxamniquine ( for S. Mansoni 30 mg/kg/day for two days)

dan anda boleh melihat video-video ini….

 

p/s : minta maaf jika anda kurang faham artikel ini :)