Petra :)

 

Sudah mahu berangkat pulang.Ini sahaja gambar yang sempat diletak buat masa ini. Doakan perjalanan saya selamat.

Kepada akhawat fillahku, Jordanians,

Pertolongan yang antunna berikan tidak terbalas dek kami, sungguh banyak rasanya sepanjang berada di sini.

Jazakillah banyak-banyak.

Nanti, singgah-singgah ke Kaherah, Mesir.

Dan memori bersama antunna tidak akan sekali saya lupakan.

p/s : hari ini akan berjalan-jalan ke Jerash dan bandar Amman :)

gambar cinta…

Ini gambar-gambar yang saya sangat suka bila dapat melawat sekolah lama :)

Saya sangat sayang pada guru-guru saya kerana mereka telah banyak berkorban untuk saya, semata-mata hanya untuk melihat saya berjaya.

Saya sangat sayang pada pelajar-pelajar sekolah ini sebab bersama mereka saya dapat satu kenangan yang sangat manis macam madu :)

Terima kasih atas layanan guru-guru dan para pelajar sepanjang saya berada di sekolah ye :)

Dan saya sayang sekolah saya sebab dah bertambah cantik. Tahniah atas usaha guru-guru, para pelajar, tukang-tukang kebun,pembantu-pembantu makmal, pak cik- pak cik jaga, akak-akak dewan makan yang berjaya menggerakkan sekolah ini.