saya sayang kamu !

Bismillah.

Salam dakwah untuk para pembaca semua.

Semoga iman dalam jiwa terus segar.

Sudah baca Al-Quran hari ini ?

*****************************

Hari ini tiada apa yang terlalu istimewa yang berlaku. Cuma ke hospital untuk diambil x-ray bahagian yang cedera dalam kemalangan sebelum ini.

Dan yang membawa saya ke sana bukan umi dan abah, tetapi dua orang akhawat fillah yang saya sangat sayangi. Paling terharu apabila ada seorang jururawat berkata kepada saya,

” Mak ayah takde ke dik ? ”

” Takde.”

” Baiknye kawan-kawan awok ni ha.”

Dalam hati saya menjawab, ‘ Memanglah, mereka kan akhawat saya ‘

Inilah ukhuwwah. Ukhuwwah yang hanya terpisah apabila tiada Islam lagi dalam jiwa kami. Ukhuwwah yang terjalinnya hanya kerana Allah, bersama Allah dan menuju kepada keredhaan Allah.

Fikirkan kembali, dan mari renung sejenak….

Apakah jenis persahabatan atau ukhuwwah yang anda berikan kepada rakan anda yang terdapat di sekeliling anda ?

Adakah anda pasti anda sememangnya benar-benar ikhlas menjalinkan ukhuwwah dengannya ?

Anda rela berkorban apa sahaja untuk sahabat anda ?

Anda rela menegurnya seandainya anda mendapati kawan anda itu tadi melakukan kesalahan ?

Jika anda tidak mendapat menjawab kesemua soalan di atas, bermakna anda mesti memperbaharui semula ukhuwwah tersebut.

Perbaharui semula dengan niat yang ikhlas, jiwa yang terbuka, tanpa ada sedikitpun sangka buruk terhadapnya agar ukhuwwah anda ini sentiasa segar. Dan insyaAllah, akan terus segar hingga ke jannah-Nya.

Kya aapko ehsaas hai
~*Do you realize
Baat ab yeh hi khaas hai
~*that the only important thing now
Aapka dil hamare paas hai
~*is that I have your heart
Hamara dil aapke paas hai
~*and you have mine.

Jika anda memiliki hati sahabat anda itu, anda pasti senang untuk menawannya.

Bukankah begitu ?

Tawan hati sahabat anda itu dengan nasihat-nasihat yang tidak pernah putus dari lidah anda. Tawan hati sahabat itu dengan akhlak-akhlak mulia yang telah Islam ajarkan. Tawan hatinya dengan ayat-ayat Allah yang sememangnya diturunkan untuk kita semua.

Ko tengok die tu. Sejak ade pakwe ni, die  lupekan aku. Makan pun jarang-jarang dengan aku. Kalo dulu….

Situasi ini selalu berlaku kepada anda ?

Jangan salahkan sahabat anda. Salahkan diri anda. Anda yang tidak berjaya memiliki hatinya. Dan kini, hatinya telah dimiliki orang lain, anda pula yang merungut !

Pergi ber’couple’ dengan sahabat baik anda (sama jantina!). Hiburkan hatinya. Gembirakan hatinya selalu. Dan tangkap hatinya semula !

 

p/s : terima kasih untuk ‘budak biru’ dan ‘budak putih’ kerana sudi hantar saya ke hospital~

6 thoughts on “saya sayang kamu !

  1. asiff jiddan ukhti..x mampu jadi ‘budak biru’ dan ‘budak putih’ itu..=(((

    semoga ukhti fillah sentiasa dibawah peliharaanNya dan cintaNya..amin

  2. thankz akk….. tp syg… sy ase sy gagal utk jd kwan yg baek…..
    tringin nk mmbtol kan keadaan andai sye dberi peluang……………..:(

    • awak boleh betulkan lagi keadaan syg…jgn risau…awak tak keseorangan di dunia ni…minta tolong Allah beri awak petunjuk kepada awak tentang hal ini…dan berdoalah agar rakan awak itu terbuka hatinya untuk memaafkan awak ye syg…insyaAllah…Allah tahu niat murni dan ikhlas awak…

  3. memang sesuai la nickname budak putih tu. hihi. hanya boleh tersengih bila nurse tu cakap macam tu. haha, comel je. semoga ukhuwwah ini dirahmati dan menjadi shortcut untuk kita semua ke syurga nanti :)

    • insyaAllah….suke term tu….shortcut ke syurga nanti….syukran lg sekali ye syg…sgt2…tak mampu nk bls jasa kamu…hanya buih2 tarbiyyah yang kita kongsi bersama dapat ku jadikan hadiah buatmu~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s