kenapa aku pilih untuk ditarbiyyah ?

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Baru-baru ini, hati saya terasa berat sekali untuk menulis. Mungkin kelesuan semangat. Lalu saya menghasilkan sebuah entri untuk mengubat hati sendiri, dan moga-moga dapat juga mengubati hati para pembaca semua.

 

Sungguh, muhasabah itu perlu bagi setiap penulis ke atas apa yang telah ditulisnya.

*********

 

Kenapa selama ini kita memilih untuk ditarbiyyah ?
Ya, kerana tarbiyyah Islamiyyah ini mampu mengubah diri kita.
Ya, kerana pilihan untuk memilihnya terletak dalam tangan kita.

 

Kita membenarkan jiwa kita untuk mencintai tarbiyyah.
Kita persembahkan diri kita kepada dunia gaya seorang manusia yang ditarbiyyah.

Namun, adakah kita pernah menyukat setakat mana kita bersedia untuk ditarbiyyah ?
Bersedia dari segi masa.
Bersedia dari segi keupayaan diri.
Bersedia dari segi hati.
Bersedia dari segi semangat.

 

Pada saya, sejujurnya, masa tidak akan menunggu kita kerana masa adalah makhluk Allah yang juga ‘hidup’, akan berjalan terus-menerus. Manusia pula, masih menangguh masanya untuk berubah.

Terasa berat akan nilainya suatu perubahan.
Terasa sukar akan perubahan yang ingin dilakukan.

Namun, saya menyebut juga faktor masa di atas.
Tetapi saya tetap menyalahkan manusia, bukan masa.
Hak masa itu terletak kepada manusia kerana manusia yang lebih tahu bagaimana cara yang sebetulnya untuk menggunakan masa.

Masa itu akan jadi tidak berguna sekiranya kita menangguh masa untuk berubah atau menerima tarbiyyah Islamiyyah yang sememangnya banyak di sekeliling kita.

Jangan pernah kata tiada, sebaliknya anda yang sebenarnya hanya sibuk mengatakan, ‘ Aku tidak mahu.’

Tiada istilah ‘ Aku tak dapat hidayah lagi.’
Hanya malas atau rajin  bagi mereka yang berusaha mencarinya.

Kerana itu saya menyenaraikan faktor keupayaan diri dalam persediaan menghadapi tarbiyyah.
Keenakan tarbiyyah hanya dapat dinikmati oleh orang yang benar-benar rajin dan bersedia ke arahnya.
Kebersamaan dalam tarbiyyah sehingga akhir hayat mampu bertahan sehingga akhirnya, bukan hanya kerana hati yang faham, tetapi memerlukan juga keupayaan diri yang maksimum.

Keupayaan diri yang bagaimana saya maksudkan ?
Keupayaan diri untuk menerima tarbiyyah.
Tidak kiralah ada kalanya kita rasa puas hati atau tidak, tetap akan kita jalankan.
Tidak kiralah anda sesibuk mana sekalipun, tugas-tugas dakwah dan tarbiyyah tidak akan diperlekehkan.
Tidak kiralah ada orang atau tidak di sekeliling kita, akan tetap berupaya untuk membawa dakwah dan tarbiyyah.

Dekad ini, mempamerkan kepada kita banyak wasilah untuk kita lebih senang mencapai tarbiyyah.
Pilihlah.
Pilihlah untuk menyelamatkan diri anda.
Pilih wasilah yang lebih jelas matlamatnya.
Pilih wasilah yang meletakkan Islam di puncak.
Pilih wasilah yang menggunakan Al-Quran dan sunnah sebagai panduannya.

 

‘ Mengapa keberadaan aku adalah dalam jemaah ini ? ’

Jika ada orang lain yang bertanya kepada saya, percayalah jawapan ini juga yang akan saya berikan.
Dan kepada wasilah-wasilah lain, yang turut berjuang mempertahankan dakwah dan tarbiyyah ini, saya hanya bersikap lapang dada.

Kita saling menampung kekurangan, manfaat kehebatan.

Tarbiyyah bukan segala-galanya , tetapi segala-galanya dimulai dengan tarbiyyah.

Malu benar untuk mengaku bahawa kini baru benar-benar saya faham akan istilah ini.

Tarbiyyah ini menjadi satu latih tubi untuk kita bergerak.
Tarbiyyah menjadi satu alat untuk kita boleh digunapakai dalam sesebuah jemaah.
Tarbiyyah menjadi satu landasan yang lebih kukuh untuk kita mengejar syurga-Nya.

Semestinya, fitrah manusia pada asalnya adalah Islam.
Namun demikian selepas lahirnya ke dunia, akan dicorakkan oleh ibu bapa mereka.

Mengapa masih perlukan tarbiyyah ?
Kerana kita hidup di dunia, bukan di syurga.

Dunia yang penuh dengan tipu daya.
Kecerahan yang sebenarnya memalapkan jiwa.
Menjanjikan pelbagai jenis impian-impian palsu.

Fitrah yang suci itu perlu dibangunkan, dan alat penjagaannya adalah tarbiyyah.

Tarbiyyah kita adalah tarbiyyah rabbaniyyah.
Tarbiyyah yang membina seorang rijal.
Seekor kuda yang boleh ditunggang ke mana jua untuk dakwah.

Tarbiyyah kita bukan melahirkan manusia yang baik sendiri-sendiri.
Tarbiyyah kita bukan melahirkan manusia yang pasif.
Tarbiyyah kita bukan melahirkan manusia yang berfikiran singkat.

Jika anda masih mempunyai ciri-ciri di atas, jelaslah anda tidak menikmati tarbiyyah itu sepuasnya.

Pernah saya mendengar satu cerita dari seorang ustaz yang sangat saya kagumi.
Katanya ketika mengerjakan umrah, dia membaca Al-Ma’thurat di hadapan kaabah.
Ketika itu ada seorang akh menegurnya,

‘ Anta ikhwan ? ’

 

Terharu benar saya mendengarnya.
Inilah tarbiyyah kita.
Tarbiyyah global. (sebenarnya nak cakap betapa tarbiyyah Ikhwanul Muslimin sangat global dan menyeluruh)
Bukan memperjuangkan perkauman.
Bukan memperjuangkan bangsa.
Bukan memperjuangkan negara.

 

Tetapi memperjuangkan Islam itu sendiri.
Campaklah ke pelusuk mana sekalipun, dakwah dan tarbiyyah itu tetap yang utama.

Jujurnya saya sendiri pelik dengan jemaah atau apa jua pertubuhan yang memperjuangkan kaum dan sekumpulan dengannya.
Mereka juga berjuang, namun saya kira skop perjuangan agak sempit.

Sebab, kaum tidak akan ke mana.
Bangsa tidak akan ke mana.
Negara tidak akan ke mana.

Tolak semua.

Fikrah itu yang lebih UTAMA.
FIKRAH yang sama menyatukan semua.

Lihat para sahabat yang keluar berdakwah ke negara-negara luar, betapa mereka tidak menghadkan dakwah mereka hanya untuk masyarakat Arab semata.

Mereka melihat Islam itu sesuai untuk semua.
Sama juga seperti kita.

Kerana Islam itu untuk semua.

Selami semula kisah tentera Perang Badar, ahli-ahli as-sabiquunal awwalun.
Mereka inilah golongan-golongan yang benar-benar mengerti tarbiyyah.

 

Kualiti tarbiyyah itu akan terjaga dengan takwa dan sabar.
Dua ciri ini merupakan ciri yang sangat PENTING untuk mereka yang berada dalam tarbiyyah.

 

‘ Ya ’ (cukup). Jika kamu bersabar dan bertaqwa ketika mereka datang menyerang kamu dengan tiba-tiba, nescaya Allah menolongmu denganlima ribu malaikat yang memakai tanda. (3 : 125 )

 

Kisah Talut juga mempamerkan kepada kita ibrah yang sama.

 

Maka ketika Talut membawa bala tenteranya, dia berkata, ‘ Allah akan menguji kamu dengan sebuah sungai. Maka barang siapa meminum (airnya), dia bukanlah pengikutku. Dan barang siapa tidak meminumnya, maka dia adalah pengikutku kecuali menceduk-ceduk dengan tangan.’ Tetapi mereka meminumnya kecuali sebahagian kecil di antara mereka. Ketika dia (Talut) dan orang-orang yang beriman bersamanya menyeberangi sungai itu, mereka berkata, ‘ Kami tidak kuat lagi pada hari ini melawan Jalut dan bala tenteranya.’ Mereka meyakini bahawa mereka akan menemui Allah berkata, ‘ Betapa banyak kelompok kecil mengalahkan kelompok besar dengan izin Allah.’ Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.

( 2 : 249)

 

Hamparkan rasa sakit dalam tarbiyyah.
Kerana itu adalah kesempurnaanya.

Tarbiyyah lebih mengajar erti kebersamaan dengan Dia.
Hingga akhirnya, Dia.

Segala yang kita ada, berikan semua.
Kerana kita mahukan dakwah dan tarbiyyah ini gembira kita bersamanya.
Aku sanggup menunggu hingga ke syurga andai kebahagiaan sebenar adalah disana.

Birlah tirai kisah perjuangan dakwah kita berlabuh di sana.

 

Hamba Allah yang terus menunggu,
Namun tidak pernah henti berjuang,

mylittlepencil

Advertisements

5 thoughts on “kenapa aku pilih untuk ditarbiyyah ?

  1. saya sangat tersentuh dengan definisi nasionalisme, persatuan,kebangsaan IM.
    Betapa agungnya sebuah perjuangan yang didasarkan daripada 3 komponen tersebut, apabila dasarnya adalah kalimah tauhid.
    indah…

    • hehe…btul2…ukhti..kalau nk try kan…ustaz ana kate try je bace mathurat kat negara mana2…biasanya geng2 ikhwan ni akan tegur..mujur kita masih di bawah lembayung IKhwanul Muslimin…definisi dakwah yang lebih global…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s