rasa hati (I)

Bismillah…

Hati sudah gundah-gulana.

Fikiran bercelaru.

Banyak perkara yang perlu difikirkan dan diselesaikan. Semuanya penting. Tidak tahu untuk menyelesaikan yang mana dahulu. Namun, saya tahu bahawa seorang muslim itu perlu tersusun urusannya.

Dan bila memikirkan sesuatu masalah, ada benda lain juga yang turut terganggu. MasyaAllah, apa sudah jadi pada diri ini. Mungkin ini ujian untuk kekuatan diri agar lebih bersedia di masa hadapan, agar lebih tabah dalam mengharungi cubaan, agar lebih dapat bertaqarrub dengan-Nya lebih lagi.

Dan tidak suka perasaan ini.

Perasaan hanya ingat Allah bila susah sahaja.

Sedangkan diri ini sudah lama dalam jalan tarbiyyah dan dakwah. Tahu mesti dan kena ingat Allah waktu senang dan susah.

Ya Allah,

Kau bantulah aku,

Kau lapangkanlah dadaku.

Ya Allah,

Aku bersalah,

Aku tidak mahu mengingatimu di kala aku susah sahaja,

Waktu senang ingin ku berdamping jua.

Ya Allah,

Aku sudah berada di titik kelemahan,

Maka, Kau berikanku kekuatan,

Kau titipkan semangat,

Kerana Kau Yang Maha Kuat, Maha Segala-galanya.

Ya Allah,

Kau mengetahui tentang keadaan hambaMu ini sebaiknya,

Maka Kau berikanlah yang terbaik,

Kau bimbinglah setiap jalan yang ku pilih,

Kerana aku yakin,

Segala yang ditakdirkan kepada diriku,

Adalah lambang kasih sayangMu,

Lambang cinta dariMu.

2 thoughts on “rasa hati (I)

  1. insyaallah tarbiyah mengajar kita untuk lebih alert dengan segala perkara even simple thing..smoga kita tak menjadi fitnah kepada DnT

    nauzubillah..

    Allah maha mengetahui betapa besarnya mujahadahmu adikku sayang.=)

    ana uhibbuki fillah

    • syukran sgt2 pada akak…komen yang membina….
      betul2….as a daie mujahadah kite memang kena kuat kan….walau dilanda badai sekalipun….
      Ana uhibbuki fillah aidhan abadan abada~

Leave a reply to fii zilalil tarbiyah Cancel reply