ikhtilat dan daie,bagaimana kita ?

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Entri ini untuk menjawab satu soalan yang diajukan di dalam emel saya. Harap, berpuas hati dengan jawapan yang saya sediakan ini. Melihatkan kepada tajuknya, semestinya para pembaca sudah tahu mengenai apa yang ingin saya bincangkan.

**********************

Ikhtalatha-yakhtalithu-ikhtilathan.

Perkataan yang asalnya dari Bahasa Arab ini membawa maksud, bercampur atau berbaur.
Dari istilah syaraknya, membawa maksud bercampurnya antara lelaki dan perempuan  yang bukan muhrim di dalam satu keadaan yang tidak dibenarkan oleh Islam.

Masalah ini antara masalah besar untuk ummah.
Dan satu masalah bagi kita memikirkan bagaimana cara untuk membetulkan perkara ini. Mendekati mereka untuk  menerangkan perkara yang sebenar.
Kerana adakalanya, ada juga segelintir manusia yang tidak mampu menerima hujah yang telah kita bentangkan.

Masalah ikhtilat ini memberi kesan kepada individu, keluarga, masyarakat, malah agama ini !
Dan jika anda seorang daie, yang membawa dakwah, lebih hebat impaknya !

Mungkin di peringkat pengajian, masalah ini masih lagi terkawal.
Program ikhwah akhawat asing-asing.
Dalam kuliah pun tempat duduk boleh dipilih.
Tetapi bila sampai tahap alam pekerjaan ?
Mahu tidak mahu, akan bercampur juga.

‘ Alamak, kenapa akh tu satu pejabat dengan aku. Makin kena jagalah batas-batas ikhtilat ni.’

‘ Aiseymen. Kenapalah aku jugak yang kene teman bos. Bukannya takde orang lain. Aku jugak  yang dipilihnya.’

‘ Weh, Liza. Jom la teman aku. Aku sorang-sorang je ni. Nanti kira ikhtilat pulak.’

Mungkin, pada awalnya,
Kita rasa selesa. Rasa selamat. Biah yang solehah.
Alam pekerjaan, alam campuran, lelaki dan perempuan.
Maksud saya, kita akan berhadapan dengan satu biah yang tidak solehah.
Dan biah solehah itu kena bermula dari kita.

Ikhtilat akan kekal sebagai ikhtilat.
Akhawat dengan ikhwah.
Akhawat dengan bukan ikhwah.
Ikhwah dengan akhawat.
Ikhwah dengan bukan akhawat sekalipun.

selagi jantina anda lelaki dan perempuan, hukum ikhtilat tidak akan berubah.
Apa yang haram tetap haram.
Matlamat tidak akan menghalalkan cara.

Namun terdapat beberapa keadaan yang diharuskan dalam ikhtilat ini.

Menurut  Sheikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya al-Mufassal Fi al-Ahkam al-Mar’ah ada menyebutkan,

1.Harus kerana terpaksa (dharurah)
Ikhtilat yang berlaku kerana terpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya:

“Berkata ahli mazhab Syafie: “Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini keadan-keadaan dharurah, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia, maka harus ia menumpangkan wanita tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu hukum menumpangkannya adalah wajib tanpa khilaf. Antara contoh dharurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.

2. Harus kerana keperluan (hajat)
Ulama’ berkata, hajat mengambil peranan dharurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

a) Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak
Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual beli, melakukan tawar menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab adab pergaulan.

b) Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman
Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Zahiriah dan Imam at-Tabari. Sudah termaklum kerja seperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.

c) Ikhtilat kerana menjadi saksi
Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.

d) Ikhtilat kerana amar makruf nahi mungkar
Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya al-Muhalla bahawa Umar al-Khattab RA telah melantik al-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.

e) Ikhtilat kerana melayan tetamu
Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syar’i seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun ia terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadith Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah SAW dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk Baginda SAW.

f) Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya
Harus bagi wanita makan bersama tetamu dan suami tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syar’i. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama sama baginda. Ini bererti bahawa orang Ansar dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.

g) Ikhtilat dalam kenderaan awam
Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu bapanya, membeli belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kederaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syar’ie.

h) Ikhtilat dalam kerja-kerja jihad
Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar-Rabei binti Muawwiz katanya:
“Kami bersama Nabi SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.”

i) Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat
Antara suasana yang diharuskan, ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat Baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.

j) Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan
Tersebut dalam kitab Muwatta’ persoalan: “Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan muhramnya?” Berkata Malik: “Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut.” Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara. Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebagainya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab Islamiah.

Namun, jangan anda sengaja cuba menciptakan keadaan di atas.
Jangan cuba mengada-adakan alasan yang tidak munasabah untuk mencapai matlamat anda.
Jangan sesekali anda cuba untuk mencampurkan antara yang haq dan batil.

Langkah penjagaan seharusnya bermula dari sendiri.
Etika berkata-kata. Janganlah meleret-leret suara kalau bercakap.
Kalau bab ketawa dengan berborak, dialah nombor satu.
Etika berpakaian. Mestilah menutup aurat, baru orang lain akan lebih menghormati anda. Jangan terlalu tabarruj.
Tundukkan pandangan.
Anda sudah berkahwin, atau belum berkahwin, memang maruah anda perlu dijaga.
Kalau bermesej-mesej, beremel-emel, lebih baik jika gunakan bahasa penuh. Nampak formal.
Kalau dalam mesyuarat ke apa, pilihlah tempat duduk yang dekat dengan kawan-kawan sejantina.

Berusaha untuk menjaganya.
Jika anda tidak berusaha, jelas bahawa anda sengaja membiarkan diri anda di dalam keadaan itu.

‘ Midah, minggu ni awak teman saya ke PJ, kita ada site yang nak kena tengok.’
‘ Kita berdua je bos? ‘
‘ Haah. Kenapa ? ‘
‘ Saya tak selesa lah bos. Saya perempuan. Bos kan lelaki. Tak elok.’
‘ Alah, bukan kita buat apa pun dalam kereta tu.’
‘ Tapi lebih elok kita usaha untuk menjaga. My opinion, it will be more better if we go by ourselves. Naik kereta masing-masing.’
‘ Alah, awak ni. Benda kecil macam ni. Be profesional.’
‘ Profesionalnya saya adalah saya menjaga hak saya sebagai muslimah. Kalau bos tidak terima cadangan saya, saya nak bawa lagi sorang kakitangan untuk ikut sama. Takpun bos, saya duduk belakang. Senang cite.’
‘ Ikut awak la, saya malas dah nak bertekak. Asalkan site tu kita pergi tengok, sudah.’

Amalkan win-win situation.
Bos ada hak, dan kita juga ada hak.
Jangan terlalu mengikut kehendak selagi kita masih boleh membincangkan hal tersebut.
Bincang dengan cara yang baik sehingga anda dapat juga hak anda.
Hak anda sebagai seorang muslimah yang menjaga batasan agama.

Mengapa perlu dititik beratkan sangat tentang masalah ini ?
Kerana impaknya besar.
Semakin ringan kita pandang, semakin menjadi-jadi dan serius.

Boleh mengundang zina. Zina mata, zina mulut, zina anggota yang lainnya. Paling bahaya zina hati.
Boleh mengundang kemurkaan Allah.

Daie yang profesional pula bagaimana ?
Jika anda juga terlibat dalam masalah ini, jawabnya bahaya !

Impak yang teramat dahsyat kepada seorang daie.
Akan menganggu ketenangan fikiran dan jiwa.
Akan membantu mengurangkan keikhlasan diri anda untuk beramal.

IKHTILAT : DALAM MEDAN DAKWAH

Terhadap dakwah anda ?

Dakwah akan menjadi kurang berkah.
Dan seolah ikhtilat itu menjadi fitnah kepada dakwah anda.
Tiada siapa lagi yang akan percayakan dakwah anda. Kerana manusia lain terlalu menelitikan kesalahan kita. Bila kita buat salah, itulah yang akan dijadikan hujah buatnya untuk mempersoalkan segala bagai.
Sungguh, fitnah paling besar adalah pabila gagalnya dakwah.

Apatah lagi, apabila kita sendiri menjadikan dakwah itu akrab dengan maksiat.
Seolah, dakwah pula yang menjadikan medan untuk kita membuat dosa.
Membuat dosa kononnya dalam cara yang lebih baik, lebih mulia berbanding orang lain.

” Tidak mengapalah kak. Saya berbual dengan ikhwah. Bual pun pasal kerja dakwah.”

Dan orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana. (9: 71)

Wahai ikhwah dan akhawat sekalian,
Sungguh, medan dakwah ini menjadikan betapa sesama kita saling memerlukan,
sesama kita perlukan kerjasama.

Tetapi, bukankah kita duduk di dalam sistem tarbiyyah yang sama,
iman dan taqwa dibina,
bukankah kita lebih mengerti tentang batasan keimanan ?
bukankah kita yang lebih mengerti tentang perasaan malu berlainan jantina ?

Bukankah kita orangnya ?
Bukankah kita orangnya ?

Jangan menjadikan medan dakwah ini medan yang boleh kita bermudah-mudah dengannya.
Mengertilah wahai ikhwah dan akhawat,
jauhilah pintu-pintu yang akan merosakkan kerja dakwahmu.
Tutuplah ia daripada menjadikan kerja dakwahmu tidak muntij.

Betapa penting untuk kedua-dua belah pihak menyedari akan hal ini.
Bukan ikhwah sahaja yang perlu menjaga. Bukan akhawat sahaja yang perlu menjaga.
Sama-sama wajib menjaga.

IKTILAT : ALAM MAYA
Apa pendapat anda sekiranya saya katakan, alam maya sekarang adalah antara pembunuh terbesar iman kita jika kita tidak memanfaatkannya dengan betul ?

Sungguh, alam maya juga seperti alam realiti.
Alam ini juga diperhatikan oleh Allah S.W.T.
Jangan kita sesekali lupa.
Jangan sesekali kita terleka.

Usahalah untuk mengelakkan dari masalah ini.
Takut-takut anda akan melayani perasaan.
Ditolong pula oleh si syaitan yang tidak pernah kenal akan putus asa untuk terus menghasut ummat manusia.
Bila sudah mulai melayan perasaan, akan timbul pula langkah-langkah lain.
Bila sudah terlajak, susah untuk berundur.

Mari saya bawakkan satu kisah indah dari Al-Quran yang mengajar tentang betapa kita pentingnya menjaga masalah bila melibatkan lelaki dan perempuan.

Cuba anda hayati, kisah yang tertera di dalam Surah Al-Qasas, ayat 23 sehingga 28.
Kisah ini menceritakan tentang Nabi Musa yang bertembung dengan dua orang perempuan, Liya dan Safura, iaitu anak kepada Nabi Syuaib.

Alkisahnya, ketika Nabi Musa A.S sampai di sebuah kawasan bernama Madan dan bertemu pula dengan mata air di kawasan itu. Melihatkan kepada mata air itu, semua pengembala berebut-rebut untuk memberi air kepada ternakan mereka kecuali dua orang perempuan yang duduk jauh dari mata air itu, hanya menunggu giliran.

Bila ditanya Nabi Musa A.S kepada mereka , ‘ Mengapa kalian berbuat demikian? ‘
Jawab mereka berdua serentak,

 “Biasanya kami tidak dapat memberi minum (ternakan kami) sehingga semua gembala itu memulangkan ternakannya, sedangkan bapa kami adalah orang tua yang telah lanjut usianya.” (terjemahan Al-Quran surah AI-Qasas ayat 23).

Betapa Liya dan Safura sangat menjaga batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Mereka berdua memberi peluang kepada Kaum Adam untuk menyiapkan kerja mereka terlebih dahulu.
Mereka tidak berasak-asak ingin merebut air tersebut.
Mereka menjaga diri.
Menjaga diri sebagai seorang muslimah.

Lalu Nabi Musa A.S pun menolong mereka untuk memberi air kepada ternakan mereka. Bila tibanya Liya dan Safura di rumah, Nabi Syuaib merasa pelik kerana biasanya mereka akan pulang lewat. Lalu ayah mereka bertanyakan perihal sebenar yang berlaku. Liya dan Safura pun menceritakan tentang hal yang sebenarnya.

Lalu, Nabi Syuaib menyuruh anak sulungnya yang bernama Safura itu untuk menjemput Nabi Musa A.S.

“Maka datanglah kepada Musa salah seorang daripada kedua gadis itu berjalan malu-malu. Dia berkata, “Bapaku memanggil kamu untuk membalas kebaikanmu memberi minum ternakan kami.” (terjemahan al-Quran surah Al-Qasas ayat 25).

Pada asalnya Nabi Musa A.S berjalan di belakang Safura. Namun, sewaktu dalam perjalanan, tiba-tiba kain Safura terselak gara-gara tiupan angin sehingga menampakkan betisnya. Dek kerana takut menggoyahkan nafsu dan iman, Nabi Musa A.S meminta izin untuk berjalan di hadapan Safura.

Safura menerimanya dengan senang hati.

Tertanya-tanya, macam mana Safura mahu menunjukkan arah jalan sekiranya dia berada di belakang.
Anda tahu apa yang Safura buat ?

Jika mahu menunjukkan jalan ke arah kanan, Safura akan baling batu ke kanan.
Jika mahu menunjukkan jalan ke arah kiri, Safura akan baling batu ke kiri.

Dan alkisahnya, Safura akhirnya menikahi Nabi Musa A.S. Dialah menjadi peneman kepada Nabi Musa dalam jalan dakwah ini. Inilah kisah pendamping setia Nabi Musa A.S.

Anda nampak bagaimana perihal Safura menjaga dirinya ?
Anda nampak perihal Nabi Musa A.S yang juga menjaga dirinya ?

Inilah peranan tarbiyyah dalam hidup kita sebagai seorang Islam.
Segalanya bermula dengan tarbiyyah.
Aplikasi tarbiyyah.
Selama mana anda dalam tarbiyyah, sewajarnya sudah banyak yang anda aplikasikan.

Tarbiyyah itu perlu anda hadam untuk diri sendiri dulu.
Barulah senang untuk aplikasi.
Dan senang untuk menyampaikan kepada yang lain.

Islam ini dibawa dengan tarbiyyah.
Lihat kepada para sahabat,  KE MAMA JUA MEREKA DI CAMPAKKAN, MESKIPUN SEORANG DIRI,

MEREKA AKAN TETAP MEMBAWA AGAMA INI !

Pentingnya tarbiyyah.

Sungguh, saya tidak banyak pengalaman dalam hal ini (untuk dibandingkan dengan ukhti yang meminta saya menulis entri ini kerana beliau sudah bekerja…ukhti, saya malu). Hanya ini yang saya mampu sampaikan.

Telah saya bawakan kisah tauladan dari Al-Quran.
Telah saya bawakan kesan-kesannya.

Bila kita di luar sana, meskipun terasa asing dengan dakwah yang kita bawa, tarbiyyah dan segala macam, itulah prinsip kita.
Prinsip yang tidak boleh digoyah lagi.

Siapa pun kita.
Guru, doktor, usahawan, jurutera,
Jika kita fahami dakwah ini,
Kita adalah daie pada awalnya.

Nahnu dua’t qabla kulli syaik.
(kami dua’t sebelum benda-benda lain)

Tiada lain yang terdahulu, melainkan dakwah kita.
Dakwah kita nombor satu.
Jangan sebab benda-benda yang mudah, prinsip kita ini mudah kita tinggalkan di belakang begitu sahaja.

Jadi daie yang profesional.
Jadi daie yang tegas dengan prinsip.
Jadi daie yang berfikiran matang dan berakal.

‘ Adoi kak, memang kena mengelak ke dari jalan dekat-dekat dengan lelaki. Dah kalau ada tiang depan tu ? Ada longkang ke ? ‘

‘ Hish awak ni, takkanlah sampai nak terlanggar tiang, masuk longkang. Awak kena lah profesional. Bagi je la lelaki tu jalan dulu ke. Ataupun tundukkan pandangan. Satu konsep yang awak kena faham, kita ni wanita fitnah yang besar. Jadi, kita kena elak seboleh mungkin menjadi fitnah.’

Maaf jika saya cakap benda ini seakan tiada toleransi.
Tapi sungguh, kita sebagai seorang Islam, inilah prinsipnya.
Batasan itu tetap ada walaupun telah wujud keharusan.

Bukanlah tidak boleh langsung berhubung antara lelaki dengan perempuan.
Sungguh, memang Adam dan Hawa itu saling melengkapi.
Memang Allah ciptakan kedua-dua jantina untuk saling memerlukan.
Namun, seperti yang saya katakan, batasan itu ada.
Dan pagar batasan itu tidak boleh kita buka tanpa sebarang alasan yang tidak boleh diterima.

Bukankah seeloknya kita menjauhi kawasan pagar itu ?
Kekal di dalam kawasan yang selamat.
Takut-takut dimakan pula oleh serigala yang kelaparan.
Halal itu nyata dan jelas.
Haram itu juga nyata dan jelas.

Maka, pilihlah untuk berada dalam yang haq, yang halal.
Pilihlah untuk berada dalam kebenaran.

Advertisements

23 thoughts on “ikhtilat dan daie,bagaimana kita ?

  1. salam..memang betul. Ikhtilat adalah satu benda yang sebenarnya membawa masalah besar tetapi dianggap enteng oleh masyarakat. Bukan kerana ia masalah kecil tapi ramai yang memperkecilkan masalah itu sebab masalah ikhtilat pada hari ini sudah terbiasa terutamanya bagi remaja-remaja mahupun di dalam medan dakwah sekalipun. Jadi, kita hanya mampu berusaha setakat mana yang boleh agar ikhtilat ini terbiasa di jaga kerana jika sebagai seorang duat, masyarakat akan pandang, duat umpama role model bagi keluarga,rakan-rakan mahupun masyarakat. Setiap apa yang dilakukan akan dipandang. Jadi sama-samalah kita jaga diri.. Nice entri ukhti=)

    • Waalaikumussalam.wah, laju sungguh membaca…terima kasih atas pujianya. sungguh, sebenarnya masalah ini besar bukan ? dahulu ana sendiri rasa kecik sebab yelah, dok berdamping dgn akhawat je…bila sampai alam luar, mula gelabah sendiri.

      memang, kita adalah role model untuk ummah. pantang salah sikit, terus org nak aim macam2 kan ? banyak kali dah jadi pada diri ana sendiri. termuhasabah.
      terima kasih ukhti atas pujiannya…

      p/s : blog saksi malam itu, namanya unik..saksi malam. best2..ana dah buka…ada lagu, ada kelip2..seronok. segar-bugar mata.

  2. jzkk atas perkongsian
    entry yang sangat detail, dan menarik
    semoga para duat akan tetao tsabat membawa agama mereka, walaupon berjemaah, walaupon beseorangan, walaupon penat dan lelah, walaupon ditimpa pelbagai ujian
    wallahu a’lam

  3. Alhamdulillah dan Tahniah…tulisan yang ‘mantop’. Muga terus rajin menulis mengisi segenap ruang yang terluang, memanfaatkan masa muda mu. Muga tulisan ini juga akan jadi panduan bila nad terjun ke alam kerjaya suatu ketika nanti…Muga terus thabat..

    • terima kasih makcik…wahhh….terharu terus mak cik komen nii….berkat tunjuk ajar makcik juga yang reply sy punya pertanyaan kan…nanti sy request la buat jaulah ke rumah makcik2 di johor…boleh tambah lagi pengalaman, inshaAllah !

      terima kasih ye mak cik…sudi singgah. sudi komen..dan atas doanya !

  4. syukran ya ukhti…menarik sekali.
    tika diri ini alpa, masih ada lagi peringatan yg ana perolehi….
    al-Hamdulillah, masih ada lg insan yg mengajak untk bermuhasabah diri.

  5. salam alaik ya ukhti..syukran kathir atas perkongsian ilmu ini..ana rasa kagum dengan penulisan ukhti..ukhti membuat pencerahan yang jelas berkaitan dengan ikhtilat..kadang-kadang kita sebagai insan biasa ini memandang perkara ini biasa sahaja..kerana masalah ikhtilat ini sudah biasa berlaku maka kita menganggapnya sebagai biasa juga tanpa memandangnya sebagai kesalahan..Semoga Allah memberkati usaha ukhti ini…salam perjuangan..=).teruskan bertinta untuk Islam.. TAKBIR..!! Allahuakbar..

    • waalaikumussalam ya ukht…syukran atas pujiannya..ni pun ana kutip dr pengalaman2 akhawat2 yg dah bekerja,,.,ana tulis tu, untuk panduan dan muhasabah diri sendiri jugak inshaAllah ! salam perjuangan kembali untuk ukhti ya !!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s