aku pensel itu

Akulah pensel itu,

Hasil reka cipta kilang tarbiyyah,

Akan ku terus melukis dakwah dengan tangan yang diberi.

:)

*********************************

Seharian melihat pensel. Seharian menggunakan pensel. Tidak kira pensel kayu atau pensel picit, kedua-duanya tetap pensel.

Apa ada di sebalik pensel ?

Pensel adalah satu reka cipta yang saya kira sangat menarik. Daripada umur 3 tahun mula menggunakannya. Mula-mula conteng dinding, bila mula daftar sekolah, baru tahu bahawa tempat yang paling betul untuk menulis adalah buku tulis.

Bila sudah masuk ke tempat pengajian yang lebih tinggi, lebih berminat untuk menggunakan pensel picit. Senang. Tidak perlu asah. Beli ubat pensel sudah.

Dan apakah pensel ini hanyalah sebatang pensel ?

Tidak. Secara luaran, pensel memanglah pensel. Tetapi jika kita pandang dalam-dalam, pensel adalah ‘pensel’.

Apa ada pada pensel ?

I :

Pensel boleh buat apa sahaja dengan syarat orang yang memegangnya mestilah orang yang sepatutnya.

Sama juga macam kita. Kebolehan yang kita ada, gunakan pada tempat sewajarnya. Selagi kita dalam tangan Allah, kita mampu melakukan segala, termasuk mengubah dunia. Selagi yakin dalam tangan Allah, jangan takut pada musuh untuk membawa dakwah kita.

II :

Pensel akan tumpul, maka perlu diasah. Diasah dengan pengasah yang tajam untuk menjadikannya tajam semula.

Semacam juga kita. Perlu diuji selalu agar iman dan taqwa kita terus meningkat. Dan memang sunnah ujian itu adalah pedih dan perit, bukan manis. Logik akalnya, memang patut kita diuji. Jika kita tidak berkehendakkan untuk diuji, maka jangan sekali pernah berharap untuk mendapat syurga.

Sharpening is very painful, but you have to do it !

III :

Pensel mesti mampu untuk membetulkan  silapnya.

Seperti juga kita. Kita ini manusia. Memang sunnatullahnya, manusia ini akan berbuat silap. Tetapi kita mesti jadi manusia yang mampu untuk membetulkan kesilapan yang telah dilakukan.

Kita mempunyai akal bukan ?

Sudah mampu untuk membezakan perkara yang baik dan buruk. Jika kita diberi pilihan, maka pilihlah dengan berhikmah dan bijaksana.

Dan setelah sedar membuat silap ?

Bertaubat dan pohon maaf ! Tiada lagi jalan lain.

IV :

Apa yang memberi kualiti kepada sebatang pensel adalah grafit mata pensilnya. Tidak mudah patah bila diasah, terang, dan jelas.

Semacam juga kita. Apa yang penting adalah hati kita, dalaman kita. Jauh sekali Allah menilai kita mengikut rupa paras yang kita ada. Jangan sekali-kali tewas pada kecantikan luaran, kerana kecantikan luaran sering khianat. Pandanglah dalaman kerana itu yang paling selamat.

The most important is what inside you

V :

Apa jua keadaan yang menimpa si pensel, ia mesti terus gagah menulis, dan tinggalkanlah jejak-jejak yang bermakna.

Semacam juga kita. Apa jua yang melanda kita dalam tarbiyyah ini, harus terus tsabat, harus terus kuat dan tabah.

Jangan sesekali tinggalkan tarbiyyah yang sudah anda susuri ini.

Justeru, sebagai daie, tinggalkanlah jejak yang bermakna, jejak-jejak kebenaran yang hakiki, jejak-jejak iman untuk diikuti.

Jika kabur jejaknya, manusia akan makin kabur. Lalu, sesat sendiri.

Jika terang jejaknya, barulah senang untuk kita dicontohi, dan barulah Islam itu terbukti, tidak lagi tersembunyi.

hikayat mylittlepencil…

p/s : ini isi ceramah.cuma olah sikit-sikit dalam bahasa sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s