rasa hati (II)

Bismillah.

Hari ini banyak menangis. Sudah tidak tahan menanggung perasaan. Mahu menjaga hati orang lain, tetapi makan diri sendiri.

Ya Allah, berikan aku kekuatan.

Kebelakangan ini banyak masalah. Macam jatuh ditimpa tangga. Mudah berasa lemah. Pelajaran, dakwah, tarbiyyah semuanya terbengkalai.

Kali ini tahu mengapa air mata ini mudah sekali, murah sekali untuk dititiskan, kerana puncanya hanya satu masalah.

Masalah yang membuatkan diri ini berada di antara dua, tidak tahu yang mana perlu dilakukan.

Perlukah berbincang ?

Perlukah menyuarakan segalanya ?

Atau lebih baik berdiam diri sahaja ?

Dan puncanya hanya satu, berpindah rumah.

Kini saya tertanya-tanya pada diri sendiri, apakah rumah ini untuk dakwah ? Apakah rumah ini mampu menjamin tarbiyyah kita terjaga ? Apakah rumah ini mampu menjadi rumah ?

Saya pasti kita yang berada di dalam jalan tarbiyyah dan dakwah ini sering berpegang teguh pada satu pendapat, segala tarbiyyah bermula di rumah. Kalau tidak mampu menguruskan rumah sendiri, apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

Dan berlandaskan tarbiyyah yang kita harungi ini, membuatkan kita ingin mencari kesefahaman orang-orang yang berada di dalamnya. Orang yang sama dari segi fikrahnya, tarbiyyahnya dan dakwahnya.

Dan kita ibarat telah sepakat berjanji akan senantiasa memelihara biah di dalam rumah yang dihuni. Maka, pelbagai aktiviti yang diisi, baca ma’thurat, solat berjemaah, iftar jamaie, qiam jamaie dan lain-lain. Dan semata-mata semua ini dilakukan adalah kerana kita ingin menjaga kesucian tarbiyyah kita, semata ingin memberi kekuatan kepada semua.

Dan apakah aspek lain perlu ditolak ?

Pada saya tidak. Sesekali tidak. Kerana orang yang duduk serumah dengan kita juga adalah manusia biasa, ada haknya, ada pendiriannya.

Dari aspek tarbiyyahnya mungkin terjaga, terpelihara, tetapi jangan menolak aspek yang lain kerana segalanya dilakukan dalam hidup kita adalah dakwah, adalah tarbiyyah.

Tidak tahu kenapa tiba-tiba tulis entri ini sedangkan tiada idea. Cuma rasa hati.

Cuma ingin menyatakan di sini, betapa kriteria pemilihan rumah dakwah ini sangat penting untuk seorang daie.

p/s : mungkin ada pembaca yang tidak faham. ini entri sementara. akan dibuang bila rasa tidak sesuai.

4 thoughts on “rasa hati (II)

  1. nk jadi pensil yg tajam, bkualiti, dan sedap di tgn si Pemegang, mmg kena asah kaw2 dulu kan?
    kita semua hampir haus..tandus..kering-kontang..smuanya sbb soal ni..masing2 nk jga hak dan hati ukhti kita, shingga termakan diri sendiri. cuma ana nk mintak 1 bnda ngn enti. jgn lari lg..please.. kami perlukn enti..all of us need the support system for each other..dont ever feel u’re isolated or what-so-ever. khansa’ wont be “khansa'” without one of its members. okay?

    p/s: rindu pd nadhrah yg bnyk celoteh dulu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s