hilangnya orientasi seorang murabbi

Bismillahirrahmanirrahiim.

 

Keberadaan kita dalam dunia tarbiyyah dan dakwah, khususnya takwin(pembinaan) menjadikan kita terbiasa dengan masalah-masalah dalam kehidupan. Ya, memang indah sebenarnya bila terlibat dengan masalah begini berbanding melayan kehendak nafsu sendiri, membazir masa lapang pada hal yang sia-sia malah lebih malang membiarkan masa berlalu begitu sahaja.

menjadi-murabbi-18-638

Kita akui, pelbagai jenis masalah  tarbiyyah seakan soalan KBAT(Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) atau HOTs(High Order Thinking) menjadikan kita lebih matang dan berjiwa besar kerana kita sentiasa aktif untuk mencari solusi yang terbaik tidak kira sama ada masalah yang berlaku adalah masalah rutin atau bukan rutin.

kbat

Masalah rutin yang saya maksudkan adalah masalah kebiasaan yang berlaku dalam kehidupan. Masalah bukan rutin pula adalah masalah yang lebih rumit, mampu menjadikan seorang murabbi menjadi migrain memikirkannya.

Tetapi, alangkah malangnya!

Kita terlalu cepat kita memikirkan masalah mutarabbi, tanpa menyelidiki masalah-masalah yang melibatkan murabbi. Samalah seperti keadaannya, kita terlupa masalah pada diri kita sendiri selaku murabbi.

Kita telah mula hilang orientasi selaku seorang murabbi. Namun, sebelum saya memanjangkan kata, murabbi yang saya maksudkan bukanlah hanya memfokuskan orang-orang yang mempunyai anak halaqah semata. Murabbi yang saya maksudkan adalah anda semua kerana kita yakin setiap satu dari pemuda-pemudi dakwah adalah murabbi buat ummah!

Orientasi diri kita mula kabur dari lagak gaya seorang murabbi yang sebenar. Qudwah kita tiada lagi qudwah selaku seorang murabbi, kata-kata kita bukan lagi dari cetusan iman yang membara dalam hati, amalan kita mula kurang pergantungan dari Tuhan dan sebagainya lagi.

Kita tidak lagi mampu mengenal setiap satu mutarabbi kita dengan lebih dalam, apatah lagi untuk mencakna masalah yang berlaku dan perihal hati mereka yang sebenarnya sebelum, semasa dan selepas berhalaqah dengan kita. Kita memandang enteng kerana kita terlalu percaya jawapan template “ok”.

Dan akhirnya, kita terpedaya dengan jawapan tersebut dan seterusnya mutarabbi tidak lagi berminat untuk berkongsi segalanya dengan seorang yang bernama murabbi. Alangkah malangnya sistem tarbiyyah yang kita perjuangkan menjadi begini.

Buktikanlah rasa kasih dan sayang kepada mutarabbi dengan cara kita cakna setiap masalah dalam kehidupannya, berdamping dengannya menyelesaikan bersama-sama, aktif dalam menyuarakan pendapat dan tunjuk ajar kepadanya. Ternyata inilah asasnya kepada sebuah amal jamaie yang kukuh iaitu kerja bersama-sama di mana seorang murabbi itu menjadikan mutarabbinya sebagai partner.

Barangkali, kita sudah terlupa murabbi adalah elemen pertama dalam rukun tarbiyyah sebelum datangnya tiga rukun yang lain iaitu; mutarabbi, manhaj dan biah.

Tanda kedua seorang murabbi hilang orientasinya apabila dia sudah mula hilang kawalan atas manajemen halaqahnya. Halaqahnya mula mengalami masalah teknikal seperti terlalu lewat datang ke halaqah, pengisian yang tidak mematangkan fikrah, isu-isu semasa yang dibincangkan tidak menunjukkan kita cakna pada negara dan pelbagai lagi.

Lebih malang, halaqahnya mulai layu. Mutarabbi seakan sudah boleh memilih untuk datang atau tidak. Jika tidak dapat hadir, diberikan alasan yang tidak logik. Jika datang pun, tidak memberikan kesan kepada hati mutarabbinya untuk terus berubah.

Barangkali kita semua sudah terlupa akan ghairahnya dan urgensi kerja-kerja membina manusia. Kita tidak lagi tergoda dengan ganjaran pahala yang teramat banyak menjadi pemudah cara melorongkan manusia ke jalan-jalan hidayah.

Kita tidak lagi nampak mutarabbi kita adalah ibarat besi simpanan(iron stock) yang bertindak sebagai agen pengubah(agent of change) ummah. Akhirnya, kita meletakkan mereka di tempat yang salah sedangkan kita tahu setiap satu mutarabbi kita gemar diberi amanah atau tugasan yang sesuai dengan kehebatan dirinya. Dengan amanah yang diberikan kepadanyalah, mereka akan menjadi lebih matang dan membantu diri mereka untuk melajukan mereka mencapai muwasafat serta mendidik kesanggupan bekerja agar tidak berlaku lagi pengangguran haraki.

Tetapi awas, salah juga jika kita berikan amanah kepadanya dalam kuantiti yang terlalu banyak, tidak kita taujih dia terlebih dahulu, tidak ditanyakan apakah kesulitan yang dia alami sepanjang menjalankan amanah tersebut. Malah lebih teruk, kita tidak menjelaskan secara terperinci kepadanya perihal amanah tersebut!

Jangan anggap membina mutarabbi ini adalah sejenis ilmu kiralogi(mencongak sendiri) tanpa kita tahu tanggungjawabnya yang sebenar dan apa peranan selaku seorang murabbi. Wajib diingat bahawa membina manusia ini melibatkan pengurusan yang efektif.

Ya kita terus terlupa akan kerja pelaburan utama akhirat ini. Sedarlah, kita semakin hilang saham yang dahulunya kita menggila kerananya!

(Baca artikel ini :http://binajakarta.blogspot.com.eg/2013/04/perangkat-dasar-tarbiyah.html sebagai bantuan)

Tanda seterusnya adalah apabila seorang murabbi itu tidak lagi mematuhi mutabaah amal yang patut dikerjakannya. Dia jauh sama sekali dari memiliki peribadi ruhiyyah, orang yang bergantung setinggi langit tawakkalnya kepada Allah, sabarnya sudah mulai memiliki batasan-batasan tertentu. Jika seorang murabbi itu begini tahapan imannya, anda bayangkanlah sendiri tahapan iman mutarabbinya bagaimana.

Tanda kelima hilangnya orientasi seorang murabbi adalah apabila kita kehilangan sebuah seni dalam mengatur-carakan sebuah halaqah/usrah. Tiada lagi active learning dan creative learning dari segi cara penyampaian, tempat berhalaqah, agenda halaqah, dan kemasan bahan yang kita gunakan dalam halaqah.

Murobbi WAnted_thumb[1]

Muhasabah awal yang boleh dibuat adalah kita pacakkan semula kemahuan, kemampuan dan kesempatan. Apakah ketiga-tiga perkara ini menepati perilaku kita seorang murabbi?

Apakah kemahuan kita masih seperti dulu?
Apakah kemampuan kita masih boleh dikerahkan semaksimumnya?
Apakah kita memperuntukkan masa yang sepatutnya menunaikan tanggungjawab selaku murabbi?

Bacalah semula firman-firman Tuhan untuk menghidupkan semula jiwa murabbi. Carilah bahan-bahan bacaan yang membantu untuk anda mendapatkan kembali orientasi seorang murabbi. Berkongilah sesama rakan nuqaba’ yang lain untuk membantu anda menguruskan halaqah.

Tidak mungkin bagi seseorang yang telah diberi kitab oleh Allah, serta hikmah dan kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, “Jadilah kalian penyembah-penyembahku, bukan penyembah Allah!” Tetapi (dia berkata), “Jadilah kalian Rabbaniyyin kerana kalian mengajarkan al-Kitab dan kerana kalian tetap mempelajarinya.” (surah Ali Imran; 3:79)

 

Jangan kerana diri sendiri, kita kehilangan hak sebagai murabbi ummah ini.

Sekian,
mylittlepencil

Advertisements

dan kehendak kita tersungkur sedikit demi sedikit (2)

Bismillahirrahmanirrahim.

Di mana letaknya kehendak dakwah?

Kepentingan dakwah tidak dapat lagi kita nafikan apatah lagi melihat keadaan ummah sekarang. Pelbagai jenis dakwah sama ada dakwah bil hal (berdakwah secara amal), dakwah bit tadwin (dakwah secara tulisan), dakwah bil lisan (dakwah secara percakapan), dakwah fardiyah (dakwah secara perseorangan), dakwah ammah (dakwah secara beramai-ramai) dan macam-macam jenis lagi metod dakwah yang kita pelajari secara teori untuk dipraktikkan selaku daie.

Keinginan kita melakukan dakwah tiada lagi keterbatasannya kerana kita hidup dengan dakwah ini dan bersamanya. Malah, ingin bersamanya sehingga ke akhir hayat kita. Kita mahu setiap nafas kita menghirup perit getir  dakwah dan kita mahu dakwah ini menjadi saksi kita di hari akhir kita nanti.

“Ya, inilah manusia yang menyampaikan agama-Mu wahai Tuhan sekalian alam!”

Namun, jangan kita lupakan bahawa Allah merupakan saksi teragung kita dalam melakukan kerja-kerja ini dan atas kehendak-Nyalah kita berada di atas jalan ini.

“Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk(memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki kelangit..” (Al-An’aam : 125)

Barangkali kita terlupa, mungkin satu ketika dahulu kita tergolong dalam golongan manusia terlupa untuk meminta hidayah dari Allah sampailah Allah menghadiahkannya secara percuma kepada kita untuk mendorong kita memilih cara hidup yang baik. Malahan satu bonus kerana cara hidup yang baik mendorong kepada seni kematian yang baik. When you choose how do you want to live, you also choose how do you want to die.

Kehendak Allah meletakkan kita dalam jalan dakwah ini apakah sama dengan kehendak kita untuk berdakwah kepada manusia sekalian alam ini?
Atau  kita masih lagi keliru?

Seorang daie perlu bijak dalam menyampaikan seruannya. Bukan sahaja pada cara dakwahnya, tetapi pada cara dirinya sendiri mengolahkan sebuah kehendak yang memuncak kepada amal yang muntij(berhasil). Kehendak yang memuncak itu sewajarnya berjaya mengatasi keperluannya, apatah lagi untuk seorang daie yang mengamalkan kehidupan sekularisme dakwah. Dia meletakkan dakwah di tempat tertentu, dicapainya bila mahu, ditinggalkan bila payah.  Seorang daie yang mempunyai ‘keperluan’ dakwah sebegini ternyata amatlah rugi!

Kepentingan dakwah senantiasa dibincangkan bersama ikhwah akhawat sekeliling kita, malah menjadi perbualan kehidupan seharian. Malangnya, perbualan kita diakhiri sia-sia kerana segala kepentingan itu tidak dialasi oleh kehendak dan keperluan yang sadiq(benar). Akhirnya tinggallah kita seorang daie masih lagi berpusing di tahapan yang sama, tiada peningkatan dan tiada juga penurunan.

Kehendak yang tidak segar menjadikan dakwah kita lesu dan kita menyerahkan secara percuma kepada manusia lain untuk melakukannya. Tiada lagi rasa seronok ingin berlumba merebut ganjaran melakukan kerja dakwah, tiada lagi buah-buah pemikiran merancang dakwah, tiada lagi kemampuan hati dan fizikal untuk menggerakkan dakwah…

Barangkali inilah yang perlu kita muhasabahkan bersama. Kehendak kita berdakwah untuk menyambung rantai mata perjuangan 1400 tahun dahulu yang didahului oleh Rasulullah SAW dan para sahabat seharusnya sama seperti mereka. Peliharalah kehendak ini agar kita sentiasa terikat dan mengikat diri untuk berada di atas jalan ini.

Kerja dakwah bukan soal minat atau tidak, suka atau tidak, bukan soal kerjaya, bukan soal potensi dan bakat. Tapi kerja dakwah ialah lambang keimanan kita lemah atau kuat. Jadi, di situ kayu ukurnya. Sejauh mana perasaan hendak berdakwah itu bergelora pada jiwa sang daie, sejauhmana peritnya melihat keadaan ummat. Daie yang terpadam rasa ingin berjuang adalah daie yang terpadam padanya api keimanan. Tiada dakwah bererti iman yang lemah.” (Syed Qutb)

Fikirkan semula di mana letaknya api yang menyalakan kehendak kita untuk menggerakkan dakwah ini di mana jua kita berada dan apa jua keadaan kita. Carilah semula faktor yang memalapkan kehendak kita untuk melakukan dakwah ini. Apakah ianya faktor ‘hasil kreatif’ diri sendiri, atau diri kita masih direnggut oleh masalah dengan manusia yang tidak pernah habis, atau keadaan sekeliling yang menekan untuk kita menghentikan dakwah ini serta-merta.

Mari kita adaptasi cara seorang peniaga yang ingin mencari keuntungan dalam pemasaran perniagaannya.

Dalam dakwah pertukaran nilai ini diperkenalkan sebagai model pertukaran sosial iaitu berlaku apabila seseorang atau golongan pendakwah menawarkan khidmat menyampaikan seruan atau khidmat dakwah bagi membawa manusia melaksanakan kebaikan dan menjauhi kemungkaran (Achmad Mubarok, 1999).

Lihat bagaimana Rasulullah SAW berjaya mengaplikasikannya di dalam kehidupan Baginda. Menjadi seorang peniaga dan pendakwah bukanlah satu hal yang asing bagi Baginda. Kehendak Baginda SAW untuk menyampaikan dakwah meski secara sulit dan terbuka tidak terbunuh dek kerana kekejaman bangsa Quraisy atau apa jua yang menghalang Baginda. Malah, Baginda terus mencari manusia-manusia untuk membina sebuah barisan yang tersusun kukuh mempertahankan dakwah.

Di kala kita kekosongan kehendak, maka bayangkanlah manusia yang sentiasa berkehendakkan cahaya kebenaran dalam kehidupan mereka, maka inilah asbab paling kukuh untuk kita wujud dalam kalangan mereka!

Malah, jangan kita lupakan sasaran organisasi (jemaah) dakwah ini. Matlamat jemaah ini hanya akan berjaya dilaksanakan oleh ahli-ahlinya yang mempunyai kehendak yang kuat serta cara kerja yang sama. Sudah tentu, kita tidak mahu rencana dakwah kita ini tidak mendapat sambutan bukan?

Dakwah kita bukanlah seperti barangan duniawi  yang kita tamakkan,  tidak pernah cukup sampai kita tidak dapat membezakannya lagi antara sebuah keperluan dan kehendak. Dakwah lebih dari itu kerana ia merupakan harta karun yang sangat adzhim(agung) nilainya dan mengangkat darjat manusia yang melakukannya.

Barangan duniawi itu yang perlu dikurangkan kehendaknya, ambil mana yang perlu sahaja.
Barangan akhirat itu yang perlu ditambah kehendaknya, ambil segala yang perlu untuk melaksanakannya.

Needs-Vs-Wants-1

Sekian,
mylittlepencil

Sumber rujukan: http://rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2015/04/JPI021.pdf

PENANGAN FINAL EXAM

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya belajar dari pengalaman senior-senior lepas(especially akhawat) cara mereka mengendalikan diri mereka ketika berada di dalam fatrah study leave. Semestinya, fatrah ini kita akan berada dalam keadaan sangat stress disebabkan oleh beberapa faktor antaranya seperti lambat catch-up, suasana rumah, emosi yang tidak stabil, tuntutan sekeliling yang pelbagai dan macam-macam lagi.

Mengambil prinsip when-we-put-ourselves-under-stress-we-can-do-anything-and-everything-no-one-can-imagine, saya terpanggil untuk menulis post ini kerana ditakuti tenaga positif yang pada asalnya elok untuk digunakan untuk belajar, menjadi cas negatif yang akhirnya menatijahkan ‘anything’ dan ‘everything’ yang tidak elok.

1. Susun masa dan disiplin.

Hal ini teramat penting jika anda seseorang yang mempunyai jawatan penting di dalam sebuah persatuan atau jemaah, atau mempunyai urusan penting(pertunangan, akad nikah dll) ketika fatrah ini. Boleh jadi, kerja anda semakin bertambah ketika fatrah imtihan. Jangan tinggal terus tanggungjawab anda begitu sahaja. Maka, penyelesaiannya adalah dengan menyusun masa mengikut kemampuan anda belajar setiap hari dan disiplin. Putuskan segala aktiviti di alam maya dan didik diri untuk fokus.

Learn to ignore distractions. Buang terus perkara-perkara yang sia-sia apatah lagi yang menganggu anda menuju apa yang diimpikan.

2. Hiasi usaha belajar dan stress anda dengan hal-hal yang baik.

Semestinya, fatrah imtihan ini wajarnya memberi impak positif pada orang-orang yang beriman. Mereka wajib berusaha sehingga darjat usaha dan diri mereka sebagai orang yang berusaha diangkat di sisi Allah SWT. Pastinya, mereka yang hangat-hangat tahi ayam adalah golongan manusia yang terlampau rugi kerana pahala usaha dilepaskan begitu sahaja, apatah lagi natijah yang tidak langsung bakal menyumbang kepada usaha.

Saranan saya, kuatkan kesungguhan dalam menjaga amalan fardi dan jangan kedekut masa untuk berlama-lama dengannya. Dengar lagu-lagu(Al-Quran apatah lagi!) yang menyegar dan membasahkan iman, dengar tazkirah, tukar angin seketika berjumpa dengan akhawat untuk sentiasa menerima nasihat mereka untuk keluar sebentar dari zon tekanan itu tadi. Jauhkanlah diri dari mencari hal-hal yang tidak wajar hanya atas nama untuk menghilangkan stres.

Tips paling baik yang saya amalkan adalah menghafal surah-surah pilihan. Sudah tentu menghafal Al-Quran ini memberi manfaat kepada diri kita sendiri. Setiap hari sama ada saya akan hafal lima ayat baru(ayat-ayat pendek) atau tiga ayat(ayat-ayat yang panjang). Kemudian ayat yang ingin dihafal diulang sebanyak 40 kali di luar solat. Testimoni saya, bila menghafal Quran di fatrah imtihan:

A) asah lagi skil menghafal dan ingat
B) menambah ayat pilihan yang boleh dibaca ketika menjadi imam
C) melegakan hati ketika terlampau risau dengan peperiksaan

Dan jangan lupa juga selang-selikan bacaan buku pelajaran anda dengan buku-buku selainnya untuk merehatkan jiwa seketika.

3. Letakkan sepenuh keyakinan kepada Allah, dan tanam bahwa yang hanya boleh diubah adalah USAHA kita selaku manusia.

Bermuhasabahlah terutama di kala fakta-fakta yang ingin dihafal terlalu payah untuk masuk ke dalam kepala(bertambah elok jika setiap masa!). Boleh jadi banyak faktor mengapa terlalu payah untuk menghafal dan faktor yang memberi kesan yang paling besar adalah dosa yang tidak diminta ampun kepada Allah dan manusia.

4. Sentiasa memperbaharui niat ketika menuntut ilmu.
Hal ini sangat penting di kala kita terasa ingin putus asa agar jiwa menuntut ilmu itu sentiasa tersemat. Usaha kita bukanlah sekadar hangat-hangat tahi ayam, tapi nilai usaha sebenar yang kita mahukan adalah nilai darjat usaha dan kita selaku orang yang berusaha terangkat ke langit dan dikembalikan ke sisi Allah SWT.

Dan, sentiasalah dahulukan proses menuntut ilmu dengan cara-cara di bawah:

-membaca bismillah dan doa-doa yang baik
-membaca surah Al-Luqman sampai habis atau surah Ar-Rahman(ayat 1-10)

Doa-doa yang sunnah boleh dicari sendiri malah lebih elok doa sahaja dalam bahasa melayu dan minta apa sahaja yang diinginkan. Doa yang paling penting untuk diminta adalah diberi kelapangan hati dan dada serta keberkahan dalam masa.

5. Self alarm
Self alarm ini sangat penting dalam banyak keadaan terutamanya:
-countdown bilangan hari final exam
-alarm bangun dari tidur dan nap in between study
-countdown bilangan subjek yang perlu dihabiskan

Self alarm ini amat membantu anda membahagikan masa dengan lebih baik. Bagi saya sendiri, jadual kehidupan seharian disusun dengan konsep rules of 3 and rules of 5.

Rules of 3: Waktu tiga jam sehari untuk belajar adalah waktu WAJIB. Bermaksud, tidak kira betapa penat dan banyaknya urusan diri saya pada hari tersebut, saya akan cuba sedaya upaya mendapatkan waktu tiga jam ini. Kebiasaannya, dalam tiga jam waktu belajar ini saya hanya akan membaca dan menulis nota SAHAJA.

Rules of 5: Waktu lima jam sehari untuk belajar adalah waktu yang IDEAL. Aplikasi rules of 5 ini saya amalkan ketika saya tidak banyak urusan pada hari tersebut. Konsep rules of 5 ini juga saya aplikasikan dalam lima cara belajar saya yang berbeza (terutama pada hari yang saya ada masa begitu banyak untuk belajar) iaitu:

-membaca (amalkan pada waktu pagi kerana elok untuk menghadam fakta ketika ini)

-nota (fokuskan pada topik-topik yang selalu keluar dalam peperiksaan dan topik-topik yang susah untuk diiingat. Guna pelbagai jenis warna untuk merangsang otak anda)

-video (fokuskan pada topik-topik yang melibatkan physiology penyakit yang susah untuk difahami. Tonton video pada waktu selepas Zohor & selepas Isyak kerana kebiasaannya kita senang mengantuk ketika itu.)

-menjawab soalan (fokuskan pada akhir masa anda mengulangkaji sesuatu subtopik. Terus buka soalan untuk dapat big picture awal cara menjawab)

-soal dan jawab ( ini satu cara belajar yang baik terutama bagi mereka yang mempunyai study-mates yang baik. Untuk mereka yang belajar sendiri, soal dan jawab ini tidak sesuai untuk diamalkan terlalu kerap, mungkin dalam 2-3 kali perbincangan sahaja)

Gabungan self alarm, Rules of 3 dan Rules of 5 ini akan menjadikan anda lebih berdisiplin dan inshaAllah, target belajar anda akan lebih mudah dicapai.

6. Rules of in between
Kebanyakan para pelajar tidak menitikberatkan cara rehat yang bagus pada waktu selang belajar. Malah, ada yang terlajak rehat kerana terleka dengan cara rehat yang salah.

Waktu rehat paling ideal selepas sejam belajar adalah 15-20 minit sahaja. Dalam waktu rehat ini, anda amat tidak digalakkan untuk menyelesaikan satu kerja yang perlu disiapkan dalam satu tempoh yang lama. Ambil cara rehat yang mudah contohnya:

-letak basuh dalam mesin basuh (jemur kemudian)
-buat minuman dan makan study snacks yang sihat (*akan diceritakan dalam perkara makanan sihat)
-mendengar ceramah atau hafal ayat al quran sebanyak lima ayat pendek
-buka whatsapp dan HANYA BALAS YANG PENTING SAHAJA (untuk mereka yang memegang jawatan, sangat penting untuk anda memberitahu waktu belajar kepada rakan sejawat yang lain agar mereka tahu bila perlu notify untuk hal-hal kecemasan).
-tidur sebentar (pilihan ini KHUSUS untuk MEREKA YANG AMAT PENAT SAHAJA atau yang TIDAK CUKUP TIDUR pada waktu malam)
-smart exercise: stretch and strength (buat regangan yang fokus pada tulang belakang, bahu, lengan dan tengkuk.)

SENAMAN

Setelah waktu rehat seketika ini habis, kembali ke meja belajar anda dan kemudian, fokus semula.

7. Minuman dan makanan yang sihat
Mengamalkan gizi seimbang sudah tentu amat penting untuk menjamin kesihatan yang baik sepanjang musim study leave dan musim peperiksaan. Makanan berat dan ringan kedua-duanya perlu diambil bagi memastikan perut dan otak sentiasa selesa untuk belajar bersama.

-sentiasa amalkan makanan sunnah contoh seperti kurma, kismis, kekacang. Jujurnya tips ini saya kurang amalkan namun, saya tuliskan juga kerana tips ini sangat baik!

-keep hydrated. Sekurang-kurangnya 600ml air masak dihabiskan dalam masa sejam.

-amalkan healthy snacks @ fruit smoothies in between study. Bagi saya, snacks yang selalu saya amalkan biskut cicah susu atau bijirin bersama susu. Rajin sedikit, saya akan memasak banana pancakes. Amalan healthy snacks ini bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah menjadi sumber tenaga kita di kala kita ingin memilih makanan yang tidak sihat.

Saya letakkan link rujukan di bawah untuk anda pilih healthy snacks dan fruit smoothies kegemaran anda.

A) http://www.realsimple.com/…/recipe-collections-favorites/qu…
B) http://www.foodnetwork.com/recip…/articles/50-smoothies.html
C) http://www.rd.com/…/8-healthy-fruit-smoothies-for-breakfast/

Akhir kata, bahagiakanlah diri anda di musim peperiksaan ini dengan hal-hal yang baik kerana orang yang memberikan kebaikan, maka kebaikan akan senantiasa datang kepadanya. Jangan lupa, berikanlah juga kebahagiaan itu kepada orang lain.

sekian,
mylittlepencil yang sedang menuju ke gerbang peperiksaan akhir ijazahnya.

kompilasi status FB bulan September

Assalamualaikum. DIsebabkan tiada masa untuk menulis buat masa ini, maka saya kompilasikan sahaja status FB yang tersedia.

12 September 2015
[KUN QAWIYYAN LI AJLIKA]
‘Stay strong for yourself’ teramat penting apabila kita lemah menyendiri dan bertindak ingin menjauhkan diri dari orang lain apabila dilanda masalah yang benar benar menghimpit.
Di kala inilah, tarbiyyah dzatiyyah itu penting. Bagaimana cara kita mentarbiyyah diri sendiri tanpa perlu mengharapkan pada program-program tarbiyyah dan orang di sekeliling kita.
Latihlah tarbiyyah dzatiyyah dengan baik. Tidak rugi untuk kita mempunyai sumber kekuatan yang boleh digunakan ketika kecemasan. Dan seharusnya, setiap para dua’t mempunyai kekuatan ini untuk terus bertahan, melatih mujahadah dan dapat mencapai apa yang diiinginkan.
Jangan harapkan orang lain.
Jangan bergantung pada orang lain.
Urus dan jangan abaikan diri sendiri.
Tarbiyyah dan sediakan diri sendiri.

11 September 2015

[HARAPAN&HIKMAH DAN REDHA]
Yang diharapnya pada 12 September jam 10 malam sudah dapat mendakap umi, abah dan adik beradik yang lain. Mereka yang sudah lama menunggu. Pelbagai rancangan telah dirancang untuk dijadikan aktiviti bersama. Siap dengan kejutan untuk adik kesayangan Muhammad Hulaif bin Azmi untuk hari lahirnya pada 14 September.
Hati masih lagi loading redha dan hikmah yang tidak mungkin dapat dikecapi dalam masa sehari. Masih lagi cuba bertahan tanpa tangisan sedangkan hati penuh sebak.
Bismillah, mari wahai mylittlepencil  bergerak dengan penuh kekuatan!
Dalam harapan seorang hamba, ada kuasa Allah. Ada cara Dia untuk kita mendapatkan bekal kekuatan dan memberi hikmah.
Dalam harapan seorang hamba, moga diri kita semua disayangi dan dicintaiNya.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan.
Terima kasih kepada akhawat di sekeliling memberi sokongan dan mengalihkan pemikiran kepada urusan dakwah dan tarbiyyah serba sedikit.
Terbaru, kena tunggu lagi dua minggu dan dihalau begitu sahaja oleh polis.
Pesan abah:” Takpelah. Sabah ye dengan ujian.”
Whatsapp umi kepada kawan:” Inilah waktu yang dia ada untuk balik sekejap.”
Umi yang cukup memahami jadual study final exam anaknya.
Moga Allah redha dengan yang bernama mylittlepencil

10 September 2015

[KITA DAN DISIPLIN]
Ramai dalam kalangan kita pernah menjadi pengawas sekolah satu ketika dahulu, ataupun menjadi golongan yang membenci pengawas dek kerana kerajinan mereka mencatit nama sesiapa yang terlewat tiba di perhimpunan. Bertambah lagi kebencian apabila sistem merit demerit diwujudkan dan banyaklah kerja-kerja kebajikan keliling sekolah dilakukan dengan paksaan.
Saya sendiri seorang pengawas di sekolah dahulu, malah pernah menjadi Penolong Ketua Pengawas di sekolah menengah dengan tubuh sekerdil ini. Pengalaman menjadi pengawas cukup mematangkan dan menjadi pencetus awal  kepada saya apa itu disiplin yang sebenar. Paling tidak boleh dilupakan, menangis di bahu mak angkat dek kerana terlalu tension jadi pengawas.
Setelah mengenal tarbiyyah dan dakwah, serta jemaah mendidik lagi diri saya sendiri khususnya untuk lebih berdisiplin. Disiplin dalam menjaga masa, disiplin menjaga mutabaah amal, disiplin dalam menunaikan tanggungjawab, disiplin dalam beramal jamaie dan memahami adab-adabnya dan pelbagai lagi yang tidak larat untuk saya sebutkan kesemuanya di sini.
Saya faham, manusia amat susah untuk berdisiplin lagi lagi kita punya pilihan dan kehendak diri kita sendiri. Ya, di sinilah masalahnya!
Dalam mempunyai kehendak pun, kita tidak berdisiplin. Masakan untuk disiplin dalam hal-hal lain. Kesimpulannya, didiklah diri untuk berdisiplin(lagi-lagi banyak tanggungjawab) kerana dengan disiplin kita akan memiliki gaya penyusunan diri yang lebih efektif.
Didiklah diri untuk menyusun sebelum menerima untuk disusun kerana itulah kehendak tarbiyyah keatas diri kita iaitu berada dalam satu sistem penyusunan yang muntij. Dan jangan lupa, disiplin juga qudwah hasanah!
Tolong, jangan lupakan.
Masakan mendidik anak perlu berdisiplin, apatah lagi mendidik diri sendiri.

7 September 2015

[PENANGAN FINAL YEAR EXAM edisi 1)
Saya belajar dari pengalaman senior-senior lepas(especially akhawat) cara mereka mengendalikan diri mereka ketika berada di dalam fatrah study leave. Semestinya, fatrah ini kita akan berada dalam keadaan sangat stress disebabkan oleh beberapa faktor antaranya seperti lambat catch-up, suasana rumah, emosi yang tidak stabil, tuntutan sekeliling yang pelbagai dan macam-macam lagi.
Mengambil prinsip when-we-put-ourselves-under-stress-we-can-do-anything-and-everything-no-one-can-imagine, saya terpanggil untuk menulis post ini kerana ditakuti tenaga positif yang pada asalnya elok untuk digunakan untuk belajar, menjadi cas negatif yang akhirnya menatijahkan ‘anything’ dan ‘everything’ yang tidak elok.
1. Susun masa dan disiplin.
Hal ini teramat penting jika anda seseorang yang mempunyai jawatan penting di dalam sebuah persatuan atau jemaah, atau mempunyai urusan penting(pertunangan, akad nikah dll) ketika fatrah ini. Boleh jadi, kerja anda semakin bertambah ketika fatrah imtihan. Jangan tinggal terus tanggungjawab anda begitu sahaja. Maka, penyelesaiannya adalah dengan menyusun masa mengikut kemampuan anda belajar setiap hari dan disiplin. Putuskan segala aktiviti di alam maya dan didik diri untuk fokus. Learn to ignore distractions.
2. Hiasi usaha belajar dan stress anda dengan hal-hal yang baik.
Semestinya, fatrah imtihan ini wajarnya memberi impak positif pada orang-orang yang beriman. Mereka wajib berusaha sehingga darjat usaha dan diri mereka sebagai orang yang berusaha diangkat di sisi Allah SWT. Pastinya, mereka yang hangat-hangat tahi ayam adalah golongan manusia yang terlampau rugi kerana pahala usaha dilepaskan begitu sahaja, apatah lagi natijah yang tidak langsung bakal menyumbang kepada usaha.
Saranan saya, kuatkan kesungguhan dalam menjaga amalan fardi dan jangan kedekut masa untuk berlama-lama dengannya. Dengar lagu-lagu(Al-Quran apatah lagi!) yang menyegar dan membasahkan iman, dengar tazkirah, tukar angin seketika berjumpa dengan akhawat untuk sentiasa menerima nasihat mereka untuk keluar sebentar dari zon tekanan itu tadi. Jauhkanlah diri dari mencari hal-hal yang tidak wajar hanya atas nama untuk menghilangkan stres.
Tips paling baik yang saya amalkan adalah menghafal surah-surah pilihan. Sudah tentu menghafal Al-Quran ini memberi manfaat kepada diri kita sendiri. Setiap hari sama ada saya akan hafal lima ayat baru(ayat-ayat pendek) atau tiga ayat(ayat-ayat yang panjang). Kemudian ayat yang ingin dihafal diulang sebanyak 40 kali di luar solat. Testimoni saya, bila menghafal Quran di fatrah imtihan:
A) asah lagi skil menghafal dan ingat
B) menambah ayat pilihan yang boleh dibaca ketika menjadi imam
C) melegakan hati ketika terlampau risau dengan peperiksaan
Dan jangan lupa juga selang-selikan bacaan buku pelajaran anda dengan buku-buku selainnya untuk merehatkan jiwa seketika.
3. Letakkan sepenuh keyakinan kepada Allah, dan tanam bahwa yang hanya boleh diubah adalah usaha kita selaku manusia.
Bermuhasabahlah terutama di kala fakta-fakta yang ingin dihafal terlalu payah untuk masuk ke dalam kepala(bertambah elok jika setiap masa!). Boleh jadi banyak faktor mengapa terlalu payah untuk menghafal dan faktor yang memberi kesan yang paling besar adalah dosa yang tidak diminta ampun kepada Allah dan manusia.
Ada dalam kalangan kita akan diuji di bahagian ini. Berikanlah kemaafan kepada orang sekeliling dan tunaikan hak ke atas manusia(ibu ayah, keluarga, usrahmates, katibahmates, housemates dll). Boleh jadi yang menjadi ujian mengenai hal ini. Selesai ujian ini, maka senanglah Allah permudahkan urusan fakta masuk ke dalam otak itu tadi. Malah, mintalah doa dari mereka kerana itu juga salah satu doa yang dimakbulkan.
Selamat maju jaya buat semua mengharungi fatrah imtihan ini.
Bismillah, mari kita melangkah penuh kemenangan.
ASU FYE: 17/11-21/12
Mohon doanya semua.
mylittlepencil
Pelajar tahun akhir Ain Shams Univercity.
6.08 minit pagi.
Bersama hembusan angin pagi di Beyt Isti’ab, Abasiyyah.

6 September 2015

[UKHUWWAH YANG BEGINI]
Ukhuwwah yang mengingatkan kepada dakwah, tarbiyyah dan hal-hal yang baik, bukan ukhuwwah mengajak kepada hal yang sia-sia.
Ukhuwwah yang begini.
Ukhuwwah yang bernafas kerana Allah taala. Di kala mereka ini mempunyai masalah, getaran iman dan mutabaah amal peribadi itu yang pertama dimuhasabahkan.
Ukhuwwah yang begini.
Ukhuwwah yang tiada sangkaan, penuh kejujuran. Sifat diri sendiri yang berterus-terang percuma menjadikan orang tidak mudah bersangka dan ragu-ragu terhadap diri sendiri.
Ukhuwwah yang begini.
Ukhuwwah yang penuh lapang dada dan diturunkan ego. Mudah menerima teguran, menghulur bantuan tanpa ‘never-say-no’. Menerima apa jua kelemahan diri  itu juga penting.
Ukhuwwah begini yang saya rindu.
Ukhuwwah di kala kedua-dua berkehendak untuk melaju atas jalan dakwah ini dan terus beramal.
Rindu Aida.

3 September 2015

[MURABBI, KITA DAN TARBIYYAH]
“Tarbiyyah bukanlah hanya berkisarkan siapa naqibah kita.”
Tarbiyyah segalanya berkisarkan niat, kehendak dan pengorbanan diri kita sendiri untuk memberi manfaat terutamanya pada diri sendiri. Berpusing di sekitar isu,
“Susahlah nak tsiqah pada abang naqib ana fulan bin fulan.”
“Saya nak orang lain jadi naqibah saya.”
“Akhi jadi naqib ana pun sebab dah memang takda akh lain kan di kawasan ini.”
Betapa besar sudah nikmat mempunyai naqib atau naqibah. Sosok peribadi yang mungkin tidak hebat dan mungkin tidak seperti yang kita bayangkan, tetapi peribadi inilah yang sanggup melayan kerenah kita, menjadi pendengar yang baik di kala kita ingin meluahkan masalah, sering memberi kata-kata untuk meningkatkan iman kita setiap minggu, dan pelbagai lagi yang sanggup dilakukan. Mereka tidak berbuat begini pada yang lain melainkan anak-anak mutarabbi mereka.
Sungguh tsiqah memang susah untuk diberikan selagi naqib/naqibah tampil ‘malaikat’ di mata kita. Tetapi selaku manusia biasa, berikanlah rasa hormat. Tidak ramai orang yang sanggup menjaga kita sedemikian rupa lagi lagi dalam jalan tarbiyyah dan dakwah ini.
Muhasabah kembali. Tanya, adakah selera kita duduk di dalam jalan ini seperti selera makan kita saban hari. Makan mana yang mahu, dibuang mana yang tidak suka.
Jalan tarbiyyah dan dakwah memerlukan manusia-manusia yang berkehendakkannya, sudah tidak mahu, mana boleh lagi dipaksa. Mereka yang terpaksa akan merana. Jika bukan sekarang, mungkin pada masa akan datang kerana kita bukan ‘Tuhan’ yang memegang takdir hidup kita sendiri.
Jiwailah tarbiyyah dan dakwah penuh keikhlasan. Tidak logik hanya kerana naqibah, tiada usrah, kita sudah putus asa. Cari selagi ada wasilahnya yang boleh menjaga diri sendiri.
Letakkan diri sendiri di tempat naqibah.
Fikirkan…
“Susahnya nak melayan anak usrah kalau ada anak usrah seperti aku.
Doakan saya bersemangat untuk menulis lagi seperti dahulu.
InshaAllah!
Sekian,
mylittlepencil

jurnal ketaqwaan&Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahiim.

Tidak terlambat lagi buat kita untuk mentajdid(memperbaharui) tujuan yang ingin dicapai Ramadhan ini iaitu menjadi hamba yang bertaqwa.

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (QS. Ali Imran: 102)

Berpuasa sepenuh hati ketika Ramadhan ini, ketaqwaan akan dapat dicapai. Namun begitu, hakikat tersebut bukanlah percuma begitu sahaja.

“Sungguh, orang-orang yang bertaqwa berada dalam tempat yang aman, (iaitu) di dalam taman-taman dan mata air-mata air, mereka memakai sutera yang halus dan sutera yang tebal, (duduk) berhadapan, demikianlah, kemudian Kami berikan kepada mereka pasangan bidadari yang bermata indah. Di dalamnya mereka dapat meminta segala macam buah-buahan dengan aman dan tenteram, mereka tidak akan merasakan mati di dalamnya, selain kematian pertama (di dunia). Allah melindungi mereka dari azab neraka, itu merupakan kurnia dari Tuhanmu. Demikian itulah kemenangan yang agung.”(44:51-57)

Darjat menjadi hamba muttaqeen mempunyai mutabaah dan ciri-ciri tertentu sebagaimana yang telah diperincikan oleh Allah di dalam kitabnya. Mari kita perhalusi satu-persatu sebagai satu jalan untuk memuhasabah nilai ketaqwaan yang telah dicapai sehingga ke hari ini. 

“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa, (iaitu) orang yang berinfaq, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan, dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji dan menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedangkan mereka mengetahui.”(3:133-135)

Di dalam ayat di atas, terdapat lima ciri yang diperincikan iaitu:
1. Bersegera memohon ampunan Allah SWT.

2. Infaq di dalam keadaan lapang mahupun sempit.

3. Boleh menahan marah dan memaafkan kesalahan orang lain.

4. Sentiasa melakukan kebaikan.

5. Yang segera ingat kepada Allah apabila mengerjakan perbuatan keji.
“Sebenarnya barangsiapa menepati janji dan bertaqwa, maka sungguh, Allah mencintai orang-orang yang bertaqwa.”(3:76)
6. Menepati janji.

Kriteria menepati perjanjian dengan Allah menjadi bukti hamba muttaqeen adalah rijalun sadaqu yang sebenar. Mereka jauh sekali mempermainkan jual beli yang dilakukan dengan Allah ataupun meletakkan harga murah dan tidak sepadan sedangkan Allah ingin membeli diri mereka dengan syurga yang menjadi impian tinggi kita semua.

Qalu bala syahidna adalah lafaz perjanjian agung yang telah dimeterai hendaklah dilaksana dengan baik, penuh ikhlas dan ihsan. Menjadi khalifah serta mengimarahkan bumi ini, menegakkan kalimah kebenaran juga termasuk dalam perjanjian ini.
“Kebajikan itu bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan ke barat, tetapi kebajikan itu ialah (kebajikan) orang yang beriman kepada Allah, hari akhir, malaikat-malaikat, kitab-kitab dan nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabat, anak yatim, orang-orang miskim, orang-orang yang dalam perjalanan(musafir), peminta-minta, dan untuk memerdekakan hamba sahaya, yang melaksanakan solat dan zakat, orang yang menepati janji apabila berjanji, dan orang yang bersabar dalam kemalaratan, penderitaan, dan pada masa peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar, dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.”(2:177)
Di dalam ayat, Allah mengulangi semula ciri-ciri muttaqeen yang telah disebutkan di atas dan ditambah dua lagi ciri baru iaitu:
7. Sempurna keimanan mereka.

Rukun iman golongan muttaqeen adalah kerukunan iman yang sempurna sejajar dengan tuntutan ketaqwaan itu sendiri. Mana mungkin, taqwa berdiri sendiri tanpa iman yang menjadi pondasi(asas)nya.
8. Bersabar.

Muttaqeen bukanlah sekadar mampu dengan orang-orang di sekelilingnya, malah dia mampu bersabar dengan apa jua keadaan yang menyesakkan. Dunia tidak lagi berupaya mengganggu kekhusyukan jiwanya kepada Allah.
“Negeri akhirat itu Kami jadikan bagi orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu bagi orang-orang yang bertaqwa.”(28:83)
Ayat di atas menerangkan lagi dua ciri:

9. Tidak menyombongkan diri


10. Tidak berbuat kerosakan.

Sepertimana yang telah ditunjukkan oleh kisah sejarah terdahulu, banyak kaum yang dilaknat dan diazab Allah kerana betapa banyak kerosakan yang mereka lakukan. Kerosakan itu bukanlah sekadar secara lahiriah malah batinian. Hati mereka tidak menerima kebenaran malah menghinanya!
“Dan sungguh, Kami telah memberikan kepada Musa dan Harun, Furqan(kitab Taurat) dan penerangan serta pelajaran bagi orang-orang yang bertaqwa, (iaitu) orang-orang yang takut (azab) Tuhannya, sekalipun mereka tidak melihatNya, dan mereka merasa takut akan (tibanya) hari kiamat.”(21:48-49)

11. Ihsan dan berhati-hati dalam setiap amalan mereka.

Amalan golongan muttaqeen ini mempunyai kualiti ihsan yang begitu hebat. Malah sampai pada satu tahap mereka menikmati payah dan penatnya dalam beribadah!
“Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan orang yang membenarkannya, mereka itulah orang yang bertaqwa.”(39:33)

12. Menyampaikan kebenaran.

Para dua’t harus meyakini bahawa melakukan dakwah adalah salah satu daripada bahagian ketaqwaan mereka kepada Allah. Sentiasa berada dalam kebenaran dan membenarkannya menjadi jaminan untuk kita sentiasa menjadi orang yang bertaqwa dan dipandu Allah. 

******

Antara faedah daripada ketaqwaan adalah: 
1. Jalan ketaqwaan adalah jalan penyelamat bagi seluruh ummat manusia.

“Dan Kami selamatkan orang-orang yang beriman kerana mereka adalah orang-orang yang bertaqwa.”(41:18)

2. Kebersamaan dengan Allah.

“Sungguh, Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.”(16:128)

Tidak terlambat lagi untuk kita mencapai kriteria dan mendapat manfaat daripada ketaqwaan ketika Ramadhan kali ini. Perbaharui azam kita dan terus nikmati Ramadhan untuk mencapai ketaqwaan yang tertinggi.

Dari Abu Tharif Adiy bin Hatim – رَضِىَ الله عَنْهُ -, katanya: Aku mendengar Rasulullah – صلّى الله عليه وسلّم – bersabda: “Barangsiapa bersumpah dengan sungguh-sungguh (untuk melakukan atau meninggalkan suatu perkara), kemudian dia melihat hal yang lebih taqwa bagi Allah, maka hendaknya dia mendatangi (hal yang) taqwa itu.” (HR Muslim).

Moga kita semua disatukan di syurgaNya kelak dengan ketaqwaan ini. Ameen ya rabb.
Sekian,

mylittlepencil

lesunya sebuah tarbiyyah

Bismillahirrahmanirrahiim.

Kini, satu persatu kesan lesunya tarbiyyah datang ke dalam kehidupan kita. Penat memenuhi tuntutan wasail dan bosan dengan ragam orang-orang dakwah adalah antara kesannya. Terjadinya hal sebegini adalah disebabkan oleh beberapa faktor internal dan eksternal yang mampu mengubah rasa ketika saat pertama kita mengenal dan memberikan prioriti pada dakwah dan tarbiyyah satu ketika dahulu!

    
1. Keringnya ukhuwwah fillah dan tiada lagi qadhaya.

Semestinya ini adalah faktor utama yang menyebabkan lesunya tarbiyyah seorang daie. Kita masih lagi berukhuwwah namun kurang ‘basah’ dari segi hammasah dan qadhaya. Ukhuwwah kita sekadar hangat hangat tahi ayam. Tiada lagi kesungguhan dan tawakkal kepada Allah untuk menyampaikan ikatan ini hingga ke syurga.
Disebabkan keringnya ukhuwwah ini, qadhaya diri sendiri apatah lagi gerak kerja dakwah mula berkurang atau sekadar permukaannya sahaja(surface). Berbincang pun hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Jika ditanya tentang pelajaran, jawapannya hanya sepatah dua. Kalau dulu, jawapan-jawapan kita melebihi soalan yang diajukan! Habis semua kita mahu cerita kepada akhawat (terutamanya rakan sehalaqah) tapi kini hanya tinggal simpanan diari kehidupan sendiri.
Kita mula hanyut dalam urusan kehidupan sendiri. Sedikit demi sedikit akhirnya rasa prihatin kita pada orang di sekeliling mula hilang. Ditambah lagi dengan kurangnya salamatus sadr dan bersangka buruk yang merupakan antara virus-virus ukhuwwah yang merbahaya! 
Pentingnya sebuah qadhaya kerana ia merupakan salah satu proses tabayyun(berterus-terang) meluahkan apa sahaja yang dirasa. Memendam rasa akan mengubah diri kita dan kita pun beralih arah. Akhirnya, kehidupan kita menjadi tawar.
2. Iltizam biljamaah yang semakin berkurang.

Iltizam biljamaah juga mempunyai beberapa pecahan sebagaimana dalam entri iltizam seorang Muslim sebelum ini. Iltizam biljamaah terbahagi kepada 6 iaitu:
A) Baiah(ikrar untuk mengikat diri)
“Bahawa orang-orang yang berjanji setia kepadamu(Muhammad), sesungguhnya mereka hanya berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka, maka barangsiapa melanggar janji, maka sesungguhnya dia melanggar atas (janji) sendiri, dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah, maka Dia akan memberinya pahala yang besar.”(48:10)
Mengikat diri kepada jemaah khususnya adalah perlu untuk mendidik dan melatih komitmen diri yang diberikan. Baiah juga sebagai satu pemangkin untuk kita lebih tsabat dan agar kita lebih serius dalam menggalas beban dakwah dan tarbiyyah ini. Baiah adalah salah satu langkah untuk menyusun para dua’t yang bersedia menasabkan diri mereka kepada dakwah dan seterusnya menjadi lapisan manusia yang mampu disusun dalam elemen harakah.
Betapa susah menjadi seorang kader yang berkualiti dari segi harakiyyahnya! Kerana tidak semua manusia mampu untuk merelakan dirinya disusun dan melaksanakan amal yang telah dirancang dan ditetapkan jemaah.
B) Al-ansyitah dakhili dan khoriji(program-program dalaman dan luaran)

Di dalam penerangan ahammiyyah tarbiyyah(kepentingan-kepentingan tarbiyyah), kita mula diperkenalkan dengan pelbagai jenis wasilah untuk mencapai hadaf dakwah dan tarbiyyah itu sendiri. Tarbiyyah yang kita ingin capai menyentuh ketiga-tiga aspek iaitu mental, fizikal dan perasaan.
Kita juga diberikan keyakinan bahawa ‘bukan hanya perkara seharian dalam kehidupan itu tarbiyyah’ kerana tarbiyyah memerlukan program-program khusus untuk mencapai tujuan tertentu. Kita juga tahu akan kelebihan setiap bentuk program dan mula melaziminya.
Tapi kini, seolah hal ini hanya tinggal kenangan. Kita berani mengabaikan beberapa wasilah dan memilih untuk menghadiri wasilah tertentu itupun dengan sambil lewa. Program-program tarbiyyah tidak berjaya lagi menampung dan melengkapkan apa yang kurang. Apatah lagi, kita mula bersikap dingin sahaja terhadap program-program sebegini.
C) Al-wazifah(tugasan atau tanggungjawab)

Tanggungjawab yang ditugaskan ke atas kita adalah untuk memberi peluang dalam berkontribusi dengan baik. Peluang-peluang keemasan mengumpul pahala inilah saham kita di akhirat kelak.
Tanggungjawab paling besar adalah menyampaikan dakwah (amar ma’ruf dan nahi mungkar) serta mengimarahkan bumi ini sampai tidak akan ada lagi fitnah ke atas Allah dan agama ini. Tugas sebagai daie adalah terlalu umum sampailah kita terlibat dengan sesebuah jemaah dan amal kita menjadi lebih spesifik dan berfokus. Amal inilah yang terkadang begitu berat untuk kita laksanakan. 
Dek kerana lesunya tarbiyyah, kita tidak mampu lagi untk menanggung beban yang begitu berat ini. Kita kehilangan punca ibarat seorang musafir yang teramat dahaga di tengah padang pasir tapi perjalanannya masih panjang.
D) Infaq wajib dan sunnah 

E) Al-qararaat(arahan-arahan)

F) Ta’ah al-qiyaadah(taat kepada pimpinan)
*selebihnya akan saya terangkan kemudian inshaAllah.
Sekian,

mylittlepencil

beriltizamlah kamu wahai seorang Muslim!

Bismillahirrahmanirrahiim.

Di entri sebelum ini saya pernah menulis tentang tsabat. Kali ini, saya ingin menulis pula tentang iltizam yang lebih kurang sahaja maksudnya. Iltizam bermaksud komitmen diri. 

   
Iltizam sangat dituntut terhadap seorang muslim, apatah lagi seorang daie yang bergerak. Namun iltizam khusus buat para dua’t iaitu iltizam biljamaah akan saya tulis di entri lain inshaAllah. Iltizam yang akan dibincangkan kali ini adalah iltizam bissyari’ah.

Iltizam juga sama perihalnya seperti iman. Pertama, tempatnya di dalam hati. Kedua, bersifat yaazid dan yanqus (naik dan turun). Apatah lagi iltizam yang kerap kali yanqus, penting untuk digerakkan dan dibimbing serta sering perlu diingatkan. Iltizam yang dimiliki wajib dilandasi pengetahuan dan pemahaman terhadap Islam dengan mendalam sebagaimana digariskan oleh Imam as-syahid Hassan Al-Banna di dalam rukun baiah yang pertama iaitu al-fahmu.

Ibnu Al-Qayyim berkata: “Benarnya pemahaman dan baiknya tujuan merupakan nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada hamba-hamba-Nya. Bahkan, hamba tidak dikarunia nikmat yang lebih utama setelah nikmat Islam melebihi kedua nikmat tersebut. Dua nikmat itu merupakan dua kaki dan tulang punggung Islam. Dengan keduanya, hamba terhindar dari jalan-jalan orang-orang yang dimurkai (yaitu orang-orang yang buruk tujuannya), dan dari orang-orang yang sesat (yaitu orang-orang yang buruk pemahamannya), serta akan menjadi orang-orang yang diberi nikmat (yaitu orang-orang yang baik pemahaman dan tujuannya). Merekalah orang-orang yang terbimbing di jalan yang lurus, di mana kita semua diperintahkan memohon kepada Allah dalam setiap shalat agar dibimbing ke jalan mereka.

Benar pemahaman merupakan cahaya yang disemayamkan oleh Allah dalam hati hamba-Nya. Dengannya , ia dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk; yang hak dan yang batil; petunjuk dan kesesatan penyimpangan dan kelurusan..” [A’alamul Muwaqqi’in; Ibnu Al-Qayyim: 1/187] 

Iltizam bissyari’ah meliputi lima pecahan kecil iaitu:

1. Al-aqidah as-sohihah (aqidah yang sahih)

2. Al-‘ibadah as-salimah (ibadah yang baik)

3. Al-akhlak al-hamidah (akhlak yang mulia)

4. Ad-dakwah wal jihaad (dakwah dan jihad)

5. As-syumul wa at-tawazun (sempurna dan seimbang)
1. AL-‘AQIDAH AS-SOHIHAH

Aqidah yang sahih sebagaimana dituntut dalam Islam adalah aqidah yang mampu melahirkan iman yang tidak ‘tidur’. Perasaan kebersamaan bersama Allah sentiasa hidup di dalam jiwanya dan menjadikan dia mudah untuk berpaut pada tali agama ini.

Aqidah yang sahih ini membuang segala berhala selain dari Tuhannya. Firman Allah yang berbunyi, “Dan sembahan kalian adalah sembahan Yang Maha Esa, tidak ada sembahan (yang berhak disembah) kecuali Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (2:163)

Dia mentajarrudkan dirinya dan benar-benar menjadikan dirinya sebagai seorang hamba kepada Allah melalui aqidah yang benar ini. Kemuncak kebenaran aqidah saat kembalinya kita kepada Allah untuk dihisab atas segala pertanggungjawaban yang telah diberikan kepada kita untuk melihat sejauh mana kita menjalankannya di dunia.
2. Al-‘ibadah as-salimah

Ibadah terbahagi kepada dua iaitu ibadah khusus dan umum. Ibadah khusus adalah solat, puasa, menunaikan haji dan apa jua ibadah yang khusus digariskan oleh syarak, manakala ibadah umum adalah apa jua amal soleh yang diniatkan kerana Allah.

Ibadah adalah cara seorang hamba itu mengikat diri kepada Tuhannya, malah Dia menuntut sebaik-baik amalan itu dikerjakan di dalam firmanNya: “Dialah yang telah menciptakan mati dan hidup(kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun(bagi orang-orang yang bertaubat.”(67:2)

Nilai keikhlasan yang diberikan ke dalam setiap nilai ibadat tersebut mestilah diberi perhatian agar tidaklah sia-sia ibadah yang dikerjakan. Fudhayl bin Iyadh ada menyebut “Sesungguhnya amal yang benar tapi tidak dilakukan dengan ikhlas, tidak akan diterima Allah SWT. Begitu juga jika dilakukan dengan ikhlas tapi tidak dengan cara yang benar juga tidak diterima.”

Kehadiran jiwa dan jasad yang membawa kepada kesatuan rohani dan jasmani dalam proses “mengabdikan” diri kepada Allah akan memberikan khusyuk dan tawadhu’ kepada si pelaku.
(Buku Risalah Pemuda Muslim-Dr. Maszlee Malik)

Usul ketiga dari usul 20 yang disebut oleh Imam As-syahid Hassan Al-Banna:”Iman yang benar, ibadah yang sahih, dan mujahadah ialah cahaya serta kemanisan yang dicurahkan Allah SWT ke dalam hati sesiapa yang dikehendakinya…”

3. Al-akhlaq al-hamidah

Akhlak yang meliputi segala prinsip moral, etika dan nilai-nilai yang dipegang oleh seseorang dalam kehidupannya. Contoh tauladan kita Rasulullah SAW malah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Akhlak yang mulia diperlukan untuk menjamin keamanan dunia dan keharmonian hidup sesama manusia. 

Jangan kita sesekali kita lupa bahawa akhlak yang mulia adalah salah satu komponen penting dalam Islam sendiri. 

“Orang yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama), mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.”(39:18)

Terkadang, kita lupa bahawa akhlak yang mulia mempengaruhi nilai agama yang ada pada diri kita dan seterusnya membuang tanggapan-tanggapan yang elok dari orang sekeliling kita apatah lagi buat diri kita selaku penggerak dakwah. Kita cepat benar melenting dan merasa marah dengan kejahilan dan kesedaran ummah ini. Sedarlah bahawa, tanpa akhlak yang mulia dakwah kita tidak akan diterima!

Interaksi dengan manusia juga dipengaruhi interaksi dengan Allah seperti yang diungkapkan oleh Said Hawwa:”At-ta’amul ma’al kholqi mu’allaq bit-ta’amul ma’al kholiq (hubungan dengan manusia terkait dengan hubungan dengan pencipta).”

4. Ad-dakwah wal jihaad

Seruan menjadi ummah terbaik harus dipenuhi dengan dua prasyarat penting yang mana secara tidak langsung menjadikan dakwah ini ibadah khusus buat para dua’t.

“Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq.”(3:110)

Tanpa melengkapkan dua prasyarat ini, kita tidak akan mendapat taraf kemuliaan yang diberi oleh Allah. Malah, dakwah dan jihad inilah jalan penyelamat mengeluarkan manusia dari terus hanyut dalam kegelapan. Dakwah dan jihad kedua-duanya adalah dharurah basyariyyah(keperluan setiap manusia) yang menjadikan kita ibarat tin kosong atau bahan buangan dunia tanpa mengerjakan kedua-duanya.

Dakwah dan jihad juga adalah ma’ziratan ila rabbikum yang disebut di dalam surah Al-A’raf ayat 164:”Dan (ingatlah) ketika suatu ummat di antara mereka berkata,”Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?” Mereka menjawab,”Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertaqwa.”

Tanpa dakwah dan jihad kita tahu bahawa azab akan ditimpakan buat para dua’t yang membiarkan maksiat tumbuh melata di atas muka bumi ini.

5. As-syumul wat-tawazun

Kesempurnaan dan keseimbangan harus berganding bersama. Kita selaku muslim tidak memberatkan hal-hal dalam kehidupan dengan kadar yang berbeza-beza. Dan dalam setiap hal, kita cuba untuk menyempurnakan sebaiknya, bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Fiqh aulawiyaat(seni dalam mendahulukan mana yang lebih utama berbanding dengan sesuatu yang kurang utama dan tidak utama) mengajar kita untuk mendahulukan ibadah yang penting pada masa yang tepat, bukannya meletakkan sebarang urusan pada sebarang tempat dan masa. Penyusunan waktu juga diiringi penyusunan sesuatu urusan. 

Selagimana kita terikat dengan aulawiyaat yang betul, maka urusan kita akan seimbang dengan sendirinya. Antara keutamaan (aulawiyaat) yang telah digariskan oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi:

1. Keutamaan kualiti berbanding kuantiti.

2. Keutamaan ilmu ke atas amal.

3. Keutamaan menghayati maqasid(objektif)

4. Keutamaan berijtihad berbanding bertaklid semata-mata.

5. Keutamaan menumpukan kepada perkara-perkara yang dipersetujui berbanding perkara-perkara yang tidak dipersetujui.

6. Keutamaan memudahkan dan meringankan berbanding menyusahkan dan membebankan.

7. Keutamaan mengislah diri individu sebelum mengislahkan kerajaan dan sistem.

8. Keutamaan tarbiyyah sebelum berjihad.

9. Keutamaan mendepani musuh-musuh Islam berbanding perselisihan sesama ummat Islam sendiri.

10. Keutamaan memerangi mungkar yang besar dan utama berbanding perkara-perkara cabang dan remeh.
Sekian,

mylittlepencil

Islam seolah telah hilang rahmahnya

Bismillahirrahmanirrahiim.

Apa yang menimpa ummah Islam setelah sekian lama menggerakkan saya untuk menulis artikel ini. Kita dikerumuni musuh yang sedang kelaparan yang ingin menghancurkan dan melesapkan cahaya Islam di atas muka bumi ini.
Meskipun Allah telah berfirman bahawa agama ini tidak akan dapat dipadamkan kerana Dia sendiri yang menjaganya, tetap kita selaku ummat mendapat tempias sebuah kehancuran tersebut. Ummat Islam kini dihina, dipijak malah tidak kurang juga apabila kita menghinakan diri kita sendiri dalam kelekaan yang teramat pekat.
Kita kini sudah berani terang-terangan menghalalkan apa yang dilarang Allah dan mengharam apa yang disuruh Allah. Allah bukan lagi ilah dan rabb yang mempunyai pengaruh besar dalam segenap kehidupan kita. Nama Allah tidak lagi menggetarkan iman dan tawakkal kita kepadanya kerana terlalu lemahnya hati-hati kita semua!
Akhirnya, Islam ini hanya menjadi satu objek yang begitu asing seolah tiada rahmat agama ini dicipta Allah dan dilaksanakan di atas muka bumi ini. Walhal, Islam ini adalah cara hidup yang paling bermanfaat buat segenap lapisan makhluk di atas muka bumi ini. 
Kini, seolah semboyan kita “Ah, Islam ini agama yang penuh dengan mudharat.”
Sesungguhnya Islam kita ini adalah satu berita agung. Ia menyempurnakan perjalanan alam ini. Alam akan rosak binasa tanpanya. Oleh itu, ia mesti diwujudkan di alam kenyataan, dan jahiliyyah mesti dihapuskan bagi memastikan alam ini terus seimbang. Firman Allah: “Katakanlah, ianya berita besar. Kamu berpaling daripadanya.”(38:67)

Sesungguhnya berita besar ini datang merentasi kaum Quraisy di Mekah, bangsa Arab di Semenanjung Arab dan generasi yang sezaman dengan dakwah di bumi ini. Ia melampaui tempat dan masa yang tempat yang terbatas ini. Ia memberi kesan kepada seluruh masa depan manusia, sepanjang zaman, setiap benua dan mengolah masa depan kemanusiaan semenjak turun ke bumi hingga ke berlakunya akhirat…
(Muhammad Ahmad Ar Rasyid dalam kitabnya Al-Muntalaq)

Di dalam tafsir Ibnu Kathir, 
وما أرسلناك إِلا رحمة للعالمين
 “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmah bagi semesta alam” ( Al Anbiya’ : 107)
*dalil kepada rahmah umum

      1- Bagi orang yang beriman, Islam adalah petunjuk menuju syurga dan kebahagiaan abadi.
      2- Sedang bagi orang kafir, kehadiran Islam menunda siksaan mereka hingga setelah mati, dan melindunginya dari azab Allah di dunia sebagaimana yang menimpa umat-umat terdahulu.

Bukanlah bermaksud rahmat Islam itu tidak perlu disampaikan kepada mereka yang bukan Islam, malah dakwah ini mengajarkan kita untuk melakukan sedemikian. Kerana kita berpegang bahawa rahmah agama ini adalah untuk semua.

Sungguh, memang Allah yang Maha Menganugerahkan rahmah terbahagi kepada dua iaitu rahmah umum dan rahmah khusus. Rahmah umum tertakluk untuk semua manusia manakala rahmah khusus adalah bagi hambaNya yang beriman dan taat.

Dalil rahmah khusus: “Adapun orang-orang berIman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (agama)-Nya, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmah dan kurniaNya (syurga), dan menunjukkan mereka jalan yang lurus kepadaNya.”(4:175)

Rahmah Allah ini akan datang dalam pelbagai bentuk. Antaranya adalah:
1) Pengutusan para nabi dan rasul (S. Al-Anbiyâ’[21]: 107) serta kitab petunjuk (S. Luqmân [31]: 3). 
2) Penghindaran dari golongan orang-orang yang merugi (S. Al-Baqarah [2]: 64) 
3) Penghindaran dari azab (lihat misalnya S. Al-A‘râf [7]: 72; S. Hûd [11]: 58, 63, 66, 73, dan 94; serta S. An-Nûr [24]: 14)
4) Perlindungan dari godaan setan (S. An-Nisâ’ [4]: 83)
5) Perlindungan dari penyesatan oleh golongan orang-orang (kelompok) yang sesat (S. An-Nisâ’ [4]: 113)
6) Pemberian keistimewaan dan ilmu yang langsung dari sisi-Nya (S. Al-Kahf [18]: 65).

Dunia kini memperlihat ummat Islam kini telah kehilangan rahmah ini kerana rosaknya pembawaan agama ini di tangan penganutnya sendiri! Kita sendiri kehilangan sebuah paksi kehidupan.


Ustaz Hassan Al-Hudhaibi:”Jika matahari mempunyai  paksi dan graviti, bumi mempunyai paksi dan beredar di atas orbitnya, maka demikian jugalah manusia dengan agama ini. Apabila agama ini hilang dari manusia, akan pincanglah keseimbangan. Sesiapa yang berfikir dengan mendalam pasti dapat me,ihat lebih jauh dari itu. Dilihatnya alam ini mempunyai rekabentuk dan binaan yang indah. Agama ini adalah sebahagian darinya. Oleh itu, agama ini perlu diwakili oleh sekelmpok manuisa dalam mana-mana waktu dunia ini.”


Kita sendiri tidak merasa dan meyakini Islam ini dengan seluruh jiwa sehingga musuh mampu merobek rasa ‘izzah kepada Islam ini begitu sahaja. Kita dihinakan kerana kita sendiri menghinakan diri kita dengan celupan selain Islam.

Kehancuran yang melanda ummah kita sekarang adalah satu teguran dari Allah untuk kita memperbaiki diri sendiri dan mengubah orang lain. Jatuh bangunnya maruah agama ini terletak pada ummatnya.

Masih tidak terlambat lagi untuk kita kembali memartabatkan maruah agama ini ke tempat yang paling tinggi, gah dan gemilang. Kita harus belajar dari kehancuran yang melanda ini kerana islam ini adalah sebuah rahmah.

Satu kasih sayang yang diberikan oleh Allah untuk membantu kehidulan manusia seluruhnya. Kita mahukan suasana yang juga rahmah (sesama manusia penuh kasih sayang& bersikap akhlak mulia sesama manusia), malah rahmah inilah yang mempermudah dan memperkukuh dakwah untuk bertapak.

Kita mahukan juga seorang Muslim itu penuh dengan rahmah sebagaimana diutuskan Rasulullah SAW yang merupakah rahmah bagi Kaum Quraisy di Mekah ketika itu. Kita mahu setiap satu dari kader dakwah itu mampu untuk bekerja dan mengubah di mana sahaja dia berada. 

Daie penuh rahmah inilah ibarat angkatan kebenaran yang tidak akan pupus sebagaimana sabda Rasulullah SAW:”Sentiasa akan ada satu golongan dari umatku yang menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan tergugat oleh sesiapapun yang menentang mereka sehingga datanglah hari kiamat dan mereka tetap di dalam keadaan mereka.”

  


Mari kita bersama kembalikan rahmah agama ini dengan cara:
1) Mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar dengan syumul.
2) Berdakwah kepada seisi manusia dengan strategi yang berkesan.
3) Memperdalam dan menganalisis isu ummah serta fikirkan resolusi yang boleh dijalankan.


Sekian.


Muhasabah Jubli Perak

1. Memberi sebagai murabbi, menerima sebagai mutarabbi

[SEPANJANG MENJADI MURABBI]
Menjadi murabbi pastinya mempunyai nilai tambah selain ditarbiyyah di dalam halaqah mahupun wasilah tarbiyyah yang lain. Mempunyai mutarabbi adalah satu manfaat besar buat dirinya.
-Dia belajar menerima kekurangan diri sendiri dan mutarabbi, serta bersikap mudah sekali untuk memaafkan. Malah, dia mengajar bagaimana untuk menjaga mutarabbi dan dirinya dari kesalahan tersebut. Dia semakin faham bahawa setiap kesalahan yang dilakukan adalah kerana kurangnya kefahaman, maka dia selaku murabbi lah yang perlu menyedarkan dan mengingatkannya.
-Sekurang kurangnya dia belajar untuk menjaga aqidah, amal dan akhlaknya secara berperingkat. Malah, lebih kuat penjagaannya kerana dia merupakan qudwah kepada binaannya sendiri dan ummah ini!
-Dia bersyukur apabila setiap keaiban dirinya disembunyikan daripada pandangan manusia sekelilingnya. Dia mengerti ini adalah peluang dari Allah yang sentiasa mahu dirinya bermujahadah, bukanlah sewenang-wenangnya merasa selamat. Bahkan, ia merupakan pertolongan dari Allah!
-Dia tidak lagi boleh mengendahkan mutabaah amalnya begitu sahaja kerana ia pelajari jalan membina manusia ini memerlukan satu bekalan yang kuat. Setiap inci amal ibadahnya, ia mendidik hatinya untuk terus khusyuk bersama Tuhannya. Setiap bekalan dakwah itu adalah nyawa bagi nafas yang panjang ini.
2. Berlapang dada dengan aman dan tenang. bukan ketika itu sahaja, malah selama lamanya
Berlapang dada ini meliputi pelbagai perkara apabila daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara, terutama hal-hal yang melibatkan ukhuwwah.
Berlapang dada menerima kelemahan atau kelakuan orang lain yang kita kurang gemar, berlapang dada untuk mendidik diri kita bertahan dalam satu suasana yang kita kurang gemar, berlapang dada apatah lagi menerima kesalahan kita ditegur secara terbuka mahupun tertutup.
Masih di peringkat awal, jika dibandingkan dengan saya, masyayikh kita telah banyak diuji dengan hal ini. Berlapang dada bukanlah sekadar menerima sesuatu itu dengan terbuka. Malah, kita lakukannya dengan begitu aman dan tenang.
3. Pengorbanan tak kira masa, tempat dan ketika. Tanpa perlu mengira nilai pengorbanan itu sendiri, pengorbanan tetap perlu dibuat. 
Pengorbanan jiwa dan raga menggabungkan diri dengan jemaah dakwah.
Saya mengira inilah tindakan yang betul untuk saya sendiri mengubah diri dan ummah manusia secara keseluruhannya. Sebagaimana yang disarankan oleh Ustaz Abdullah Nasih Ulwan di dalam bukunya yang bertajuk Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini.
Tidak memadai sekiranya kita sekadar memelihara kesucian diri sendiri dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang diharamkan Allah. Apatah lagi untuk mengatakan bahawa kita telah sampai pada satu zon selamat kononnya kerana kita tidak berjaya diperdayakan oleh orang yang sesat kerana aku telah mendapat petunjuk!
Islam bukan sekadar menuntut kita untuk mencari marhalah mengislah diri sendiri, malah marhalah untuk berdakwah kepada seisi  ummah juga dituntut. Islam menuntut agar kita tetap dalam marhalah membina diri dan manusia (proses siap untuk dibina dan membina).
Kerna itulah marhalah bergabung jiwa dan raga dan bersedia untuk berkorban ke dalam jemaah islam terletak dalam tangga yang pertama.

“Kamu bergabung jiwa raga ke dalam jemaah Islam yang ikhlas dalam perjuangan, meyakini bahawa Islam sebagai agama dan daulah, Al-Quran sebagai manhaj dan perundangan, sejarah Islam sebagai tempat kebanggaan dan ikutan, tamadun Islam sebagai ruh dan pemikiran, bergabung dengan harakah dakwah Islamiah sebagai benteng pertahanan dan sumber semangat. Kamu bergabung dengannya kerana pertolongan Allah adalah bersama jemaah. Kerana amal fardi tidak memberikan hasilnya yang diharapkan di dalam usaha pengislahan dan perubahan. Kerana serigala tidak akan memakan kecuali kambing secara bersendirian.”
(ustaz Abdullah Nasib Ulwan)

Pengorbanan ini pastinya memerlukan mujahadah yang teramat tinggi kerana pemuda pemudi dakwah harus menentang arus. Mereka bukan seperti pemuda lain yang sezaman mereka, mereka perlu berkelakuan seperti pemuda 1400 hijriah dahulu. 
4. Sikap yang buruk beri impak besar dalam dakwah.
Akhlak yang baik itulah yang mengindahkan perjalanan dakwah ini. Sikap yang buruk memberikan impak besar sama ada jangka masa pendek atau panjang. 
Akhlak mulia yang bukan seruan untuk seisi manusia namun menjadi seruan buat diri kita. Akhlak yang baik yang mampu untuk mempengaruhi manusia dengan baik, manusia tidak ragu-ragu lagi untuk menerima dakwahnya. Sungguh inilah akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Sebuah hadis berbunyi:”Sesiapa yang menyuruh melakukan kebaikan maka dia hendaklah melaksanakannya dengan baik.”
Sebuah hadis lagi berbunyi:”Sesungguhnya apabila lemah lembut berada pada sesuatu maka ia akan memperelokkannya, dan apabila ia luput daripada sesuatu maka ia akan menghodohkannya.”
5. Isti’jal, di kala ini kesabaran yang baik menjadi pegangan dalam merancang gerak kerja dakwah.
Satu sikap saya yang perlu dimuhasabah adalah akal yang terlalu ligat mengutarakan satu demi satu hal yang perlu diselesaikan. Sikap yang tidak sihat/sikap bersegera ini jika tidak diposisikan pada keadaan dan perkara yang sesuai, akan menyusahkan manusia sekeliling dan pengurusan dakwah itu sendiri.
Pernah satu ketika, saya pernah dinasihat “Sabar ya.” Saya merasa begiu terketuk dengan hanya teguran tersebut. Bukannya sedang marah, malah terlebih banyak membangkitkan urusan-urusan yang belum selesai. Ketika inilah saya memahami istilah kesabaran yang baik.

Kesabaran yang baik adalah kesabaran diletakkan di tempatnya. Asy-Syaukani memahami perintah bersabar yang didampingi dengan perintah menjauhkan diri dari mereka dengan cara yang baik dalam ayat ini sebagai sebuah sikap yang tidak disertai dengan hinaan atau umpatan terhadap perbuatan buruk mereka. Atau maknanya tidak memperdulikan apa yang mereka perbuat, begitu juga tidak berusaha membalasnya meskipun memiliki kemampuan untuk itu.



6. Muhasabah kebujangan (jangan sampai bujang menjadi hawa nafsu kita sendiri tanpa memikirkan cara untuk menyelamatkan diri dari fitnah hawa nafsu dan dakwah ini sendiri)
Menyebut tentang perkahwinan (satu isi yang tidak akan habis sekiranya akal kita berulang kali memikirkan hal yang sama), ramai di antara rakan sekatibah saya mendirikan rumah tangga tahun ini. Jujurnya, saya lega dan bersyukur apabila ikhwah akhawat terutamanya menjadi orang terpilih untuk melengkapkan separuh lagi urusan keimanan mereka.
Namun begitu, saya juga berasa sedikit terkilan kerana masih ada ikhwah akhawat yang tidak membuka sepenuhnya jiwa mereka dalam menerima perkahwinan sebagai satu jalan untuk menjaga dakwah. Mereka bukannya orang yang tidak hebat, malah mereka sudah yakin akan tujuan baitul muslim tetapi di manakah mereka?
Mereka lebih mengutamakan hidup membujang daripada hidup berumahtangga. Mereka berada di pintu kehanyutan, berpaling ke arah cengkaman maksiat dan mencampak jauh ke belakang segala akhlak mulia yang dicari-cari dan segala perlakuan tinggi yang diharap-harapkan.
Menolak segala alasan yang logik (kewangan, izin ibu ayah dan pelbagai lagi), kadang-kadang mereka memberi alasan kenapa mereka tidak berkahwin dengan hujah-hujah yang Allah tidak menerimanya sebagai hujah bahkan ia hanyalah merupakan bisikan hawa nafsu dan syaitan seperti mereka berkata:”Kenapa kita ingin berkahwin sedangkan perkahwinan merupakan bebanan dan tanggungjawab?Kenapa kita membentuk keluarga sedangkan dengan berkeluarga kita terpaksa berjaga malam dan bekerja di siang hari? Kenapa kita mengeruhkan kejernihan hari-hari dan kenikmatan hidup kita dengan mencampakkan diri ke dalam kepayahan dan fitnah kehidupan?”
*tak nak nikah, tapi bergelumang dalam masalah ikhtilat boleh tahan LOL*
Menjadi seorang murabbi, kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mutarabbi kita termasuklah bakal pasangan hidup mereka yang sebolehnya menyokong dan bersama mereka dalam gerabak dakwah ini. Terkadang apabila jadi begini, lambatnya kefahaman dan kesediaan menjadikan saya menjadi sedikit terkilan dalam usaha pentakwinan. Terasa juga tempias malas untuk membina (kena tajdid niat semula) dan soalan demi soalan timbul. 
Semestinya keyakinan saya selaku manusia masih lagi berpaksikan aqidah yang benar bahawa jodoh adalah rahsia dan dihadiahkan buat manusia manusia telah ditaqdirNya. Namun, susahnya hati ini ada juga apabila ibu dan ayah kepada anak mutarabbi mula bertanya ataupun lamaran dari ‘luar’ mula sampai. Saya cuba membantu sebaiknya dan selebihnya saya menyerahkan kepada Allah.
Buat mutarabbi saya khususnya, saya berharap mereka bersedia untuk memperkukuhkan tarbiyyah dzatiyyah dan fikrah mereka (termasuk pesanan menjaga pandangan, berterusan puasa sunat,  menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang memberansangkan hawa nafsu, memenuhi masa-masa kosong dengan perkara bermanfaat, bersahabat dengan orang soleh, mempertingkat muraqabah dengan Allah ketika sunyi dan ramai), mungkin sahaja mereka tergolong dalam golongan andartu dakwah  dan saya harap mereka tidak diuji dengan hal ini, malah bersedia untuk berpoligami!

7. Menguruskan pemikiran, urusan dan emosi dgn baik dan hikmah selaku seorang daie
Dakwah dan tarbiyyah memerlukan penyusunan terperinci dari segi urusannya, akalnya mahupun emosi kita ketika melaksanakannya. Sungguh ironi apabila seorang daie itu kelihatan begitu serabut, tidak kemas, tidak teratur masanya malah kelam-kabut, perasaan yang selalu tidak stabil sehingga hanya menampakkan aura-aura negatif sahaja.
Fokus kita perlu dilatih sebagaimana solat lima waktu sehari semalam. Kita memberi keutamaan pada urusan yang penting dan perlu diselesaikan segera. Jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah perlu dicari sebaik dan sehikmah mungkin.
Inilah yang saya pelajari sepanjang berada di atas jalan ini. Masa saya terisi dengan hal-hal yang lebih berfaedah, meskipun sibuk dan sedikit kepenatan namun saya tetap berpuas hati apa yang saya kecapi hingga saat ini *cuma buku sendiri sahaja yang tak tertulis lagi*
Fasa awal selepas melepaskan tanggungjawab  sebagai qiyadah menjadikan saya agak terpinga-pinga kerana rasa sedikit kosong tanpa kerja-kerja yang biasa dikendalikan. Hilang satu punca saham yang ingin dipertaruhkan di hadapan Allah nanti meskipun tidaklah seberapa. Walaubagaimana pun, saya sempat berjumpa dengan dua orang akhawat tercinta dan menyenaraikan seberapa banyak mungkin sumbangan yang boleh diberikan sebagai jundiyah dakwah.
Sekian. 

   

Dua modal kita

Bismillah.

Antara tsabat dan istiqamah, para dua’t memilih kedua-duanya untuk berada dalam jalan tarbiyyah dan dakwah ini. Istiqamah ini lebih kepada setiap satu ibadat yang bersifat individual. Ia ibarat pagar yang menjaga kita terkeluar dari landasan amal kebaikan. Manakala iman pula ibarat ‘seorang’ pengawas yang menjauhkan dari maksiat dan sebarang aktiviti yang tidak berfaedah.
Tsabat pula adalah keteguhan hati sampai mencapai kemenangan. Istiqamah dan tsabat adalah modal yang akan kita perniagakan atas landasan dakwah dan tarbiyyah ini. Modal yang akan menjayakan harapan dan cita-cita kita bersama.

Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah swt. maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah janjinya”. (QS Al Ahzab : 23)

Kita bertegas dan teguh dengan dakwah islam ini kerana ia dikelilingi musuh-musuh yang punyai pelbagai strategi dan muslihat untuk mengalahkan kita. Tegar, sabar dan bertahan. Bagaimana Rasulullah SAW pertahankan dakwah bersama para sahabat, Syed Qutb sendiri yang mampu tersenyum ke tali gantung sambil berkata,

‘Duhai saudaraku, semoga kita boleh berjumpa di depan pintu syurga kelak’.

Ibnu Taimiyyah pula mengatakan, “Istiqamahlah kalian dalam mahabah (kepada Allah) dan dalam berubudiyah kepada-Nya. Dan janganlah menoleh dari-Nya (berpaling walau sesaat) baik ke kanan ataupun ke kiri.”  


Apakah nilai sebenar istiqamah dan tsabat ?

1. Menjamin hakikat kebenaran yang menuju kemenangan.

Tsabat dan istiqamah akan mendidik jiwa para dua’t untuk terus mempertahankan kebenaran tidak mengira apa jua keadaan malah berani untuk menghadapi realiti kehidupan.

Memegang kebenaran adalah ibarat memegang bara api yang menyakitkan tetapi menerangi jiwa dan memperkukuh langkah-langkah kita. Alangkah indahnya, tsabat dan istiqamah inilah yang mampu membesarkan jiwa kita semua.

Istiqamah dan tsabat juga menjamin ketenangan dalam jalan ini. Kita tidak akan mudah digentar musuh sebagaimana firman Allah,

Wahai orang-orang yang beriman apabila kamu menghadapi satu pasukan maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung”.

 (Al-Anfaal:45)

2. Tsabat dan istiqamah mendidik akhlak yang mulia.

Kita tahu bahawa akhlak merupakan salah satu cara kita memperdagangkan dakwah ini kepada manusia. Hanya manusia yang berakhlak mulia mampu untuk diterima masyarakat. Manusia di sekeliling akan mudah terpaut pada susuk tubuh daie yang lemah-lembut, tidak bongkak, menghormati orang lain dan menjaga kata-katanya.

Salah satu cara untuk mendidik akhlak mulia dalam diri adalah dengan menghiasi diri kita dengan tsabat dan istiqamah ini. Kedua-duanya adalah ibarat cermin muhasabah untuk kita mengukur diri kita sendiri. Dalam pada yang sama ia adalah cermin sesama para dua’t itu sendiri untuk menjaga semangat kita agar terus berada dalam jalan yang panjang ini.

Berapa ramai orang yang jiwanya mati menjadi hidup dan jiwa yang hidup menjadi layu disebabkan keadaan daya tahan yang dimiliki oleh seseorang.

3. Tsabat dan istiqamah sebagai wasilah menuju kemenangan 

Peliharalah keteguhan hatimu, kerana ia bentengmu yang sesungguhnya. Barang siapa yang memperkukuhkan bentengnya niscaya ia tidak akan goyah oleh badai walau sekencang manapun dan ini menjadi pengamanmu’.

Hanya dengan usaha tidak cukup sebagai wasilah untuk mencapai kemenangan. Mestilah setiap satu usaha kita itu diiringi keinginan untuk tsabat dan istiqamah. Tanpanya, usaha kita akan menjadi usaha-usaha yang kosong. 

Usaha, tsabat dan istiqamah adalah vicious cycle yang perlu untuk sentiasa berputar. Jalan dakwah ini tidak memerlukan usaha kelompok daie yang hangat-hangat tahi ayam. Atau berusaha apabila kena pada moodnya sahaja.

Dan sesungguhnya mereka hampir memalingkan kamu dari apa yang telah Kami wahyukan kepadamu agar kamu membuat yang lain secara bohong terhadap Kami. Dan kalau sudah begitu tentulah mereka mengambil kamu jadi sahabat yang setia. Dan kalau Kami tidak memperkuat hatimu niscaya kamu hampir-hampir condong sedikit kepada mereka. Kalau terjadi demikian benar-benarlah Kami akan rasakan kepadamu siksaan berlipat ganda di dunia ini dan begitu pula siksaan berlipat pula sesudah mati dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun terhadap Kami”. (Al Isra’ : 73 – 75)


4. Tsabat dan istiqamah ini merupakan maruah seorang aktivis dakwah

 

Imam Hasan Al Banna menegaskan :

Janganlah kamu merasa rendah diri, lalu kamu samakan dirimu dengan orang lain. Atau kamu tempuh dalam dakwah ini jalan yang bukan jalan kaum mukminin. Atau kamu bandingkan dakwahmu yang cahayanya diambil dari cahaya Allah dan manhajnya diserap dari sunnah RasulNya dengan dakwah-dakwah lainnya yang terbentuk oleh berbagai kepentingan lalu hilang begitu sahaja dengan berlalunya waktu dan terjadinya berbagai peristiwa. Kuncinya adalah Tsabat dalam jalan dakwah ini’.

 

Jangan pandang ringan pada tsabat dan istiqamah ini kerana ia adalah lambang kepada kita setinggi mana nilai dakwah yang kita junjung. Begitu ramai orang yang tercicir dalam jalan dakwah kerana teruji dengan perkara-perkara yang kerap kali cuba mematahkan kptsabat dan istiqamah ini.
Tsabat dan istiqamahlah pada prinsip-prinsip Islam dan dakwah ini sampai kita menang sampai ke akhirnya dengan keduanya.
Ameen!