di bawah lembayung regenerasi dakwah

Bismillah.

Sasaran besar dakwah dan jemaah ini harus melalui generasi demi generasi. Kerana itu, para penggerak dakwah wajar memberikan perhatian yang serius atas apa yang dinamakan pewarisan dakwah. Pewarisan dakwah bukanlah berkaitan semata tanggungjawab murabbi/ah membina anak usrah, bukan juga sekadar memberi fikrah perjuangan dan amal yang mencukupi malah lebih itu.

Maka, sudah bersediakah kita untuk menyambung dan menghasilkan generasi yang lebih hebat berbanding diri kita di dalam gerabak dakwah ini?

“Suatu hal yang dapat membantu penyempurnaan pewarisan ini, dalam bentuknya yang asli, ialah regenerasi yang mantap, tidak ada jurang pemisah antara satu generasi dengan generasi berikutnya.”( Ustaz Mustafa Masyur)

Jemaah dakwah ini ibarat sebuah keluarga. Para qiyadah(pimpinan) bertindak seperti ibu bapa yang akan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak mereka, serta memberi tugasan ketika mencapai tahapan yang sesuai. Bukan sesuka hati melakukan sebarang kerja walaupun kerja itu memberi kesan yang baik untuk dakwah, atau membuat keputusan secara membuta-tuli tanpa berbincang terlebih dahulu.

Inilah pentas generasi di dalam jemaah dakwah kita. Hikmatus syuyukh dan hamasatus syabab (kebijaksanaan orang lama dan semangat orang muda). Mana mungkin sebuah jemaah dakwah itu hanya dianggotai oleh orang-orang tua semata , dan begitu juga sebaliknya! Kebijaksanaan orang lama sahaja tidak mencukupi untuk berdiri sendiri dan semangat orang muda semata tidak mencukupi untuk menggerakkan sebuah jentera dakwah.

Kedua-duanya saling melengkapi dan memerlukan.

Kerana itulah, mereka yang terlebih dahulu mengenali dakwah, mengajak kita untuk bersama-sama mendokong beban ini dan berusaha sehabis baik mencapai tujuan dakwah yang agung di sisi Allah SWT.

ii-selamat-datang-generasi-penerus

Soalnya mengapa dakwah ini perlu diwariskan atau mempunyai generasi?

  1. Kerana perubahan masyarakat yang meliputi pelbagai aspek kehidupan.

    Kita harus mengerti bahawa perubahan yang berlaku dalam masyarakat tidak dapat difahami dengan begitu mudah terutama bagi orang yang tidak melalui zaman tersebut. Kerana itu, perbincangan dan bertukar pendapat wajib menjadi wasilah muayashah kita yang utama berada dalam sesebuah jemaah.

    Pergaulan dan kemesraan bukan menjadi batasan sekadar ketika kerja dakwah diagihkan, malah berlaku sepanjang masa. Masyarakat kian berubah meski secara laju atau perlahan. Lalu, perubahan yang tidak baik, harus direncana dengan baik.

  2. Kerana sebuah jemaah dakwah itu adalah agen pengubah yang paling berkesan.

“Bahkan gerakan Islam tampak mengalami kemajuan kendati perkembangannya dalam beberapa sisi terasa lambat. Tetapi kelambatan ini dikeranakan karakter marhalah gerakan.” (Ustaz Mustafa Masyur)

‘Naik tangga dari bawah’, tiada kemenangan diperoleh sesaat, dan tiada kekalahan selama-lamanya. Ini  falsafah yang wajib dipegang oleh semua anggota dakwah. Beratur di dalam satu barisan dan bergerak sama-sama. Kebersamaan inilah yang akan menghadiahkan kelegaan ketika penat, kemanisan ketika pahit, kesihatan ketika sakit!

Sabarkan diri sendiri dalam berusaha untuk mencapai kemenangan dan menghadapi kekalahan. Inilah dugaan menanti cahaya matahari, menanti gerhana bersama-sama dan yakinlah bahawa gerhana ini hanya sementara!

Berlaluinya sejarah kebangkitan Islam, kini terlihat kesedaran Islam yang semakin meningkat grafnya di dalam hati pemuda-pemudi Islam terutamanya. Inilah tandanya bahawa perjuangan ini perlu punya pewarisan secara berterusan agar Islam itu menjadi pegangan aqidah yang kukuh sepanjang zaman sehingga hari kiamat nanti.

3. Tiada istilah dakwah peribadi

Bukan maksud saya dakwah fardiah ini tidak perlu dilakukan, tetapi segala kekuatan, originaliti dan universalnya sebuah dakwah bukanlah milik peribadi. Dakwah milik Allah dan Allah yang Maha Menjaganya.

“Mereka hendak memadamkan nur Allah dengan mulut(perkataan) mereka, tetapi Allah tidak menghendakinya kecuali menyempurnakan nur-Nya, meskipun orang-orang kafir tidak menyukai.” (9:32)

Membawa dakwah ini secara peribadi dengan lapangan amal dakwah yang begitu besar, legasi dakwah itu barangkali tidak menang tangan menampung kerja.

Bagaimana dakwah ini boleh diwariskan atau mempunyai generasi yang baik?

  1. Muayashah yang baik.
    Jangan asyik hanya berkumpul sesama sendiri. Bagi sesetengah orang, perbualan yang melibatkan percampuran usia agak janggal dan kelihatan seperti tiada hala tuju. Namun, yakinlah pada ‘bahasa dakwah’ yang menjadi wavelength kita bersama. Cari topik-topik yang sesuai dan bergaullah. Jalinkan kemesraan untuk mewujudkan mahabbah kerana itulah sumber kekuuatan rohani kita selain bermunajat kepada Tuhan.

      2. Mengenali sejarah jemaah dan hasil perjuangan orang lama.


Jangan biarkan anak-anak berjuang tanpa mengenal sejarah. Sejarah wajib diceritakan sesuai pada masanya. Kerana sejarah itu akan menghasilkan peribadi, kematangan cara berfikir, perbincangan solusi yang pelbagai serta kesedaran diri.

Sejarah juga adalah satu reflekisi perjuangan. Segala kekurangan atau kesilapan boleh dibincangkan bersama untuk mengatasinya. Sejarah jemaah inilah yang akan mengajar kita erti penat lelah perjuangan serta memberi contoh-contoh tokoh dakwah yang mengabadikan dakwah ini dalam darah mereka.

“Menyatunya masa lalu dengan masa kini dan masa mendatang, menjadikan generasi baru berjalan dengan penuh tsiqah dan mantap di dalam mewujudkan sasaran yang dituju.”(Ustaz Mustafa Masyur)

3. Persiapan penuh.

“Semestinya setiap generasi mempersiapkan generasi berikutnya untuk memikul tanggungjawab dan menegakkan kewajipan dalam marhalahnya. Kerana itu generasi baru harus dilatih memikul tanggungjawab. Jika terjadi kekeliruan harus diperbaiki ketika itu juga. Kekeliruan dan kesalahan dalam latihan jauh lebih baik daripada tidak ada latihan sama sekali.” (Ustaz Mustafa Masyur)

Generasi lama harus percaya dan generasi baru dakwah harus menjalankan amanah dengan baik. Jangan pula generasi baru menjadi generasi ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Latihan kerja dakwah yang kerap akan menjadikan kita generasi ‘alah bisa, tegal biasa’.

4. Mencari punca masalah dan menyelesaikannya bersama-sama.

Dalam skop fiqh amal jamaie, segala syarat, kewajipan, uslub, baiah harus ditanam dengan baik dalam jiwa setiap anggota agar ia mampu beriltizam dengannya. Masalah akan terjadi sekiranya:

-Hanya kesalahan yang dicari tetapi tiada usaha untuk memperbetulkannya.
-Merasakan kesalahan jemaah adalah kesalahan fatal yang tidak boleh dibaiki langsung.
-Mudah merasa syok sendiri atas cadangan penyelesaian masalah yang diberikan(tidak faham sistem syura).
-Tergesa-gesa dalam mengambil tindakan dan tidak berfikir dalam skop yang lebih luas.

Harapannya, agar generasi baru dakwah ini akan terus menjaga nama baik dakwah terutamanya dan menjaga pewarisannya dengan baik. Jika selaku seorang murabbi, maka mulalah jadi murabbi yang mentarbiah mutarabbi dengan konsisten dan serius. Jika kita berada pada posisi dakwah umum, maka mulalah dengan usaha menjual dakwah ini dengan giat kepada masyarakat.

Bermulalah dengan diri sendiri segala usaha untuk menjadi generasi baru dakwah yang baik.
Mari, bersama saya!

sekian,
mylittlepencil

p/s: sumber rujukan Fiqh Dakwah Mustafa Masyur, Bab 5: Qadhaya Asasiyah dalam Dakwah, Pewarisan dan Regenerasi

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s