kepenatan, beban tak terpikul

Saya kira, tarbiyyah dan dakwah memberi terlampau banyak manfaat kepada para dua’t dari segi akal, kefahaman dan anggota. Kita bukan sahaja dilengkapi dengan nilai islami, malah skill untuk berurusan dengan manusia juga berlaku penambahbaikan. Arakiannya, proses islah ini mengambil tempoh yang lama, bukan akan terus sempurna dalam tempoh setahun jagung mengenal jalan ini.

Salah satu manfaat besar yang dipelajari adalah kerja berpasukan(jamaie). One man shoulder work sudah tentu amat memenatkan.

“Orang mukmin bagi orang mukmin yang lainnya adalah seperti bangunan. Dimana sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.”(Muttafaqun ‘alaih)

Pastinya, kerja berpasukan tidaklah mudah yang disangkakan apatah lagi bagi mereka yang tidak bersefahaman. Terdapat 4 prinsip penting yang perlu difahami iaitu:

1) Usaha kolektif

Setiap satu unit individu di dalam sebuah organisasi mesti memahami dan berkongsi pandangan tentang hala tuju dan matlamat khusus yang hendak dicapai oleh organisasinya. Matlamat umum sebuah organisasi pula boleh dikongsi bersama mana-mana organisasi lain.

Menyedari peranan dan fungsi masing-masing boleh memberi motivasi kepada ahli untuk mengambil bahagian dalam setiap perancangan dan tindakan yang telah diputuskan bersama. Semua kekuatan yang dimiliki dan disatukan serta berfokus adalah satu tenaga yang amat besar buat sebuah organisasi!
2) Positif

Setiap anggota organisasi harus melihat kerja berpasukan sebagai peluang bagi pencapaian matlamat, memenuhi keperluan hidup dan menyediakan sokongan sosial terutama ketika berlaku krisis. Kesepaduan di antara peranan ahli dan prestasi inilah yang bakal mengurangi jurang perbezaan pendapat.

3) Kerjasama

Tidak semua anggota organisasi benar-benar mamahami peranan yang diamanahkan kepada mereka. Ini kerana terdapat di antaranya yang lebih suka bekerja bersendirian. Dia merasakan orang lain tidak laju atau maju ke hadapan sepertinya.

ukhuwah

Cabaran besar organisasi bagi menarik perhatian anggotanya ialah mendedahkan peluang yang bakal dinikmati jika bergerak secara berkumpulan. Kunci utamanya adalah komunikasi dan tasamuh(saling toleransi).

“Jika kita tahu ukhti kita mengambil 5 beban kerja, tergamakkah kita hanya mengambil 1 sahaja beban kerja?”

Komunikasi adalah asas ukhuwwah agar dapat dijaya dengan baik. Dengan bertanya barangkali sahaja sudah cukup untuk menghilangkan lelah seorang ukhti yang penat bekerja. Barangkali selalu mendakap dan senyum kepada seorang akh itu boleh melapangkan dadanya yang sesak menanggung pelbagai beban. Tetapi, ini seringkali kita lupakan.

Kita terbiar dengan kehidupan sendiri sebarang komunikasi yang akhirnya ukhuwwah yang berjalan hanyalah beralaskan Islam, bukan lagi atas dasar  kerja yang dipikul bersama.

“Mewujudkan kepercayaan yang dikongsi bersama adalah umpama berhadapan dengan duri-duri di atas jalan. Kesusahan, kesakitan dan turun naik semangat kerja diukur dengan tahap integriti, watak dan bentuk komunikasi di antara satu sama lain. Komunikasi yang berkesan boleh memberi panduan kepada anggota organisasi bagi mengurangkan salah faham, merangsang kejelekitan dan cepat bertindak balas apabila berhadapan dengan sebarang masalah.”(Zahir Zainuddin,Brunei)

Tasamuh atau saling toleransi dan menghargai setiap unit yang berada di dalam sebuah organisasi itu yang akan menghindar saling menuduh dan bersangka antara teman. Firman Allah:

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), kerana  sebahagian dari purba-sangka itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (Q.S. Al-Hujarat : 12-13)

Kadar pengagihan kerja di dalam sebuah organisasi atau jemaah yang tidak dibahagi dengan elok, di mana keadaan hanya orang yang sama sahaja bekerja akan menatijahkan orang lain tidak sempat mengambil haknya sebagaimana mestinya. Jangan berfikiran senang dan mudah kita membebankan seseorang dengan kerja tanpa memikirkan setiap satu dari kita juga mempunyai urusan selain menguruskan kerja-kerja khusus oraganisasi yang melibatkan peranan dan tanggungjawabnya yang lain.

Semakin lama semakin tercabut kemanisan ukhuwwah dan ruhul istijabah kita dalam menyahut dan menerima tugasan. Barangkali kita sibuk fastabiqul khairat dengan amal kebaikan diri sendiri tanpa sedikitpun memikirkan amal organisasi walhal telah diperbincangkan bersama! Berlepas tangan dengan begitu mudah atas apa yang kita sepakat bersama. Adakah kita semua semakin lupa akan firman Allah bahawa azab disediakan bagi mereka yang tidak melakukan apa yang diperkatakan?

Terpacu kita memaksimalkan amal peribadi tapi kita bermudah-mudah dengan amal organisasi.

4) Saling melengkapi

Setiap anggota ada peranan masing-masing mengikut kepakaran. Peningkatan prestasi sebuah organisasi akan lebih terserlah jika setiap anggota menyumbang kemahiran dan kepakaran masing-masing sesuai pada masa dan keadaannya. Proses lengkap-melengkapi di dalam organisasi akan mewujudkan kesatuan yang lebih kukuh dan menjadi teras kepada kejayaan yang lebih besar.

Keistimewaan yang kita miliki digunakan dengan baik kerana kerja di dalam sebuah organisasi melibatkan keseimbangan antara kreatif dan inovatif dengan peraturan dan arahan yang diterima. Di sinilah, syura dan muayashah dengan organisasi  harus memainkan peranan. Pada peringkat awal, kita akan sukar untuk memahami betapa perlunya kerja organisasi yang rapi dan sandaran segala kerja organisasi yang lakukan hanyalah kerana Allah SWT semata.

Berlapang dada untuk menerima sebarang susunan, tanggungjawab dan amanah yang diberikan, arahan untuk dilaksanakan adalah susah kerana kesemuanya memerlukan pengorbanan yang amat besar. Dasar  berlapang dada adalah iman dan itqan. Rasa seronok  melakukan sebuah kerja kita boleh ambil sebagai satu motivasi sebagaimana kita asyik membayangkan nikmat syurga.

Ayuh, berganding bahu bersama-sama. Merasai berat dan memikulnya bersama. Bersama saling membantu dalam menyelesaikan tanggungjawab dan saling tafahum(memahami) keadaan masing-masing. Jangan lakukan kesalahan yang fatal lebih lagi dalam amal organisasi. Jangan kerana kesilapan kita sendiri memberi kesan kepada orang lain ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua.

Jangan biarkan dia menangis sendirian bersama kerja-kerjanya. Kerja dakwah ini masih masih banyak, jalannya masih panjang. Tidak akan bertahan jika barisan kita tercerai-berai begini, kita tidak akan mampu untuk pergi lebih jauh.

Sekian,
mylittlepencil

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s