kita dan masa

Bismillah.

Saya berpegang kepada kata pepatah ‘hanya orang sibuk yang mempunyai masa’.

Mengapa hanya orang sibuk?
1) masa mereka diiringi keinginan dan tujuan tertentu untuk dicapai.

2) masa mereka punyai susunan dan disiplin

3) masa mereka adalah kehidupan!

Percayalah, menyusun masa adalah salah satu cara untuk mengubah kehidupan. Keimanan kita pada makhluk Allah yang bernama masa disimbolikkan pada hidup yang dipenuhi dengan hal bermanfaat dan secara tidak langsung menjadikan hidup lebih tenteram dan bahagia.

Mari, tamayyuz dan bahagia dengan masa yang tersusun!

Bagi mereka yang selalu terlepas pandang atau merasakan masa boleh tersusun dengan sendirinya, mereka golongan yang sedang berada dalam kerugian. 24 jam ini adalah hadiah apatah lagi jika ditambah keberkahan Tuhan di setiap saat.

20151110165038-procrastination-procrastinate-time-wait-job-work-last-minute

Bersyukur dengan masa, maka masa akan ditambah-tambahkan. Bukan pada kuantiti, tetapi pada kualitinya.

Hidup sebagai pelajar perubatan dan melibatkan diri secara aktif dalam kerja dakwah dan tarbiyyah, mendorong saya untuk lebih berdisiplin dengan masa. Prinsip yang dipegang, ‘sedaya upaya akan memberi amal terbaik pada setiap masa’.

Disiplin pertama: mempunyai sebuah buku planner lengkap bulanan dan mingguan.

Mempunyai catitan pada aktiviti yang bakal saya lakukan adalah sebagai satu seruan peringatan pada diri sendiri. ‘Rule of benefits’ saya gunakan dalam menyusun aktiviti sebanyak mungkin. Hanya hal yang bermanfaat akan saya isi dan utamakan dalam kehidupan seharian. Hal yang kurang penting, akan ditinggalkan atau ditunda pada masa kemudian.

“Jika anda tidak menyibukkan diri dengan kebenaran, anda akan disibukkan oleh kebatilan.”

time-management-mind-map-paul-foreman

Disiplin kedua: Pada masa kita, ada tanggungjawab

“Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang tanpa pekerjaan.”(riwayat Al-Thabrani dan al-Bayhaqi)

Tanggungjawab kita ke atas masa harus ditunaikan dengan baik sama ada tanggungjawab pada Tuhan yang mencipta masa, pada manusia, pada dakwah dan tarbiyyah ini sendiri.

Merasakan setiap tanggungjawab adalah amanah itu penting untuk seorang mukmin. Bagi tanggungjawab yang kita terlepas pandang, maka gunakan orang sekeliling untuk mengingatkannya. Jangan abaikan tanggungjawab kecil begitu sahaja kerana terkadang perkara kecil itu yang mencerminkan peribadi anda yang sebenar!

Contoh satu keadaan, kita mungkin punyai kepakaran pada satu bidang dan kita mahir mengendalikan tanggungjawabnya. Bagi bidang yang kita tidak pakar maka kurang efektif pengendalian kita. Nah, di kala inilah kita saling memahami kemahiran, kerja, kesibukan dan tanggungjawab masing-masing.

Bila semua bersatu mengerjakan tanggungjawab masing-masing, maka tidak akan adalah istilah kerja yang bertimbun hanya ditampung pada orang yang sama.

Disiplin ketiga: fokus

Fokus dalam setiap urusan adalah penting. Menjamin fikiran tidak melayang pula adalah satu kemahiran dan latihan yang lain. ‘In the age of distractions’ terlebihnya mendorong kita untuk lebih berhati-hati.

Disangkanya 10 minit, tetapi tanpa sedar sejam melayang begitu sahaja.

Teknik yang saya gunakan ketika belajar contohnya:

1) tutup talian internet dan tidak membawa telefon bimbit ketika belajar di luar

2) punya satu buku catitan kecil di hujung meja belajar untuk mencatit apa jua hal kecil yang meronta-ronta untuk dibuat pada masa tersebut. Lebih lagi perempuan, ketika buka bukulah, baju kotor di dalam bakul kain yang kita ingat!

3) ‘Rule of 3’ and ‘rule of 5’.

Rule of 5 saya gunakan ketika saya kurang sibuk dan akan saya pastikan lima jam penuh hari tersebut dengan belajar.

Rule of 3 saya gunakan ketika saya sibuk. Paling minimum, tiga jam wajib duduk di hadapan buku dan belajar.

4) fit and healthy

Pastinya badan kita amat penat ketika belajar. Iringi dengan beberapa senaman ringan dan makanan atau minuman yang sihat.

Disiplin keempat: kenal pasti masa-masa lapang ada

Sungguh, masa lapang berpotensi untuk menjadi benih yang baik dan juga benih kehancuran apatah lagi untuk seorang pemuda.

Masa-masa lapang yang berjaya dikenal pasti tadi wajib diisi dengan aktiviti yang bermanfaat dan menyamai kuantiti masa tersebut. Janganlah masa lapang sekadar 10 minit digunakan untuk menziarahi kawan yang jarak rumahnya dari rumah kita sudah 30 minit!

Masa lapang juga tiada disiplin juga sama seperti masa yang tidak lapang tapi terbuang begitu sahaja.

Sungguh, bagi kader dakwah penting untuk mereka double standard dengan diri mereka sendiri. Jika masa orang lain bermanfaat, maka masa mereka perlu lebih menghidupkan. Jika impian orang lain kadarnya dunia, maka impian kita kadarnya akhirat.

Akhirnya, pentingnya disiplin dalam menjaga masa adalah untuk menggapai barakahnya masa tersebut dari Allah SWT. Paling utama buat kita adalah disiplin waktu dalam ibadah kerana jika tidak, kita sendiri yang kepenatan. Peganglah prinsip siap satu urusan, maka selesaikan urusan yang lain pula untuk terus menguruskan masa dan berdisiplin dengannya!

sekian,
mylittlepencil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s