Terlanjurkah kita mengenal tamayyuz

Bismillah.

Jemaah kita kini memiliki ramai kader dakwah yang ikhlas dan menyerahkan diri mereka kepada jalan dakwah ini. Siang dan malam mereka dipenuhi dengan afkar yang berpusing sekitar dakwah dan tarbiyyah. Kini sudah tiba masanya untuk kita mementingkan kualiti setiap satu dari kader dakwah agar dapat kita memperkenalkan dakwah ini dengan lebih terkedepan maju kepada masyarakat umum.
Dalam 10 muwasafat tarbiyyah digariskan sifat penting yang wajib dimiliki oleh seorang mukmin apatah lagi seorang daie. Saya yakin, kita semua pun turut bermujahadah untuk memilikinya apatah lagi apabila mihwar dakwah mencapai ke fasa yang lebih tinggi.
Syed Qutb berkata, “yakhtalitun walakinna yatamayazun”. Ertinya kami bergaul tetapi kami berbeza. Kata-kata beliau ini seolah menjadi slogan buat kita semua sampai akhirnya tamayyuz ini menjadi tabiat kita. Sungguh, aqidah yang kuat dan sejahtera menjadi pendokong utama untuk kita memiliki tamayyuz ini.
Mengapa kita perlu tamayyuz?
“Kerana kita mengenal tarbiyyah melalui usrah.” Ungkapan jawapan ini terlalu tipikal bagi saya kerana segala perkara berkaitan agama boleh dikatakan tarbiyyah. Malah boleh jadi, orang yang tidak berusrah/berhalaqah juga ditarbiyyah.
Tarbiyyah bukanlah alasan untuk kita riya’ dengan mengatakan bahawa kita adalah binaan Islam yang berhasil. Malah bukanlah alasan untuk kita mengangkat darjat di tengah-tengah lautan manusia. Sebaliknya, kita ingin memperkenalkan inilah model Islam yang sebenarnya buat setiap manusia! 
Kita terlupa bahawa sifat tarbiyyah itu mengubah. Manusia-manusia yang merelakan dirinya ditarbiyyah tidak akan menjadi seperti dirinya dahulu. Dia akan muka menerapkan nilai nilai Islam di dalam seluruh kehidupannya. Bermula dari hati sampai ke anggotanya, segala-galanya berubah!
Akhirnya dia menjadi produk tarbiyyah yang berbeza/ istimewa berbanding manusia yang lain. Penting juga untuk kita fahami bahawa kehendak untuk menjadi berbeza berbanding orang lain harus juga ada. Kesimpulannya mudah, sesiapa yang tidak bersedia untuk menjadi berbeza bermakna dia tidak sedia untuk ditarbiyyah.

ISLAM MENUNTUT SYAKHSIAH MUTAMAYYIZAH
Merujuk sifat tamayyuz ini, kita wajib faham juga bahawa sifat ini akan merangkumi beberapa aspek dalam kehidupan iaitu:

1.      Mutamayyiz fii rijal (keistimewaan peribadi)

2.      Mutamayyiz fi adaa (keistimewaan perlaksanaan tugas)

3.      Mutamayyiz fii intaj (keistimewaan penghasilan produk)

4.      Mutamayyiz fii khidmah (keistimewaan memberi khidmat)

5.      Mutamayyiz fii muamalah (keistimewaan bermasyarakat)

Mutamayyiz fii rijal atau keistimewaan/perbezaan pada individu dakwah itulah yang paling penting. Tamayyuz mereka dilandasi oleh tamayyuz fii aqidah, fikrah, minhaj dan akhlak lalu melahirkan manusia manusia yang sangat berguna dalam membangun mishdaqiyah syakhshiayah da’iyah(kredibiliti peribadi Muslim dan da’iyah).

Sudah tamayyuzkah kita?

1) Peribadi dan akhlak

Akhlak yang dimiliki mestilah akhlak yang diajarkan oleh Islam. Setiap adab dalam Islam hendaklah diamalkan hatta adab ketika tidur sekalipun. Apatah lagi adab ketika bercakap dengan mad’u atau mendengar segala permasalahan mereka. Tidak perlu saya ceritakan betapa Rasulullah SAW sendiri menjaga akhlaknya sampai akhlak ini juga menjadi satu alat dakwah yang sangat hebat!

2) Urusan alam maya

Ramai daie tewas di alam maya. Mereka seolah mempunyai dua personaliti. Dalam satu personaliti mereka boleh mengeluarkan segala macam ayat Quran dan hadis berkaitan dakwah. Kemudian tatkala berhadapan alam maya, personaliti kedua muncul. Malah sampai ada yang membuka keaiban/kemaksiatan mereka sendiri (al mujaahiriin).

Di antara kezaliman seorang manusia terhadap dirinya sendiri adalah membuka keaiban/kemaksiatan. Hal ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al Bukhari dan Muslim : 

حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيْزِ بْنِ عَبْدِ اللهِ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيْمُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ ابْنِ أَخِي ابْنِ شِهَابٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللهِ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُوْلُ

: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يَقُوْلُ ( كُلُّ أُمَّتِيْ مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِيْنَ وَإِنَّ مِنَ الْمُجَاهِرِةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِالْلَيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحُ وَقَدْ سَتَرَهَ اللهُ فَيَقُوْلُ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ البَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وُيُصْبِحُ يَكْشِفُ سَتَرَ اللهُ عَنْهُ)

Telah mengabarkan kepada kami Abdul ‘Aziz bin Abdullah, telah mengabarkan kepada kami Ibrahim bin Sa’d dari anak saudaraku Ibnu Syihab dari Ibnu Syihab dari Salim bin Abdullah, dia mengatakan, “Aku mendengar Abu Hurairah mengatakan, “Aku mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Setiap ummatku akan mendapatkan ampunan dari Allah Azza wa Jalla kecuali al Mujaahiriin yaitu semisal ada seorang laki-laki yang mengerjakan sebuah perbuatan (buruk) pada malam hari kemudian ia menjumpai waktu subuh dan Allah telah menutupi aibnya (berupa perbuatan buruk) Lalu laki-laki tersebut mengatakan, “Wahai Fulan, aku telah mengerjakan sebuah perbuatan buruk/jelek ini dan itu”. “Maka itulah orang yang malamnya Allah telah menutup aibnya lalu ia membuka aibnya sendiri di waktu subuh (keesokan harinya)


Persoalan mendedahkan sesuatu di alam maya atau laman sosial membuat saya tertanya tanya satu soalan.

“Apakah yang kita zahirkan, dakwah atau hanya hal berkaitan diri sendiri?”

“Di mana letaknya kemanisan sebuah rahsia?”

Amat penting dalam dakwah untuk kita meletakkan kembali perkara-perkara yang dizahirkan dan dirahsiakan pada tempatnya. Alam maya telah menjadikan segalanya pincang sampai akhirnya memberi kesan kepada iman orang di sekeliling kita malah juga urusan dakwah. 

“Saya juga manusia biasa untuk luah segala macam lontaran perasaan kat twitter sendiri.” 

Jawapan saya, “Jadilah manusia yang tamayyuz (berbeza dan istimewa).”

Tiada ‘sekularisme’ dalam dakwah. Bagaimana kita di hadapan mata manusia, begitu jugalah kita di belakang mereka.

3) Cara berpakaian (tabarruj dan aurat)

Tiada salahnya untuk bergaya dan berpenampilan kemas dan cantik malah itulah yang dituntut dalam Islam. Dengan pakaian kita juga berdakwah. Kini, saya melihat para dua’t sendiri hanyut dengan fesyen. Ketika seolah tertipu dengan pakaian mereka ketika mereka hadir ke halaqah, daurah dan program-program jemaah yang lain.

Mereka kelihatan berbeza sekali apabila tibanya satu program besar seperti majlis makan malam, hari perkahwinan dan lain-lain. Saya setuju mengatakan bahawa aspek tabarruj ini adalah waqieyah (mengikut tempat) namun begitu bukanlah aspek aurat kerana batasannya telah digariskan oleh Allah sendiri. Hijab tidak wajar dipendekkan hanya atas alasan waqieyyah.

******************

Sungguh tamayyuz kita ini akan sangat memberi kesan apatah lagi jika kita merupakan seorang murabbi yang menjadi contoh kepada mutarabbi. Anak anak usrah malah mungkin mengikut cara kita berpakaian kerana kita adalah rujukan terdekat bagi mereka ketika itu.

Tamayyuz memberikan satu kelainan dan harga diri kepada seorang daie. Menjadi insan yang berbeza berbanding manusia lain adalah bukti kepada hidupnya dia dengan celupan aqidah Islamiyyah yang sebenarnya.

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلاً
“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan. Kami beri mereka rizqi dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” 
(QS. Al-Isra, 17: 70)

Lafaz walaqad karramna di atas bukanlah berkata tentang kemuliaan yang datang dengan sendirinya tetapi kemuliaan yang datang kerana dimuliakan. 

Terlebih dahulu sebelum dakwah datang, Islam itu terlebih dahulu yang menganjurkan untuk menjadi berbeza berbanding orang lain. Hayatilah bahawa tamayyuz ini mendidik seorang Muslim agar lebih sensitif akan dosa dan pahalanya.

“Dan barangsiapa mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi.” (3:85)

Terlanjurkah kita mengenal dakwah ini dan tamayyuznya?

Bertamayyuzlah kerananya kamu akan dimuliakan!

Sekian,

mylittlepencil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s