Harga sebuah kesalahan

Bismillah.

Setiap satu dari kita pasti melakukan kesalahan. Setiap kesalahan yang dilakukan pasti berbeza malah bertukar ganti. Selesai kita melakukan satu kesalahan, kemudian kita melakukan kesalahan yang lain pula.

KESALAHAN ITU TAKDIR ATAU PILIHAN?
Satu kesalahan fatal jika kita mengatakan seorang daie itu terselamat dari kesalahan. Adanya anggapan seperti kumpulan ikut usrah ini memiliki akhlak yang mulia, iman mereka ditarbiyyah dan apa jua tidak pun menghantar mereka kepada satu kesempurnaan.

Buat musafir dakwah, kesalahan kesalahan adalah seperti duri duri kecil yang menyengat mereka ketika mengharungi perjalanan ini. Duri kesalahan yang mereka pijak itu mereka buang dan teruskan berjalan.

Kesalahan itu adalah satu pilihan yang akhirnya meletakkan kita untuk berada di dalam takdir ‘melakukan kesalahan’. Lalu tercatatlah sekian dosa-dosa si fulan. Salah bagi seorang manusia itu memilih dirinya untuk melakukan kesalahan, atau sengaja meletakkan dirinya dalam kesalahan.

Kesalahan atau dosa bukanlah bahan mainan untuk kita bergurau dengannya atas alasan untuk menguji iman sendiri, melihat reaksi orang lain dan sebagainya. Tercatatnya satu kesalahan kekal sebagai satu kesalahan tidak kiralah apa jua niat kita melakukannya.

Kerana itulah seorang manusia wajib mempunyai ilmu tentang dosa, kesalahan, perkara-perkara yang dilarang Allah SWT agar dirinya tidak termasuk ke dalam golongan yang jahil. Seorang mukmin sepertinya wajib mengetahui perkara sedemikian rupa!

Sebagaimana juga kita tahu syurga itu tempat tujuan abadi kita, seperti itu juga kita perlu mengetahui neraka itu adalah tempat yang patut dijauhi. Dalam dosa dan pahala, dalam kesalahan atau kebenaran tiada istilah tawazun(keseimbangan), kerana Allah Maha Teliti dalam pengadilannya. Setelah ditimbang mana yang lebih berat, saat itu kita tidak lagi boleh menyelamatkan diri.

Jangan memilih untuk melakukan kesalahan kerana kita boleh mengelak darinya dengan pilihan-pilihan untuk menyelamatkan diri. Tidak saya katakan kita boleh mengelak sepenuh darinya kerana kesalahan tetap inti sebuah perjalanan kehidupan.

KESALAHAN ITU FITRAH MANUSIA
Sabda Nabi S.A.W;

” كل بني آدم خطأ , وخير الخطائين التوابون ”

“Setiap anak adam sentiasa melakukan kesilapan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan ialah mereka yang bertaubat.”

Sedangkan para daie itu seorang manusia, maka dia akan melakukan kesalahan. Mereka bukan malaikat yang berjalan di atas muka bumi. Tanggapan seperti hanya akan membunuh dan menyukarkan lagi tugas mereka. Kesalahan yang terjadi adalah kerana pilihan seorang manusia itu sendiri diiringi beberapa faktor yang kuat mempengaruhi.

Kerana itulah, seorang daie perlu mempunyai ilmu tentang manusia itu sendiri, disiasat latar belakang dirinya, keadaan sekitar dan keluarganya, ilmu tentang seni dalam berdakwah, ilmu tentang amar maaruf dan nahi mungkar itu sendiri. Kesemua ilmu inilah yang akan menjadikan akhlak mereka lebih mulia dan mereka tidak lupa bahawa mereka sedang berpijak di alam realiti.

Mencari keistimewaan adalah kemustahilan sedangkan menerima dengan redha para diae apabila kebaikan mereka itu mengalahkan kesalahan mereka, adalah tuntutan. Bahkan, demikian pula timbangan di akhirat. Allah SWT akan berbuat baik terhadap manusia yang benar-benar mengejar cinta dan redhaNya, beramal soleh, amar maaruf nahi mungkar, mengerahkan kemampuan mereka untuk mengalahkan syahwat mereka, Allah mengampuni juga kesalahan-kesalahan mereka.

Namun, harus diingat kerana kesalahan termasuk dalam bahaya yang harus dihilangkan. Dalam satu kaedah syariah Islam: الضرار يزال (ad-dharraru yuzalu)

“Bahaya harus dihilangkan”

Bahkan, seorang daie wajib merasakan kesalahannya lebih jijik berbanding orang lain dan hendaknya dengan segera dia membaiki dan memohon ampunan. Apatah lagi dalam meniru kesalahan baik dari kalangan sesiapa pun meskipun yang lebih alim dari dirinya! Ataupun mengambil sikap bermudah mudahan (tasahul) setelah melihat orang lain melakukannya.

Tiada istilah “oh, kalau ustaz boleh buat, tandanya aku boleh buat. Ustaz kot.”

Ada kaedah bahawa orang lemah hendaknya meneladani sisi kekuatan dari orang-orang mulia, bukannya meneladani sisi lemah mereka. Para dua’t harus menggunakan segenap sisi kekuatannya dan koleksi kebaikan untuk menolak segala keburukan yang mungkin terjadi ke atas dirinya termasuklah melakukan kesalahan.

Seorang muslim malah memiliki potensi ketaatan atau kemaksiatan. Bergantung kepada mana yang lebih dicintainya, itulah yang akan selalu dipilihnya.

Berkata Imam Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin, “Keterkaitan itu terjadi jika ketaatan dan kemaksiatan bercampur. Anda boleh bertanya, bagaimana mungkin kebencian dan cinta bertemu sementara keduanya saling berlawanan? Hasilnya juga boleh berbeza, antara kesepakatan dan perselisihan, kesetiaan dan permusuhan? Saya katakan, tidak ada yang berbeza menurut Allah Taala sebagaimana juga menurut manusia. Sebab jika pada seseorang terdapat kecenderungan untuk mencintai sebahagian dan membenci sebahagian yang lain, maka saat itu anda mencintai dari satu sisi dan membenci dari sisi lainnya.”

KRITIKAN/TEGURAN KE ATAS KESALAHAN
Benar, kritikan juga termasuk dalam amar maaruf dan nahi mungkar. Seringkali saya melihat para daie yang hebat berdakwah dan kerap kali menyampaikan teguran tetapi jarang sekali meletakkan keadilan dalam memberi teguran atau kritikan.

Golongan ini lebih berniat untuk menghentam peribadi-peribadi yang melakukan kesalahan dari mencegah kesalahan tersebut daripada berlaku.

Sampai satu tahap, kerja dakwah mereka itu seolah membunuh sedikit demi sedikit akhlak mulia diri mereka. Segala urusan berpusing dalam dunia dakwah dan tarbiyyah akan tetapi manusia sekelilingnya begitu kecewa melihat perilaku dirinya. Mungkin sahaja kelibat dirinya tampak mulia, tetapi apabila dia bercakap dengan ikhwah akhawat yang bersamanya sungguh kasar!

Barangkali kepenatannya berdakwah membunuh segala akhlak manusiawinya. Aduhai…

Mari kita kembali kepada nilai kritikan ke atas sebuah kesalahan. Kritikan yang muntij(berkesan) dapat mengubah suasana dan keadaan daripada kita fanatik akan sesuatu, membuka fikiran dan menyegarkan pendapat dan meninggalkan sikap berlebih-lebihan.

Secara umum para daie memiliki kebebasan berpendapat dan mengungkapnya serta membiasakan diri dengan sudut pandang yang berbeza. Kerana hal ini akan mendorong amal Islami menjadi lebih maju, menyuburkan pelbagai idea dan membuka forum untuk bertukar pendapat.

Ya sebuah kritikan perlu dijalankan dalam satu keadaan yang sihat untuk mengelakkan sebarang perpecahan.

1)Proses penyampaian kritikan perlulah dilakukan dengan manhaj yang benar dan prinsip-prinsip dialog yang objektif.
2)Harus sesuai dengan mekanisme syariah yang mencakup adab-adab tarbiyyah dalam dialog dan kritik.
3)Kritik harus berkualiti dan hasil upaya keras tanpa menghalangi orang lain untuk melakukan hal serupa.
4)Proses penyampaian kritik dilakukan di tengah-tengah kalangan tertentu dan di antara yang logik dan siap menerima proses tersebut.
5)Kritikan harus diperkuat dengan data data yang tepat
6)Proses kritikan harus disampaikan pada salurannya, sehingga sisi kemasalahatannya dapat mengalahkan sisi mudharatnya.
7)Pengkritik harus memilih keadaan dan masa yang tepat supaya kritikan yang disampaikan mencapai sasaran yang benar.
(Bersama Kereta Dakwah-Dr. Adil Abdullah al-Laili asy-Syuwaikh

Kesimpulannya, sebuah kesalahan itu mempunyai satu nilai dalam kehidupan kita tidak kiralah sama ada diri kita sendiri yang melakukan kesalahan ataupun kita menjadi saksi kepada satu kesalahan. Di sinilah tarbiyyah dan dakwah memainkan peranan. Tarbiyyah mendidik dan melatih diri supaya menjauhi dan mengenal kesalahan, pengaruh kesalahan dalam kehidupan dan kesan kesalahan kepada amal amal akhirat kita. Dakwah pula menjadi amal kita selaku saksi kepada kesalahan kesalahan yang dilakukan manusia di atas muka bumi ini.

/home/wpcom/public_html/wp-content/blogs.dir/5f0/15496872/files/2015/01/img_2565.png

Harga sebuah kesalahan seorang mukmin itu bukanlah menghilangkan dan mendatangkan kesempurnaan. Tetapi, mulianya kita selaku manusia dengan kesalahan kerana dengannya itu bukti rahmatNya untuk mengingat dan mengajarkan kita akan sesuatu. Namun, ianya akan menjadi luka dalam jika tidak diubati segera atau dibiar begitu sahaja.

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat”

(Surah Huud: 3)

Sekian,
mylittlepencil

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s