binaud dakwah (bina’ khoriji)

Bahagian kedua dalam binaud dakwah menceritakan tentang pembinaan luaran (pembinaan luar rumah: berdasarkan gambar)

IMG-20141113-WA0011

 

Menyebut tentang amal am dan rabtul am adalah dua jenis amal besar yang kita gunakan untuk menyampaikan dakwah kita kepada umum. Dalam dakwah, kita perlu faham akan perbezaan antara organisasi dakwah, masyarakat dakwah dan amal dakwah.

  • Organisasi dakwah : menjadi think tanker dalam menyusun strategi dakwah di sebuah tempat
  • Masyarakat dakwah: masyarakat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja amar maaruf dan nahi mungkar.
  • Amal dakwah: kerja mendakwah kepada masyarakat (rabtul am dan amal am)

Dalam sebuah organisasi, sasaran mutarabbi yang kita bina adalah untuk menjadi seorang murabbi. Terdapat dua jenis murabbi yang akan lahir dari acuan tarbiyyah kita iaitu murabbi takwin dan murabbi aktivis.

Siapa murabbi aktivis?
Murabbi aktivis inilah murabbi yang akan menyumbang sepenuh tenaganya dalam bina’ khoriji(pembinaan luaran). Mereka ini akan keluar kepada masyarakat dan menarik masyarakat dengan tarikan yang ada pada mereka. Salah faham yang sering berlaku adalah apabila kita mengaturkan anasir taghyir yang ditajmik (dikumpul) disasarkan untuk menjadi murabbi takwin sehingga kita terlepas pandang akan kepentingan untuk membina masyarakat luar.

Betapa penting juga untuk kita gunakan anasir-anasir taghyir dalam jemaah untuk melakukan kerja tajmik. Kerana itu saya katakan, untuk mengatur gerak kerja dakwah kita perlu analisis kekuatan dengan sangat baik.

Mari kita kembali kepada gambar rajah binaud dakwah di bawah.

m_34 binaud dawah_1

 

Pembinaan luaran lebih kepada pembinaan fardi seorang mutarabbi itu sampai ia mempunyai isti’ab khoriji (daya tampung luaran) yang sangat hebat. Daya tampung luaran ini perlu mempunyai dua ciri yang amat hebat iaitu:

1) As-syakhsiah al-islamiyyah al-mustaqimah (peribadi Islam yang lurus)
2) As-syakhsiah ad-daieyah al-harakiyah (peribadi seorang daie yang bergerak)

Kedua-dua ciri ini akan menjadikan seorang daie itu menjadi jazabiah ad-dakwah (magnet kepada dakwah). Melalui magnet dakwah inilah, orang akan mengenali kita (ya’rifunana) walaupun mereka tidak mampu untuk memberi komitmen dalam sistem tarbiyyah kita. Cukuplah, jika mereka menjadi penyokong kita dan mengetahui jemaah kita membawa al-haq di dalam masyarakat.

Magnet-magnet dakwah ini akan mampu untuk menarik sesetengah individu untuk merasa terikat dengan mereka (intima’ fardi). Seterusnya, orang orang yang merasai keterikatannya dengan kita akan mempunyai keterikatan luaran dengan kita yang cukup kuat.

Apa buktinya?
Mereka memilih untuk pergi ke program-program umum kita, mereka berminat untuk memberi sumbangan melalui agensi-agensi kita, mereka berminat untuk berada di sekitar kita (sentiasa di luar rumah).

Walaupun mereka tidak mampu untuk memberi komitmen sebagaimana ahli yang berada dalam sistem tarbiyyah kita, itu bukanlah satu masalah atau penghalang untuk kita sentiasa berdakwah dan berbuat baik kepada mereka.

Maratib amal yang kita pelajari, bukanlah khusus semata untuk individu Muslim yang komited dengan tarbiyyah (tapi ini yang paling ideal) tetapi juga untuk mendidik masyarakat dalam memahami ustaziyatul alam itu sendiri.

Sungguh, dalam bina’ khariji memerlukan disiplin yang sangat tinggi sebagaimana murabbi takwin juga berdisiplin membawa halaqah-halaqah (melaksanakan setiap sisi tugas mereka sebagai nuqaba’). Perlu kita fahami sama beban kerja murabbi takwin dan murabbi aktivis ini sama banyaknya dan mereka perlu menjadi sama hebat.

Tidak ada istilah murabbi takwin lebih hebat daripada murabbi aktivis kerana murabbi aktivis juga perlu ada funun(seni) mereka yang tersendiri. Malah, jika murabbi aktivis ini lebih hebat akan memudahkan lagi urusan tajmik (mengumpulkan) dan berhadapan dengan propaganda-propaganda masyarakat. Mereka ini golongan yang tampak istimewa taqwanya, paling baik akhlaknya dan tidak mudah terpengaruh dengan arus masyarakat.

Imam Hassan Al-Banna ada berpesan: “Dan menunjuk ajar masyarakat dengan menyebarkan seruan kebaikan padanya, memerangi dosa dan kemungkaran, menggalakkan berakhlak baik, menyuruh yang maaruf, menyegerakan melakukan kebaikan, mempengaruhi pandangan umum ke arah pemikiran Islam serta sentiasa mewarnakan lahiriah kehidupan umum dengan warna Islam…” (Risalah Taalim)

Betapa indahnya, urusan taarif dan takwin itu saling menyempurnakan. Para murabbi takwin dan aktivis perlu merasakan saling perlu antara mereka kerana kelancaran perancangan dakwah itu terletak pada mereka. Murabbi aktivis yang melakukan kerja-kerja tajmik akan menapis masyarakat yang terbukti komited dan dirasakan sesuai untuk dimasukkan ke dalam sistem tarbiyyah mereka. Ketika inilah, murabbi takwin akan mengambil peranan.

Penat jika segala kerja dibuat oleh murabbi takwin semata ataupun sebaliknya. Kerja dakwah tidak akan berfokus dan akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Inilah binaud dakwah yang ideal. Kita mahu bangunan dakwah ini bergerak dari segala segi dan kita mahu menampal segala lompong yang ada serta mengislah apa yang termampu. Kita fahami bahawa tarbiyyah dan dakwah bergerak seiring, mana mungkin kita tinggalkan salah satunya.

QnA:

1. Bolehkah jika murabbi takwin itu ingin menjadi murabbi aktivis?
Ya, tidak ada salahnya selagi ia mampu. Malah, perlu untuk murabbi takwin itu yang juga menjadi aktivis sekiranya keadaan amat memerlukan.

2. Adakah apabila murabbi takwin tidak melibatkan diri dengan kerja-kerja murabbi aktivis menjadikan mereka tidak mempunyai daya tarikan itu (menjadi magnet)?
Tidak kerana murabbi takwin boleh juga diserap masuk ke dalam program-program amal am dan rabtul am sebagai ajk-ajk kecil namun master-mind untuk program tajmik tetap diberikan kepada murabbi aktivis.

3. Aulawiyat: menjadi murabbi takwin atau murabbi aktivis yang lebih utama?
Keutamaan ini ditentukan oleh syura tanzim murabbi dan majlis nuqaba’ kepada murabbi itu tadi berdasarkan kekuatan yang ada pada murabbi. Menjadi murabbi aktivis kerana tidak mahu menjadi murabbi takwin bukanlah satu langkah yang bijak kerana telah saya katakan, kerja kedua-duanya sama banyak dan sama besar. Jika kita benar-benar kenal medan dakwah sebenarnya kerja keluar kepada masyarakat lebih memenatkan walaupun pada pandangan kita kerjanya berkala (bukan macam usrah kena buat setiap minggu).

Maka, jika anda menolak untuk menjadi salah satu murabbi berdasarkan alasan yang tidak logik, itu adalah bukti bahawa kefahaman binaud dakwah anda tidak sempurna lagi. I

4. Betulkah kerja kerja takwin ini hanya diberikan kepada abang-abang atau kakak-kakak manakala kerja tajmik diberikan sepenuhnya kepada adik-adik?
Tidak tepat. Analisis murabbi takwin dan murabbi aktivis itu berlaku pada setiap mustawa (terutamanya mustawa muayyid). Kefahaman untuk melakukan kerja dalaman dan luaran itu lebih baik dikerjakan oleh yang sama mustawa barulah kefahaman dan fikrah dapat disebar dengan baik. Kita tidak mahu hanya takwin yang berhasil tetapi fikrah yang disebarkan ke luar tidak muntij.

*abang-abang dan kakak-kakak tidak patut berlepas tangan lalu memberikannya kepada adik-adik sesuka hati begitu sahaja.

*******

Binaud dakwah yang sempurna akan tercapainya apabila wujudnya intima’ dakhili dan khoriji. Akhirnya akan terlahirlah golongan yang benar-benar akan terikat pada dakwah (intima’ dakwi) ini. Intima’ dakhili dan khoriji perlu bergerak seiring (pada waktu yang sama) walaupun dikerjakan oleh orang yang berasingan.

Kerja-kerja dibahagikan kerana seperti yang kita ketahui kerja dakwah ini banyak. Tidak ada lagi istilah berlepas tangan kerana masing-masing antara kita perlu melakukan kerja dakwah yang telah diamanahkan ini.

Para pendokong hendaklah memahami sebaiknya tiga marhalah dakwah : taaarif, takwin dan tanfiz. Seimbangkan perluasan tajmik sebagaimana tenaga mentakwin diperlukan.

Satu kesilapan yang paling merbahaya bagi dakwah ialah apabila ia melakukan tajmik yang luas sebelum adanya sekumpulan daie yang mampu mentarbiah mereka yang telah berkumpul disekelilingnya. Kumpulan da’i itu sendiri pula mesti memperuntukkan sebahagian dari waktunya untuk meneruskan tarbiyyah diri sendiri dengan ilmu dan ibadat.

Jika tidak, hati mereka akan menjadi keras setelah mereka dapat menikmati kelazatan permulaan. Apabila hati telah keras, akan hilanglah pula roh-roh ukhuwwah.

Keseimbangan ‘tawazun’ ini bukan hanya khusus untuk permulaan dakwah sahaja, bahkan mestilah mengawal tajmi’ di seluruh fasa pengembangan dakwah. Jika tidak, dakwah akan diancam bahaya yang besar.

Oleh itu perencanaan dakwah pada peringkat permulaannya tidak mampu merangkumkan seramai mungkin orang awam dan orang biasa ‘rajul syari’’, kecualilah jika kita melonggarkan syarat-syarat penggabungan.

Adalah satu kesilapan besar jika kita biarkan dakwah cuba mengutip dan beriya-iya mendapatkan ‘rajul syari’’ sebelum wujudnya kesedaran yang cukup pada mereka dan kita mempunyai bilangan tenaga tarbiyyah yang mantap. – Muntalaq

 

sekian,
mylittlepencil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s