Kebahagiaan dalam beramal

Bismillahirrahmanirrahim.

Sudah berhabuk barangkali penulisan-penulisan di dalam blog ini. Moga entri entri lepas masih mampu memenuhi selera dalam mencari semangat berkobar untuk berada dalam jalan dakwah ini.

Jalan dakwah yang sentiasa mempelawa manusia untuk terlibat dengan aktivitinya. Jalan dakwah yang juga tidak pernah jemu melihat perilaku para dua’t yang pelbagai. Jalan ini juga yang melatih kita untuk senantiasa bahagia dengan satu jalan yang bernama siratal mustaqim.

Tahukah kita semua betapa payah untuk mengejar sebuah kebahagiaan dengan sebuah jalan yang panjang, lama dan memerlukan keterikatan ukhuwwah yang kuat dengan orang yang ingin berjalan jalan bersama kita?

Panjang ceritanya.

Menilai sebuah kebahagiaan dalam beramal bukanlah sekadar seronok melakukan sebuah amal malah jauh lebih dalam dari itu.

Definasi kebahagiaan para dua’t bukan lagi manifestasinya pada hal hal duniawi, tetapi pada urusan ukhrawi. Hari akhir itu yang menjadi kebahagiaan kita kerana di sana yang dikatakan kerehatan yang puas, kesejukan syurga yang membelah setiap sendi penghuninya, layanan bidadari yang bermata indah tidak jemu memandang kita. Paling dahsyat, kita duduk bersama para anbiya’ dan dua’t yang lain lalu menanti nanti Allah membuka hijabNya untuk dipamerkan kepada manusia yang paling dicintanya.

Orang mengatakan kebahagiaan ini masih terlalu jauh untuk dicapai. Ya, benar kerana rahsia tentang sebarang masa hadapan tidak diketahui. Lalu, ramai para dua’t kini terlalu larut mencari kebahagiaan jangka pendek atau dengan kata lain mereka sengaja mencari short-cut ke syurgaNya.

Ibarat dunia ini sudah cukup menjadi syurga mereka!
Mereka tampaknya lebih mempercayai definisi kebahagiaan yang telah disekularismekan.

Bila mereka terlalu sibuk dengan kebahagiaan jangka pendek ini, maka jalan mereka yang panjang tadi menjadi singkat, jalan lurus pula mula bersimpang siur. Akhirnya menjadikan mereka tidak lagi sama hala tuju dengan kita. Malah, jalan yang singkat tadi akhirnya memalapkan semangat dan meletakkan tenaga mereka pada tempat-tempat yang tidak perlu.

Hal inilah yang paling ditakuti sebenarnya apabila jalan yang lurus itu tidak lagi dimaknai dalam hidup para dua’t. Mereka kerap kali terjatuh. Mereka kerap kali mencari alasan. Mereka sudah mula hilang intima’nya dengan jalan dakwah ini. Mereka sudah hilang minat akan sebarang urusan berkaitan tarbiyyah dan dakwah. Syukur mereka masih berminat untuk menjaga diri sendiri!

Jika definisi kebahagiaan itu adalah keadaan yang tenteram, maka kita belum lagi cukup bahagia kerana hati dan syu’ur kita masih lagi belum cukup bahagia melihat nasib ummah yang tidak terbela. Malah hati kita tidak tenteram selagi manusia di sekeliling kita menerima dakwah ini.

Jika definisi kebahagiaan itu adalah keadaan yang senang, maka kita masih belum cukup senang untuk melepaskan tanggungjawab dakwah dan tarbiyyah ini begitu sahaja kepada orang lain dan berehat senang lenang.

Jika definisi kebahagiaan itu pada keadaan yang puas, maka kita masih belum cukup puas lagi dengan prestasi diri sendiri kerana masih ramai lagi manusia yang lebih hebat kerja dakwahnya berbanding kita.

Soalnya, adakah kebahagiaan ini adalah satu nikmat?

Ya, sudah tentu. Satu perasaan yang menyeronokkan adalah satu kebahagiaan yang dikejar oleh seluruh manusia. Tetapi, nikmatnya itu tidak mampu untuk dirasai oleh semua orang.

Semua manusia mampu untuk tersenyum, tetapi bukan semua manusia mampu untuk benar benar bahagia.

Barangkali para dua’t kini sudah hilang kebahagiaan dalam amal mereka. Kita semakin jauh dari sebuah jalan yang asalnya kita kenal satu ketika dahulu. Kebahagiaan itu menjadi hala tuju kita, sedangkan menurut teori Yunani sebuah kehidupan yang baik itu sendiri adalah sebuah kebahagiaan!

Malah, Allah telah terlebih dahulu memperkenalkan kepada kita definisi kebahagiaan itu kepada kita.

Barangsiapa mengerjakan kebajikan, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan Kami beri alasan dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. (16:97)

Syed Naquib Al-Attas sendiri meletakkan definisi kebahagiaan dalam hidup adalah semata berpegang pada janji Allah seperti yang telah difirmankanNya di dalam surah al-A’raf ayat 172.

IMG_2141.JPG

Suatu hari Ibnu Abbas pernah ditanya oleh para tabi’in tentang mengenai apa yang dimaksud dengan kebahagiaan dunia.

Ia menjawab, ada 7 indikator mengenai kebahagiaan dunia. Antaranya adalah al biatu solehah (suasana yang baik untuk membina iman), tafaqquh fid deen (semangat untuk memahami agama) dan umur yang barakah.

Ketiga tiga jaminan ini tidak akan kita dapat melainkan untuk terus bersama dengan jalan yang lurus ini kerana jalan ini begitu membahagiakan.

Mungkin sukar itu kita mendapatkannya dalam sekelip mata, tetapi tidak salah kita mencuba bukan?

Mari mencari kebahagiaan dalam beramal dengan kesungguhan, keikhlasan dan jujur terhadap Allah SWT. Jadilah seorang daie yang mampu menikmati kepuasan dengan hidup dengan jalan ini.

Sudah tiba masanya untuk kita mengaitkan kebahagiaan itu dengan amal, bukan lagi sebagai tujuan hidup kita.

Sebuah muhasabah pendek.

Sekian,
mylittlepencil

3 thoughts on “Kebahagiaan dalam beramal

  1. Jzkk kak nadhrah.. :)

    Muhasabah yg ringkas tp panjang sbb destinasinya yg jauhhhh ke sana.
    Mengingatkan saya dgn muhasabah diri x lama sblm ni;
    Apa yg dpt merembat keikhlasan, istiqamah seorg duat tu dlm beramal ialah :

    1) keterikatan dgn dunia
    2) self centred yg tinggi sdgkn mengakui diri seorg daieyah
    3) hilangnya keterikatan dgn Allah dlm amal.

    Bila baca ‘syukur masih ingin menjaga diri’, barangkali perlu rasa malu sbb seorg daieyah tu hidupnya utk ummah.
    Tmpt di jannah itu ialah utk mrk yg bersungguh dlm taklif abid dan khalifah..

    Jzkk akakk ☺️

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s