Antara beg berjenama dan poket ukhti

Berada di peringkat pimpinan sememangnya melatih saya untuk ditarbiyyah dengan tarbiyyah qiyadiyah yang berbeza dengan medan tarbiyyah (khususnya membina). Tidak pula saya katakan, medan ini ibarat jerat yang menyekat saya dari menyumbang kepada dakwah. Tetapi ini adalah satu peluang dalam saya melihat tarbiyyah dari satu aspek yang lain.

Antara qiyadah dan jundiyah, diri setiap para dua’t itu mewakili kedua duanya. Setiap pemimpin yang baik itu datang dari perkaderan yang baik, dan setiap kader yang baik itu dibina untuk menjadi pemimpin yang baik. Setidaknya pemimpin bagi diri sendiri selain dari mendapat mas’uliyyah tertentu dalam sebuah jemaah.

Menjadi pimpinan adalah satu bala dan peluang. Bala jika kita tidak memimpin dengan berhemah, kita bersikap reaksi lebih dari aksi, memimpin mengikut acuan dan telunjuk sendiri, apatah lagi bersikap tidak ambil peduli akan tuntutan, keperluan dan masalah ahli.

Hal ini sangat menjadikan seorang yang mudah cepat tengadah asalnya. Habis kesemua masalah hendak dibawa kepada kepimpinan. Akhirnya menjadikan sistem pimpinan yang paling bawah(sistem usrah)tidak lagi menjadi penyelesaian kepada setiap masalah.

Mari saya ceritakan satu masalah. Masalah yang membuatkan saya terfikir banyak kali akan apakah kesan sebuah pengorbanan setelah sekian lama berada di dalam dakwah dan tarbiyyah.

Antara beg berjenama dan poket ukhti…

Saya mendapat satu aduan berkenaan perihal akhawat yang memerlukan bantuan kewangan. Pada asalnya, saya berfikir bahawa hal ini tidak logik di akal kerana masakan masalah itu masih berlaku kerana saya sangat yakin pada ikatan ukhuwwah yang diajarkan kepada kami.

Ukhuwwah itu ibarat lafaz jaminan bahawa kami akan membantu antara satu sama lain. Prinsip tangan di atas itu lebih baik berbanding tangan di bawah menjadikan kami ingin berlumba lumba dalam berkongsi duit poket sesama kami.

Kini aku yakin pada ribat ukhuwwah itu. Cuma, agenda ukhuwwah yang terjalin tidak seiring dengan tadhiyyah (pengorbanan) yang dituntut ke atas manusia manusia yang menjalinkan ukhuwwah itu amat merisaukan.

Tegarnya kita membuat demikian.
Dalam kita kononnya ‘bijak’ berbelanja membeli keperluan rumah, kita terlepas pandang ada akhawat yang dua tiga kali berfikir untuk hanya membeli keperluan asas. Masakan untuk membeli lauk ayam pun jarang!

Ketika kita sibuk memilih jenama beg sekolah untuk digayakan, kita terlupa bahawa ada akhawat yang menyimpan duit untuk membeli beg baru dek kerana beg sekolah yang sudah dipakai sejak 10 tahun yang kalau mulai lusuh.

Saat kita makan di kedai makan yang mahal serta mewah, ada akhawat yang bila kita membawanya ke kedai seperti itu kelihatan seperti rusa masuk kampung. Ya, kerana mereka tidak pernah ke tempat seperti itu. Mereka tidak mampu! Mereka hanya bergantung kepada makanan di rumah setiap hari.

Ini hanya contoh yang saya perhatikan di sekeliling. Belum lagi kesusahan kesusahan akhawat yang tidak bercerita kepada saya. Betapa zalim apabila seorang pemimpin itu tidak mengetahui kondisi sebenar ahlinya. Apatah lagi, seorang pemimpin yang tidak pernah bertanya malah tidak ambil endah.

Sebuah hadis Rasulullah SAW berbunyi: Setiap Muslim itu harus bersedeqah.

Ya, di saat inilah kita mahu menjadi orang yang paling bermanfaat pada mereka yang terhampir dengan diri kita. Bukan sekadar tempat menjalin ukhuwwah, tetapi kita juga bersedia untuk disusahkan oleh orang sekeliling kita. Malah, ia boleh jadi pahala terbaik berbanding kecukupan kita dalam beramal dengan amal yang lain.

Sebuah lagi hadis Rasulullah SAW: Maka ia bekerja kedua belah tangannya, memberi manfaat kepada dirinya dan bersedeqah…menolong orang yang sangat memerlukan.

Nah, lihat. Bukankah pertolongan pertolongan itu datang daripada yang terhampir daripada mengharap orang jauh yang menghulurkan bantuan.

Tadhiyyah mengajar kita untuk mampu dari segala segi. Nyawa, harta dan sebagainya. Inilah hakikatnya. Segala apa yang kita ada bukanlah rezeki kita meskipun telah menjadi milik kita. Meskipun ia rezeki kita, masih ada hak hak orang lain yang ke atasnya.

Situasi di bumi Mesir juga begitu. Saban hari, setiap kaki melangkah ke univerisiti hati saya cukup tertarik pada seorang pak cik yang tidak punya tempat tinggal. Di mana mana sahajalah dia akan menikmati keempat empat musim di Mesir. Barangkali ia tetap merasakan semuanya sama, kerana rumahnya berlantaikan tanah dan berbumbungkan langit.

Pak cik itu banyak mengajar saya dalam menghayati erti tadhiyyah. Terima kasih pakcik!

Di dalam rukun baiah juga ada disimpulkan rukun ini sebagai satu prinsip. Tiadanya orang yang berkorban, maka tidak akan ada orang yang akan merasai nikmat dan barakahnya duduk di jalan dakwah.

Dengan adanya orang yang masih kedekut (tidak mahu membantu orang lain) dalam jalan dakwah, jalan dakwah hanya akan menghasilkan kader kader yang hidup melarat sedangkan itu amat bertentangan dengan sifat seorang Muslim!

Maka akan terpalitlah fitnah…

“Daie itu miskin sekali. Lihat, ia menggunakan agama untuk memperoleh keuntungan.”

Daie bukanlah satu profesion yang mempunyai slip gaji, sebaliknya kita yang rela mengeluarkan duit kerananya. Ini kerana tugas dakwah bukanlah al wazaif ad dunyawiyah (tugasan duniawi) dan kerja ini kerja yang paling mulia dan sukar.

Di setiap inci kesukaran kita akan diuji termasuklah untuk menjadikan poket poket atau duit duit gaji kita menjadi tabung kepada dakwah dan jemaah. Harta yang kita miliki cukup murah jika untuk dibandingkan dengan dakwah yang mempunyai taraf a’la( tertinggi).

Maka, tegarkan kita untuk membiarkan dakwah kita ini tergadai dek kerana harta yang kita miliki?

Sanggup kita membiarkan orang di sekeliling kita susah meskipun kita mampu untuk membantu dia?

Berqanaahlah (bersederhanalah)!

Kerana itu yang menjadi peribadi utama para dua’t zaman dulu. Mereka tidak pernah terlewat dalam membayar infaq dan jihad mereka tidak mengira apa jua pekerjaan mereka. Mereka meletakkan hak dakwah dan jemaah pada tempatnya.

Mereka tidak berkira kira untuk menjadikan perjuangan aqidah itu sebagai prioriti yang paling atas.

Dan sesuatu riba(tambahan) yang kamu berikan agar harta manusia bertambah, maka tidak bertambah dalam pandangan Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk memperoleh keredhaan Allah, maka itulah orang orang yang melipat gandakan (pahalanya). (30:39)

Darimana agaknya sebuah jemaah dakwah itu mendapat wang biayainya?

Hassan al Banna lalu menjawab:

Bahawasanya seruan keagamaan, liangnya adalah iman sebelum harta, aqidah sebelum barang barang yang pasti lenyap. Apabila telah wujud iman yang benar, akan wujudlah bersamanya jalan jalan kejayaan. Dan sesungguhnya pada harta Ikhwan yang sedikit itu, yang mereka ambil daripada perbelanjaan sara hidup mereka, mereka berjimat dalam membeli keperluan rumah dan keperluan anak anak mereka, lalu mereka sumbangkan kepada dakwah yang penuh redha, lapang dada dan tenteram jiwa dan raga.

Setiap orang daripada ahli Ikhwah bercita cita kalaulah mereka memiliki lebih banyak daripada itu nescaya mereka akan sumbangkan berganda ganda lagi demi agama Allah. Andainya terdapat di kalangan mereka yang tidak punya sesuatu untuk disumbangkan, mereka beredar dengan linangan air mata, sedih kerana tidak dapat menyumbang untuk agama.

Pada harta yang sedikit ini dan iman yang besar. Alhamdulillah menjadi bukti yang nyata bagi kaum yang ikhlas beribadah, menjadi tonggak kejayaan bagi mereka yang beramal dengan ikhlas. Sesungguhnya Allah SWT yang di TanganNya segala sesuatu akan memberkati setiap sen yang disumbangkan melalui Ikhwan.

20140606-192931-70171036.jpg

Lalu, mari kita berfikir kembali. Adakah infaq atau sedeqah di dalam dakwah itu kita anggap sebagai cukai bulanan yang begitu kejam atau bentuk jihad kita dalam membantu agama Allah?

Hadis Rasulullah SAW: Tidak akan berkumpul debu debu jihad di jalan Allah dengan asap jahannam di dalam kerongkong seorang hamba selama lamanya. Dan tidak berkumpul sifat kedekut di dengan imam di dalam hati seseorang hamba selama-lamanya.

Jika bukan para dua’t yang menghulurkan duit, siapa lagi yang akan berinfaq? Jika bukan para dua’t yang mengangkat bendera jihad, siapa lagi yang akan mengangkatnya?

Ingatlah, kamu adalah orang orang yang diajak untuk menginfaqkan (hartamu) di jalan Allah. Lalu di antara kamu ada orang yang kikir, dan barangsiapa kikir maka sesungguhnya dia kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya, dan kamulah yang membutuhkan (kurniaNya). Dan jika kamu berpaling (dari jalan yang benar) Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan (durhaka) seperti kamu. (47:38)

Marilah kita membiasakan diri kita untuk memberi kerana Allah telah menunaikan kebiasaan-Nya dalam memberi kita rezeki.

Maka, antara beg berjenama dan poket ukhti mana yang lebih utama?

2 thoughts on “Antara beg berjenama dan poket ukhti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s