Kezaliman melata

Assalamualaikum.
Lama juga saya berehat.

Berehat untuk memberi nyawa baru pada penulisan.

Hari ini, presiden baru Mesir telahpun selamat menaiki takhta. Mereka bersorak gembira, penuh kenderaan kenderaan awam membawa manusia menuju ke Tahrir untuk menyambut kemenangan palsu ini.

Menang secara pilihanraya, ya masih lagi menjemput rakyat ke pusat pusat mengundi untuk menanda pemimpin pilihan mereka. Saya sendiri tidak pernah lagi mengundi kerana tidak lagi mendaftar. Besar sungguh amanahnya bagi seorang rakyat untuk memilih pemimpin negara demikian juga bagi seorang pemimpin yang telah dipilih.

Berkali kali ganda besar amanahnya!
Meniti perjalanan pilihanraya di mana mana negara pun, pasti saingannya sengit. Saya suka untuk membuka kembali sirah dan melihat bagaimana para sahabat memilih para khulafa’ untuk menggantikan tempat Rasulullah sebagai pemimpin umat Islam ketika itu.

Mengapa sistem undi ini tidak dijalankan sejak dahulu?
Mengapa tidak ada pusat mengundi yang dibuka di sekitar kota Madinah lalu sesi pilih-siapa-yang-aku-suka dilakukan.

Mungkinkah jika sistem undi ini diadakan, bukan Saidina Abu Bakar yang menjadi khalifah kedua selepas Rasulullah SAW tetapi sebaliknya Saidina Umar atau Khalid Al Walid yang dipilih. Atau menantu Rasulullah SAW sahaja yang menggantikan tempat Baginda?

Pada takdir Allah, kita yakin itulah yang terbaik sebagaimana aturan khilafah yang telah kita ketahui. Fasa pemerintahan setiap khulafa sesuai dengan keadaan masyarakat ketika itu. Saya terfikir ada beberapa faktor secara logiknya pusat pusat mengundi tidak diperlukan pun pada keadaan tertentu.

A) Pilihanraya yang terbukti ketidak adilannya
B) Calon calon yang bertanding tidak mempunyai kredibiliti malah jauh dari syakhsiah seorang pemimpin, malah lebih teruk jika rakyat tidak mengenali calon calon tersebut!
C) Rakyat tidak diberi pilihan pun untuk memilih sebebas mengikut kehendak mereka
D) Rakyat diumpan dengan umpan kotor malah dibayar untuk menanda pada kertas undi

Bagi saya pilihanraya seperti boleh menyebabkan korupsi kepada sebuah negara dan faktor ini jarang sekali dilihat oleh rakyat yang marhaen seperti kita. Adapun mungkin rakyat yang berfikir, tetapi mereka tetap termasuk dalam penipuan pilihanraya ini. Penting untuk kita menganalisis keadaan politik di negara kita kerana lama-kelamaan pemikiran kita akan dibonzaikan lalu jadilah kita seperti anak singa yang dikijangkan.

Di sini, hak kebebasan kita telahpun hilang. Pasukan Rabaah yang berdemo setiap hari bukanlah menunjukkan mereka degil atau keras kepala. Tetapi, mereka cuba untuk menegakkan kebenaran di sebalik segala penipuan yang berlaku bermula dari bekas presiden ditangkap dan dipenjarakan.

Bagai menegakkan benang yang basah sama sekali tidak sesuai melambangkan keadaan mereka. Mereka adalah tali tali yang kuat dan akan bertahan dalam memperjuangkan hak seorang rakyat di dalam negara yang mereka cintai.

Saya mengira inilah nasionalisme yang sebenar.

Apa itu nasionalisme yang sebenar?

Adakah nilainya seperti seorang penulis dan pakar mata dari Filipina, bernama Jose Rizal yang memperjuangkan hak orang Filipina sehingga dia dihukum bunuh oleh tentera Sepanyol?

Satu puisi terakhirnya cukup menyentuh hati saya.

20140604-003208-1928156.jpg

20140604-003208-1928445.jpg

Seperti seorang anak muda yang sudah dihukum bunuh pada usia 23 tahun kerana juga memperjuangkan hak di negaranya. (Bhagat Singh)

Dan ramai lagi pejuang pejuang di atas muka bumi ini.Dalam lipatan sejarah menyaksikan mereka ini mereka berjuang atas satu dasar yang bersifat duniawi.

Berbeza dengan kita yang memperjuangkan dasar yang bersifat ukhrawi. Fikrah perjuangan kita menerangkan bahawa Ikhwanul Muslimin bukanlah parti politik, badan kebajikan, persatuan kerohanian, jemaah ahli sufi, tetapi Ikhwanul Muslimin adalah kesemuanya!

Kita mengambil peranan pabila tiba saatnya pilihanraya bertindak menyatakan dalam setiap program program kita bahawa kita memberikan perhatian kepada persoalan politik ummah. Jika tidak demikian, maka ia sendiri yang sesungguhnya memerlukan pencerahan untuk memahami makna Islam itu sendiri.

Politik yang dimaksudkan bukanlah sekadar sebuah parti politik, tetapi keseluruhan aktiviti dakwah yang dilakukan untuk mengurusi nasib umat hingga mengangkat mereka ke kedudukan sebagaimana yang diperintahkan Al Quran di tengah tengah manusia.

Satu ketika dahulu, ketika banyak parti politik berkembang di Mesir, satu kritikan yang mendasar telah diberikan oleh Imam Hassan al Banna, ” Ikhwanul Muslimin berkeyakinan bahawa parti parti politik yang ada di dalam suasana yang tidak kondusif. Sebahagian besar didorong oleh cita cita peribadi, bukan demi kemaslahatan umum…Ikhwan juga berkeyakinan bahawa parti parti yang ada hingga kini belum dapat menentukan program dan manhajnya secara pasti…Ikhwan berkeyakinan bahawa hizbiyah (sistem kepartian) yang seperti itu akan merosak seluruh tatanan kehidupan, memberangus kemaslahatan, merusak akhlak, dan memporak perandakan kesatuan umat.”

Wahai orang orang yang membelenggu para pejuang Islam,
Wahai orang orang yang menyekat bekalan makanan dan minuman,
Wahai orang orang yang merampas kejam hak hak manusia,
Wahai orang orang yang menyekat suara suara kebenaran,
Wahai orang orang zalim yang lemah!

” Dan janganlah sekali kali kamu (Muhammad) mengira, bahawa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata mereka terbelalak. Mereka datang bergegas memenuhi panggilan dan mengangkat kepala, sedang mata mereka tidak berkedip kedip dan hati mereka kosong.”

Ya benar, kalian adalah orang orang yang lemah. Perumpamaan kamu adalah seperti labah labah yang membuat rumah. Sesiapa atau apa sahaja yang berada di sekeliling kamu, istana istana, senjata senjata, benteng benteng, sekutu sekutu kamu tidak akan berguna sedikitpun buatmu di dunia apatah lagi di akhirat sana!

Ketahuilah apa yang ada itu bukannya menolong kamu, akan tetapi kesemua itu hanyalah akan mencelakakan kamu, kerana ia mempermudah kamu untuk melakukan kezaliman, sementara akibat kezaliman itu sangatlah mengerikan.

Sedangkan jika mereka mahu membantumu, mereka patut mencegah kamu dari melakukan kezaliman sepertimana hadis Rasulullah SAW:

Dari Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Tolonglah saudaramu yang zalim mahupun yang dizalimi. “Saya bertanya:” Yang ini saya tolong kerana dizalimi, lalu bagaimana saya menolongnya saat berbuat zalim?” Rasul .Saw bersabda: “Kamu cegah ia dari berbuat zalim, itulah pertolonganmu untuknya.”
(muttafaq ‘alaih)

Bermulalah pencarian saya akan hakikat orang orang yang zalim di atas dunia ini.
Bagaimana karakter mereka, apa yang mereka mahukan sebenarnya, bagaimana perancangan mereka, dan siapa yang menjadi pencetus utama kepada kezaliman kereka.

Moga kita mengambil pelajaran dari orang orang yang zalim.

Wahai orang orang zalim, sabarlah buat beberapa minit. Mari bersama kami di dalam jalan dakwah ini. Setiap saat kejamnya kamu, alangkah indahnya jika dipulangkan ke dalam jalan dakwah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s