manusiawi dan tarbawi

Imam al Banna menyebut, “Engkau duduklah bersama seseorang ,bicaralah dengannya mengenai Islam dan mengenai qadhaya kita,maka dia akan terkesan denganmu dan tergeraklah perasaannya, selepas selesai sesi itu maka dia akan mengikat perjanjian denganmu untuk beramal agar risalah ini berjaya, sejurus selepas itu dia melupakan perkara itu dengan pantas, beberapa jam selepas itu dia bertemu dengan seorang atheis maka dia mengikuti pula orang itu. Inilah sebuah gambaran ringkas bagaimana pencairan berlaku, jauh dari ruh Islami. ”

*******

Masing-masing saling menyimpan pandangan dan tafsiran peribadi. Bergantung pada penilaian manusiawi. Penilaian manusiawi yang mana akhirnya menjadikan kita ‘hakim’ tidak bertaraf, menghukum tanpa bersikap adil.

Inilah manusia. Tegar dalam melupakan kehidupannya sendiri. Dia terlupa untuk muhasabah. Hati dan akalnya lebih terarah dalam menelaah hidup orang lain berbanding hidupnya sendiri. Natijahnya, lahirlah satu kehidupan yang tidak harmoni buat jiwanya kerana dia tidak memerhatikan hati dan amalnya terlebih dahulu !

Inilah tarbiyyah.
Tarbiyyah yang tidak akan meninggalkan aspek manusiawi begitu sahaja meskipun aspek tarbawi itu dibina dan terbina sepanjang masa. Aspek manusiawi dan tarbawi sepanjang masa akan bergerak beriringan bersama.

Di dalam proses tarbiyyah kita, pentakwinan (pembinaan) itu adalah tingkatan atau fasa yang paling mencabar. Sebagaimana Rasulullah SAW mentakwin para sahabat dahulu, ada juga jatuh dan bangunnya. Meskipun proses pentakwinan itu berterus, tetapi berterusan juga mereka ditapis Allah.

Fasa pentakwinan bukanlah satu fasa yang mudah bagi seorang daie (murabbi dan mutarabbi). Kerana dalam fasa ini adalah fasa peperangan terbesar dalam hidupnya.

Fasa di mana ia perlu melawan kehendak dan nafsunya.
Fasa di mana ia perlu mula memberi komitmen kepada agamanya.
Fasa di mana ia perlu mula meninggalkan kehidupannya yang biasa.

Fasa di mana ia perlu meninggalkan keselesaan dirinya !

Fasa pentakwinan bukanlah hanya membina aspek tarbawi seseorang sebagaimana yang kita tahu di dalam dakwah ada dua jenis pembangunan. Pembangunan yang bersifat horizontal dan vertikal. Pembangunan horizontal melihatkan nasyruddakwah (penyebaran dakwah). Manakala pembangunan vertikal pula melibatkan peningkatan mustawa (tingkat/level) seseorang dan pembentukannya.

Mudahnya, pembangunan horizontal ini lebih berpusat kepada amal dakwah seseorang dan pembangunan vertikal pula berpusatkan kepada lapangan tarbawinya.

Seorang daie itu tidak boleh melupakan aspek tarbawi begitu sahaja kerana aspek tarbawi akan berguna walau dalam saat genting sekalipun !

Aspek tarbawi atau pentakwinan bukanlah sekadar dalam usrah semata malah lebih dari itu. Tarbiyyah berpusat pada tiga perkara : dzatiyyah, fardiyah dan jamaieyyah.

Dzatiyyah melibatkan praktikal tarbiyyah ketika dia seorang diri. Fardiyyah pula melibatkan tarbiyyah one-to-one ( seorang murabbi dengan setiap seorang mutarabbinya). Jamaieyyah melibatkan tarbiyyah dalam keadaan yang ramai seperti di dalam usrah, daurah, mukhayyam dan sebagainya.

Ketiaga tiga ini perlu dibangunkan dalam fasa pentakwinan kerana perubahan dalam tarbiyyah melibatkan juga tiga aspek. Fikiran, amalan dan akhlak. Mana mungkin hanya seseorang itu hanya menjadi seorang pemikir tetapi tidak beramal dengan dakwahnya.

Mana mungkin juga seorang hanya beramal dengan amalan dakwah tetapi fikrahnya kosong ! Ketiga tiga aspek ini harus dijadikan resolusi oleh seorang naqib atau naqibah dalam membina mutarabbi mereka. Resolusi inilah akhirnya akan menatijahkan aspek tarbawi dan manusiawi seseorang.

Tarbiyyah itu proses.
Tarbiyyah itu perubahan.
Tarbiyyah itu jauh impiannya.
Tarbiyyah itu bekalan.

Bagaimana Rasulullah SAW melahirkan para sahabat ketika di Mekah dengan pelbagai jenis latar belakang dan akhirnya bersatu di bawah kalimah agung yang sama.

Rasulullah memproses mereka ibarat tukang besi yang menempa mereka dengan ‘besi’ (kebolehan dan keistimewaan) yang ada pada mereka.
Rasulullah mengubah mereka dari jadi hamba berhala dan manusia kepada hamba Allah.
Rasulullah membina para sahabat dengan harapan ustaziyatul alam, bukan sekadar mendirikan kota Madinah.
Rasulullah membekali mereka dengan bekalan tarbiyyah yang mana para sahabat boleh bertahan setelah kewafatannya.

Tarbiyyah bukanlah kilang manusia kerana hasil sebuah kilang adalah hasil yang sama. Tarbiyyah adalah proses menanam. Sang petani itu menanam anak benihnya, memberi air dan baja yang mencukupinya. Arakiannya, hasil itu bukanlah hasil yang sama walaupun dari jenis pohon yang sama.

Ada yang mengeluarkan banyak jenis buah. Ada yang tidak mengeluarkan buah langsung, ada yang mengeluarkan hanya daun. Begitulah, hasil tarbiyyah ini pelbagai kerana setiap dari kita mempunyai aspek manusiawi.

Aspek manusiawi yang pelbagai.
Kerana itu setiap manusia kadar perubahannya berbeza. Tetapi setiap dari kita kena tahu bahawa kita perlu berubah. Ini asas yang perlu ada pada kita semua. Dan di segala sisi manusiawi inilah akan terlahir segala kelemahan seseorang.

Disebabkan aspek manusiawi kita ini berbeza, maka kita semua tidak didatangkan dengan jenis ujian yang sama. Aspek manusiawi inilah yang menjadi kekuatan dalam membina aspek tarbawi dalam diri kita.

Aspek manusiawi inilah yang akan sedikit sebanyak mempengaruhi nilai iman kita walaupun iman kita dibina dalam aspek tarbawi. Apabila iman mampu menolak kedua aspek untuk membangun seiring, maka kita akan dimenangkan kerananya atau olehnya sepertimana kata imam Hassan Al Banna :

“Kami dan kaum kami mempunyai iman yang sama , cuma bezanya adalah iman mereka sedang tidur di dalam diri mereka . ia tidak mahu keluar untuk melaksanakan hukumnya , dan tidak mahu memenuhi tuntutan tuntutan ke atasnya sebaliknya iman di dalam jiwa Ikhwan adalah iman yang bingkas bangkit dan bekerja keras dengan tegas . ia adalah sesuatu yang jelas , istimewa dan ajaib . kita telah memilikinya dan manusia di sekeliling kita serta barat telah merasainya wujud pada diri kita . kita beriman dengan iman yang akan mengkhayalkan manusia jika kita berbicara tentangnya (iman kita) terhadap mereka , ia telah merelakan kita untuk menghancurkan gunung ganang , berkorban jiwa raga , harta , kemungkinan kemungkinan , kesukaran , sehinggalah kita berjaya dengannya ataupun kita dijayakan olehnya (iman kita) “

******

Adakalanya, bila kita menjadi murabbi, kita hanya sibuk membina aspek tarbawi mutarabbi dan kita terlepas pandang akan aspek manusiawinya.

Ya, dalam tarbiyyah penting untuk kita membina keduanya kerana dakam fasa pentakwinan ini memerlukan kita untuk melahirkan rijal yang beramal, berfikir, berani dan muntij hasil kerja dakwahnya. Bukanlah semata pengikut tetapi tidak menyumbang sebarang tenaga dalam jalan dakwah ini.

Kita tidak mahu meramaikan kuantiti tanpa melihat kualiti. Tetapi kita juga tidak mahu yang berkualiti itu nilainya sedikit. Kita tidak patut sekularisme dalam dakwah !

Bagaimana sekularisme dalam dakwah ?
Ditarbiyyah tetapi tidak bekerja.
Menyebarkan dakwah tetapi terlupa diri sendiri.
Melakukan kerja dakwah semberono tanpa memikiran cara kerja yang lebih muntij.

Kita terlalu mudah berubah.
Untuk berbolak balik dari positif kepada negatif dan juga sebaliknya.

Aspek manusiawi dan tarbawi seorang manusia perlu seimbang. Untuk melahirkan rijal yang solid pemahamannya. Dengan pemahamannya dalam jalan dakwah ini akan menggerakkannya dalam tarbiyyah maidaniyyah. Dalam tarbiyyah maidaniyyahlah, seseorang daie itu bukan hanya mampu bertahan dalam medan amal malah dalam medan jihad.

Imam Hasan al-Banna mengatakan: “Saya dapat menggambarkan sosok mujahid adalah seorang yang sentiasa mempersiapkan dan membekali diri, berfikir tentang keberadaannya dalam segenap ruang hatinya. la selalu dalam keadaan berfikir. Waspada di atas kaki yang selalu dalam siap siaga. Bila diseru ia menyambut seruan itu.

Waktu pagi dan petangnya, bicaranya, keseriusannya, dan permainannya, tidak melanggar arena yang dia persiapkan untuknya. Tidak melakukan kecuali misinya yang memang telah meletakkan hidup dan kehendaknya di atas misinya. Berjihad di jalannya.

Anda dapat membaca hal tersebut pada raut wajahnya. Anda dapat melihatnya pada bola matanya. Anda dapat mendengarnya dari ucapan lidahnya yang menunjukkanmu terhadap sesuatu yang bergolak dalam hatinya, suasana tekad, semangat besar serta tujuan jangka panjang yang telah memuncak dalam jiwanya. Jiwa yang jauh dari unsur menarik keuntungan kecil di sebalik perjuangan.

Adapun seorang mujahid yang tidur sepenuh kelopak matanya, makan seluas mulutnya, tertawa selebar bibirnya, dan menggunakan waktunya untuk bermain dan kesia-siaan, mustahil ia termasuk orang-orang yang menang, dan mustahil tercatat dalam jumlah para mujahidin.”

Sekian,
mylittlepencil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s