‘Aku’

Bismillah.

Ummat islam kini berada lagi di tahun baru milik kita semua.
Bermula dengan Muharram dan diakhiri Zulhijjah. Dalam tahun Islam, kita mempunyai keistimewaan tersendiri berdasarkan peristiwa-peristiwa yang tercatat dalam lembaran dengan menggunakan tarikh kalendar Islam.

Tidak ketinggalan juga pada tarikh tahun Masihi yang juga tercatat peristiwa-perustiwa bersejarah yang tidak wajar untuk kita lupakan.

Setiap kali tahun baru kita seringkali mengaitkannya dengan azam, semangat dan impian-impian baru untuk dikejar. Tetapi kita seringkali lupa bahawa setiap pembaharuan itu memerlukan satu perubahan dan satu muhasabah.

Bila kita pandang cermin kita akan nampak diri kita sendiri.
Ini cara kita melihat masa dan amalan yang telah kita habiskan dengan masa tersebut.
Sungguh, beruntunglah mereka yang mempunyai ‘cermin’ harian di mana mereka ini melakukan perubahan dan bermuhasabah setiap hari.

Alangkah rugi bagi mereka yang juga mempunyai cermin tetapi cermin mereka itu berhabuk kerana bersifat tahunan. Hanya hujung tahun sahaja menjadi masa untuk melakukan titik tolak perubahan dan muhasabah diri. Malah, lebih rugi mereka yang tidak mempunyai cermin langsung dalam hidupnya. Cukup ia hanya mempunyai cermin untuk melihat fizikal dirinya tanpa dia mengenal dirinya sendiri.

Don’t judge a book by it’s cover.( bukan buku orang lain tapi buku kita sendiri)
Seolahnya, jangan kau lihat diri kau kerana fizikal semata kerana kita bakal tertipu dengan diri sendiri ! Dan akhirnya, kita berkembang menjadi seorang yang hipokrit dengan iman kita sendiri.

Iman menjadi bahan mainan dan gurauan dalam amalan dan kata-kata kita tanpa kita sedari. Iman menjadi hanya pakaian luaran yang hanya terbatas pada tutupnya aurat, menjaga batas ikhtilat, berakhlak mulia. Kita terlupa bahawa iman dan taqwa wajib menjadi ‘pakaian’ dalaman yang sebenarnya lebih penting. Malah, ‘pakaian’ dalaman itulah menjadi asas kepada segala jenis ‘pakaian’ luaran.

Mari kita bersama muhabasah !

Alangkah gembiranya sekumpulan manusia itu bermain dengan agama, iman dan amalnya.

Mereka kumpulan manusia yang cukup baik.
Penuh solat lima waktunya.
Bersedeqah setiap kali bertemu dengan pengemis di tepi jalan.
Puasa sunat yang tidak pernah ditinggalnya.
Mulutnya hanya berzikir dan mengeluarkan kata-kata yang baik.
Inilah cermin ia setiap hari.

Hanya melihat segala sisi kebaikan yang dilakukannya sehingga dia merasa bangga dengan takungan amal yang telah dilakukannya. Dia mula merasa riak dalam diam. Mengklasifikasikan amalan dirinya pada tahap yang terbaik dan amalan orang lain tidak sehebat dirinya.

Dakwah dan tarbiyyah meninggikan lagi dirinya.
Usrah tidak pernah tinggal.
Buku daurah hanya penuh dengan catatan.
Bila tabung infaq dibuka, dialah antara orang yang pertama.
Bila dijemput untuk menjadi muwajjih, dia menyiapkan dirinya dengan penuh persiapan.

Katanya itulah yang terbaik.
Pada diri dia, kalimah ‘aku’ cukup dibanggakan.

Segalanya adalah ‘aku’ dan orang lain tidak seperti ‘aku’. Hanya sesiapa yang menjadi ‘aku’ itu sahajalah manusia yang terbaik di atas muka bumi ini.

Aduhai alangkah kasihannya pada si ‘aku’. Dia tercampak dalam kandang kebanggan dirinya sendiri. Izzahnya terhadap Islam, dakwah dan tarbiyyah ini mula menghilang kerana izzah terhadap ‘aku’ mengatasi segalanya. Ia berasa ‘aku’ inilah yang hanya layak memegang dunia.

Aduhai si ‘aku’ telah menghinakan dirinya sendiri sedangkan Islam dan dakwah memuliakan seseorang. Namun, kemuliaan yang Islam dan dakwah berikan bukanlah pada nama semata sepertimana yang disangka oleh ‘aku’. ‘Aku’ mula menanam pelbagai impian juga seperti manusia yang lain.

‘Aku’ melangkah masuk ke tahun baru. ‘Aku’ anggap impian dirinya jauh dan besar berbanding manusia yang lain tetapi akhirnya ‘aku’ menjadi manusia yang paling belakang. Impiannya tidak diiiringi dengan perubahan dan muhasabah.

Malah, impiannya yang mulia itu bernilai sifar kerana tiada sebarang usaha untuk mengejarnya. Cukuplah impian itu ditulis dan dibangga-banggakan.

‘Aku’ nak pegang 5 buah usrah.
‘Aku’ nak jadi penulis blog yang sampaikan dakwah.
‘Aku’ nak jadi muwajjih untuk 20 buah daurah.
‘Aku’ nak pergi berjaulah kenal dua’t seluruh dunia.

Impiannya mulia. Malah, cukup mulia. Namun, impian ini menjadi busuk kerana ‘aku’ itu melupakan dirinya sendiri. Dia tidak mempunyai impian untuk dirinya. ‘Aku’ hanya ingin berimpian untuk orang lain.

Akhirnya, ‘aku’ itu akan menjadi ‘aku’ yang sama sehingga ke akhir hayatnya. Segala kemuliaan yang mengangkat dirinya menjadi ‘aku’ telah membunuh dirinya dalam diam.

Solat taubatnya tidak lagi sekusyuk dulu.
Tiada lagi air mata taubat di tengah malam memohon ampun segala dosanya.
Tiada lagi rasa rendah diri melihat kelemahan yang ada pada diri.
Tiada lagi rasa kagum akan kekuasaan Allah yang Maha Mentadbir segalanya atas muka bumi.
Tiada lagi rasa takut akan datangnya perasaan riak dan bangga diri dalam beramal.

Kebaikan yang ‘aku’ lakukan disangka dapat menutup segala kelemahannya. Arakiannya walaupun prinsip kebaikan itu membunuh segala kejahatan tetapi tidak bermakna ‘aku’ perlu melupakan taubatnya.

Tahun berganti demi tahun.
Tetapi ‘aku’ tetap lagi seperti dahulu…

Hisaban yang kita lakukan pasti cacat sampai kita menganggap segala kebaikan mampu menutup segala kesalahan yang kita lakukan kerana mustahil sekali begitu. Manusia mudah sekali mengerjakan kebaikan tetapi amat susah untuk menjauhi kejahatan.

Seperti kita juga para dua’t. Amanah amar maaruf dan nahi mungkar mula hilang keseimbangan apabila kita hanya menjadi penyampai kebaikan tetapi tidak mampu mencegah kemungkaran. Itupun mujur jika buat kebaikan dalam sehari, jika tiada bagaimana?

Saya juga seringkali tersepit dalam masalah yang sama walaupun bukan itu yang sepatutnya yang saya lakukan. Tetapi, itulah dugaan kita untuk dakwah alaf baru ini yang bersifat hanya mendorong kebaikan tetapi kejahatan itu kita lupakan sama sekali. Setelah mencari sebabnya mungkin juga ada faktor luaran yang membuat saya berfikir banyak kali untuk mengamalkan amalan saling menasihati dalam menjauhi keburukan, tetapi faktor kelemahan diri sendiri itu lebih utama untuk difokuskan.

Berulangkali topik ini sering saya bincangkan dengan akhawat sekeliling dan penyebab utama faktor kegagalan usaha mencegah kemungkaran adalah kerana kita semua telahpun menjadi ‘aku’ tanpa kita sedari.

Menjadi ‘aku’ dalam dakwah dan tarbiyyah adalah satu bencana yang besar. Kita menjadi ‘aku’ yang pelbagai jenis.

‘Aku’ yang suka menghukum.
‘Aku’ yang lupa bergantung pada Allah.
‘Aku’ yang mengejar hasil terlalu cepat.
‘Aku’ yang lupa dirinya hanya merancang, bukan perancang utama.
‘Aku’ yang alpa untuk menginsafi dosanya.
‘Aku’ yang terlupa bahawa dakwah ini bukan atas kuasa dan kehendaknya.
‘Aku’ yang lupa untuk menasihati dirinya sendiri.

Itulah seorang ‘aku’ dalam dakwah yang kita bangga-banggakan.
‘Aku’ yang hanya bermain dalam keselesaan dirinya sendiri. ‘Aku’ yang tidak pernah berubah sebenarnya. Kalau yang berubah pun, sekadar nilai hipokrasi dirinya ataupun kebanggaan dirinya yang berubah.

Iman ‘aku’ tidak pernah berubah.
Amalan ‘aku’ tidak pernah berubah.
Dakwah dan tarbiyyah ‘aku’ juga tidak punyai perubahan.

Agama dan dakwah bukanlah bertujuan untuk menjadikan diri kita bangga, bukanlah pakaian untuk kita menjual diri kita penuh riya’.

Alkisah, setelah Hasan al-Bashri pulang ke rahmatullaah, seorang hamba Allah bermimpi menemuinya. Hamba Allah itu bertanya kepada Hasan al-Bashri tentang keadaan yang berlaku ke atas dirinya setelah dia mati. Menjawab pertanyaan itu, Hasan al-Basri menceritakan: Dia telah dibawa mengadap Allah Taala, lalu Allah berfirman kepadanya: “Hai Hasan. Adakah engkau ingat, suatu hari dulu, ketika engkau sedang sembahyang di masjid dan engkau sedar ada orang yang sedang memerhatikan keadaan sembahyangmu, lalu engkau mengelokkan keadaan sembahyangmu itu untuk dipuji oleh orang itu? Jikalau sebelum itu tidak engkau mulakan sembahyangmu itu dengan ikhlas, sudah pasti Aku menghalaumu sekarang dan Aku putuskan perhubunganmu dengan-Ku!”.

Sungguh, kesedaran tentang agama dan dakwah yang direzekikan oleh Allah inilah yang telah menutup segala aib dan kelemahan kita. Andai sahaja Allah membuka segala aib kita pada mata manusia, boleh jadi aib para dua’t ini lebih banyak atau paling banyak di seluruh muka bumi ini.

Rezeki yang diberikan oleh Allah ini wajib kita manfaatkannya dengan sebaik mungkin. Bukannya untuk diri sendiri semata. Dakwah mengajar kita untuk menjadi penyelamat dan menyelamatkan diri sendiri. Maka, dakwah ini bukanlah alat milik kita tetapi ianya diberi pinjam sementara oleh Allah buat sementara kita berada di atas muka bumi ini untuk menyebarkannya. Agama dan dakwah adalah alat untuk kita seluruh ummat manusia untuk menggapai redha-Nya.

Dari Abi Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Sesungguhnya manusia pertama yang diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid di jalan Allah. Dia didatangkan dan diperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatan (yang diberikan di dunia), lalu ia pun mengenalinya. Allah bertanya kepadanya : ‘Amal apakah yang engkau lakukan dengan nikmat-nikmat itu?’ Ia menjawab : ‘Aku berperang semata-mata karena Engkau sehingga aku mati syahid.’ Allah berfirman : ‘Engkau dusta! Engkau berperang supaya dikatakan seorang yang gagah berani. Memang demikianlah yang telah dikatakan (tentang dirimu).’ Kemudian diperintahkan (malaikat) agar menyeret orang itu atas mukanya (tertelungkup), lalu dilemparkan ke dalam neraka.

Berikutnya orang (yang diadili) adalah seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya serta membaca al Qur`an. Ia didatangkan dan diperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatannya, maka ia pun mengakuinya. Kemudian Allah menanyakannya: ‘Amal apakah yang telah engkau lakukan dengan kenikmatan-kenikmatan itu?’ Ia menjawab: ‘Aku menuntut ilmu dan mengajarkannya, serta aku membaca al Qur`an hanyalah karena engkau.’ Allah berkata : ‘Engkau dusta! Engkau menuntut ilmu agar dikatakan seorang ‘alim (yang berilmu) dan engkau membaca al Qur`an supaya dikatakan (sebagai) seorang qari’ (pembaca al Qur`an yang baik). Memang begitulah yang dikatakan (tentang dirimu).’ Kemudian diperintahkan (malaikat) agar menyeret atas mukanya dan melemparkannya ke dalam neraka.

Berikutnya (yang diadili) adalah orang yang diberikan kelapangan rezeki dan berbagai macam harta benda. Ia didatangkan dan diperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatannya, maka ia pun mengenalinya (mengakuinya). Allah bertanya : ‘Apa yang engkau telah lakukan dengan nikmat-nikmat itu?’ Dia menjawab : ‘Aku tidak pernah meninggalkan shadaqah dan infaq pada jalan yang Engkau cintai, melainkan pasti aku melakukannya semata-mata karena Engkau.’ Allah berfirman : ‘Engkau dusta! Engkau berbuat yang demikian itu supaya dikatakan seorang dermawan (murah hati) dan memang begitulah yang dikatakan (tentang dirimu).’ Kemudian diperintahkan (malaikat) agar menyeretnya atas mukanya dan melemparkannya ke dalam neraka.’”

Maka adakah layak untuk kita berbangga dengan sesuatu yang bukan milik kita ?
Dan layakkah kita untuk berbangga dengan sesuatu yang bebas sahaja Allah menentukan untuk memberinya kepada sesiapa sahaja yang Dia mahu ?

Biarkan ‘aku’ itu menjawab untuk muhasabah dirinya.
‘Aku’ yang juga mempunyai cermin tapi telah lama berhabuk.
Dan habuk itu kini menutupi siapa ‘aku’ yang sebenarnya.

Untuk mengubah seluruh dunia ini perlu mengubah ‘aku’.
Mula dengan entiti pertama yang muncul di dalam cermin iaitu akulah orangnya !

Allahumma tohhir qalbi minannifaq, wa ‘amali minarriya’, wa lisani minal kadzab, wa ‘aini minal khiyaanah. Fainnaka ta’lamu kha inatal ‘ayuni wa ma tukhfissudur.

Oh Allah, purify my heart from hypocrisy, my actions from boasting, my tongue from lies, my eye from corruption. Surely You aware of the vise of the eyes, and that which is hidden in the hearts.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s