lagak orang bujang kita

Bismillah.

” Apa pandangan enti tentang Baitul Muslim?”

sumber : http://piousgurlzmashi.blogspot.com/
sumber : http://piousgurlzmashi.blogspot.com/

 

Soalan seorang ukhti kepadaku.
Malu. Serba salah ingin menjawab.
Kerana diri sendiri tidak menempuhinya lagi.

Pelbagai tanggapan tentang Baitul Muslim.
Dalam kalangan ikhwah akhawat (orang yang menyertai mana mana jemaah atau kumpulan dakwah) mahupun orang luar.
Masing-masing punya pandangan sendiri.

Baitul Muslim kena isi borang penuh dengan segala butiran diri sendiri dan meletakkan gambar.
Ada orang berpendapat cara ini kolot.

” Emak tak setuju borang-borang ni. Nak kahwin mestilah dengan orang yang kita dah kenal. Nanti entah siapa siapa yang bakal menjadi menantu mak nanti. Mengapa tidak berjumpa sahaja secara berhadapan. Baru boleh kenal hati budi.”

” Baitul Muslim ni peliklah. Nak orang sesama dia je. Habis tu orang luar nak jugak bersuami atau beristerikan orang yang baik-baik.”

” Akh, dah masuk 3 tahun ana minta borang ana diproses. Memang tiada langsung ke akhawat yang berminat ataupun ana ni terlalu banyak sangat kekurangan ? ”
Mati kutu sang naqib tatkala mutarabbinya melontarkan soalan begini.
Apalah agaknya jawapan yang paling munasabah untuk diberikan.

” Apa ni kak. Ana kasi borang tu untuk tengok sekejap sahaja. Kenapa ikhwah tu nak tengok lama lama pulak borang ana?”
Sang naqibah juga mati kutu.
Akirnya dia mengambil langkah yang bijak dengan mengambil terus borang Baitul Muslim anak usrahnya.

” Ana tak yakin lah dengan  Baitul Muslim ni. Akhawat nampak je qowiy di luar. Sekali hal rumahtangga sikit pun tak tahu. Lagipun, bukannya semua baitul Muslim yang menjadi. Ada je ikhwah akhawat yang tak bahagia ana tengok.”

” Enti bila lagi nak isi borang?”
” Ana akan isi bila umur 30 tahun nanti. Isi awal sangat ni nampak macam gatal sangat.”
Si ukhti yang bertanya garu kepala.

” Tak habis-habis akh ni update status pasal kahwin dalam Facebook. Macam sudah tiada perkara lain yang boleh disampaikan.”

Inilah situasi yang berlaku baitul Muslim.
Lagak orang bujang kita.
Maklumlah, urusan-urusan manusia yang pasti terlalu banyak kelemahan dan ragamnya.

Sudah namanya pun manusia.
Tiada ragam, tiadalah manisnya.
Tiada ragam, tiadalah kita pengalaman dalam berhadapan dengannya.

Soalnya, bagaimana sepatutnya lagak orang bujang kita ?

****
Topik baitul Muslim sentiasa hangat diperbincangkan.
Dalam kalangan sesama ikhwah akhawat.
Ataupun orang-orang luar yang melihat.

Dulu, saya hairan memikirkan mengapa topik ini begitu hangat diperbincangkan.
Adakah kerana alam perkahwinan merupakan alam yang paling seronok dalam kehidupan ?
Adakah alam perkahwinan merupakan tummuhat (cita-cita) yang tertinggi ?

Ketika melintas jalan pun kebiasaannya orang akan berkata,
” Ish lajunya kereta kat sini. Ya Allah, aku tak nak mati lagi. Tak kahwin lagi ni.”

Sungguh, perkahwinan memang punya auranya yang tersendiri !
Apatah lagi fitrah manusia yang sememangnya diciptakan untuk hidup berpasang-pasangan dan mempunyai perasaan.

Tidak berfikir langsung tentangnya adalah salah.
Terlalu memikirkannya pun salah.

Kesederhanaan sepatutnya menjadi lagak orang bujang kita.
Kesederhanaan yang dimulakan dengan niat.

sumber : http://fae-zah.blogspot.com/
sumber : http://fae-zah.blogspot.com/

Kita sudah diajar banyak kali untuk sentiasa memperbaharui niat dan memperbanyakkan niat.
Namun, tiba saat hal perkahwinan kita terlupa akan hal ini.
Akhirnya timbullah niat-niat kecil yang tidak suci.

” Kena la kahwin awal. Nanti orang kata aku anak dara tua pulak.”
” Ish kalau terlambat taqdim akhawat ni, melepaslah aku.”
” Aku nak jugak merasa upload gambar dengan zaujah pegang pegang tangan semua.”

Nah, inilah akhirnya niat-niat kecil kita tanpa disedari.
Niat untuk menjadikan baitul Muslim itu pemudah kepada jalan dakwah entah kemana hilangnya.
Niat untuk meramaikan zuriat ummat Nabi Muhammad S.A.W juga dibawa lari.

Baitul Muslim bukanlah alam anganan yang dipenuhi keindahan.
Ada masa naik dan turunnya.
Maka, kita kena ingat baitul Muslim bukanlah segala-galanya dalam jalan dakwah ini.

Kena ikhlaskan niat.
Hal perkahwinan adalah termasuk dalam qadar Allah S.W.T.
Jangan sampai tangan kita sebagai seorang manusia melangkauinya.
Yang akhirnya, melahirkan rasa kecewa apabila baitul Muslim yang dibina tidak bahagia, ditambah pula dengan anak-anak yang tidak menjadi.

Tangan kita tangan manusia.
Tangan kita hanya tangan yang berusaha.
Bukan tangan yang mendatangkan hasil.

Maka, jangan pelik.
Jika ada ikhwah ataupun akhawat jodohnya ditentukan dengan bukan orang yang satu jemaah dengannya.
Jika ada ikhwah atau akhawat yang sudah sampai ke usia yang agak lanjut namun tidak lagi bernikah.

Saya pernah bertanya kepada seorang ukhti yang diuji dengan hal ini.
Sungguh tabah saya melihatnya.
Bagaimana dia cukup kuat dikelilingi anak-anak muda yang sibuk mengumumkan majlis perkahwinan masing-masing ?
Bagaimana dia mampu menghadapi berita tatkala teman usrahnya sendiri akan bernikah tidak lama lagi ?
Bagaimana dia mampu mengawal hatinya tatkala menyusun baitul Muslim anak usrahnya sendiri ?

Ini semuanya adalah tangan Allah yang menentukan dengan perancangannya yang Maha Terbaik.
Penenang hatinya cuma dua.

“Wahai orang-orang yg beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yg sabar.” (2:153)

beserta,

“Katakanlah, “Maukah aku khabarkan kepadamu apa yg lebih baik dari yg demikian itu?” Bagi orang-orang yg bertaqwa (tersedia) di sisi Tuhan mereka syurga-syurga yg mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan (tersedia) pasangan-pasangan suci, serta redha Allah. Dan Allah Maha Melihat hamba-hambaNya.” (3:15)

Saya menangis membaca ayat-ayat Al-Quran yang dikirimnya.
Menangis mengenangkan ketabahannya.
Menangis mengenangkan diri sendiri yang terlupa akan firman Allah yang ini.

Saya terfikir, apakah mungkin Rabiatul Adawiyah akan wujud alaf baru ini ?
Atau pemikiran ini terlalu ekstreme.

Entah.
Bergantung pada anda semua untuk mengadilinya.

Ala kulli hal, hak mutlak Allah yang jaga.
Kita boleh berusaha, tetapi jangan lupa tangan Allah yang menentukan segalanya.
Jangan terlebih keyakinan (over-confident) dengan usaha sendiri kerana itu sudah melanggar batas adab kita sebagai seorang hamba Allah S.W.T.

Sungguh, alam perkahwinan ini adalah adalah alam perjudian.
Kisah Hajar yang mempertaruhkan kehidupannya untuk Allah di tanah gersang bersama Nabi Ismail A.S selepas berkahwin dengan Nabi Ibrahim A.S.

Kisah Khadijah R.A yang juga memperjudikan kehidupan dan menggadaikan bisnesnya untuk Allah selepas perkahwinannya dengan Baginda Rasulullah S.A.W.

Kisah Fatimah R.A yang juga memperjudikan kehidupannya selepas berkahwin dengan suami yang miskin tetapi yang amat dicintainya iaitu Saidina Ali R.A.

Sungguh, perkahwinan orang-orang yang berjuang beginilah lagaknya.
Maka, kita sebagai orang orang bujang sudah bersediakah kita untuk menempuhnya ?

Atau kita masih lagi membayangkan segalanya indah.
Wahai orang-orang bujang kita, ubahlah lagak anda !

*****

Pernah saya berbincang dengan seorang ukhti berkenaan hal ini memandangkan sekarang musim perkahwinan ikhwah akhawat yang agak ramai pada tahun ini.

Saya mengajukan pendapat kepadanya, ” Mak ana kata biasanya orang-orang jemaah ni kemaruk sangat nak kahwin awal.”

Pendapat saya ketika itu, ” Mungkin kerana threshold nafsu kita lebih tinggi berbanding orang luar. Kita diajar untuk menjaga batas-batas ikhtilat sedangkan suasana di sekeliling kita tidak begitu. Threshold orang lain mungkin rendah kerana mereka sudah biasa dengan situasi ini. Kita ni nak bercakap dengan ikhwah pun menggeletar. Habis hilang profesional. So, when it comes to marriage issue, nampak macam orang-orang jemaah yang terlebih excited berbanding orang luar. Betul tak ?”

Ukhti tersebut membalas, ” Ye tak ye jugak kan. Kita pun pernah berada dalam keadaan ‘threshold lama’ tu. Kita pernah merasai fasa tu. So, nak kena kurangkan threshold tu dengan cara mengulang semula cerita fasa lama dalam keadaan kita tahu Allah tak suka, macam tu? ”

Saya menggeleng dan menjawab, ” Kurangkan threshold nafsu dan kekalkan keadaan yang sekarang. Tak perlu mengundur ke belakang. Kita kena pegang apa yang diajarkan kepada kita. Itu yang paling penting. ”

Saya akui ada dalam kalangan ikhwah dan akhawat yang cemburu apabila melihatkan ikhwah dan akhawat di sekeliling mereka yang akan melangsungkan perkahwinan.
Menerima jemputan sahaja sudah menduga iman.

Saya sendiri pernah sampai pada satu fasa tidak boleh membuka langsung sebarang undangan untuk menjaga hati. Apabila dirasakan sudah sampai pada paras yang selamat, barulah kesemua undangan itu dibuka, dibalas dan dihadiahkan ucapan buat bakal mempelai.

Akan timbul persoalan-persoalan yang cukup membuktikan kita ini manusia yang amat lemah.
” Bila pula agaknya masa aku akan tiba Ya Allah ?”
” Kenapa bukan aku yang Kau pilih untuk bernikah dahulu ?”
” Ya Allah, mengapa ikhwah yang aku suka bernikah dengan akhawat lain ?”

Malah, ada juga saya mendengar dalam kalangan ikhwah dan akhawat yang sudah tidak tahan untuk menikah akhirnya terjadilah hal-hal yang tidak diingini. Tidak dapat saya bayangkan betapa hebatnya penangan perkahwinan ini terhadap iman seorang manusia.

Bermuhasabahlah wahai orang bujang kita !
Jangan kerana nafsu, kita sengaja meletakkan diri kita dalam gelora.
Kuatkan iman dalam diri meskipun ia terlalu susah.

Saya faham kerana saya juga manusia.
Mempunyai keinginan yang sama kerana fitrah kita semuanya sama.
Alihkan seketika tumpuan khusyuk kita daripada hal yang tidak pasti.

Dakwah kita memerlukan orang-orang bujang yang hebat.
Hebat hubungan dengan Tuhannya.
Mantap tarbiyyahnya dan bergerak dakwahnya.
Tundukkanlah pandangan di kala kita merasakan hati kita akan teruji dengan perkara ini.
Sibukkanlah diri di kala kita merasakan kita terlalu memikirkan hal ini.
Pohon pada Allah untuk menunjukkan jalan yang penuh hikmah dan lurus.

Gantungkan diri dengan pergantungan kepada Allah.
Jangan terlalu banyak persoalan.
Rencana dan qadar-Nya punya jadual yang tersendiri.

Usaha dan berserah diri.
Urusan baitul Muslim bukanlah jaminan yang boleh diberikan oleh sesiapa pun walaupun naqib/naqibah atau jemaah kita sendiri.
Urusan baitul Muslim bukanlah tergantung semata hanya pada dua keping borang yang diisi.

Urusan perkahwinan adalah urusan rezeki.
Di bawah perbendaharaan Ilahi.

Ya Allah, golongkan kami dalam golongan manusia yang redha menerima segala perancangan-Mu.
Ampunilah segala ketidaksabaran kami dalam menjalani rencana-Mu.

Berfikirlah tentangnya pada kadar yang perlu.
Asal jangan sampai anda menjadi gila kerananya !
Atau jangan sampai anda mengambil tindakan yang bukan-bukan !

Betapa penting untuk mengubah alam sebelum perkahwinan (alam orang bujang) untuk menghasilkan alam perkahwinan yang baik.

Ingat, lagak orang bujang kita wajib berbeza !

sekian,
mylittlepencil

p/s : buat ikhwah dan akhawat yang telah ataupun bakal bernikah tidak lama lagi, tahniah ana ucapkan !

Advertisements

13 thoughts on “lagak orang bujang kita

  1. fesen sekarang, taqdim awal nikah 3/2 tahun lg. fening-fening. walhal ada sahaja yang sudah siap untuk menikah, yang ada keterbatasan juga yang dipilih. salah siapa ini atau fitrah? barangkali mereka lupa fasa yang menggugah jiwa para duat. fasa bertunang, fasa rasa dimiliki. fasa marabahaya buat jiwa yang gugah dan berpenyakit. menjauhlah! dan bijak wahai teman-teman.

  2. haha. makin menjadi-jadi topik ni. nasihat nenenda kepada hadek-hadek di luar sana. jangan gelojoh @ terburu dalam perkahwinan. ia bukan gerbang untuk sekadar dicintai,disayangi,diimami. bahkan lebih besar dari itu terutama dalam konteks dakwah dan tarbiah.

    alkisah dari itu, maka pesanan nenek adalah :

    sebelum melanjutkan dengan seseorang lihat dahulu latar belakang. jika dikhuatiri akan terjadi masalah dari segi masa/pembelajaran/kesihatan maka tangguhlah hasratmu. tidak ke mana rusuk dikejar. jika lillahi ta’ala maka ketepikan nafsumu dan teruskan untuk seterusnya.

    hadek-hadek ikhwah yang masih bujang, pilihlah kakak-kakak anda sebagai calon isteri. bukan isteri muda 3tahun kerana apa? untuk keberlangsungan tarbiah mereka. usia anda 24tahun?carilah yang solehah (InshaAllah semua) berusia lebih 2/3 tahun. 24vs27 SUBHANALLAH! hebat infaq diri ikhwah tersebut kepada dakwah, kepada akhawat.

    kalau kita di dalam satu jemaah tidak memikirkan tentang mereka yang di dalam satu barisan. siapa lagi. marilah anda menyelamatkan isi kapalnya. hehe.

    eidul mubarak!!

  3. “Maka, jangan pelik.
    Jika ada ikhwah ataupun akhawat jodohnya ditentukan dengan bukan orang yang satu jemaah dengannya.”

    akak, salah ke berBM lain Jemaah; dlm konteks dakwah and tarbiyah (sbb sgl2nya Allah yang tentukan)?

    • salah atau tidak bukan soalannya.

      Salahnya pada kita apabila kita mula bertanya soalan yang sudah menjadi aturannya, tersusun mengikut qadha’ dan qadar-Nya. Dalam kontek dakwah dan tarbiyyah, tidak salah cuma mungkin sesetengah pandangan manusia berbeza-beza. ada sesetengah ikhwah akhawat yang syadid akan hal ini. Ada yang tidak. bergantung.

  4. Seorang akh dan seorang ukti yang ghairah nak kawin ni adalah dikalangan mereka yang banyak masa khayalnya dari masa bekerja dan berdakwah. Sepatutnya seorang ikhwah itu, kerjanya lebih banyak dari masa yang dia ada! Bila kita fikir kebahagiaan itu hanya ada pada perkahwinan, maka akan desperate lah kehidupan kita.Semua orang ingin ideal dalam hidup ini. Tetapi itu diluar batas kemampuan kita!

    Tidak semua sahabat rasul kahwin dan tidak semua salafus soleh kawin dan tidak semua para tabiin kawin dan tidak ramai pula para sufi yang kawin tetapi …. mereka bahgia? Kerana kebahgiaan mereka adalah pada ‘ghoyah’ mereka. Bukan pada perkahwinan.

    Jodoh bukan hak kita, sekali pun kita harus mencarinya! tetapi adakah kita tidak bertemu jodoh jika kita tidak mencari? Tidak bukan? Kerana sekali pun kita tidak mencari dan tak isi borang BM, jika ditakdirkan, Pasti kita akan bertemu jua! Kuncinya … intansurullah hayan sur kum! Kamu bantu agama Allah dan Allah akan bantu kamu. Oleh itu teruskan kerja dakwah dan tarbiyah kita. Kerana itu lebih bermenfaat dari kita memikirkan soal kawin! Ingat! Bahgia bukan terletak pada perkahwinan. Syarat masuk syurga pun bukan kena kawin. …. Berfikirlah cara orang dakwah berfikir dan jangan berfikir cara orang awam dan artis berfikir. Wallahuaklam.

    • Allah akh, komennya boleh buat satu entri lain.

      Komen yang membina. Terima kasih. Para dua’t yang muda-muda masih perlu melatih mujahadah mereka dalam hal ini. Dan kena benar-benar ikhlas menyerahkan diri kepada Allah, dakwah dan tarbiyyah.

      memenuhkan kepala dengan hal yang tidak pasti memang membebankan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s