Cari

Hidup penuh pencarian.
Kerana dunia.
Minta gadai semua.

Istlilah hidup kekal.
Pencarian.

Manusia dan dunia sekarang.
Cari benda karut.
Benda tidak berguna.

Cari cerita, jaja.
Cari salah, fitnah.
Cari lemah, mengata.
Ini kerja orang yang bukan mencari.
Buang masa.
Semata.

Masih.
Hidup ini sebuah pencarian.
Penat.
Memang penat.
Cari satu usaha.
Bukan duduk diam.
Melangut menunggu senja.

Tidak.
Pencarian bukan begitu.

Orang yang mencari.
Mereka ini cari cahaya.
Cari penyelamat.

Bukan tangan gerak.
Bukan mulut kumat-kamit.
Tetapi hati.
Jiwa yang mencari cari.

Jibril turun.
Jumpa manusia istimewa.
Peluk, minta baca.
Di Gua Hira’.
Kerana yang istimewa itu mencari.

Umar asal juga mencari.
Mencari yang istimewa tadi.
Pedang tajam.
Siap di sisi.
Untuk bunuh.
Tapi gagal.
Jiwa tersangkut.
Niat terbatal.
Tangan mati.

Asal niat lain.
Kerana Taha.
Ditukar niat pencarian tadi.
Asal cari musuh.
Akhir jadi sahabat.

Cari.
Bawa perubahan.
Bukan memburukkan.

Cari.
Menggerakkan.
Bukan melemahkan.

Cari.
Menghidupkan.
Bukan mematikan.

Mudah ?

Tidak.
Payah.

Bukan semua.
Mencari begini.

Orang yang kata mudah.
Sebab cari benda senang.

Cuba tanya pada susah-payah.
Mencari keluar tenaga.
Titis peluh.
Jiwa raga.
Korban semua.

Hilang.
Budaya tercari-cari.
Sebab itu semua punah.

Dunia tidak berubah.
Mati sana-sini.
Tiada yang peduli.

Penyakit kita.
Malas mencari.

Kalaupun mencari.
Buat faedah sendiri.
Untuk dikongsi.
Jauh sekali.

Lagi.
Penyakit kita.
Tidak tahu.
Apa yang patut dicari.
Mula hilang arah.
Sudahnya mati.
Begitu sahaja.
Tanpa sedikitpun mencari.

Lagi.
Penyakit kita.
Suka biar.
Benda percuma.
Buat apa dicari.

Benda percuma.
Tersedia.
Tapi hati tak pernah rasa.
Itu yang kena cari.

******
Jiwa seorang daie itu wajib penuh dengan budaya tercari-cari meskipun ia telah lama kenal dengan kebenaran.

Walaupun kita telah mendahului orang lain dalam mengenal jalan dakwah dan tarbiyyah ini, tidak bermakna kita perlu berhenti mencari.

Jauh sekali untuk hidup dengan anggapan dakwah dan tarbiyyah ini benda yang percuma. Mungkin kita sudah terlupa cara Allah memanggil jiwa kita.

Panggilan itu bukan percuma. Panggilan itu ada harganya. Harganya adalah pengorbanan dalam jalan dakwah dan tarbiyyah ini.

Jika jiwa pencarian ini kosong dari jiwa-jiwa kita, maka kita akan menjadi daie yang jiwanya kosong dan lemah. Ia tidak akan mampu untuk bergerak selaju dengan orang-orang yang mencari.

Sungguh, orang orang yang mencari-cari kebenaran (mad’u kita) memerlukan para dua’t yang jiwanya juga tercari-cari. Bukan tanda dia tidak tahu halatuju kerja dakwahnya. Bukan tanda seorang daie itu jahil tetapi tetap ingin mengajak manusia.

Tetapi jiwa seorang daie yang tercari-cari adalah tanda kita tidak lupa pada nilai kebenaran ini. Hakikat sebuah kebenaran, rasanya perlu dicari. Fakta tentang kebenaran memang amat mudah dicari.

Bagi seorang daie, bukan fakta yang ia cari. Tetapi, rasa kebenaran itu yang akan menggerakkan dan mempersiapkan dirinya dalam jalan dakwah ini.

Mari mempersiapkan dakwah dengan budaya tercari-cari.

********

Cari rasa hati.
Cari diri.
Cari Tuhan.

Ikhlas.
Bersungguh.
Jujur.
Wajib.

Tapi kita.
Terlepas pandang.
Ambil mudah.

Manusia begini.
Rugi.
Muflis.

Orang lain mencari.
Tapi mereka tunggu.
Sampai bila.
Tak tahu.

Guna mulut, ajak.
Guna kaki, jalan sekali.
Sama-sama.
Mencari.

Harmoni.

Baru dunia berubah.
Tak lama lagi.

Sekian,
mylittlepencil

Puisi 1.54 pagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s