nada tawadhu’ seorang daie

Bismillah.

Rasulullah telah mendefinisikan sombong dengan sabdanya: الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَ غَمْطُ النَّاسِ

“Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia.” (HR. Muslim no. 91 dari hadits Abdullah bin Mas’ud)

 

Apakah tawadhu’ itu hilang ditelan masa yang lama, kononnya sudah berpengalaman.
Atau tawadhu’ itu hilang dilenyapkan ilmu atau pengetahuan yang disangka banyak.
Mungkin juga, tawadhu’ itu hilang kerana dikelamkan oleh terangnya cahaya lupa diri.

Oh nada tawadhu’, ke mana kau menghilang dalam diri seorang daie…

*******

Ya, memang ramai golongan dua’t yang terlampau hebat pada masa kini. Ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan.
Alhamdulillah, dakwah dan tarbiyyah beruntung mempunyai golongan sebegini.
Kelihatannya, dakwah dapat disebarkan dengan lancar dan mudah.
Dakwah kini mendapat sambutan yang hangat.

Kehebatan yang diukur hanya berdasarkan sumbangan yang nampak pada mata kasar kita.
Kata kata yang hebat, hasil hasil tulisan yang berjaya mengubah jiwa jiwa manusia, lantangan suara yang berpengaruh.
Ini biasanya yang kita gunakan sebagai kayu ukur kita.

Hal belakang tabir, siapalah yang tahu melainkan Allah semata.
Kebiasannya kita menolak akan kehebatan orang orang yang bekerja di belakang tabir ataupun orang orang yang berada di bawah.

Tidak sama taraf, kita tolak ke tepi.
Tidak sama kefahaman, kita memberi komen komen yang kita sangka munasabah.
Tidak sama sumbangan dalam medan, kita hukum dengan pelbagai jenis tafsiran.

Mudahnya, yang tidak mempunyai sebarang kehebatan yang kita nampak pada mata kasar kita, kita menganggapnya tiada nilai dalam jalan dakwah dan tarbiyyah ini.

Kita mula mengenengahkan orang orang yang hebat.
Sampai sudah, hanya nama orang yang sama disebut.
Hanya sumbangannya yang kita ulang ulang.

Sungguh, jika beginilah sifat kita, bangunan dakwah dan tarbiyyah yang kita sangka kukuh ini akan runtuh sedikit demi sedikit.
Runtuh kerana kita tidak benar benar menghargai setiap fungsi daie di dalam gerakan dakwah ini.
Kita tidak menghormati sumbangan sumbangan yang telah mereka buat.

Siapa mereka ?
Sesiapa sahaja di luar sana yang kita perlekehkan sesuka hati kita, yang kita perli dan sindir tanpa sedar.

Adakah bangunan dakwah yang sebegini menjadi impian kita ?
Bangunan dakwah yang dipenuhi dengan orang orang yang sombong, berlagak dengan segala kehebatan yang dia ada.

Pastinya, bangunan dakwah yang dibina oleh Rasulullah S.A.W dahulu tidak mencetak generasi yang begini.
Mana tidaknya, lihatlah pada murabbi agung mereka sendiri.

“Rasulullah biasa mengunjungi orang-orang Anshar lalu megucapkan salam pada anak-anak mereka, mengusap kepala mereka dan mendo’akan kebaikan untuk mereka.” (HR. An Nasa’i)

Dan para sahabat tidak segan silu mengikut jejak jejak langkah tawadhu’ murabbi agung mereka.
Iman mereka sensitif. Cukup sensitif.

Abu Bakar AsSiddiq berkata, “Kami dapati kemuliaan itu datang dari sifat takwaqanaah(merasa cukup) muncul karena yakin (pada apa yang ada di sisi Allah), dan kedudukan mulia didapati dari sifat tawadhu’.”

Hakikat tawadhu’ mengajar para hamba-Nya agar tidak merasakan diri seorang manusia itu terlalu banyak berjasa meskipun telah banyak yang disumbangkannya. Hakikat ini juga mengajar manusia ini tidak punya apa apa kuasa. Hakikat ini mengajar manusia untuk mudah menerima, bukan untuk membangga diri dalam memberi.

Tawadhu’ inilah yang sebenar yang akan mengangkat nilai amalan kita.
Kedudukan ini yang akan mengangkat martabat diri kita di hadapan Allah dan manusia sendiri.

Orang orang yang benar benar tawadhu’ sahaja yang akan dapat berubah dan mengubah.
Mereka inilah golongan yang akan dikekalkan serta dianugerahkan keikhlasan.

Tawadhu’ yang akan memberi nilai perbezaan pada dunia dan akhirat untuk orang mukmin.
Orang yang tawadhu’ hanya mengejar alam akhirat kerana itulah janji Allah S.W.T kepada mereka.

Mereka menjauh dari dunia serta isi isinya.
Kerana mereka tahu, dunia hanya bakal memburukkan lagi nilai akhirat mereka.
Membangga diri hanya akan membuang kemuliaan pada nilai amal dakwah mereka.

“Itulah negeri akhirat yang Kami sediakan (hanya) untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan berbuat kerusakan di muka bumi. Dan kesudahan yang baik itu (hanya) bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al Qasas: 83)

Wahai daie,
Bermuhasabahlah !

Apakah kita telah mempunyai sifat seorang daie yang tawadhu’ ?
Adakah kita menyampaikan dakwah ini dengan penuh rasa rendah diri dan lemah ?
Adakah kita telah berjaya mengendalikan dakwah ini tanpa sebarang memandang hina kepada orang lain ?
Adakah kita menghargai pendapat setiap orang yang mengajukan pendapat mereka kepada kita ?

Amat rugi, andai dirinya daie tetapi tidak berjaya melangkah kaki ke syurga nanti.

“Tidak akan masuk al jannah barangsiapa yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun sebesar semut.” (H.R. Muslimin no. 91)

Meskipun diri kita dipalit dengan beribu jenis kehebatan, merendah dirilah !
Kerana manusia di sekeliling kita boleh membezakan antara nada kesombongan dan nada merendah diri.

Melihatkan orang yang berbangga diri, lazimnya asas mereka tidak kuat kerana segalanya telah mereka tayangkan.
Tetapi orang yang tawadhu’, asasnya cukup kuat !

Persis bongkah ais yang disangka kecil pada permukaannya tetapi asasnya besar sampai mampu menumbangkan kapal yang lalu.

” Nakhoda, kelihatannya bongkah ais di hadapan sana.”
Berkatalah si nakhoda kapal, ” Tidak perlu kita elak. Kecil sahaja. Kita rempuh sahaja dengan kapal yang besar ini, pasti bongkah ais tersebut pecah.”

Imam Asy Syafi’i berkata, “Orang yang paling tinggi kedudukannya adalah orang yang tidak pernah menampakkan kedudukannya. Dan orang yang paling mulia adalah orang yang tidak pernah menampakkan kemuliannya.” (Syu’abul Iman, Al Baihaqi, 6: 304)

Sangkaan mereka meleset.
Kapal mereka tumbang. Nakhoda dan anak anak kapal akhirnya mati kelemasan dalam kesejukan.

Begini jugalah seharusnya tawadhu’ seorang daie.
Dia tidak akan dapat ditumbangkan oleh manusia sebaliknya dialah yang akan mampu menggenggam jiwa jiwa manusia.

Al Hasan Al Bashri berkata, “Tahukah kalian apa itu tawadhu’Tawadhu’ adalah engkau keluar dari kediamanmu lantas engkau bertemu seorang muslim. Kemudian engkau merasa bahwa ia lebih mulia darimu.”

 

Mungkin kita sering terlupa, bahawa natijah dalam jalan dakwah dan tarbiyyah ini datang dari Allah.
Malah, segala kehebatan yang ada pada diri juga adalah pinjaman dari-Nya.

Mari kembali menjadi seorang daie yang benar benar hamba.
Andai rasa bangga diri itu mula menyapa diri, beristighfarlah !

Tetap tawadhu’ dalam jalan dakwah.

Daie resmi padi. Semakin lama dalam jalan dakwah, semakin merendah diri.
Daie resmi padi.
Semakin lama dalam jalan dakwah, semakin merendah diri.

 

Ku fikir, inilah yang membuatkan orang orang lama tetap hebat dalam jalan dakwah.
Mereka punya aura sendiri.
Dan aura itu adalah aura tawadhu’.

Membumikan diri sampai ke tanah,
terjunjung tinggi amal dakwah sampai ke langit.

One thought on “nada tawadhu’ seorang daie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s