Hamba Tuhan yang berusaha

Bismillah.

Hidup ini sentiasa memerlukan kepada usaha.
Manusia akan benar benar hidup seandainya dia berusaha.

Namun, takdir atau natijah kehidupan yang telah ditentukan oleh Allah jauh sekali terikat dengan segala usaha kita.

Kita berusaha kerana kita mengimani sunnatullah itu.
Siapa yang berusaha, dia yang akan berjaya.

Amal yang benar benar terbaik itu bakal mendapat tempat yang mulia.
Kerana kita semua bakal dihisab berdasarkan usaha atau amalan, bukan pada natijah.
Seandainya pengakhiran kita dicongak menggunakan natijah, hilanglah keadilan Allah yang Maha Adil itu.

Sungguh, saya sendiri amat bersyukur dengan rentak seperi ini.
Hidup saya sendiri tidaklah kesemuanya memberikan natijah yang terbaik.
Ada kalanya, terlalu malu menerima sampai tidak redha atas segala natijah yang diterima.

Namun, rentak berusaha seorang mukmin berjaya mengubah prinsip dan cara hidup saya.
Pada usaha, aku hidup.
Dengan amalan, aku bergerak.

Natijah itu rezeki yang jauh sekali dapat kita ubah.
Usaha adalah pilihan.
Usaha itu adalah asbab.
Usaha itu adalah lambang ihsan kita.

Sekurang kurangnya tidaklah menjadi manusia yang mendapat ‘karamah’ kononnya !
Tanpa usaha, semua natijah kehidupan menjadi baik.
Tidak dapat dinafikan memang ada hal sebegini, namun inilah kehidupan.

Jika kita tidak bergerak setapak ke hadapan, kita tidak akan merasai apa sebenarnya tarbiyyah sebuah kehidupan.

Fatrah imtihan kini benar benar menguji.
Salah satu fasa kehidupan alam tarbiyyah dan dakwah yang sungguh hebat dugaannya.

Di sini, kita seolah olah memaknai perkataan usaha dengan lebih baik.
Siang dan malam buku dibuka, segala maklumat penting dihafal dan dihadam baik, segala nota dibuat dan lain lain lagi.

Namun, fatrah ini membuatkan saya kembali berfikir.
Adakah usaha di dalam kehidupan ini juga punya fatrahnya ?
Bermakna hanya pada ketika dan waktu tertentu, kita berusaha. Selebihnya, kita berserah.

Atau kita hanya akan berusaha dengan bersungguh sungguh apabila kita nampak nilai hasil usaha kita itu melalui gred atau markah yang kita dapat ?

Atau kita hanya berusaha bersungguh sungguh kerana kita tahu yang imtihan atau peperiksaan adalah hal yang paling senang untuk manusia menafsir diri kita ?

” Markah pun banyak tu je. Kau nak expect apa ? Dia rajin belajar ? Ntah ntah membuta je duduk rumah.”

Jika kesemua daya tolak ini yang menolak kita semua untuk berusaha, ketahuilah sebenarnya kita telah mengambil satu permulaan yang salah dalam berusaha.

Permulaan yang begini akan melahirkan seorang manusia Hamba Imtihan, bukan Hamba Tuhan.

********

Lalu, bagaimana ingin menjadi hamba Tuhan yang berjaya dalam berusaha ?

Mulakannya dengan daya tolak yang betul.
Mulakannya dengan taqwa.

dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap tiap sesuatu. (65:2-3)

Inilah titik permulaan yang betul. Apatah lagi jika taqwa itu diadun iman, alangkah hebat anda yang bakal menjadi Hamba Tuhan !

Kemudian, pasangkan niat yang baik dalam berusaha. Kerana usaha merupakan amalan anggota luar kita.

“Semoga Allah merahmati seorang hamba yang merenung sejenak sebelum melakukan suatu amalan. Jika niatnya adalah karena Allah, maka ia melakukannya. Tapi jika niatnya bukan karena Allah maka ia mengurungkannya.” -Hassan Al Basri

Baik hatinya, maka baiklah amalannya.
Mulia niatnya, maka mulialah setiap nilai usaha kita.

Kemudian, kosongkan hati anda dari segala hal yang bakal merosakan nilai usaha anda. Sebagai contoh, rasa cemburu anda terhadap rakan yang mendapat keputusan yang lebih baik.

Ya, cemburu yang baik akan membuatkan anda lebih rajin berusaha.
Namun, bagaimana pula cemburu yang buruk ?

Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang telah Allah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang orang lelaki ada sebahagian dari apa yang telah mereka usahakan, dan orang orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan;(maka berusalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap tiap sesuatu. (4:32)

Cemburu yang buruk akan menjadikan kita seorang hamba yang kurang beriman dengan Ar Razzaq, yang Maha Pemberi Rezeki. Apatah lagi untuk bersyukur.

Ar Razzaq itu berkehendakkan kita untuk terus berusaha, jauh sekali untuk kita mempersoal segala yang telah tertulis di Luh Mahfuz.

Ar Razzaq itu berkehendakkan kita berusaha dengan sempurna dan sekaligus menyempurnakan keimanan dan ketaqwaan diri kita. Bukannya dengan usaha, kita semakin menjauh dari-Nya.

Ar Razzaq itu berkehendakkan kita untuk terus ihsan dalam segala amalan kita. Ihsan sampai menjadi orang orang yang diangkat darjat diri dan usahanya.

20130616-101239.jpg

Ar Razzaq itu berkehendakkan kehidupan kita ini dipenuhkan dengan usaha daripada dilekakan oleh hal hal yang tidak bermanfaat.

“Diantara tanda berpalingnya Allah Subhanahu Wata’ala dari seorang hamba adalah Allah menjadikan kesibukannya pada hal-hal yang tidak bermanfaat baginya.”-Hassan Al Basri

Lalu, apa fungsinya Allah mengurniakan natijah kehidupan kepada kita ?
Untuk kita belajar muhasabah diri.
Belajar daripada kesalahan kita sepanjang kita berusaha.

Sebarang natijah kehidupan adalah keajaiban. Tiada yang dapat mengagak. Hanya menerima penuh iman dan redha.

Pada saat genting, Maryam yang mulia itu disuruh oleh Allah untuk menggoncangkan pohon kurma. Lalu, bergugurlah buah kurma itu hasil dari usahanya meskipun ketika itu dia sedang sakit melahirkan Nabi Isa A.S.

Ketika rehat atau genting, jalankan kehidupan ini dengan usaha.
Usaha memberi kita peluang untuk memberikan yang terbaik dalam apa jua posisi dan tanggungjawab kita dalam kehidupan.

*******

Begitu juga dengan kita wahai dua’t sekalian.

Dakwah ini bukan jalan keajaiban.
Dakwah ini adalah jalan untuk kita terus berusaha.

Andai dakwah ini jalan keajaiban, baik sahaja kita duduk di rumah menunggu kemenangan Islam.

Andai dakwah ini jalan keajaiban, tidak akan ada mereka yang syahid mempertahankan jalan dakwah ini.

Dakwah ini adalah kepunyaan Allah bukannya milik individu. Allah telah mengajar orang orang beriman bahawa dakwah ini terikat dengan kehendak-Nya, bukan kepada para dua’t.

Nasib setiap individu daripada dakwah ini ialah sesiapa yang beramal untuknya. Maka Allah akan memuliakannya dengan sebab amalnya dan sesiapa yang meninggalkan beramal untuk dakwah maka Allah akan menjauhkan kebaikan daripadanya dan dakwah tidak akan mendapat mudarat sekalipun.
-Asy Syahid Abd Qadir Audah-

Andai ku tahu,
Tibanya waktu Malaikat Maut menjemput,
Ku minta umur dipanjangkan,
Biar puas usaha dulu,
Baru pulang pada Tuhan.

Andai ku tahu,
Tibanya waktu Malaikat Maut menjemput,
Ku minta umur dipanjangkan,
Oh Tuhan, latih aku untuk Ihsan,
Baru pulang aman.

Andai ku tahu,
Tibanya waktu Malaikat Maut menjemput,
Ku minta umur dipanjangkan,
Untuk aku sungguh sungguh,
Membukti penat lelah pada tubuh.

Andai ku tahu,
Ku tak mahu terlewat lagi,
Rehat begini,
Hanya selesa diri,
Kelak pulang pada Ilahi,
Tiada apa yang dimiliki.

Sekian,
mylittlepencil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s