muhasabahku

20130525-131422.jpg

Assalamualaikum…Happy Birthday…Moga umur yang dipnjgkan Allah akn dimenafaatkan ke jalan Allah..Moga hingga akhir hayat sntiasa dlm redha Allah..

Mesej diterima jam 4.01 pagi waktu Mesir, 23 Mei 2013.
Saya tidak sempat untuk membalasnya. Sekadar membacanya kemudian tersenyum.

Tersenyum melihat harapan umi sendiri yang semakin berubah.
Dahulu, ucapannya berlegar sekitar harapan biasa seorang emak.
Kini, dia merubah harapannya. Bagi saya, itu harapan yang sangat besar nilainya !

*****
Muhasabah umur tarbiyyah yang telah saya lalui.
Sepanjang berada dalam jalan dakwah dan tarbiyyah, terlalu sedikit pengalaman yang dirasa.

Masih tidak puas rasanya berjumpa dengan manusia manusia yang berada dalam jalan dakwah. Juga, masih tidak rasa puas berjumpa dengan manusia manusia untuk menyampaikan dakwah.

Memang perlu untuk bertahan lebih lama di dalam jalan ini untuk memastikan pengalaman pengalaman itu terkumpul. Bukan untuk dicanangkan menjadi kebanggaan, tetapi utnuk dijadikan pedoman diri sendiri sepanjang berada dalam jalan ini.

Bila imbas kembali, proses perubahan itu telah berlaku.
Malah sekarang masih berlaku dan sedang berlaku.
Amat berharap untuk perubahan itu agar terus berlaku.

Itulah hasil tarbiyyah ke atas diri ini.
Semakin lama, semakin belajar untuk mengenal erti perubahan dan berusaha ke arahnya.

Pasti manis jika ditanya pada murabbiyah yang tercinta.
Kerana dia yang membesarkan kita di usia dakwah dan tarbiyyah ini.

Bukan sahaja murabbiyah, malah kehidupan kita, mutarabbi kita dan keadaan alam ini sendiri sedang bersatu tenaga untuk mentarbiyyah kita sebagai seorang hamba.

Segala perkembangan diri kita, luar dan dalam menjadi penelitiannya.
Kini, saya sendiri dapat merasainya.
Menjadi seorang murabbi, menjadikan saya bahawa perubahan itu tidak mustahil meskipun terlalu susah dan mengambil masa yang agak panjang.

Namun, itulah kemanisan sebuah perubahan yang dapat dinikmati.
Apabila kita berada dalam setiap titik dalam jalan perubahan tersebut dan kita mampu untuk bertahan di dalamnya.

Saya mengimbas lagi masa.
Dari dulu, kefahaman terhadap jalan dakwah dan tarbiyyah ini masih kabur.
Alhamdulillah, kini kefahaman itu lebih jelas. Dan kini, kefahaman itu yang berjaya mengikat diri untuk lebih yakin terhadap jalan yang telah dipilih ini.

Cukuplah saya mengatakan, inilah jalan yang terbaik ketika ini untuk diri saya. Moga sampai bila bila jalan dakwah dan tarbiyyah ini akan menjadi jalan yang terbaik !
Saya yakin, setiap manusia diberikan jalan sebagaimana firman Allah,

maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan. (91:8)

Meskipun jalan itu diilhamkan, tidak bermakna kita tidak perlu mencarinya.
Seperti juga peluang, meskipun banyak yang tertayang di hadapan mata, tidak bermakna kita tidak perlu mengejarnya.

Jujurnya, saya sendiri dahulu pelik dengan gerakan gerakan dakwah.
Pelik melihatkan kesanggupan mereka untuk menginfaqkan segalanya demi jalan ini.

Tetapi alhamdulillah, saya diilhamkan oleh Allah untuk terlebih dahulu merasanya berbanding hanya sekadar melihat dari luar menggunakan tafsiran sendiri.
Terbukti saya silap !

Jalan ini memang tidak indah.
Jangan pandang akan manusia manusia yang berada di dalamnya.
Pandanglah dan sedarilah jalan ini datang dari-Nya.
Tetapi terasa indah bagi hati hati yang benar merasainya.
Terasa bahagia bagi ruh ruh yang menyintainya.

Alhamdulillah !
Semakin hari, semakin cinta.
Semakin hari, semakin percaya.

Dakwah ini adalah masa depanku.

Sungguh, jalan dakwah ini banyak mengajar saya untuk beramal kerana Allah, kepada Allah dan bersama Allah.

Bukankah itu sudah mencukupi saat kita merasakan hanya kita dan Allah ?
Bukankah cukup puas apabila kita dapat menjumpai satu jalan atau peluang untuk kita mendekati-Nya ?

Saya tidak menafikan jalan jalan kebaikan yang lain.
Apa yang ingin diserukan adalah pililah jalan yang memberi anda kehidupan yang lebih bermakna.

Carilah jalan atau peluang yang menghidupkan hati dan ruh, rohani dan jasmani.
Carilah jalan atau peluang yang sentiasa menjadi motivasi anda dalam kehidupan.
Carilah jalan atau peluang yang dapat mentarbiyyah diri anda dalam hakikat penghambaan yang sebenar.

Saya putar lagi masa ke belakang.
Apakah cukup sumbangan aku di dalam dakwah ini untuk menghapuskan dosa dosa yang lalu ?

Moga Allah memanjangkan lagi umur tarbiyyah dan dakwah saya.
Biar aku merasa betapa bahagianya orang orang yang berada dalam jalan ini.
Biar aku dapat berbakti sepenuhnya di dalam jalan ini bagi menggantikan dosa yang tidak terkira.

Biar aku dapat melihat betapa luas langit dakwah ini, penuh dengan kecantikannya sendiri.
Biar aku dapat menikmati kesejukan dari tegukan air dakwah ini, yang sentiasa mampu menyegarkan jiwa yang sentiasa dahaga ini !

Biar sampai aku menjadi gemilang di mata-Mu, ya Allah !

Moga umur umur dakwah dan tarbiyyah yang masih bersisa ini dapat saya manfaatkan.

Harapan saya,

Moga dakwah dan tarbiyyah ini dapat menghambat saya di kala kuat dan lemah.
Moga dakwah dan tarbiyyah ini dapat menukar kehidupan saya yang dahulunya sia sia kepada satu kehidupan yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang yang berada di sekeliling.

*****

Terima kasih aku ucapkan,
Buat jalan yang mulia,
Jalan penyelamat,
Jalan cahaya,
Jalan menuju syurga.

Terima kasih aku ucapkan,
Daripada tiada apa apa,
Ia menukarku menjadi manfaat,
Daripada bahan buangan dunia,
Ia menukar lagi aku kepada menjadi gunaan,
Terima kasih aku ucapkan !

Terima kasih aku ucapkan,
Betapa untung,
Pilih jalan yang menyala iman,
Betapa untung,
Pilih jalan yang menghidup kesyukuran,
Betapa untung,
Pilih jalan buat kita kenal diri,
Dan bermuhasabah.

Terima kasih aku ucapkan,
Semoga pertemuan ini terus berkekalan,
Jangan membenciku kerana kelemahan,
Atau dek kalah dalam ujian,

Semoga pertemuan ini akan berkekalan.
Sampai akhir hayat.

Moga Allah kukuhkan kita di atas jalan ini.

*****

Tepat pukul 11 mlm 23 thn dulu tlh lahir baby yang comel @ cucu yang paling comel..Selamat ulang tahun kelahiran..Moga Allah redha senantiasa mghiasi kehidupan hingga akhir hayat.

Mesej kedua dihantar.
Kali ini, saya membalas.

Dan tepat jam 11 malam 23 tahun dululah, seorang wanita berjuang dan bertarung dengan nyawanya sendiri demi melahirkan bayi yang comel itu. Umi, [mylittlepencil] syg umi sgt2. You are the best mother in my life. Being your daughter is the best gift. Minta maaf ats segala salah dan silap. Jujur dari hati anakandamu, [mylittlepencil].

20130525-131545.jpg

20130525-131617.jpg

Sekian,
mylittlepencil

One thought on “muhasabahku

  1. semoga Allah teguhkan langkah,
    semoga Allah kukuhkan derapan,
    semoga Allah kuatkan untuk terus ke hadapan,

    sakit bertatih dalam jalan ini, bakal menjadi indah di masa depan.

    semoga usaha enti boleh menjadi hujah untuk menarik enti ke syurga. insha Allah.
    inni uhubbuki fillah. ::eid milad saied::

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s