dalam bahtera dakwah ini

Bismillah.

Bagi mereka yang berada dalam jalan dakwah dan tarbiyyah, keberadaan mereka bukanlah satu kesiaan.

Ianya satu kesiaan apabila sang daie itu rasa terpaksa.
Ianya satu kesiaan apabila sang daie itu tidak mahu melakukan perubahan.
Ianya satu kesiaan apabila sang daie itu hatinya terbiar keras.

Semestinya, jalan dakwah ini harus dimulai dengan keikhlasan.
Kemudian, kita teruskan lagi langkah dengan memberi segalanya yang kita namakan pengorbanan.
Kemudian, kita terus menyambung perjalanan ke hadapan.

Dan yang tersedia di hadapan itu bukanlah mudah.
Ombak dugaan yang mampu untuk memukul bahtera dakwah ini bila bila masa sahaja.

Memikul tanggungjawab dakwah ini bukanah seperi memikul tanggungjawab sebagai seorang anak kepada kedua ibu bapa.
Bukanlah seperti memikul tanggungjawab seorang pelajar kepada gurunya.
Bukanlah seperti memikul tanggungjawab seorang pemerintah kepada rakyatnya.

Malah, seorang daie itu memikul kesemua jenis tanggungjawab atas bahunya !
Kerana, dakwah ini mengajarnya untuk menjadi daie yang aktif serta proaktif.

Menjadi pekerja pekerja dakwah yang mampu untuk diletakkan di mana mana, yang mampu untuk menerima apa jua jenis tugasan yang ada.

Paling penting, mendengar arahan.
Menjadi aktivis yang penuh dengan kefahaman memang wajib kerana kefahaman itu yang akan menggerakkan mereka menjadi daie yang cukup mantap.

Daie yang faham merekalah qaedah sulbah dakwah ini.
Merekalah pendokong pendokong dakwah yang akan tegak berdiri di kala orang lain tidak mampu untuk berdiri.

Merekalah pendokong pendokong dakwah yang mampu untuk berjaga menyelesaikan tugas tugas dakwah ini di kala orang lain sudah terlena kepenatan.

Merekalah pendokong pendokong dakwah yang mampu bekerja dan mampu berfikir.
Menjadi aktivis dan pemikir.
Melakukan kerja serta merancang pekerjaan mereka.
Mencari sebarang masalah yang masih ada serta mampu untuk menyelesaikannya.
Berusaha untuk menjaga perkembangan dakwah.

Mereka adalah tulang belakang dakwah ini !

Qaedah sulbah itulah rijal rijal yang benar iman dan dakwahnya, ikhlas hatinya, tinggi tummmuhatnya, besar mimpinya, kuat mujahadahnya serta merelakan dirinya untuk digunakan oleh dakwah dan tarbiyyah.

Inilah produk produk tarbiyyah yang sebenar benarnya.
Tarbiyyah bukan hanya berkehendakkan perubahan, malah orang yang ditarbiyyah itu mampu untuk diubah.

Terbuka terhadap apa jua jenis perubahan adalah pengorbanan yang paling besar mujahadahnya buat seorang daie.

Di kala manusia lain masih menangguh masa untuk berubah, mereka mempercepatkan masa untuk berubah.

Di kala manusia lain malas untuk berubah, merekalah golongan yang akan rajin berusaha untuk berubah.

Di kala manusia lain masih mencari cari tali yang sesuai untuk berpaut dalam melakukan perubahan, mereka inilah yang akan berpaut pada jalan dakwah dan tarbiyyah ini untuk berubah.

Tali ini,
menggetar iman,
dari mati jadi hidup,
bila lupa jadi ingat,
buang lalai ambil taat.

Tali ini,
tempat paut,
yang mencari kebenaran,
mencari erti kehidupan,
mencari hakikat penciptaan.

Tali ini,
menjadi umur umur berguna,
menjadi penyelamat.

Tali ini,
Celupan agama-Nya,
Tali ini,
Dakwah dan tarbiyyah mereka.

Dakwah dan tarbiyyah yang semakin membangun, mengajar para dua’t untuk pandai berdikari.

Para dua’t wajib mencari cara yang kreatif untuk membangunkan diri mereka sendiri. Dalam erti kata yang lain adalah memantapkan nilai tarbiyyah yang ada pada diri mereka. Mereka tidak hanya menunggu untuk dibina. Mereka ini golongan dua’t yang sentiasa dahagakan tarbiyyah !

Pandai berdikari bukanlah bererti membawa pemikiran sendiri sampai menghalang dirinya daripada dibentuk oleh fikrah dakwah dan tarbiyyah ini.

Ketahuilah, golongan seperti ini wujud dalam kalangan kita.
Mereka bertindak membawa pemikiran sendiri, kuat mempertahankan prinsip.
Di kala orang lain menolak prinsip mereka, mereka akan mula memberontak.

Jangan takut pada golongan seperti ini.
Mereka adalah aset aset dakwah yang amat berharga. Mereka punya pengaruh yang cukup kuat kerana kuatnya prinsip diri mereka. Apatah lagi, jika dibantu dengan personaliti yang juga tidak kurang hebatnya.

Golongan seperti ini hanya memerlukan pertolongan dan panduan.
Selebihnya, mereka sendiri yang akan menggerakkannya !

Ingat, posisikan mereka di tempat yang paling sesuai berdasarkan diri mereka kerana penyusunan dakwah yang terbaik adalah posisi manusia yang sesuai dengan apa yang ada pada dirinya.

Kebatilan yang tersusun akan menghancurkan kebenaran yang tidak tersusun.

Sungguh, jika para dua’t, dakwah dan tarbiyyah ini tidak tersusun dengan baik, akan cepat sekali dakwah ini hilang dari atas muka bumi ini dek kerana kelemahan kita.

Atau mungkin sahaja, dakwah ini akan berjalan tetapi dalam keadaan gerak kerjanya begitu berterabur sampai manusia yang melihatnya pun serabut !

Qaedah sulbah juga wajib tegas, bukannya agresif.
Tindakan mereka tidak melulu.
Mereka adalah kumpulan dua’t yang bijak mengawal emosi dan berjiwa sensitif.

Sungguh, andai seorang daie itu bergerak menggunakan emosinya, nescaya perjalanan dakwahnya akan terganggu dan emosi tersebut hanya akan menjamin masa depan dakwahnya dalam jangka masa yang begitu pendek.

Jika seorang daie itu bergerak menggunakan sensitiviti jiwanya, perjalanan dakwahnya akan melaju ke hadapan. Sungguh, masa depan dakwahnya lebih terjamin dalam jangka masa yang panjang. Mungkin sampai habis nyawanya.

Qaedah sulbah adalah orang orang yang realistik.
Mereka bukan hanya mencipta mimpi, tetapi mencari cara cara yang muntij (berkesan) untuk mencapainya.

Wahai dua’t,
Yakinilah kamu adalah qaedah sulbah dakwah ini !

Sekiranya kamu tidak merasainya sekarang, didiklah dirimu untuk merasai perasaan ini.
Qaedah sulbah bukanlah satu gelaran yang perlu kita kejar, tetapi adalah satu tanggungjawab yang ikhlas dipikul demi dakwah ini.

Qaedah sulbah terlebih dahulu harus merasai betapa mereka memerlukan dakwah dan tarbiyyah ini untuk hidup.

Qaedah sulbah tidak akan bersumpah dengan sumpah sumpah palsu di kala tabiat jalan dakwah ini sememangnya ramai dalam kalangan dua’t yang memberi sumpah sumpah palsu.

Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, nescaya mereka mengikutmu, tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka. Mereka yang akan bersumpah dengan (nama) Allah, ” Jikalau kami sanggup nescaya kami berangkat bersamamu.” Mereka membinasakan diri sendiri dan Allah mengetahui bahawa mereka benar benar orang orang yang berdusta. (9:42)

Qaedah sulbah tidak akan lagi tercari cari sebab komitmen mereka terhadap jalan ini kerana jalan dakwah dan tarbiyyah ini sendiri adalah bukti keyakinan mereka !

Qaedah sulbah bukanlah mereka yang masih terpinga pinga dek kerana keberadaan mereka di atas jalan ini. Mereka tahu apa yang perlu dibuat.

Perumpamaan orang yang menegakkan perintah Allah
(Amar ma’ruf dan Nahi mungkar termasuk perintah Allah) dan orang yang jatuh ke dalam larangan Allah ialah seperti satu kaum yang mengundi untuk mendapat tempat di dalam sebuah kapal.

Sebahagian daripada mereka mendapat tempat di tingkat atas manakala sebahagian lagi pada tingkat bawah. (Ketika dalam pelayaran), apabila orang di tingkat bawah inginkan air, mereka terpaksa pergi meminta kepada orang yang berada pada tingkat atas.
Lalu mereka (yang berada di tingkat bawah) berkata:

“Jika kita membuat lubang pada tingkat ini nescaya kita tidak perlu lagi meminta daripada orang di atas kita.”

Jika (mereka yang berada di tingkat atas) membiarkan mereka (orang di tingkat bawah)
melakukan apa yang mereka hendaki (melubangkan kapal),
pasti semuanya akan musnah (tenggelam). Sebaliknya jika mereka (yang berada di tingkat atas) menahan dengan tangan mereka (rancangan melubangkan kapal), pasti mereka (yang di tingkat atas) akan selamat dan akan selamat juga semuanya (termasuk di tingkat bawah).[2]

[2] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya – hadis no: 2493

Ya, qaedah sulbah adalah mereka yang mahu menjadi nakhoda bahtera dakwah ini.

Merekalah yang akan kekal membawa bersama harapan dakwah ini.
Merekalah golongan yang mencari keuntungan di dunia dan akhirat.

Dan sungguh, Kami benar benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang orang yang benar benar berjihad dan bersabar di antara kamu, dan akan Kami uji perihal kamu. (47:31)

20130518-145556.jpg

Sekian,
mylittlepencil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s