Kejujuran seorang daie

20130513-114030.jpg

Bismillah.

Kejujuran adalah salah satu tuntutan dakwah ini.
Dakwah itu adalah kebenaran, maka yang membawanya juga harus membenarkannya.

Sifat siddiq atau kejujuran adalah cerminan atau sifat yang patut menjadi dasar atau asas bagi hamba hamba Allah yang bertaqwa, apatah lagi buat seorang daie.

Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan orang yang membenarkannya, mereka itulah orang orang yang bertaqwa. (39: 33)

Siddiq atau kejujuran menjadi satu kefardhuan buat kita yang membawa dakwah ini setiap masa, setiap tempat dan keadaan. Andai seorang daie itu benar benar menghayati nilai kejujuran di dalam dakwahnya, pasti tidak akan ada sesaat pun masa kejujurannya melesap hilang.

Apatah lagi, untuk mencari tempat tempat yang tersembunyi untuk berlaku tidak jujur terhadap dakwah ini.

Mari, kita muhasabah nilai kejujuran yang terdapat di dalam diri kita sebagai seorang hamba, sebagai seorang daie.

Jujurkah kita pada dakwah ini ?
Jujurkah kita dalam meletakkan komitmen terhadap jalan dakwah ini ?

***

BENIH KEJUJURAN

Benih kejujuran seorang daie itu hanya akan dapat disemai andai dia punya iman dalam hati. Iman inilah yang akan menjadi asas yang begitu kukuh.

Kejujuran yang terlahir daripada lafaz kalimah syahadah sepertimana para sahabat terdahulu yang sanggup syahid semata mempertahankan kalimah suci itulah kejujuran yang paling suci dan asli !

Lihat, kejujuran mereka menjadikan mereka bintang bintang yang gemerlapan di langit dakwah yang terbentang luas.

Kejujuran mereka ini terpancar dek kerana nilai atau mutu syahadah dan iman di dalam mereka yang begitu tinggi !

Sungguh, nilai kejujuran yang sebegini sangat sukar untuk dicari dalam diri para dua’t zaman kini.
Ada dalam kalangan kita masih membawa dakwah ini untuk kepentingan diri mereka sendiri.
Ada dalam kalangan kita yang membawa dakwah ini untuk membangga diri di hadapan orang lain.
Ada dalam kalangan kita yang membawa dakwah ini untuk mencari bilangan pengikut yang seramai mungkin.

Iman yang kuat seperti inilah yang akan menjaga niat seorang daie untuk terus berada dalam jalan dakwah ini dengan jujur. Dan seterusnya, kejujuran niat itu yang akan menjaga amal perbuatan serta kata katanya.

Mengapa kejujuran ini perlu ?
Kerana kejujuran inilah yang akan menjaga segala urusan dakwah.
Kejujuran inilah yang menjadi penyelamat di kala ujian dan musibah atau andaman dari orang yang memusuhi melanda.
Kejujuran inilah yang akan menjadikan dakwah terus kuat bertahan.
Kejujuran inilah sebenarnya indikator keikhlasan diri seorang daie itu berada dalam jalan dakwah ini.

Dan kerana kejujuranmu inilah sebenarnya nilai syahadahmu !

***

NILAI KEJUJURAN SEORANG DAIE

Lalu, bagaimana kejujuran seorang daie itu ?

Kata Ibnu Qayyim Al Jauzi : Sifat siddiq ini adalah ruh amal perbuatan. Siddiq di dalam perkataan bermaksud lurusnya lisan dengan ucapan seperti lurusnya ranting di atas dahan. Siddiq di dalam perbuatan adalah tegaknya perbuatan sesuai dengan tuntutan perintah seperti tegaknya kepala di atas tubuh seseorang. Siddiq di dalam keadaan pula bermaksud tegaknya amalan amalan hati dan anggota badan atas dasar ikhlas, kesungguhan dan penyerahan kemampuan yang maksima.

Kejujuran seorang daie itu dalam kata katanya menjadikan segala kalimah yang terlafaz dari mulutnya adalah lafaz lafaz yang terbaik sebagaimana firman Allah :

Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, ” Sungguh, aku termasuk orang orang yang muslim (yang berserah diri ) ? ” (41:33)

Kejujuran seorang daie itu amal perbuataannya menjadikan segala amalannya adalah amalan yang terbaik untuk persediaan buat alam yang lebih kekal abadi.

Wahai orang orang yang beriman ! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang yang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok ( akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan. (59:18)

Kejujuran seorang daie itu akan terbukti apabila pada hari kiamat nanti, dia datang menghadap-Nya dengan hati yang penuh saliim.

(Ingatlah) ketika dia datang kepada Tuhannya dengan hati yang suci, (37:84)

Seorang daie yang jujur itu akan mendatangi Rabbnya penuh ketakutan.

(Iaitu) orang yang takut kepada Allah yang Maha Pengasih, sekalipun tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat, masuklah ke (dalam syurga) dengan aman dan damai, itulah hari yang abadi. (50:33-34)

Jujurnya seorang daie itu menjadikan dirinya sedar bahawa dia tidak boleh menyorokkan apa apa daripada pengetahuan Rabbnya yang Maha Tahu, zahir dan batin.

Andai seorang daie itu tidak jujur, maka dia akan sibuk menyampaikan sampai melupakan dirinya sendiri.

Andai seorang daie itu tidak jujur, maka dia akan menayangkan belang dirinya yang sebenar di kala dia keseorangan.

mereka dapat bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak dapat bersembunyi dari Allah, kerana Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang tidak diredhai-Nya. Dan Allah Maha Meliputi terhadap apa yang mereka kerjakan.(4:108)

Andai seorang daie itu tidak jujur, maka dia tidak akan menjadi seorang daie yang benar benar bersungguh memperbaharui nilai amalannya, malah dia adalah seorang daie pemalas!

Sesungguhnya orang yang munafiq itu hendak menipu Allah, tetapi Allah lah yang menipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat mereka lakukan dengan malas. Mereka bermaksud riya’ (ingin dipuji) di hadapan manusia. Dan mereka tidak mengingati Allah kecuali sedikit. (4:142)

Sungguh, andai kita tidak menjadi seorang daie yang benar benar jujur ternyata kita akan menjadi seorang daie yang munafiq.

Dakwah ini hanya menjadi sumpah di hadapan manusia, bukan di hadapan Allah.
Dakwah hanya menjadi penyelamat di kala masa masa tertentu.
Dakwah hanya menjadi hobi untuk mengisi masa masa lapang yang ada.

Sungguh, kehadiran du’at seperti ini hanyalah seperti indah khabar dari rupa !
Malah, mereka ini bermuka dua.

Dan apabila mereka berjumpa dengan orang yang beriman, mereka berkata, ” Kami telah beriman.” Tetapi apabila mereka kembali kepada syaitan syaitan (para pemimpin) mereka, mereka berkata, ” Sesungguhnya kami bersama kamu, kami hanya berolok-olok.” (2:14)

Akhirnya, seorang daie itu tidak mendapat sedikitpun keberkatan atau kebaikan daripada dakwahnya lerana hanya daie yang siddiq sahaja yang akan memperoleh manfaat sebagaimana di dalam firman Allah,

Allah berfirman, ” Inilah saat orang yang benar memperoleh manfaat dari kebenarannya. Mereka memperoleh syurga yang mengalir di bawahnya sungai sungai, mereka kekal di dalamnya selama lamanya. Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada-Nya. Itulah kemenangan yang agung. (5:119)

Wahai daie,
Jujurlah dengan sumpah taat setiamu,
Kerana kejujuran ini yang akan membawa kita ke garisan penamat yang benar sebenar-benarnya.

Di antara orang orang mukmin itu ada orang orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu nunggu, dan mereka sedikitpun tidak mengubah (janjinya), agar Allah memberikan balasan kepada orang orang yang benar itu kerana kebenarannya, dan mengazab orang munafiq jika Dia kehendaki, atau menerima taubat mereka. Sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (33:23-24)

Moga kita dihimpunkan dalam golongan dua’t yang siddiqun inshaAllah !

20130513-113900.jpg

Sekian,
mylittlepencil

One thought on “Kejujuran seorang daie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s