politik para dua’t

Bismillah.

“ Could you please take care my bag for a while because I want to smoke outside.” permintaan seorang perempuan yang duduk di sebelah saya di dalam keretapi menuju ke satu tempat.

Saya sekadar mengangguk.
Setelah dia selesai, dia masuk lalu mengambil tempat duduknya semula.

Saya memulakan proses taaruf dengannya meskipun saya agak kekok untuk bercakap di dalam Bahasa Inggeris sebenarnya. Namanya Farah dan berasal dari Lubnan. Sekarang dia bekerja sebagai seorang wartawan dan keberadaannya di Mesir adalah untuk menghadiri sebuah konferens disini bersama rakan-rakannya yang lain. Wajarlah mengapa Bahasa Inggerisnya kelihatan lebih fasih berbanding saya.

Lalu, saya berkata kepadanya, “ So, what did you study in your previous university ? Journalism cross my mind since you in this job.”

Dia membalas, “ No, I studied political science because I am so interested to know about the people actually. Being a journalist make me more closer to them. I can see more close how they react for example in the Arab Springs.”

Saya kagum padanya. Jujurnya saya sendiri punya minat untuk mempelajari ilmu tentang manusia. Antaranya politik dan psikologi. Lalu, perbualan antara kami hanya berkisarkan pandangan kami berdua tentang politik.

***

Demam PRU-13.
Alam maya mahupun alam realiti menyaksikan rakyat Malaysia  kita yang tercinta giat mempromosikan calon-calon pilihan mereka.

Sorakan suara pemuda merupakan suara yang paling kuat kedengaran masa kini kerana pemuda mempunyai pengaruh dan semangat  yang kuat dalam mengubah ummah.

Namun, saya tetap berasa risau kerana politik yang menjadi bahan dakwah pemuda menjelang PRU ini sekadar politik sorakan semata diiringi dengan cacian kepada pihak lawan.

Masing-masing mula menggunakan pelbagai cara dalam menjual parti masing-masing.
Namun begitu, dalam kekeliruansebegini kita harus juga membuat keputusan untuk menentukan masa depan negara !

Inilah realiti dunia politik.
Dunia yang penuh dengan risiko.
Dunia yang mana seorang manusia itu hanyut dengan kuasa pemerintahan.
Dunia yang merbahaya !

Maka, kita sebagai seorang daie harus peka dan membuka kotak pemikiran dalam memahami medan dakwah yang sebenar. Tidak dapat tidak, memang Islam dan politik itu tidak dapat kita pisahkan kerana kedua-duanya saling memerlukan.

165405_596703250348593_1262010805_n

 

Memetik kata-kata Imam Al-Ghazali R.A : Sedarlah bahawa syariat itu adalah dasar dan kuasa itu adalah penjaganya. Perkara yang tiada dasar akan roboh dan perkara yang tiada penjaga akan lenyap.

POLITIK : DEFINISI YANG SEBENAR
Antara definisi politik :

-Interaksi antara pemerintah dan masyarakat dalam rangka proses pembuatan dan pelaksanaan keputusan yang mengikat tentang kebaikan bersama masyarakat yang tinggal  dalam suatu wilayah (Ramlan Surbakti)

-Politik adalah kegiatan yang menyangkut antara kehidupan cara bagaimana kelompok-kelompok mencapai keputusan-keputusan yang bersifat kolektif dan mengikat melalui usaha untuk mendamaikan perbedaan-perbedaan di antara anggota-anggotanya (Rod Hague)

-Wahai bangsa kami, kami menyeru kamu dengan Al-Quran yang ada di kanan kami dan sunnah yang ada di kiri kami serta amalan salafussoleh yang menjadi teladan kami. Kami menyeru agar kamu mengamalkan Islam, ajaran Islam, hukum-hakam Islam dan petunjuk Islam. Jika ini kamu rasakan sebagai politik maka inilah politik kami. Jika orang yang mengajak kamu ke arah prinsip ini kamu anggap sebagai ahli politik maka syukur kepada Allah kerana kami adalah orang yang paling memahami tentang politik. Jika kamu mahu gelarkan itu sebagai politik maka katakana apa yang ingin kamu katakan. Gelaran-gelaran ini tidak akan menggugat kami jika hakikat dan matlamat sebenarnya telah jelas. (Imam As-Syahid Hassan Al-Banna)

Maka, bagaimana definisi politik buat seorang daie ?
Politik bukanlah sekadar kekuasaan pemerintahan yang diperoleh melalui undian atau sorakan. Definisi politik kita lebih luas dari itu.

Dakwah kita adalah cara kita berpolitik dengan mereka.
Dengan politik dakwah ini kita berubah dan mengajak manusia sama-sama untuk berubah.
Apabila keseluruhan rakyat itu berubah, maka barulah sesebuah negara itu akan berubah.

“ Orang-orang dakwah, ikut usrah ni tak cakna pun pasal politik. ”

Ini tanggapan atau cakap-cakap orang yang sering saya dengar.
Mungkin itu tanggapan kamu tetapi sebenarnya kami mengambil berat tentang politik dengan cara kami sendiri. Kami tidak berpolitik secara seruan. Kami berpolitik dengan perubahan.

Bagi kami, itulah perjuangan politik yang lebih mendalam maksudnya.
Jangan tuduh kami golongan manusia yang tidak mencintai negaranya sendiri sedangkan kami diajar untuk menyintai negara kami sendiri  ibarat Bilal yang meluahkan rasa rindunya terhadap kota Mekah di dalam sebuah syair yang sangat indah,

Alangkah indahnya jika aku dapat bermalam,
Di sebuah lembah dikelilingi oleh rumput rumpai dan tumbuhan,
Dapatkah suatu hari nanti aku akan merasai kembali air kolam Majannah,
Dapatkah aku kembali menyaksikan gunung Shammah dan Tufail.

Negara yang merdeka dan bermaruah itu menjadi impian kami.
Negara yang mengamalkan Islam itu atas dasar kefahaman yang mendalam juga impian kami.

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: agama Islam, yang telah kami sebati dengannya ialah) : celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah ? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepada-Nyalah kami beribadat. (2:138)

Negara yang akan melahirkan ummah yang terbaik itulah impian kami yang tertinggi !

Mana mungkin ummah Islam itu akan hidup tanpa pemimpin. Sabda Rasulullah S.A.W : Apabila kamu tiba di sebuah negeri yang tiada pemimpin maka hendaklah kamu beredar meninggalkannya.

Negara dan ummah itu kami satukan kerana itulah yang telah ditunjukkan dalam kegemilangan tamadun Islam yang terdahulu. Kedatangan Islam membebaskan ummah daripada cengkaman nasionalisme jahiliyyah.  Kedatangan Islam ini jugalah yang menyamakan taraf kesemua manusia di dalam sebuah ummah.

Allah telah membersihkan kamu daripada nilai-nilai jahiliyyah dan budaya berbangga dengan nenek moyang. Seluruh manusia berasal dari Adam dan Adam daripada tanah. Tiada kemuliaan bagi orang Arab berbanding bukan Arab kecuali dengan ketaqwaan. (Hadis Rasulullah S.A.W)

Sungguh, hubungan politik yang paling baik sesama manusia adalah hubungan dakwah yang berteraskan ikatan aqidah. Meggunakan hubungan ini kita mampu untuk berbuat baik serta meemberikan khidmat kepada ummat manusia.

Islamnya kami bukan terletak pada seruan semata. Islamnya kami adalah pada dakwah kami. Kami akan menggabungkan seluruh elemen tentang Islam dan meletakannya di dalam dakwah. Kerana dakwah sendiri tidak akan berpeluk tubuh andai berlaku apa-apa masalah yang akan menggugat dakwah mahupun agama Islam itu sendiri.

POLITIK ADALAH SEBUAH KEBANGKITAN


399970_596707780348140_2101438994_n

Realiti jiwa seorang daie itu dia sering mahukan sebuah kebangkitan. Sungguh, inilah yang dikatakan kenyataan hari ini adalah mimpi kelmarin, dan mimpi hari ini akan menjadi kenyataan esok hari.

Seorang daie itu mahukan kebangkitan kerana dia tahu ummah kini sedang berada pada saat sakaratul maut, saat yang begitu genting.

Ummah kita terlalu lemah.
Ummah kita mudah sekali ditindas dan diporak-porandakan sehingga seolah menindas potensi ummah ini untuk menjadi ummah yang terbaik.

Sungguh, Firaun telah berbuat sesuatu sewenang-wenang di bumi dan menjadikan penduduknya berpecah-belah, dia menindas segolongan dari mereka (Bani Israil), dia menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak perempuan mereka. Sungguh, dia (Firaun) termasuk orang yang berbuat kerosakan. Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan orang-orang yang mewarisi (bumi), dan Kami teguhkan kedudukan mereka di bumi dan Kami perlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama bala tenteranya apa yang selalu mereka takutkan dari mereka. (28 : 4-6)

Ummah perlu diselamatkan !
Maka, proses transisi itu perlu berlaku.

Sejarah terdahulu membuktikan kepada kita bahawa untuk bangkit kembali dari kehancuran memerlukan seorang pemimpin yang kuat.

Dan seorang pemimpin yang kuat itu perlu mempunyai dua jenis kepimpinan. Iaitu kepimpinan dakwiyah dan kepimpinan siyasiyah.

Kepimpinan dakwiyah itu adalah kepimpinan di tengah-tengah masyarakat yang menyeru kepada kebaikan. Manakala, kepimpinan siyasiyah itu adalah pemerintahan sejati yang muncul atau menjadi sebahagian dari mata rantai barisan penyeru kebaikan itu.

Konklusi mudahnya, untuk meraih kepimpinan siyasiyah, kepimpinan dakwiyah itu harus diteguhkan terlebih dahulu justeru kepimpinan siyasiyah itu akan dapat diraih. Inilah politik yang lebih sistematik !

Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan, bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang telah Dia redhai. (24:55)

Sungguh, iman adalah antara elemen yang terpenting menuju sebuah kebangkitan. Kerana proses sebuah kebangkitan itu tidak akan bertahan tanpa keberadaan orang-orang yang beriman.

Orang-orang yang berimanlah yang akan mecoretkan garisan sejarah panjang perjuangan menuju perubahan yang diliputi pelbagai ujian, keistimewaan serta keajaiban ini !

Dan, orang-orang yang beriman inilah yang selayaknya menerima bantuan dari Allah. Kemenangan mereka tidak semata diukur oleh kekalahan musuh.

Kemenangan mereka jauh lebih bermakna dari itu. Kemenangan mereka adalah ketika pertolongan mereka ikut bersama dalam menghancurkan seluruh kekuatan angkatan musuh.

Kemenangan itu akan menghasilkan perubahan. Perubahan inilah yang akan menghasilkan sebuah kehidupan yang baru. Di mana, dakwah akan menaungi kehidupan ummat ini !

Moga satu hari nanti, kita akan dapat melihat seluruh ummah ini menegakkan agama-Nya serta merealisasikan perhambaan kepada Allah semata !

(iaitu) orang-orang yang jika Kami beri kedudukan di bumi, mereka melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar ; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan (22 : 41)

POLITIK PADA MATA KITA

danbo daie-001

Negara Islam mestilah dibina di atas asas dakwah supaya negara ini mempunyai wawasan tersendiri, bukan sekadar sebuah jentera pentadbiran dan kerajaan yang beku dan kaku tanpa sebarang ruh.

(Imam As-Syahid Hassan Al-Banna)


Sekian,
mylittlepencil

One thought on “politik para dua’t

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s