nilai umum kepada kita

Bismillah.

Dalam fasa dakwah yang semakin maju ke hadapan, menjadikan kita wajib untuk lebih bersungguh-sungguh. Takungan manusia semakin bertambah meskipun yang meminta ataupun tidak.

Dakwah kita bukan terletak pada permintaan manusia. Dakwah kita adalah tanggungjawab.
Dakwah kita adalah salah satu bentuk ketaatan sebagai seorang khalifah.

Sama ada manusia meminta atau tidak, kita akan berusaha untuk menyampaikan dalam apa jua bentuk dengan menggunakan apa jua cara sekalipun.

Fasa kini yang semakin menampakkan kehadiran kita dalam mata ummah.
Kehadiran kita mula diambil peduli.
Pelbagai respon yang kita terima.

Ada manusia yang menerima.
Ada manusia yang sebaliknya.
Dan ada manusia yang berada di tengah-tengah.
Ada manusia yang hanya mengkaji tentang gerakan-gerakan dakwah yang  semakin banyak persis cendawan tumbuh selepas hujan.

Ya, itulah perlumbaan kita semua dalam mengejar ustaziyatul alam.
Kita bukan lagi berlumba atas nama jemaah mana yang lebih laju, lebih hebat dan lebih popular.
Kita berlumba sebagai seorang daie yang akan bertungkus-lumus dalam mengajak manusia.

Kita mengharapkan dakwah ini yang akan menjadi saksi waktu kita hidup di muka bumi ini kita penuhkan dengannya daripada waktu itu kita buang dengan hal yang sia-sia.

Kita mengharapkan dakwah ini menjadi penghapus dosa dan menjernihkan hati kita di saat kita sendiri adalah para dua’t yang lemah, yang tidak tertinggal daripada melakukan kesalahan.

Kita mengharapkan dakwah ini akan menjadi peneman hidup kita di saat manusia yang lain seolah menidakkan kehadiran kita di atas muka bumi ini.

Begitu tinggi harapan kita kepada dakwah.
Apakah harapan dakwah kepada kita ?

Jawabnya, tiada.
Dakwah tidak pernah berharap kepada kita.
Cuma kita yang berharap kepadanya.

Harapan kita yang paling tinggi semoga dakwah ini menerima segala amalan kita yang tidak seberapa ini dan sentiasa memberi peluang kepada kita untuk beramal dengannya.

DAKWAH JAHRIYAH (DAKWAH SECARA TERBUKA)
Tanpa sedar, inilah fasa dakwah kita sekarang.

Kita mula menerobos ummah secara terbuka.
Jika dahulu, kita hanya secara sembunyi-sembunyi mengajak manusia. Tetapi kini, kita telah dikenali meskipun terkadang orang tidak lagi berjumpa dengan kita.

“ Ouh, ni ke kak [mylittlepencil] tu.”

Sapaan daripada pelajar baru ini membuatkan saya sedikit terkejut kerana saya sendiri tidak pernah mengenalinya. Mungkin ada cerita-cerita menarik yang telah dia dengar perihal saya sebelum ini.

Apa-apa pun, fasa dakwah kini mendidik kita untuk lebih bersedia menerima apa sahaja apa yang bakal mendatang. Sama ada dari segi luaran ataupun dalaman.

Fasa dakwah secara terbuka.

Perjalanan kisah Rasulullah S.A.W dan para sahabat juga mendedahkan hal yang sama.
Mereka bermula dengan fasa sirriyah (secara rahsia) ketika peringkat awal wahyu diturunkan.
Tetapi, mereka tidak berada pada fasa yang sama. Mereka terus maju ke hadapan meskipun untuk terus meningkat dari satu fasa ke satu fasa yang lain itu memang mengambil masa yang lama.

Kerja kita mula bertambah sampaikan kita sendiri tidak menang tangan !

Itulah persediaan kita yang pertama apabila bekerja di dalam fasa dakwah secara umum.
Kita perlu tahu bahawa capaian ummah yang ingin kita capai semakin bertambah.
Capaian ummah yang semakin meluas ini menjadikan kita semakin peka.

Peka dengan persekitaran yang menunjukkan kepada kita manusia ini terlampau banyak ragamnya, pelbagai jenis bakatnya.

Keadaan ini secara tidak langsung menjadikan kita sebagai seorang daie harus pandai bertindak.
Kita wajib mengamalkan funun tajmik (seni mengumpulkan manusia) dan melatih kemahiran untuk beramal dengannya.

Kini, manusia tidak lagi mencari para dua’t yang tipikal.
Ummah kini berkehendakkan kehadiran seorang daie yang lebih moden, lebih kontemporari.
Ummah kini berkehendakkan kehadiran seorang daie yang boleh berbicara dengan mereka.
Ummah kini berkehendakkan kehadiran seorang daie yang berfikiran lebih terbuka.

Ummah berkehendakkan kehadiran seorang daie yang disegani !

Betapa besar nilai tarbiyyah yang Allah berikan kepada kita dalam menghadapi fasa dakwah secara terbuka ini.

Bilangan manusia yang sedikit ataupun ramai tidak akan mengubah cara kita menyentuh manusia.
Sentuhan manusia itu tetap perlu dimulakan dari dalam hati.

Maka, untuk mengubah manusia yang semakin ramai ini, hati kita harus lebih kuat dan jiwa kita harus menjadi lebih besar.

Kerana hanya dengan hati yang kuat dan jiwa yang besar menjadikan kita mampu untuk berhadapan dengan mereka semua !

Daie yang hebat adalah daie yang berjiwa besar dan di belakangnya pengikut-pengikut yang juga berjiwa besar.

JANGAN RASA SELESA !
Wahai dua’t, didiklah hatimu agar tidak mudah merasa selesa ketika bilangan manusia yang ramai datang kepadamu.

Janganlah rasa seronok itu sampai membunuh kesedaran kamu yang sebenarnya kamu yang perlu menyentuh hati hati mereka.

Bukannya menunggu mereka datang kepadamu.
Ataupun meskipun mereka datang kepadamu, pastikan dakwah itu sampai kepada mereka.
Bukannya kau hanya berdiam diri dalam kebanggaan orang menerima dakwahmu sedangkan kamu tidak lagi menyampaikan apa-apa !

Sungguh, amat saya takuti apabila ummah mula datang kepada kita jika bukan kerana dakwah.
Kerana dakwah itulah semata-mata aset berharga yang kita ada.
Kita mungkin tidak mampu untuk menampu keperluan atau kemahuan ummah yang lain melainkan dakwah.

Hanya dakwah menjadi bahan niaga kita berjual beli dengan manusia.
Kita tidak menjual barang lain selain dari ini.

Dek kerana bilangan mereka yang ramai ini, janganlah kita merasakan kita tidak lagi perlu untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh !

Kuantiti manusia yang menyahut dakwah kita tidak akan mengubah sedikitpun kualiti dakwah kita.
Bahkan, semakin ramai manusia yang datang semakin meningkat mutu kerja kita sebagai seorang daie !

Kuantiti itu adalah sepenuhnya hadiah milik Allah, jauh sekali di bawah kuasa kita.
Maka, apa yang perlu kita kawal adalah kualiti kerja kita (amal dakwah).

Pastikan, kualiti kerja kita tidak dipengaruhi oleh kuantiti.
Mana mungkin kita dapat mengawal kuantiti kerana mungkin sahaja kuantiti itu akan berkurangan satu hari nanti. Dan kuasa sebagai seorang manusia ini ada batasnya.

Kuantiti adalah rezeki dari Tuhan manakala kualiti adalah usaha kita yang berterusan.

Dan sungguh, kebatasan kita dalam melakukan kerja dakwah adalah terletak pada kualiti bukan kuantiti.

Kedatangan ummah kepada kita sewajarnya mengurangkan keselesaan diri kita sendiri.
Bukannya semakin ramai orang yang datang kepada kita, semakin banyak kita tidur sambil mengharapkan orang lain yang akan menyempurnakan tugas dakwah ini !

Dan keadaan ini juga sepatutnya menjadikan daya sensitiviti kita semakin peka dengan keadaan ummah yang semakin kronik. Berjumpa  dengan orang ramai menjadikan kita cakna akan realiti ummah yang sebenar.

Realiti kita atau alam ‘ ikhwah akhawat ’ membuat kita benar-benar selesa sehinggakan kita lupa kita berpijak pada di alam nyata. Kita sibuk berpegang pada teori-teori sehingga terlupa akan praktikalnya.

532226_594534627232122_1666329188_n

 

TARBIYYAH BUAT KITA
Kebelakangan ini, saya sendiri sibuk melakukan kerja-kerja umum (program umum). Pernah di dalam sebuah program umum, saya disapa oleh seorang ukhti.

Dia mengadu, “ Macamana ni [mylittlepencil], ana tak rasa apa-apa pun datang sini.”

Saya tersenyum dan berkata,  “ Inilah tarbiyyah yang Allah nak ajar pada kita. Kalau dulu tarbiyyah dengan program-program sesama kita  je. Sekarang Allah nak tarbiyyah kita bersama dengan orang lain.”

Sungguh, nilai tarbiyyah bersama dengan ummah/masyarakat amat berbeza dengan nilai tarbiyyah bersama dengan ikhwah dan akhawat seperjuangan.

Banyak faktor yang mempengaruhi hal ini antaranya :
1. Bahan yang dibentangkan di dalam program umum bukan bahan yang terdapat di dalam manhaj. Maka, terasa susah untuk masuk ke dalam hati.
2. Program umum menghimpunkan terlalu ramai orang menyebabkan kita sendiri akhirnya kurang fokus.
3. Program umum banyak menuntut kita untuk bekerja atau memberi (sebagai AJK) daripada kita yang mendapat apa yang disampaikan.
4. Program umum dirasakan sebagai satu kewajipan sebagai ahli sebuah jemaah untuk menghadirinya.

Wahai ikhwah dan akhawati fillah,
ketahuilah bahawa berjumpa denga masyarakat adalah salah satu tuntutan dalam dakwah. Tanpanya, kita tidak akan mempunyai objek untuk kita menyampaikan dakwah.

Sungguh, bercampur dengan mereka itulah yang membuktikan kita ini bukannya daie yang hanya bermain-main dengan dakwahnya sendiri !

Daie yang bermain-main dengan dakwahnya sendiri adalah daie yang bersendirian laksana dahan pohon di tanah yang subur tetapi tidak berbuah.

Antara tips yang ingin saya kongsikan apabila kita berada di dalam sebuah program umum :

  1. Ikhlaskan niat.
  2. Letak hadaf atau target anda sendiri daripada bergantung kepada hadaf program tersebut.
  3. Belajar mengenal manusia (berbual dan lihat respon mereka).
  4. Jika anda terlalu bosan, wujudkan mutabaah amal anda sendiri ketika program tersebut dijalankan.
  5. Jika hati anda tidak merasakan apa-apa malah anda mengantuk, pergi ke tandas dan ambil air sembahyang.
  6. Perbanyakkan istighfar.

Terkadang, saya sendiri terasa amat susah untuk menghayati sebuah program umum. Fasa dakwah yang semakin berubah menuntut saya untuk memahami corak dakwah yang semakin maju ke hadapan ini.

Jika dahulu, saya merasa selesa dengan program-program tarbiyyah (usrah, daurah, mukhayyam dan sebagainya), kini dakwah menyediakan benda yang baru.

Pastinya, kita jangan memandang rendah akan nilai tarbiyyah yang ingin Allah berikan kepada kita melalui program-program umum. Nilainya tidak sama tidak bermakna ianya tidak bernilai buat kita.

Buat ikhwah dan akhawat fillah,
sungguhpun kerja dakwah ini akan semakin bertambah.
Melalui tarbiyyah yang Allah berikan pada masa sekarang akan menyediakan diri kita untuk berhadapan dengan fasa dakwah yang akan datang.

Bila Allah tujuanmu, maka sempurnalah segala ceritamu- Opick
Bila Allah tujuanmu, maka sempurnalah segala ceritamu- Opick

Terima kasih kepada Opick kerana sudi menghadiahkan saya kata-kata yang cukup memberi saya semangat !
Moga terus sempurna hidup saya dengan jalan dakwah dan tarbiyyah ini.

Sekian,
mylittlepencil

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s