tarbiyyah dependence

Drug dependence :  it is a state of chronic intoxication produced by repeated taking of the drug and characterized by :
1. Compulsive desire (craving)
2. Tolerance
3. Physical dependence
4. Psychological dependence
5. Detrimental effects

***

Bismillah.

Setelah sekian lama ditarbiyyah, apakah diri kita telah benar-benar berubah ? Atau diri kita masih di takuk yang lama, masih juga seperti dahulu.

Setelah sekian lama berada di dalam jalan tarbiyyah, apakah kita telah benar-benar layak untuk menamakan kita adalah hamba yang bertarbiyyah ?

Mari kita belajar menghayati tarbiyyah ini sedalam-dalamnya.

Tarbiyyah Islamiyyah adalah satu proses yang mendidik dan mengubah diri dari dalam. Mendidik diri dengan segala kebaikan dan mengubah diri ke arah yang lebih baik.

Pastinya, proses ini akan mengambil masa yang lama kerana manusia bukanlah boleh diprogramkan dengan begitu mudah. Manusia ciptaan Allah ini teramat kompleks dan rumit. Apatah lagi, apabila seorang manusia itu berupaya untuk membuat pilihannya sendiri dan dia sendiri yang mengawal daya usahanya.

Kerana itulah, manusia yang tidak memilih untuk melakukan kebaikan dan bertindak menangguh untuk berubah ke arah kebaikan adalah antara manusia yang akan mengambil masa yang lama untuk merasa kebergantungan terhadap tarbiyyah.

Wahai orang-orang bertarbiyyah, apakah kamu yakin tarbiyyah ini benar-benar manis rasanya ?
Dan, telahkah kau merasakan diri kau benar-benar bergantung padanya ?

Atau dengan kata lainnya, adakah kita benar-benar ketagih pada tarbiyyah ?

Mari, kita teliti satu persatu sifat-sifat orang yang bergantung pada tarbiyyah (tarbiyyah dependence)

***

YES, I AM CRAVING FOR TARBIYYAH !
Sifat yang pertama untuk manusia yang benar-benar bergantung pada tarbiyyah adalah orang yang sentiasa bersungguh-sungguh dan mahukan tarbiyyah untuk dirinya.

Kesungguhan mereka tidak dapat disekat oleh sesiapapun. Dan kemahuan mereka terhadap tarbiyyah seperti orang gila kerana mereka adalah golongan hamba yang akan berusaha untuk mendapatkan tarbiyyah dengan apa jua cara !

Usaha mereka tidak pernah berhenti ibarat masa yang sentiasa berjalan. Selagi mereka bernyawa, mereka akan menjadikan tarbiyyah itu seolah-olah nyawa mereka untuk terus bergerak dalam jalan dakwah.

Kemahuan mereka ini adalah atas dasar keimanan, atas dasar cinta. Dan, kemahuan mereka sentiasa menjadikan mereka orang-orang yang sentiasa bersegera !

mereka itu bersegera dalam kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang lebih dahulu memperolehinya. (23 : 61)

Kemahuan mereka yang tinggi (iradah qawiyah) inilah yang akan menjadikan mereka hamba-hamba berjiwa Rabbani (berjiwa ketuhanan ). Sungguh, hamba-hamba rabbani yang akan sentiasa menjadi orang-orang yang beruntung !

Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. (3: 133)

Lihat anak-anak kecil. Apabila mereka mahukan sesuatu, mereka pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Apabila mereka mula meronta-ronta dan menangis, ibu dan ayah mereka mula tewas.

Harusnya, diri kita juga menjadi seperti itu. Kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan tarbiyyah kerana kesungguhan kita melambangkan betapa kita mahukannya !

Now, I am craving for tarbiyyah  and I won’t be late for it!

YES, I AM TARBIYYAH-TOLERANCE !
‘Tarbiyyah tolerance’ bermaksud kecenderungan seseorang untuk menambah dos tarbiyyahnya atau meningkatkan kekerapan diri mengambil tarbiyyah sebagai makanan rohaninya.

Maksudnya, golongan manusia yang bertarbiyyah akan tidak akan berada di takuk yang sama. Akan berlaku peningkatan dalam setiap fasa kehidupannya.

Peningkatan pertama yang akan berlaku adalah peningkatan dalaman. Seterusnya, peningkatan dalaman tersebut akan menolak luaran untuk terus meningkat amalannya.

Tetapi, peningkatan ini tidak akan berlaku sekiranya tarbiyyah yang dilalui oleh seseorang tersebut adalah pada dos yang sama atau kekerapan dirinya dalam mengekstrak tarbiyyah semakin berkurang.

Indikator seseorang manusia itu sentiasa meningkat adalah dia akan sentiasa terus diuji.  Mereka adalah golongan manusia yang telah membeli kehidupan akhirat mereka dengan kehidupan dunia.  Mereka menggadaikan segalanya untuk memperoleh apa yang mereka citakan.

Ataukah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, “ Kapankah datang pertolongan Allah ?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.
(2 : 214)

Semakin meningkat dos tarbiyyah di dalam diri seseorang, semakin meningkatlah ujian yang akan datang kepadanya.

Maka, apakah sebabnya seseorang itu akan sentiasa cenderung untuk meningkatkan dos tarbiyyahnya ?
Apakah yang menolak seseorang itu untuk kerap mengambil tarbiyyah sebagai ubatnya ?

Sebab yang paling utama adalah apabila seseorang itu rajin menghisab dirinya sendiri.

Muhasabah ialah membezakan antara apa yang diperolehinya dan apa yang perlu ditanggungnya. Setelah mengetahui yang demikian, maka dia hendaklah membawa apa yang diperolehinya dan melunaskan apa yang ditanggungnya. Dia seolah-olah seorang musafir yang tidak akan kembali. ( Ibnu Qayyim)


Apabila dia bermuhasabah, dia akan mendapati kekurangan yang teramat banyak. Dan dia sedar betapa kekurangan itu perlu digantikan dengan amalan-amalan kebajikan.

Wahai orang-orang yang beriman ! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan. (59 : 18)

 

YES, I AM PHYSICALLY-DEPENDENCE ON TARBIYYAH !
Tubuh badan seorang daie akan bergantung kepada sebanyak mana tenaga tarbiyyahnya. Tarbiyyah menyumbang kepada tenaga ruh (tenaga dalaman)dan akan menjadikannya seorang daie yang tidak akan cepat penat dan berputus asa.

“ Kalau tak ada tarbiyyah, rasa tak sedaplah !”
“ I can’t work properly without tarbiyyah !”

Meskipun hakikat futur akan melandai dirinya kerana sememangnya futur adalah fitrah biasa buat orang yang sentiasa berusaha sama ada seorang penuntut ilmu, apatah lagi seorang daie !

Namun, futur baginya adalah futur yang memberikan natijah yang baik kepadanya.Futur  yang dialaminya adalah futur seorang daie yang telah berpenat lelah usaha, bukannya futur seorang daie yang malas.

Futur yang dialaminya adalah futur yang akan menolak dirinya untuk lebih ke hadapan, bukannya futur yang akan menjauhkannya lagi dari jalan dakwah dan tarbiyyah ini.

Sungguh, futur yang baik itu adalah futur yang disedari oleh seorang daie itu sendiri. Dan apabila dia menyedari fatrah tersebut, dia tidak melayaninya. Sebaliknya dia akan cuba keluar dari zon tersebut !

Saat-saat futur bagi para salikin (orang-orang yang meniti jalan menuju Allah ) adalah hal yang tidak dapat terhindarkan. Barangsiapa yang futurnya membawa ke arah muraqabah (merasa diawasi Allah) dan senantiasa berlaku benar, tidak sampai mengeluarkannya dari ibadah-ibadah fardhu, dan tidak pula memasukkannya dalam perkara-perkara yang diharamkan, maka diharapkan ia akan kembali dalam keadaan yang lebih baik dari sebelumnya. (Ibnu Qayyim)

 

YES, I AM PSYCHOLOGICALLY-DEPENDENCE ON TARBIYYAH !
Melalui penerangan Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya ‘Ulumuddin, terdapat 3 unsur yang membina roh seorang manusia iaitu hati, nafsu dan akal.

Ketiga-tiga unsur ini penting dalam membina psikologi seseorang. Bagi kita sebagai ummat Islam unsur terpenting adalah unsur hati kerana hati adalah raja kepada segala badan.

Di dalam satu hadis Rasulullah S.A.W : “Manusia itu dua matanya ibarat petunjuk, dua telinganya ibarat pemberi isyarat awas, lisannya sebagai penterjemah, dua tangannya sebagai sayap, dua kakinya sebagai perutusan, hatinya pula sebagai raja. Kalau rajanya baik, maka baiklah bala tenteranya.”

Maka, betapa penting ketiga-tiga unsur tersebut kita bina dengan tarbiyyah agar psikologi yang terbina adalah yang terbaik. Ummat Islam kini gagal membina psikologi yang baik kerana tidak berjaya membina spiritual mereka.

Kerana apa ?
Kerana mereka tidak menyedari betapa spiritual mereka itu sebenarnya boleh dikawal dengan  tarbiyyah.

Emotional is a lack of spirituality. Thus, use it to master your emotion. (Dr. Tariq Ramadhan)

Akhirnya, psikologi diri mereka mula tidak seimbang. Dan hidup mereka menjadi terumbang-ambing yang akhirnya akan menyebabkan satu pengakhiran kehidupan yang cukup merugikan.

Ilmu pengetahuan-membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.
Amalan- membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.
Kekayaan-membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah.
Hati-membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.
Tubuh badan-membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
Cinta-membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
Masa-membazir jika tidak diuruskan dengan sebaiknya.
Akal-membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
Zikir-membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
(Ibnu Qayyim)

Maka, hidup bagi orang yang lemah psikologinya adalah kehidupan yang penuh dengan pembaziran.

NO DETRIMENTAL EFFECTS OF TARBIYYAH !
Tarbiyyah tidak akan memberi kesan yang buruk kepada orang yang mengikuti jalannya. Mana mungkin, orang yang ditarbiyyah akan memberikan kesan yang buruk kepada dirinya sendiri dan orang di sekelilingnya.

Kata seorang sahabat kepada Imam As-Syahid Hassan Al-Banna ketika dalam perjalanan mereka ke Ismailiyyah : “ Seorang lelaki yang baik (soleh) akan meninggalkan kesan yang baik dimana sahaja dia turun.”

Seseorang yang ditarbiyyah wajib mahir seni memimpin ummah. Lihat seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W yang menjadi paksi kepada para sahabat di Mekah dan Madinah. Dengan tarbiyyah Rasulullah, para sahabat menjadi barisan manusia yang terunggul di atas muka bumi.

Jika seseorang itu melalui fasa dakwah tanpa tarbiyyah, dia akan menjadi seorang daie yang kosong dan tidak berupaya untuk mengubah masyarakat. Maka, masyarakat tidak akan terkesan sedikit pun dengan kehadirannya meskipun saban hari dia bersama mereka !

Kesan tarbiyyah yang muntij (berhasil) adalah apabila tarbiyyah itu menggerakkan seorang daie dalam menjayakan program dakwahnya. Betapa penting tarbiyyah menjadi intipati kepada program dakwah tersebut kerana mengubah semula kompas ummat Islam pada zaman sekarang adalah teramat payah !

“ Don’t be afraid. Tarbiyyah always give you the best essence of Islam. There is no detrimental effects.”

****

I am not a recreational/occasional user. I am fully tarbiyyah dependence and I am addicted.

Independence-Alcoa-26274_481x230

(Saya bukan pengguna tarbiyyah pada masa-masa tertentu. Saya adalah orang yang bergantung kepada tarbiyyah setiap masa dan saya ketagihkannya.)

 

 

Sekian,
mylittlepencil

p/s : prinsip-prinsip di atas adalah hasil kreatif saya sendiri yang disesuaikan dengan apa yang dipelajari di dalam kuliah.

3 thoughts on “tarbiyyah dependence

  1. Saya bukan pengguna tarbiyyah pada masa-masa tertentu. –> xberani nak claim. sbb tak tahu adakah terzahir setiap masa tarbiyyah saya? >. saya membenarkan anda.

      • Terima kasih kerana membenarkan ana. Arakiannya, ia hanyalah pendapat ana yang masih lagi kerdil dalam dunia dakwah dan tarbiyyah ini.

        Terima kasih juga kerana sudi berkunjung ke blog ini.

        Moga kita terus istiqamah inshaAllah !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s