abthal dakwah

My own heroes are the dreamers, those men and women who tried to make the world better place than when they found it whether in small ways or great ones. Some success some failed, most had mixed results, but it is the effort that’s heroic, as I see it. Win or lose, I admire those who fight a good fight.
-George R.R Martin-

 

ABTHAL ITU HERO !
ABTHAL ITU HERO !

Bismillah.

Kanak-kanak sering dimomokkan dengan hero-hero yang mempunyai kuasa-kuasa yang hebat. Saya juga dahulu turut terpengaruh dengan budaya ini sampaikan hero-hero dalam Islam sendiri saya tidak kenal.

Sampaikan, saya sendiri tidak yakin bagaimana hero-hero Islam berjaya memperoleh kemenangan sedangkan mereka tidak mempunyai kuasa-kuasa yang hebat seperti Ultraman, Batman, Superman dan pelbagai lagi.

Akhirnya, baru saya tersedar, mereka semua lebih hebat daripada itu !

Hero-hero Islam tidak memerlukan kuasa-kuasa fizikal yang sekadar menjadi kuasa tambahan kepada kekuatan kerana kekuatan mereka adalah kekuatan yang asli.

Kekuatan mereka datang daripada sumbu iman.
Kekuatan iman tersebut yang mengekalkan mereka untuk terus bergerak.

Dan pasti, kemenangan itu bukanlah kemenangan yang palsu.
Kemenangan mereka adalah kemenangan yang selayaknya diberi kepada mereka.

Bukanlah seperti jalan cerita hero-hero yang sememangnya kemenangan itu direka agar berpihak kepada mereka. Sedangkan kemenangan itu boleh sahaja dengan mudah dirampas oleh pihak musuh !

Anda tahu kekuatan apa yang tidak boleh mudah dirampas oleh musuh ?
Kekuatan iman.

Kerana kekuatan iman itu adalah kekuatan yang tersembunyi, yang terselindung dari penglihatan musuh. Maka, musuh tidak mampu untuk menyerang kita dengan mudah.

Tetapi, apabila musuh tahu di mana letaknya kekuatan ini, kita bakal menerima satu kekalahan yang amat dahsyat ! Sepertimana jatuhnya khilafah Islamiyyah satu ketika dahulu.

Bila kita kalah, bila kita tidak lagi mempunyai kesedaran untuk mempertahankan kekuatan iman, kita mula leka dibuai dunia dan isi-isinya.

Aduh, semakin susah hero-hero Islam terdahulu dicari ganti.
Adakah kita layak untuk menjadi seperti hero-hero tersebut ?

***

HERO ISLAM : MENGAPA MEREKA INGIN MENJADI HERO AGAMA ?

Wahai orang-orang yang beriman ! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (47 : 7)

Seorang manusia yang ingin menjadi hero dia wajib tahu apa yang ingin dia selamatkan. Bukanlah sekadar mengalahkan musuh, malah lebih dari itu.

Seorang hamba yang beriman dia menjadi  hero kerana dia mahu menolong (menyelamatkan) agama Allah. Iradah(kehendak)nya adalah untuk meninggikan kalimah Allah. Meskipun musuh Islam ini kalah pada satu hari nanti, dia tetap akan berterusan meninggikan kalimah Allah. Perjuangan seorang hero Islam tidak akan pernah tamat selagi nyawanya tidak tamat !

Lalu, mengapa hero wajib menjadikan agama Allah adalah hal yang perlu diselamatkannya ?

Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu ? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal. (3:160)

Kerana hero Islam tersebut  tahu jika dia menolong agama Allah, dia pasti akan mendapat pertolongan ! Jika dia mengejar kemenangan (menolong) dalam bentuk yang lain, mungkin sahaja pertolongan itu datang, dan mungkin sahaja tidak !

Sungguh, pertolongan Allah itulah pertolongan yang lebih besar dan kuat kuasanya kerana tidak akan wujud tangan-tangan yang mampu menghalangnya.

Hero Islam menjadi hero untuk menyelamatkan ummah yang kian tenggelam. Dia menjadi hero bukanlah untuk menunjukkan apa yang ada padanya lebih hebat berbanding orang lain. Bukanlah untuk menunjukkan yang dia langsung tidak boleh dikalahkan.

Tetapi, dia menjadi hero adalah kerana dia menjadi hero itu adalah tanggungjawabnya.
Dia menjadi hero adalah kerana-Nya, memenuhi seruan-Nya !

Bagi orang-orang yang memenuhi seruan Tuhan, mereka (disediakan) balasan yang baik. Dan orang-orang yang tidak memenuhi seruan-Nya, sekiranya mereka memiliki semua yang ada di bumi dan (ditambah) sebanyak itu lagi, nescaya mereka akan menebus dirinya dengan itu. Orang-orang itu mendapat hisab (perhitungan) yang buruk dan tempat kediaman mereka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman. (13:18)

Bukankah menjadi khalifah itu ibarat menjadi seorang hero ?

BEKALAN HERO ISLAM : TARBIYYAH DZATIYYAH
Mengapa pentingnya tarbiyyah dzatiyyah  buat seseorang yang ingin menjadi hero Islam?

1. Untuk menjaga seorang hero Islam supaya sentiasa berada dalam keadaan yang stabil dan selamat imannya.

Wahai orang-orang yang beriman ! Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkah kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (66:6)

2. Tidak ada orang lain yang akan menjaga tarbiyyah seorang hero Islam melainkan hanya dirinya sendiri.

Wahai orang-orang yang beriman ! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan. (59 : 18)

3. Sebagai persediaan buat seorang hero Islam itu sendiri.

Dan setiap orang dari mereka akan datang kepada Allah sendiri-sendiri pada hari Kiamat. (19:95)

Tarbiyyah dzatiyyah buat seorang hero Islam ibarat akar yang jauh mencengkam kuat ke dalam bumi, yang akan tetap kukuh meskipun dibuai angin dan badai.

Bagi seorang hero Islam, tarbiyyah dzatiyyah adalah sangat penting kerana dia bakal berhadapan dengan cabaran yang sangat hebat iaitu realiti ummah serta tabiat jalan dakwah dan tarbiyyah ini.

Betapa istimewa tarbiyyah dzatiyyah ini buat seorang hero Islam !
Jangan senang sekali untuk memperlekehkan tarbiyyah dzatiyyah atau kita cepat bosan untuk menjaganya kerana ia adalah kekuatan dalaman kita semua.

Jananya sehebat mungkin kerana kita semua adalah hero ummah ini !

HERO ISLAM : HERO DAKWAH
Sungguh, untuk menjadi hero dakwah itu seseorang perlu bersiap sedia.
Hero dakwah perlu memahami dua cabaran yang sangat hebat yang bakal tersedia buat mereka.

Cabaran pertama : realiti ummah.
Realiti ummah akan sering memeningkan kepala seorang hero dakwah.
“ Banyak lagi kerja aku rupanya…”

Di sana sini berlaku kerosakan. Di sana sini perlu dibaiki dengan segera. Sudahlah masa yang diberikan seakan tidak cukup. Allahu Allah !

Realiti ummah ini seolah kaffein bagi seorang hero dakwah.  Tidurnya tidak terlalu lena dan selesa kerana tidurnya itu sekadar rehat untuk mengambil tenaga buat bekerja keesokan harinya.

Realiti ummah selalu menyegarkannya dan membuatkan seorang hero dakwah itu untuk terus melaju dalam amalnya. Realiti ummah membuatkan dia tidak akan leka dengan begitu mudah. Realiti ummah akan terus menjadi pencetus semangatnya dalam meneruskan langkah dalam kerja dakwah ini.

Cabaran kedua : tabiat di dalam jalan dakwah dan tarbiyyah.

Tabiat jalan dakwah : panjang, lama, dan payah.
Seringkali seorang daie itu terleka dari memahami tabiat jalan ini. Dia tahu secara fakta, tetapi kurang praktikalnya.

Lalu, mengapa daie kadangkala kurang memahami tabiat di jalan dakwah ini ?
1. Kerana mereka tidak banyak beramal di jalan ini.
Sifirnya mudah. Semakin banyak beramal, semakin banyak diduga. Dan begitu jugalah sebaliknya.

2. Kerana mereka menjadi seorang daie yang perasan dengan amalan sendiri (daie yang rugi).
Katakanlah (Muhammad), ” Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?” (iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya. (18:103-104)

3. Kerana seorang daie itu terlupa dia adalah seorang manusia.
Futur sering melandai seorang daie.

Kata Ibnu Hajar Rahimahullah : Futur adalah bosan,berat untuk melakukan sesuatu dan orang lain lari darinya selepas awalnya suka kepadanya, ia adalah penyakit yang menimpa sebahagian hamba,para da’ie dan penuntut ilmu. Seseorang itu akan jadi lemah, bertangguh dan malas. Seterusnya meninggalkan dari melaksanakan sesuatu selepas awalnya ia bersungguh dan cergas.

Hakikat futur telah diterangkan oleh Rasulullah S.A.W dalam sabda Baginda : Sesungguhnya bagi setiap amalan ada masa bersungguh dan setiap kesungguhan ada masa jemu. (HR Ahmad,Ibnu Khuzaimah,Ibnu Hibban & At-tirmidzi)

4. Kerana seorang manusia (apatah lagi seorang daie), dia akan sentiasa diambang ujian di dalam kehidupannya walau apa jua jalan yang dipilihnya, apatah lagi jalan dakwah dan tarbiyyah ini yang menjadi pilihannya.

Dalam sabda Rasulullah S.A.W : orang mu’min akan sentiasa diambang 5 dugaan yang susah
1) mukimin yang dengki kepadanya
2) munafiq yang benci kepadanya
3) kafir yang memeranginya
4) syaitan yang menyesatkannya
5) nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya

BUAT KAMU, HERO DALAM JALAN DAKWAH…
Di sana, ada cita dan tujuan
yang membuatmu menatap jauh ke depan
di kala malam begitu pekat
dan mata sebaliknya dipejam saja
cintamu masih lincah melesat
jauh melampaui ruang dan masa
kelananya menjejakkan mimpi-mimpi

Lalu di sepertiga malam terakhir
engkau terjaga, sadar, dan memilih menyalakan lampu
melanjutkan mimpi indah yang belum selesai
dengan cita yang besar, tinggi dan bening
dengan gairah untuk menterjemahkan cinta sebagai kerja
dengan nurani, tempatmu berkaca tiap kali
dan cinta yang selalu mendengarkan suara hati

Teruslah melanglang di jalan cinta para pejuang
menebar  kebajikan, menghentikan kebiadapan
menyeru pada iman
walau duri merantaskan kaki
walau kerikil mencacah telapak
sampai engkau lelah, sampai engkau payah
sampai keringat dan darah tumpah

Tetapi yakinlah, bidadarimu akan tetap tersenyum
di  jalan cinta pada pejuang

Salim A.Fillah
Jalan Cinta Para Pejuang

sekian,
mylittlepencil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s