seruan yang suci

Sudah sekian lama tidak menulis rasanya.
Cukup saya simpulkan bahawa seorang penulis memang akan terasa rindu untuk menulis seandainya tiada tulisan yang dapat ditulisnya. Apatah lagi dalam tempoh masa yang lama.
***
Dakwah itu satu seruan.
Seruan yang memanggil hati-hati manusia.
Seruan yang bukan kerana paksaan seorang daie itu sendiri.  Jauh sekali memaksa manusia(mad’u) untuk menerimanya.
Seruan yang suci. Seruan yang tidak kenal penat dan lelah.
Seruan yang akan mengajarkan erti ketabahan dan kesungguhan.
Pendek kata, seruan ini adalah segala-galanya untuk hayah (kehidupan) seorang daie.
Jika dia tidak menyeru, dia akan mati !
Jika dia tidak menyeru, hidup seorang daie itu hanyalah sia-sia, ibarat mayat hidup atau robot yang sekadar ber’nyawa’ di atas muka bumi.

Ketahuilah para dua’t, seruan kamu itu adalah untuk hayah kamu di dunia dan di akhirat kelak !
One should make it a point to follow all Quran directives, for this alone ensures the best of both worlds (both this life and the Hereafter)- As-Sayyid al-Aloosi

Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. (3:104)
Ya, ayat ini dialamatkan kepada hati-hati orang yang beriman, kepada kita semua.

Bila kita menggelarkan kita sebagai seorang daie yang menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, maka kesemua jenis kebaikan akan kita seru.
Begitu juga dengan kemungkaran. Kita tidak akan memilih jenis-jenis kebaikan atau kejahatan tertentu untuk kita seru atau cegah.
Sungguh, panggilan seorang daie itu adalah panggilan yang teragung.
Dan agama Islam ini adalah agama teragung dan sempurna.
Maka, layakkah kita mencacat-celakan dakwah kita ini dengan hanya menyeru atau mencegah pada bahagian-bahagian yang tertentu ?

Maksudnya, seorang hamba yang beriman itu tidak dapat tidak wajib menyeru ke arah kebaikan kerana Islam ini adalah ketua segala kebaikan. (In summary, calling to goodness is synonymous with calling to Islam)

Calling to all that is good stands for promoting the message of Islam in its totality.
Sungguh, kesempurnaan seorang daie itu tidak akan dapat dibuktikan pada dirinya kerana memang hakikat penciptaan seorang manusia ini penuh dengan kelemahan.
Maka ingatlah, kesempurnaan seorang daie itu terletak pada seruannya kerana bahan seruannya itu yang sempurna !
Sungguh, itulah tummuhat(matlamat) kita yang tertinggi. Kita mahu Islam ini yang disanjung dan dimuliakan, bukannya peribadi kita sebagai kader dakwah yang dibangga-banggakan.  

Dan Kami jadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka  agar berbuat kebaikan, melaksanakan solat dan menunaikan zakat, dan hanya kepada Kami mereka menyembah. (21:73)

Tugas kita dalam menyeru manusia mengikut syariat dan kehendak-Nya membantu kita untuk cinta dan lebih dekat kepada Allah. Kerana itu, seorang daie itu haram mengajak manusia kepada dirinya sendiri.
Jika dia mengajak manusia kepada dirinya sendiri, dia akan menjadi pemimpin yang bongkak. Jika dia mengajak manusia kepada Allah, nescaya dia akan menjadi seorang pemimpin yang disegani.
Semakin ramai manusia tertarik dengan dakwahnya, semakin dia rendah diri. Semakin dia rendah diri, semakin bertambah cinta Allah kepadanya. Subhanallah !
***
SERUAN INI ADALAH MISI HAYAH KITA !
Ya, tiada misi hidup yang lebih mulia dari ini.
Lihat bagaimana para anbiya’ terdahulu mendapat kemuliaan hidup di dunia dan akhirat kerana kesungguhan dan keberjayaan mereka menjunjung misi yang suci ini !

Lihat lagi bagaimana barisan syuhada’ yang mempertahankan kalimah Allah ini. Mereka telah menyelesaikan misi hayah mereka dengan penuh rasa bangga. Mereka tidak takut kepada sesiapa pun. Bagi mereka tangan-tangan manusia yang menghalang mereka hanyalah ibarat gigitan-gigitan semut.
Betapa misi mereka ini lebih besar nilainya berbanding halangan dan rintangan yang perlu mereka hadapi.

The People of The Book were entrusted with the duty of enjoining right and forbidding wrong. In this call lies the significance of the prophethood and this entitles the Muslim community to be the Prophet’s successor in the mission. (Al-Qurtubi)

Tugas hidup seorang hamba yang beriman bukanlah sekadar mencari hidup yang membawa kebaikan dan kebahagiaan kepada dirinya sendiri.
Hidupnya untuk orang lain.
Lahir dirinya sebagai seorang daie adalah untuk ummah !
Tanya semula pada diri, adakah kita pernah merasakan kita ini dilahirkan untuk manusia ?

Kerana itu peranan manusia bukanlah sama ada khalifah ataupun ‘abid (beribadah), malah kedua-duanya perlu diselesaikan seiring.
Kamu (ummat Islam) adalah ummat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (3:110)

This verse likens the Ummah to the prophets. Like prophets, Muslims are not only divinely guided, but they also the guides of others.( As-Sawi)

Wahyu Islam yang datang bukanlah semata untuk memandu kita, tetapi untuk kita juga memandu manusia yang lain. Apatah lagi, ummah kini semakin tenat.

Mereka tidak lagi bernafas dengan ‘udara’ Islam. Mereka kini bernafas dengan udara jahiliyyah yang sedang membunuh mereka !
Saidina Umar Al-Khattab pernah membaca ayat ini pada satu ketika di musim Haji dan dia mengingatkan manusia di ketika itu : “ Barangsiapa yang ingin menjadi ummat yang begini, dia harus memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.”

There is an established principle of jurisprudence which states that a certain cause leads to a specific effect. According to Allah, Muslims are the best community on account of being enganged in enjoining what is good and right and forbidding what is wrong and being obedient to Allah. By consequence, possessing these qualities is the prerequisite for this result. (Imam Razi)

Pesan Luqman kepada anaknya : Wahai anakku ! Laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang ma’ruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting. (31:17)

After completing their obligations by establishing prayer, they are enganged in making others complete their obligations. This has been indeed the practice of the prophets and their successors, that is in addition to achieving their own perfection, they help others achieve the same.


[Kerja kita sebagai seorang daie bukanlah semata menyempurnakan agama untuk amalan diri kita sendiri, tetapi juga menolong dan menyeru yang lain.]


Sungguh, menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah manusia dari kemungkaran adalah sebahagian dari tanda kepatuhan kita kepada Allah. Tanggungjawab ini tidak dapat tidak, harus kita punya semangat seperti para anbiya’( prophetic in spirit) terdahulu yang memikul tanggungjawab yang sama.

The Prophet S.A.W  said : The one who enjoins good and forbids wrong is the vicegerent (caliph) of Allah on earth, and the vicegerent of the Prophet and of the Book.

Masihkah kita mahu tertinggal daripada menjadi seorang penyeru yang mulia ?
Muhasabah semula diri, nilai hayah yang bagaimana mahu kita cari.
Jangan pernah rasa bosan dalam menyeru manusia kerana tugas inilah yang mengangkat kemuliaan seorang manusia yang bernama hamba.

 

The call to enjoin good and forbid wrong is the primary axis on which Islam rotates. Prophets have been sent down throughout the millennia to perform this duty. Without this task the mission of the prophets becomed meaningless and soulless. Any lapse in performing this function results in the spread of ignorance, anarchy, and disaster in general, through people may not even aware of their negligence.

Alas ! Decay has set in foundation of Islam. The image of Islam today looks distorted both outwardly and inwardly. Guided as they are by worldliness, Muslims have become subservient to passions and are hence no better that wild beats. Rare are the Muslims who have been devoted themselves exclusively to Allah. Therefore, the one who tries to put an end to this sad state of affairs is among the best people on the earth. He is to be credited with the revival of real Islam. One who enjoins good and forbids wrong (amar ma’ruf nahi munkar) will restore the religion to its rightful place. In doing so, this one will become the favourite of Allah. (Imam Al-Ghazali)

sekian,
mylittlepencil
~merasa hidupnya cukup dengan menjadi seorang daie

p/s : ini hasil ulasan saya sendiri hasil pembacaan buku Ma’ruf and Munkar yang ditulis oleh Jalaluddin Umari.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s