mengalahkan Imam Muda !

Bismillah.

Tidak ramai manusia yang merasa gembira memegang sebarang tanggungjawab, apatah lagi menjalankannya.
Namun, ada dalam kalangan mereka yang bertuah dan  berseronok dengannya.

Semalam, ada seorang ukhti yang dimurahkan rezekinya untuk  menyertai rombongan Aqsa Syarif ke Gaza. Dia ada bertanyakan  satu soalan  kepada seorang akhi Al-Qasam di sana.

“ Tak penat ke menjaga sempadan Gaza sepanjang malam ? Memang tak mengantuk langsung ke ? ”
“ Macam mana kamu seronok duduk depan laptop berjam-jam sepanjang malam, seperti itulah keseronokan kami menjaga sempadan tanah air kami. Kami menjaga sempadan sambil membaca Al-Quran dan menghafalnya. ”

(kita dalam usrah pun boleh mengantuk)

Dikhabarkan setiap malam 100 ikhwah Al-Qasam akan berjaga sepanjang malam. Di kala kecemasan, mereka akan menelefon ikhwah yang lain yang sudahpun bersiap-sedia untuk syahid. Ketahuilah, yang bersiap-sedia itu jumlahnya seramai 1000 orang !

Allahu Allah !

Sebegitu hebat mereka mampu untuk bertahan dalam menjalankan tanggungjawab.
Lalu, kita bagaimana ?

***

Jalan dakwah dan tarbiyyah adalah cara dan matlamat hidup kita. Maka, jalan ini merupakan satu tanggungjawab yang teramat besarnya !

Jalan ini bukan sekadar mengajak manusia untuk kembali kepada cahaya, kembali kepada jalan yang lurus.
Malah, jalan inilah yang menjaga kita untuk terus tsabat, untuk kita terus meminta kepada Allah keberadaan diri di dalam jalan yang lurus.

Perlunya kita untuk menyusun gerak kerja dengan penuh strategi kerana gerak kerjanya akan melibatkan tenaga kerja yang terlampau banyak. Ditambah pula, medan dakwah ini  ibarat seluas terbentang langit, seluas mata memandang !

Sungguh, al-wajibaat akthar min auqat.
Kewajipan itu melebihi kerangka masa yang kita ada.

Namun, beban kerja dakwah dan tarbiyyah yang banyak ini tidak boleh kita jadikan alasan untuk tidak mahu menyertai gerabaknya, ataupun sengaja bermalas-malasan untuk menjalankannya.

Ketahuilah, jalan dakwah dan tarbiyyah ini adalah jalan untuk mengumpul pahala.
Ianya jalan kenikmatan, jalan untuk orang-orang yang mencari kemenangan yang hakiki di sisi-Nya !

***

KEPIMPINAN SATU TANGGUNGJAWAB DAN SATU PENGHORMATAN

 

images
Seorang daie itu adalah pemimpin untuk dirinya sendiri dan orang lain.
Dia persis seorang imam. Mengalahkan imam muda !

Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat, lalu dia melaksanakannya dengan sempurna. Dia (Allah) berfirman, “ Sesungguhnya Aku menjadikan engkau sebagai pemimpin bagi seluruh manusia.” Dia (Ibrahim)  berkata, “ Dan (juga) dari anak cucuku ? ” Allah berfirman, “ (Benar, tetapi) janji-Ku tidak berlaku kepada orang-orang yang zalim.” (2 : 124)

Nabi Ibrahim yang telah diuji oleh Allah dengan pelbagai bentuk ujian dan dugaan akhirnya diangkat darjatnya menjadi seorang Nabi, pemimpin kepada ummat manusia di ketika itu.

Betapa Nabi Ibrahim A.S sangat menghargai tanggungjawab yang telah diberikan oleh Allah kepadanya sehinggakan beliau sendiri bertanya kepada Allah S.W.T, “ Begitu jugakah dengan anak cucuku kelak ? ”

Nabi Ibrahim A.S merasakan lantikan dari Allah S.W.T itu adalah satu penghormatan buat dirinya yang teramat lemah sebagai seorang manusia. Nabi Ibrahim A.S bukanlah gila jawatan.

Tetapi, beliau terasa betapa tinggi cita-citanya untuk memimpin manusia ke jalan ketaqwaan sampaikan beliau sendiri mahu anak cucunya juga menjalankan tanggungjawab yang sama !

Refleksi diri.  Apakah kita telah menjadi sebaik-baik cucunya ?

Dan Kami jadikan di antara mereka yang memimpin itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami selama mereka sabar. Mereka meyakini ayat-ayat Kami. ( 32 : 24 )

Sabar dan keyakinan adalah aset paling berharga yang dipunyai oleh Nabi Ibrahim A.S. Aset inilah yang beliau gunakan tatkala diuji raja yang zalim, Raja Namrud.

Aset ini jugalah yang digunakan tatkala diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anak kesayangannya sendiri !

Dan, aset ini jugalah yang menjaga perihal kepimpinan (sebagai seorang imam) di dalam diri Nabi Ibrahim A.S  dan para anbiya’ yang lain !

‘IBADURRAHMAN (HAMBA TUHAN YANG MAHA PENGASIH)  ITU ADALAH SEORANG PEMIMPIN
Dan orang-orang yang berkata, “ Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa. ”
( 25 : 74 )

Doa yang mulia ini seringkali kita lafazkan. Betapa tinggi kemahuan kita untuk menjadi seorang ‘ibadurrahman, untuk menjadi seorang pemimpin kepada orang-orang yang bertaqwa.

Jika di sekolah dahulu, menerima lantikan sebagai seorang pengawas terasa seperti ditimpa bala.
Pelbagai perkara yang bermain di kepala, pelbagai rasa dalam hati.

‘ Habislah kena cop skema lepas ni.’
‘ Mesti orang ingat aku ni jipang (gila pangkat)’
‘ Confirm confirm ramai orang tak suka aku nanti.’

Itu zaman di sekolah-sekolah dahulu.
Semakin kita membesar, semakin kita mengenali masu’liyyah yang lain.
Malah, semakin bertambah !

Kemahuan kita untuk menjadi pemimpin kepada orang-orang yang bertaqwa bukanlah seperti orang yang gilakan pangkat untuk memerintah.

Kemahuan kita adalah kemahuan seorang daie, kemahuan tinggi seorang hamba.
Himmah ‘aliyah kita adalah mengeluarkan manusia dari jalan-jalan kegelapan dan mengajak mereka untuk kembali mengenal Allah dan menjadi hamba-Nya.

Maka, apakah wajar seandainya kita masih punya alasan yang remeh untuk mengambil  pangkat ini ?

‘ Eh, bertudung labuh kau sekarang. Dah jadi ustazah ke ? ’
‘ Kau tak payahlah cakap pasal agama dengan aku. Macam la aku tak kenal kau yang dulu. ’
‘ Alah, tugas ni tak sesuai dengan ana akh. Enta bagi pada orang lain laaaaa…’
‘ Hmm…ana tak berminat nak jadi kepimpinan. Ana lebih suka jadi kuli sahaja.’

Sudah berlalu zaman ini. Sudah berlalu zaman untuk kita memberi alasan.

PEMIMPIN YANG DILAHIRKAN DAN MELAHIRKAN UMMAH YANG TERBAIK
Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat pertengahan  agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan  agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu……..
( 2 : 143 )

Sungguh, kita adalah golongan pemimpin yang telah dipilih oleh Allah S.W.T. Lantikan pertama sebagai seorang khalifah. Dan inilah lantikan yang kedua.

Sebagai seorang saksi yang diangkat kesaksiannya.
Penyaksian kita dipercayai.  Bukankah ini satu kedudukan yang mulia ?

Dan, ketahuilah dengan kedudukan yang mulia ini kita boleh melahirkan ummah yang mulia.
Allahu Akbar !

Kamu (umat Islam) adalah ummat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu ) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah….
( 3 : 110 )

Sungguh, memerintah kepada kebaikan akan mengangkat kemuliaan diri kita sebagai seorang pemimpin!

Tidak dapat tidak, kuasa pemerintahan  itu tetap diperlukan dalam erti kata untuk memimpin manusia ke arah kebaikan. Bukanlah sekadar menyandang jawatan tinggi yang meraih populariti semata !

Bukan sekadar mata yang melihat kerosakan tetapi hati tidak merasa apa-apa.

Kepimpinan seorang daie adalah pada hatinya.
Kepimpinan seorang daie menjadikannya lebih merendah diri.
Kepimpinan seorang daie bergerak atas landasan kefahaman dan kehendaknya.
Hak Allah menjadi tugas utama dalam kepimpinannya.

Dan daie yang memimpin itu bukanlah memberi arahan secara paksaan, tetapi dia mengajak dengan penuh kasih dan sayang !

KEPIMPINAN : SEBAGAI JALAN UNTUK MERAIH PAHALA
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: “Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka.”
(Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

***

Ketahuilah para dua’t sekalian,

memimpin adalah satu tanggungjawab yang mulia.
Kerana memimpin ini adalah tugas para Rasul yang memimpin manusia kepada pencipta, menyelamatkan manusia dari kezaliman, mengeluarkan manusia dari kesempitan dunia.

Wahai dua’t,
kita  bukanlah seorang pemimpin seandainya kita memimpin kepada kegelapan, kelekaan.
Kita bukanlah pemimpin seandainya kita sibuk memberi alasan tanpa terlebih dahulu cuba menjalankannya.

Wahai dua’t,
kepimpinan kita bukanlah sekadar pada jawatan yang kita tanggung dalam sebuah organisasi,
bukanlah sekadar mas’uliyyah yang kita sandang dalam jemaah,

Malah, kepimpinan kita lebih dari itu.
Kepimpinan kita adalah gerabak kebenaran. Dan yakinlah untuk terus memandunya !

Dua’t, kita semua adalah kuli-kuli agama Allah.
Dan kuli-kuli Allah itu bukanlah calang-calang orangnya bukan ?
Dan kuli-kuli Allah juga tidak akan membuat sebarang kerja dakwah ini caca-merba.

sekian,
mylittlepencil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s