kekhalifahan kita : adakah yang terbaik ?

Bismillah.
Entri terakhir untuk bulan ini.

Muhasabah adalah proses penghisaban yang terbaik bagi seorang mukmin yang masih hidup. Selagi dia masih hidup, dia boleh terus bergerak untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Dan untuk melakukan perubahan itu, meneliti segala amalan yang telah dilakukan amatlah penting. Proses penelitian itulah kita gelarkan muhasabah.

Kita diberi kebebasan untuk memberi markah atau nilai kepada diri kita sendiri dengan pengadilan kita sebagai seorang manusia yang lemah.

Sudah tentu, penilaian atau penghakiman Allah itu lebih baik, lebih adil berbanding kita. Kerana dalam kita memuhasabah diri kita sendiri, kita akan menggunakan nilai pandang atau neraca seorang manusia.

Ada manusia yang muhasabah diri, mereka masih berada di tempat atau tahap yang sama. Dirinya tiada peningkatan.

Ada manusia yang memuhasabah diri, tetapi mereka berada di tempat yang lebih bawah berbanding sebelumnya. Keburukan dirinya semakin bertambah, dan nilai amalnya semakin menurun.

Lalu, bagaimana nilai pandang atau neraca kita  yang  wajar saat kita memuhasabah diri ?

Mari, saya ingin mengajak anda memuhasabah diri bersama saya.

***

MUHASABAH KITA : KEKAYAAN & KETEGASAN KITA
Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (sahaja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami ? Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya tidak ada Tuhan selain Dia. Tuhan (yang mempunyai) ‘arasy yang mulia. Dan barangsiapa menyembah Tuhan yang lain di samping Allah, padahal tidak ada suatu dalil pun baginya tentang itu, maka sesungguhnya  perhitungan  di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu tiada beruntung. Dan katakanlah : “ Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat yang paling baik.” ( Al-Mukminun : 115-118)

Betapa tegasnya Allah berkata tentang hakikat penciptaan kita.
Kita bukanlah ciptaan-Nya yang sia-sia. Maka, mengapa kita ingin menyia-nyiakan sebuah kehidupan yang kita ada ?

Langkah pertama sebelum kita ingin muhasabah diri adalah kita mengetahui betapa tingginya nilai sebuah muhasabah.

Bagi saya, iman adalah ibarat sebutir mutiara. Tetapi yang memberikan kilauan kepadanya adalah muhasabah.

Andai mutiara iman kita itu malap, maka hati kita juga akan turut malap.
Seperti sebuah kubur yang gelap-gelita. Dengan muhasabah, mutiara iman itu akan terus bercahaya dan cahaya itu akan menggerakkan hati kita untuk terus melakukan perubahan yang lebih baik.
Muhasabah diri akan menjauhkan kita daripada kita terus melakukan perkara yang sia-sia di dalam kehidupan kita.

Kita akan lebih mengenali tentang keaiban diri kita sendiri.
Muhammad Bin Wasi’ berkata : “ Seandainya dosa-dosa itu mempunyai bau, sungguh tidak ada seorang pun yang sanggup duduk  di sisiku.”

Fitrah muhasabah adalah untuk menjauhkan kita daripada kelalaian dan keburukan. Dan menambahkan lagi kebaikan kepada orang yang mengamalkannya.

Mana mungkin, orang yang muhasabah  diri akan bertambah buruk amalannya kerana seorang mukmin itu memuhasabah dirinya dengan menggunakan neraca Tuhannya.

Seorang mukmin itu memuhasabah dirinya bertujuan untuk mencari kepuasan Tuhannya melihat pengabdian dirinya sebagai seorang hamba.

Sementara masih sempat, maka bermuhasabahlah !
Kerana ketika ini kesalahan  kita masih punya peluang untuk kita perbetulkan.

Kelak di  hari akhir nanti, keinsafan kita sudah tidak dilayan lagi.
Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kamu kepadamu (orang kafir) azab yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya, dan orang kafir berkata, “ Alangkah baiknya seandainya dahulu aku jadi tanah.” (78 : 40 )

Mengapa kita selalu mengambil ringan terhadap proses muhasabah diri ini ?
Kerana kita mungkin terlupa bahawa betapa penting untuk kita sentiasa meletakkan diri kita di posisi yang terhina sebagai seorang hamba.

Muhasabah mengajar kita untuk kembali berfikir akan amal diri sendiri.
Hassan Al-Basri berkata lagi, “ Semoga Allah merahmati seorang hamba yang berfikir di saat pertama ia ingin melakukan sesuatu. Jika itu kerana Allah, ia lanjutkan, dan jika bukan kerana-Nya, ia menangguhkannya.”

Meskipun amal ibadat kita seolahnya gilang-gemilang, mungkin sahaja nilainya hanyalah ibarat debu-debu tanah yang berterbangan di sana kelak.

Letakkan muhasabah diri dalam mutabaah amal anda agar anda tidak lupa untuk mewajibkannya ke atas diri anda sendiri !

Jangan memandang muhasabah diri sekadar untuk memperbetulkan kesalahan, tetapi gunakanlah muhasabah untuk menambahkan nilai kebaikan dalam diri anda.

Seorang mukmin itu wajib meletakkan dirinya dalam posisi mujahadah dalam setiap masa. Konsep mujahadah terbahagi kepada dua iaitu :

a. mujahadah untuk melawan kejahatan.

b. mujahadah untuk menambahkan kebaikan.

Dan, mujahadah itu akan terlatih dengan muhasabah diri yang kita lakukan.

Hassan Al-Basri berkata, “ Seorang mukmin itu pemimpin bagi dirinya  sendiri. Ia mengintrospeksi (muhasabah) dirinya  kerana Allah. Sesungguhnya hisab pada hari kiamat nanti akan menjadi ringan bagi mereka yang telah melakukan introspeksi di dunia. Sebaliknya, hisab akan terasa berat bagi mereka yang tidak pernah berintrospeksi. ”

Sungguh, anda seorang mukmin itu teramat sensitif jiwanya dengan muhasabah, dia akan menjadi teramat takjub dengan kuasa muhasabah ini, dan dirinya akan terus bangkit dengannya !

Muhasabah memberi pembebasan kepada dirinya daripada menjadi tawanan dunia lalu kembali menuju ke tempat tujuan yang sebenarnya, iaitu akhirat.

Ketahuilah, muhasabah adalah antara salah satu lambing ketaatan kita kepada-Nya.

“ Supaya (Allah) meminta pertanggungjawaban orang-orang yang benar tentang kebenaran mereka.” ( Al-Ahzab : 8)

MUHASABAH KITA : ADAKAH KEKHALIFAHAN KITA YANG TERBAIK ?
Saat Allah memberikan takhlifan seorang khalifah kepada semua hamba-Nya, kita yakin itulah tanggungjawab yang akan mengangkat kemuliaan diri kita sebagai seorang hamba.

Bagaimana kita ingin menilai kekhalifahan kita ?
Jawabnya, kita gunakan neraca masa.

The clock is ticking and we are moving. Yet, are we moving with the every single tick ?

Adakah kita telah menggunakan seluruh masa kita untuk menjadikan diri kita sebagai seorang khalifah yang terbaik ?

Andai kita benar-benar muhasabah, kita sebenarnya tidak punya banyak masa lagi untuk menangguhkan segalanya.

 Punctuality demonstrates a sense of responsibility.

Lalu, apakah masa yang perlu kita nilai dalam proses kita memuhasabah diri sebagai seorang khalifah ?
1. Masa hadapan
2. Masa lalu
3. Masa dunia
4. Masa kini

Kita telah diberi pengetahuan dan kepandaian untuk mengurus masa. Kita mampu untuk merancang dengan perancangan yang baik.

Tetapi, ketahuilah sesungguhnya yang mengawal masa itu adalah yang menciptakannya kerana itulah perancangannya sentiasa yang terbaik !

Contohilah kisah salah seorang khalifah terbaik yang telah Allah ceritakan kepada kita di dalam surah Al-Baqarah.

Nabi Ibrahim A.S berjaya melangsaikan tanggungjawabnya sebagai seorang khalifah dalam kerangka masa yang ada.
Ujian demi ujian yang dihadapinya menjadikan Nabi Ibrahim A.S lebih bertambah imannya sampailah diangkat darjatnya di sisi Allah S.W.T.

Dan (ingatlah), ketika Ibrahim  diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat, lalu dia melaksankannya dengan sempurna. Dia (Allah) berfirman, “Sesungguhnya Aku menjadikan engkau sebagai pemimpin bagi seluruh manusia.” Dia (Ibrahim) berkata, “ Dan (juga) dari anak cucuku ?” Allah berfirman, “(Benar, tetapi) janji-Ku tidak berlaku bagi orang-orang yang zalim.”
(2 : 124)

Lalu, bagaimanakah kita ?
Mari berterusan muhasabah diri.

Kita perbaharui semula darjat kekhalifahan diri kita dengan kerangka masa yang kita ada beserta muhasabah yang kita lakukan.

Kumpulkan dan lengkapkan diri anda dengan tingkatan kehinaan (dzull) yang semakin bertambah. Sungguh, kehinaan itu terbahagi kepada empat tingkatan :

1. Kehinaan kerana keperluan dan kefaqiran.
2. Kehinaan kerana rangka taat dan beribadah.
3. Kehinaan kerana cinta.
4. Kehinaan kerana kemaksiatan dan dosa.

Jika keempat-empat kehinaan ini terkumpul, maka kehinaan dan ketundukan kita sebagai seorang khalifah akan lebih lengkap.

sekian,
mylittlepencil
~muhasabah untuk selangkah demi selangkah dekat kepada-Nya

Advertisements

2 thoughts on “kekhalifahan kita : adakah yang terbaik ?

  1. assalamualaikum wbt

    saya nak tanya apa yg dimaksudkan dgn mengumpulkan tingkat kehinaan dlm statement yg bgn akhir:

    “Kumpulkan dan lengkapkan diri anda dengan tingkatan kehinaan (dzull) yang semakin bertambah. Sungguh, kehinaan itu terbahagi kepada empat tingkatan :

    1. Kehinaan kerana keperluan dan kefaqiran.
    2. Kehinaan kerana rangka taat dan beribadah.
    3. Kehinaan kerana cinta.
    4. Kehinaan kerana kemaksiatan dan dosa.

    Jika keempat-empat kehinaan ini terkumpul, maka kehinaan dan ketundukan kita sebagai seorang khalifah akan lebih lengkap.”

    minta maaf,,kurang faham maksudnya,harap dpt membantu dlm menjelaskannya…tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s