bersendirian itu mengubati

Bismillah.
Entri pertama untuk Disember.

Jaafar Ibnu Muhammad As-Sadiq : “ The most bothersome brother is he who expects too much of himself and allows affectation between us. The nicest of them is he who, when I am with him, I feel as if I am lonely.”

Dalam jiwa saya, tersimpan satu soalan.
“ Apakah ukhuwwah fillah ini mengajar aku untuk lupa yang sebenarnya aku punya Tuhan ?”

Mengapa saya berkata begini ?
Kerana saya dapati ini yang berlaku secara tidak langsung apabila kita terlalu banyak berhubung dengan manusia. Tanpa sedar, kita sebenarnya sedang melupakan satu hubungan yang rabbani. Hubungan antara Tuhan dan seorang hamba.

Dalam keadaan tidak sedar, kita banyak meminta kekuatan dan pergantungan kepada manusia.
Segala masalah kita ceritakan kepada makhluk Allah yang teramat lemah ini. Seolahnya, kepada mereka kita menyerahkan segalanya.

Tanpa manusia, kita mula hilang kekuatan.
Adakah ini keadaan yang sepatutnya berlaku ?

Mengikut naluri seorang manusia yang sememangnya mempunyai fitrah untuk sentiasa punya teman memang ya. Bila kita tidak punya teman di sisi, kita akan berasa sedih.

Tetapi, kita adalah seorang hamba.
Tidak selamanya kita perlu bergantung kepada manusia.
Manusia adalah makhluk yang akan datang dan pergi sepanjang kehidupan kita. Lalu, bukankah sepatutnya kita memperkuatkan lagi hubungan kita dengan yang Maha Kekal ?

Betapa penting untuk seseorang itu merasakan betapa penting untuk memupuk kekuatannya sendiri.
Letakkan diri anda seketika jauh dari manusia dan berhubung dengan-Nya.

Rehatkan sebentar diri anda dari kerenah-kerenah manusia yang pelbagai. Mengakulah sebenarnya kita sememangnya penat berhadapan dengan kerenah mereka meskipun mereka adalah teman rapat yang setia !

bersendirian juga satu ketenangan
bersendirian juga satu ketenangan

Berhubunglah dengan Dia yang akan memberi ketenangan saat kita mula mengembalikan diri kepada-Nya.

(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram. (13 : 28)

Dalam jalan dakwah ini, kita diperkenalkan dengan pelbagai jenis tarbiyyah. Namun sayangnya, tarbiyyah yang sering kita terlupa adalah tarbiyyah dzatiyyah (tarbiyyah diri sendiri).

Tarbiyyah dzatiyyah adalah cara terbaik untuk kita menguruskan diri kita sendiri dalam banyak aspek.
Tarbiyyah dzatiyyahlah yang akan mengajar anda betapa penting untuk mengikhlaskan diri apabila berhubung dengan Allah.

Tarbiyyah dzatiyyahlah yang akan memberi ketabahan dan kekuatan kepada anda berhadapan dengan ragam dan cubaan-cubaan dunia.

Tarbiyyah dzatiyyahlah yang akan mendidik diri anda untuk memotivasikan diri apabila saat tidak punya manusia di sisi.

Tarbiyyah dzatiyyahlah yang sebenarnya akan menyucikan ruh kita andai kita benar-benar memanfaatkannya !

Ketahuilah, kehidupan ini terbahagi kepada dua jenis tanggungjawab.
Pertama, tanggungjawab kepada diri kita sendiri.

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku. (51 : 56)

Tuntutan lahiriah dan batiniah kita mengajar kita untuk menjadi seorang ahli ibadah luar dan dalam. Hati dan anggota terus beramal semata-mata mahu mendapatkan cinta-Nya.
Kedua, tanggungjawab kita ke atas manusia yang lain.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “ Aku hendak menjadikan khalifah di bumi. ” Mereka berkata, “ Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan Kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu ?” Dia berfirman, “ Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (2:30)

Tuntutan kita sebagai seorang khalifah adalah sebagai wasilah kita untuk menjalankan tanggungjawab ke atas manusia yang lain.

Ya, kita datang kepada manusia sebagai seorang khalifatul fil ardh (khalifah di muka bumi).
Cara terbaik untuk kita datang kepada mereka adalah dengan mengajak mereka ke arah kebaikan dan membenci kemungkaran.

Dalam kata yang lebih ringkas, cara terbaik untuk kita mendatangi mereka adalah dengan jalan dakwah ini. Jalan dakwah menjadi pintu termulia untuk kita mengetuk hati-hati manusia !

Jalan dakwah menjadi pemula yang terbaik untuk kita menjalinkan hubungan dengan manusia !

Tanpa jalan dakwah, peranan kita sebagai seorang khalifah tidak lengkap dan hanya terbatas sekadar di atas dunia. Tanpa jalan dakwah, mungkin sahaja hubungan yang terjalin sesama manusia adalah sia-sia.

Tidak mahukah kita menjadi khalifah termulia ?
Wahai dua’t,

Tarbiyyahlah dirimu untuk menyeimbangkan keduanya.
Selesai urusan dengan manusia, berurusan pula dengan Tuhanmu.
Selesia urusan dengan Tuhanmu, berurusan pula dengan manusia.

Inilah kitaran lengkap seorang hamba.
Dia tidak akan meninggalkan satu hubungan demi kejayaan satu hubungan yang lain.
Seorang hamba tidak mungkin hanya menjaga salah satu daripadanya, WAJIB kedua-duanya sekali.

Betapa malang bagi seorang daie itu andai dia ramah dengan manusia, tetapi dia tidak ramah dengan Tuhannya !

Betapa malang lagi bagi seorang daie itu andai dia menjaga baik hubungan dengan Tuhannya, tetapi dia sombong dengan manusia !

Apakah saya mengajar anda untuk mengurangkan keasyikan dalam berukhuwwah fillah ?
Tidak sama sekali !

Ukhuwwah fillah itu adalah salah satu sumber kekuatan kita dalam jalan dakwah ini.
Namun, jangan lupa ukhuwah fillah juga punya ujian dan kekecewaannya tersendiri.

Mari kita muhasabah bersama.
Hentikan seketika urusan anda dengan manusia.

Berhenti  meluahkan kepada mereka. Pergi mengadap Tuhanmu dalam tahajjud sepanjang malam dan luahkanlah segalanya kepada-Nya !

Berhenti rehat dan beri masa kepada diri sendiri.
Masa itu mengubati. Dan bersendirian itu juga mengubati.

Mungkin sahaja satu hari nanti, kita akan diletakkan di sebuah medan dakwah dan kita seorang diri di sana. Bukankah untung anda tarbiyyah dzatiyyah itu kita perkuatkan sebagai persediaan untuk menghadapi mehnah (cubaan) pada masa akan datang ?

Teramat rugi bagi mereka yang terlalu bergantung kepada manusia !
Jangan terlalu bergantung kepada mereka yang tidak dapat memenuhi permintaanmu sepanjang masa.

Sungguh, terlalu mengharap kepada manusia hanyalah akan membunuh segala kemanisan dalam kita berhubung dengan mereka.

He who requests from his brother what they can not offer, has oppressed them. He who requests from his brother what they have, has bothered them, and he who has not requested anything from his brother, has shown gratitude to them.

Saya sendiri tidak meletakkan diri saya akan sentiasa berada di samping mereka.
Akan sedaya upaya melakukan apa yang termampu. Memberikan nasihat, memberi telinga dan hati untuk bersama dengan mereka.
Tetapi, saya tidak lupa untuk memberitahu kepada mereka bahawa kembali kepada-Nya itulah yang lebih utama !

Kehidupan saya sendiri banyak mengajar saya untuk bergantung kepada-Nya. Saat saya meletakkan diri saya sendirian, ternyata latihan itu berkesan untuk kekuatan diri sendiri.

Dahului hubunganmu dengan manusia penuh kemaafan kerana kau bakal dan selamanya mampu memberikan segalanya kepada mereka.

Aisyah R.A said : The believer is the believer’s brother. He should not expect of his brother what is beyond his ability.

***

One was asked, “Whom should we fraternize with?” He said, “ He who doesn’t expect too much from you and removes affectation.”

Dan, dahuluilah hubunganmu dengan Tuhan penuh kerendahan hati kerana kau bakal diduga-Nya dan kerana Dialah yang sebenar-benar berhak ke atas dirimu !

Kuasai hubunganmu dengan manusia melalui hubungan dengan Tuhanmu terlebih dahulu. Barulah ukhuwwah itu boleh dinamakan ukhuwwah fillah (ukhuwwah kerana-Nya).

Dan ukhuwwah fillah juga punya batasannya.

He who gave up affectation, his love lasted long, and he did not overburden himself, his love lasted long. Thus, one should remove affectation at any rate. When the hearts pure, they expose what they contain. He who considers people behaves straightforwardly every now and then, while he who considers for Allah’s sake, behaves straightforwardly all the time, both internally and externally. He beautifies his external self with acts of worship and serving the servants of Allah, and adorns his internal self with love for the sake of Allah.

Mari menjadi daie yang lebih rabbani dan berhadapan dengan manusia dengan cara yang terbaik.
Cukuplah manusia sekadar  wasilah sementara, bukan sepanjang masa.

Sepanjang masa itu adalah hak-Nya, bukan hak manusia.

Berkawan biar seribu, berkiblatkan hanya Allah yang Ahad.
Maka, peliharalah cinta yang satu itu kerana mungkin tanpa sedar kau kehilangannya satu hari nanti.

Harmonikan hubungan Dia dan akan lahirlah satu keikhlasan untuk sentiasa bersama-Nya. Barangsiapa yang tidak ikhlas bersama-Nya, ketahuilah bahawa dia adalah seorang hamba yang hipokrit.

Harmony creates sincerity. He who is not sincere in brotherhood is also a hypocrite.

Sekian,
mylittlepencil
~yang gemar menyimpan masanya untuk bersendirian

p/s : hasil muhasabah diri setelah selesai membaca buku Al-Mustakhlas fi Tazkiyaat Al-Anfus
[ Selected Writings on Purifying the Soul] by Sheikh Sa’eed Hawwa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s