profil seorang murabbi

Aku bersyukur kerana kini jalan dakwah semakin ramai ahlinya.
Terasa langkah untuk mencapai ustaziyatul alam itu semakin hampir, inshaAllah !

Kesyumulan fikrah kita dalam dakwah membuatkan kita yakin untuk terus istiqamah di atas jalan ini.
Kita tidak meyakini jalan yang lain apatah lagi memilihnya.

Sungguh, barisan penggerak dakwah wajib punyai keikhlasan yang tinggi sebagaimana Rasulullah S.A.W dan para sahabat. Mereka tidak pernah jemu menyeru manusia ke jalan Allah.
Mereka sanggup menerima apa jua risiko demi mempertahankan hak-hak Allah.

Ma’rakah kita adalah ma’rakah tarbiyyah.
Di dalam tarbiyyah, manusia menjadi fokus utama dalam merealisasikan sesuatu perubahan.
Individu-individu Muslim yang diberi tarbiyyah Islamiyah yang syumul akan mengekalkan sibhgah Islam dalam diri mereka.

Maka, merekalah yang akan menjadi generasi pelopor kepada perubahan itu !
Merekalah yang akan menganjak paradigma ummah !

Di dalam rukun tarbiyyah ini, murabbi menjadi asas atau landasan yang paling penting.
Murabbi membina dan mengislah mutarabbinya dengan tarbiyyah.

INTIPATI TARBIYYAH : APA CIRI CIRI TARBIYYAH YANG BERHASIL ?
Allah ghayatuna menjadi semboyan utama kepada tarbiyyah Islamiyyah.
Ciri rabbaniyyah yang diterapkan di dalam diri seorang mutarabbi sesuai dengan fitrah kemanusiaan yang sentiasa mencari siapa pemilik dirinya yang sebenar.

Mengapa ciri rabbaniyyah ini menjadi intipati utama ?
Kerana inilah asas pertama untuk para murabbi menggerakkan hati mutarabbi mereka.
Hati yang hidup itulah yang akan melajukan mereka di medan amal ini !

Seterusnya, intipati tarbiyyah seorang murabbi itu wajib menyeluruh, sempurna dan seimbang.
Seimbang secara pengetahuan dan gambaran akal, ruh dan perasaan hati, serta kerja, tingkah laku dan perubahan.

Andai fokus seorang murabbi itu hanya pada hati, maka terlahirlah seorang mutarabbi yang kerjanya hanya menangis saban hari.
Andai fokus seorang murabbi itu semata pada akal, maka akan terlahirlah seorang mutarabbi yang punya ilmu terlalu banyak tetapi tidak kenal medan amalnya.
Andai fokus seorang murabbi itu hanya pada amal, maka akan terlahirlah seorang mutarabbi yang akan berasa penat dengan cepat.

Tarbiyyah yang berkesan adalah tarbiyyah yang dijalankan secara berperingkat.
Orang yang tergesa-gesa tiada bumi yang berjaya ia rentasi dan tiada tunggangan yang akan ia kekalkan (al-hadith)

Sedikit demi sedikit.
Maka, wajib untuk seorang murabbi itu bersabar dalam menuai hasilnya.
Malah, dia dilarang untuk berputus asa dalam mentarbiyyah mutarabbinya !

Tarbiyyah itu sifatnya juga adalah mengumpulkan dan menggerakkan (harakiyah).
Betapa penting tugas seorang murabbi untuk menggerakkan tenaga  mutarabbinya secara positif dalam jalan dakwah ini.  Dia wajib menjadikan mutarabbinya memberikan output dan outcome yang terbaik.

MELABURKAN KEKUATAN ATAU POTENSI DAN KEMUDAHAN MUTARABBI UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF DAKWAH.

Seorang murabbi itu mahu mutarabbinya menjadi seperti seekor singa yang hebat dalam memburu mangsanya. Bukannya menjadi air yang bertakung lalu membusuk atau menjadi anak panah yang hanya di busarnya.

Tarbiyyah bukan cerita lama atau sejarah yang boleh disimpan apabila kita mencapai kemenangan kelak.
Tarbiyyah  wajib mustamirah (berterusan) dan orang-orang yang berada di dalam jalan tarbiyyah ini wajib istiqamah (tetap).

“ Bila berada di puncak, lagilah kena tarbiyyah !”

MENJADI SEORANG MURABBI : ANDA HARUS BERSEDIA !
Ketahuilah para murabbi sekaliah bahawa kau sebenarnya antara tulang belakang kepada kemenangan Islam ini satu hari nanti !

Maka, untuk mencapai satu kemenangan yang agung, kau harus bersedia dengan persediaan yang cukup rapi dan terbaik. Kau adalah pelatih kepada kader-kader dakwah ini !

Didiklah hatimu agar kamu punya keinginan untuk menjadi seorang murabbi.
Dan keinginan kamu menjadi seorang murabbi itu akan memujuk hati seorang mutarabbi yang juga ingin ditarbiyyah !

Persediaan yang rapi itu bermula dari perancangan.
Tanpa sebarang perancangan bermakna kamu merancang untuk gagal.

SEORANG DAIE YANG BIJAK ADALAH DAIE  YANG MERANCANG WALAUPUN SEKECIL-KECIL HAL DI DALAM TARBIYYAH DAN DAKWAHNYA.
Tanya pada diri kamu 3 soalan :

  1. Saya mahu apa ?
  2. Bagaimana cara yang betul untuk mendapatkan apa yang saya mahu ?
  3. Adakah apa yang saya mahu itu tercapai ?

Bagaimana kamu mahu mencapai kemenangan andai diri kamu sendiri tidak bersedia untuk menang ?

MENJADI SEORANG MURABBI : KAMU SEDANG MENTARBIYYAH MANUSIA
Aku menyatakan agar kamu tidak lupa.

Wahai murabbi yang setia,
kau perlu bersabar dalam mendidik mutarabbi kerana seorang mutarabbi itu perlukan masa untuk menerima tarbiyyah sepenuh hatinya.

Wahai murabbi yang setia,
kau perlu bertahan dalam mendidik mutarabbi kerana seorang mutarabbi itu banyak ragamnya dan bertahanlan meskipun ragamnya itu mematahkan jiwa kamu.

Wahai murabbi yang setia,
kau perlu pelbagaikan cara kau mentarbiyyah manusia kerana manusia itu bukanlah seperti robot yang patuh mengikut arahan. Kau harus sensitif terhadap perasaan mereka agar hubungan hati antara kau dan mereka itu sentiasa erat.

Wahai murabbi yang setia,
kau perlu untuk menjadi seorang murabbi yang sehikmah mungkin.
Tuturkan kata-kata nasihat dengan niat untuk membimbing, bukan untuk mencari kesalahan atau menghina mutarabbi.
Jauhkan kata-kata yang berbentuk celaan kepada mutarabbi kerana itu hanya akan menjauhkan mutarabbi untuk mendapat tarbiyyah dari kamu.

Wahai murabbi yang setia,
bersikap adillah terhadap mutarabbi kamu.
Letakkan mereka di tempat yang sepatutnya. Sungguh, tauzif (pengagihan) kerja yang paling baik adalah apabila bakat yang ada pada diri seseorang sesuai dengan peluang-peluang kerja yang ada !

Wahai murabbi yang setia,
kau perlu sedar bahawa kau adalah penyelesai masalah.
Betapa perlu untuk kau mengesan apa jua masalah yang terdapat dalam diri seorang mutarabbi agar rawatan yang bakal dijalankan kelak tidaklah terlalu rumit !

Wahai murabbi yang setia,
kau perlu menjadi qudwah yang terbaik buat mutarabbi kamu semua kerana kau adalah contoh terdekat mereka. Dahulukan tugas memberi kasih sayang kepada mereka dan beri sepenuh perhatian kepada segala aduan dan respon yang diberikan oleh mutarabbi.

MENJADI SEORANG MURABBI : KAU ADALAH PEWARIS !
Pendapatku, para murabbi tidak menyedari bahawa tugas mereka mentarbiyyah mutarabbi adalah tugas menyediakan waris atau generasi pelapis kepada dakwah ini.

Mereka wajib menyediakan waris dan generasi pelapis yang terbaik.
Tanya semula pada diri kamu, apa yang perlu kamu wariskan ?

Adakah sikap-sikap buruk kamu ?
Adakah  semangat-semangat kamu yang malap itu ?
Atau, kamu mahu mewariskan jiwa-jiwa kamu yang sebenarnya kosong itu ?!

Ingin aku mengingatkan kamu, bahawa kamu hanyalah seorang pewaris dakwah.
Kamu bukan manusia yang akan kekal di atas muka bumi ini.
Kesuntukan masa memaksamu untuk menjadi daie yang bersungguh-sungguh.
Boleh jadi, esok nyawa kamu akan dicabut.

“ Dan Muhammad hanyalah seorang Rasul, sebelumnya telah berlalu beberapa rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh, kamu berbalik ke belakang (murtad) ? Barangsiapa berbalik ke belakang, maka ia tidak akan merugikan sedikitpun. Allah akan memberikan balasan kepada orang yang bersyukur. ”
( 3 : 144)

Maka, janganlah mewariskan dirimu kepada manusia (wala’ syakhsi).

Haram untuk kamu mengaku mulia kerana yang mulianya adalah jalan dakwah ini.

Haram untuk kamu mengaku kamu yang terhebat kerana diri kamu juga adalah manusia yang selalu berbuat kesilapan. Mungkin kamu patut bersyukur kerana Allah telah menghijab segala kelemahanmu !

Haram untuk kamu mengaku telah banyak berjasa kerana hanya pada tangan  Allah sahaja punya kuasa untuk memberi hidayah kepada hamba-hamba-Nya sedang kamu hanya berusaha !

“ Mereka merasa berjasa kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah, “ Janganlah kamu merasa berjasa kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjukkan kamu kepada keimanan, jika kamu orang yang benar. ” ( 49 : 17 )


Jadilah pewaris dakwah yang sebenar-benarnya.
Pewaris yang punya sifat-sifat mulia.
Pewaris yang benar-benar iltizam kepada jemaah.
Pewaris yang menilai sesuatu dengan neraca syarak.
Pewaris yang tahu akan adab-adab amal jamaie.
Pewaris yang menghormati hasil-hasil syura jemaah.
Pewaris yang mewariskan  nilai ukhuwwah yang tinggi.

Inilah pewaris yang terbaik.
Ketahuilah haram untuk kamu wahai pewaris-pewaris dakwah menjatuhkan apa yang telah lama dibina !

Pelajarilah daripada pengalaman mereka yang telah lama di jalan dakwah ini.
Meskipun pengalaman mereka itu lapuk dek zaman, tetapi nilainya bertahan sampai sekarang.
Jangan buang mereka kerana usia mereka yang telah tua itu.
Jangan buang mereka begitu sahaja dek kerana egomu yang terlalu tinggi.
Jangan buang mereka kerana kau menganggap pemikiran mereka kolot, tidak sesuai dengan medan amal dakwah zaman kini. Mungkin mereka kurang idea, tapi lebih banyak amalnya berbanding kita !

Andai kau menjadi pewaris yang buruk, kau akan melahirkan generasi pelapis yang juga buruk. Boleh jadi dengan tangan kamu sendiri dakwah ini akan punah. Naudzubillah !

 

Kamu itu ranting-ranting pokok. Maka, janganlah kamu mencabut diri kamu dari pokok yang telah lama tumbuh, punya akar tunjang yang cukup kuat. Andai kau cabut juga diri kamu dari pokok yang asal, ketahuilah kamu tidak kekal bertahan selamanya. Kamu akan mati sendirian.

 

 

sekian,
mylittlepencil
~ tidak mahu menjadi pewaris dakwah yang buruk

p/s : sentiasa mendoakan barisan murabbi di seluruh dunia menjadi murabbi yang terbaik inshaAllah !
p/s : mengagumi barisan para murabbi yang sudah lama (puluhan tahun) di dalam jalan dakwah.

2 thoughts on “profil seorang murabbi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s