Palestina

” Ayuh kakak. Terus maju ke depan. Tunjukkan perempuan juga semangat.”
kata seorang ukhti Indonesia dan menarik tanganku agar aku ke hadapan.

Seorang ustaz mencadangkan agar aku ditemuramah sebelum Konsert Amal Palestin bermula.
Aku tidak berminat sama sekali. Malu !
Puas mereka memujukku.

Aku melarikan diri ke luar dewan dan menegur para tetamu yang hadir.
Begitu lama aku membiarkan sampai membuatkan ustaz terlupa.

Alhamdulillah, kerjasama antara kami dan mereka berjalan lancar !
Bukan sekadar dapat menjayakan program besar-besaran bersama, malah ikatan ukhuwwah antara kami tersimpul mesra.

“Yang indah itu ukhuwah, tapi yang indah lagi akidah yang menyatukan hati-hati kita”

Berjumpa dengan artis yang begitu semangat (Izzatul Islam & Dai Nada) memang menyentuh hati.
Nyanyian mereka berjaya menyentuh dan menggerakkan  ruh para pejuang yang hadir pada malam itu.
Kibaran bendera Palestina sewaktu konsert  memeriahkan lagi suasana.

Di mana dicari pemuda Kahfi ?
” Ya, kami di sini.”

Seolahnya begitu. Walaupun penonton sekadar mendengar, namun semangat yang mengalir itu sama.
Kami peduli ummah !

Wahai Palestina kami yang tercinta, saksikanlah !

***

PEDULI UMMAH : BUKTI KEMATANGAN

Isu peduli ummah telah lama digembar-gemburkan di sekeliling kita.
Cuma, masalahnya adakah kita benar-benar peduli atau tidak ?

Isu peduli ummah menunjukkan bukti kematangan fikiran kita. Andai kita tidak peduli tentang apa yang terjadi pada mereka di Palestina sana bererti kita tidak punya hati yang sensitif.

Sensitif yang sebenar-benarnya harus mula dipupuk daripada iman dan taqwa.
Assyidda’  ‘alal kuffar (bersikap keras terhadap orang kafir) itu harus bermula dari dalam.

Kebencian kita bukanlah dengan hinaan, tohmahan dan cacian.
Tetapi kita amat bertegas dengan hak milik ummah yang telah dirampas.

Kita harus tunjukkan kepada mereka betapa kita mahukannya kembali.
Kemahuan kita bersama itu berpunca daripada aqidah yang sama.

Kerana itu isu Palestina atau apa jua isu ummah adalah isu aqidah, bukan isu kemanusiaan semata-mata.
Lalu, apakah kamu tidak punya kemahuan yang sama sepertiku ?

‎”Kolaborasi rumpun Melayu Indonesia dan Malaysia, yang mana bila berbicara soal akidah, tiada rumpun-rumpun”

Begitu juga dengan kita semua.
Berpaksikan aqidah dan agama yang sama, kita mampu untuk bersatu.
Meskipun dalam bukan semua gerak kerja, meskipun dari benua atau negara yang berbeza, 

segala batasan kita itu tidak mampu melumpuhkan usaha kita untuk bersatu.
Sungguh, batasan untuk orang-orang yang beriman itu hanyalah batasan aqidah.

Batasan geografi, perbezaan itu dan ini hanyalah permainan Barat yang cemburu dan takutkan gelombang kuasa kita andai kita bersatu!

Jika kita masih memikirkan segala jenis perbezaan yang ada itu bermakna kita kekurangan rasa izzatul ummah (rasa bangga akan ummah).
Kita tidak merasakan ummah ini adalah satu penyatuan yang termulia dari Allah S.W.T.

Lalu, adakah perbezaan yang terlalu banyak antara kita sampai melupakan kita ini sebenarnya satu ummah yang mendapat takhlifat dan khairiyyah yang sama ?

Terlalu mengenengahkan perbezaan hanya membunuh diri kita semua.
Jika tidak mula dilatih dari sekarang untuk bersatu, sampai saat berhadapan musuh nanti kita akan kecundang !

ISU UMMAH : PENTINGKAH ?

Walau darah punya warna yang sama, tetapi hati itu lain-lain.
Ini hakikat seorang manusia.

Namun, di dalam isu ummah kita tidak wajar menjadikan hati kita abnormal.
Berpura-pura tidak ambil peduli, sengaja tidak ambil peduli itu adalah penyakit hati.

Apatah lagi bagi mereka yang menganggap hal ini tiada kaitan dengan diri mereka.

“Kepedulian mereka tentang Palestin mendorong diri untuk menjadi sukarelawan.”

Soalnya mengapa kita yang patut ambil peduli ?
Bukankah di dunia ini sudah terhimpun badan atau organisasi yang khusus cakna tentang mereka ?

Jawabnya, kita belum lagi benar-benar ikhlas menjadi sukarelawan Palestina.
Kita belum lagi benar-benar berinfaq kepada ummah ini.

Bantuan kita bukanlah terhad kepada matawang sahaja.
Bantuan kita yang paling utama adalah kesedaran dan cakna kita akan isu ini.

Saban hari, negara mereka dimusnahkan tetapi kita masih lagi selesa.
Saban hari, nyawa anak-anak kecil di sana tetapi kita masih lagi selesa.

Demi Allah, keselesaan yang amat merugikan adalah keselesaan diri sendiri.
Janganlah kita membiarkan isu ini tidak diambil peduli sampai saatnya Palestina itu nanti dirampas keseluruhannya.

tangisan itu masih kedengaran lagi…tiada siapa yang peduli…
di mana nilai kemanusiaan sebagai hamba Tuhan ?
di mana nilai cakna ummah sebagai hamba-hamba yang beriman ?

Selagi ada erti hidup, aku akan terus mencintai ummah ini !
Sampai bila-bila inshaAllah.

PALESTINA

“Kami bersyukur punya kamu semua yang ambil peduli tentang kami.”
“Kami tidak mahukan wang-wang kamu. Belajarlah bersungguh-sungguh dan bela nasib ummah ini.”

Inilah kata-kata mereka.
Mereka yang sedang menjadi ‘wakil’ kita menpertahankan hak ummah ini di Palestina sana.

Fikirkan sejenak dan muhasabah.
Panggilan Palestina adalah panggilan jihad.
Panggilan Palestina adalah panggilan ummah.

Ketauhilah, panggilan mereka di sana memerlukan tentera yang terbaik.

Tentera yang terbaik itu bermula dengan iman yang terbaik.
Kemudian, dididik dengan tarbiyyah Islamiyyah. Seterusnya, diperjelaskan kepadanya tentang kepentingan dakwah di atas muka bumi. Dakwah inilah yang akan menjadi senjata kita yang paling utama !

Ayuh, jadi tentera Palestina yang terbaik meskipun berjauhan dari mereka.

***

SEKITAR KONSERT AMAL PALESTINA

Save Palestina !
taujihat yang sangat bermakna ketika ini !
sekitar konsert
akhawat Indonesia kesayangan saya
Izzatul Islam
Dai Nada
jualan barangan Palestina di luar dewan
tabung kutipan dana untuk Palestin
Ketibaan IZIS
bendera Palestina
Of ‘at the concert’

“Acara ini bukan punya orang Malaysia. Acara ini bukan juga punya orang Indonesia. Acara ini punya Palestina! Untuk Palestina!” 

Mas Putra Erianton
Ketua Panitia Konser Amal untuk Rakyat Palestina

sekian,
mylittlepencil

p/s : liputan Indonesia – http://www.pkspiyungan.org/2012/10/konser-amal-izis-di-mesir-acara.html

p/s : berbangga bekerja dengan ikhwah dan akhawat Indonesia kerana hammasah mereka amat tinggi ! moga dapat peluang seperti ini lagi inshaAllah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s