cakerawala dakwah 2 : pemuda

“ Awak tengah buat apa tu ? ” aku meneliti pensel 2B berjenama Faber Castell  yang berselerak di atas mejanya serta kertas A4 yang mempunyai hasil lakaran yang tidak berapa jelas.

Aku tahu dia sedang melukis.
Cuma bertanya untuk tahu lebih lanjut.

“ Lukis komik. Untuk majalah.”
“ Waaahh…bestnyaa…untung ada bakat. Teruskan guna untuk jalan yang betul eh.”

Dia tersenyum.
“ Apa tema kartun kali ni ? ” aku bertanya lagi.
Isunya pasti menarik.

“ Isu mahasiswa yang selalu ditindas…”

***********

“ Bila kita menyampaikan sesuatu pada orang, biarlah adil dan saksama. Bukan semata menyebelahi sebelah pihak (bias). ” pesan aku kepadanya.
Malam itu kami berbincang tentang isu kebangkitan mahasiswa yang semakin mendapat perhatian di negara.

Dan dia pula rajin meminta pandanganku serba sedikit.
Aku melontarkan segalanya sejernih mungkin.
Pandangan peribadi yang mungkin sahaja ditolak atau diterima……

************

PEMUDA & PERJUANGAN

Pemuda seringkali dikaitkan dengan perjuangan.
Tenaga mereka luar biasa.
Semangat mereka berkobar kobar.

Inilah kelebihan para pemuda.
Lelaki mahupun perempuan.
Bila mereka sebulat suara, suara mereka mendapat perhatian.
Bila mereka bergabung tenaga, tenaga mereka menggerunkan pihak lawan.
Lebih menarik, mereka ini kebanyakannya golongan intelektual.

Mereka berperang dengan fikrah perjuangan, bukannya senjata.
Mereka mampu untuk berfikir untuk membezakan antara yang baik dan buruk.
Mereka tidak bebal, tidak mengikut telunjuk orang membuta tuli.

Inilah pemuda.
Mereka punya prinsip dan pegangan sendiri.
Anehnya, mereka cukup izzah pada kuasa yang ada pada tangan mereka.

Betapa penting untuk mereka menyedari bahawa mereka sebenarnya mampu untuk mengubah, malah memerintah dunia ini !

Maka, untuk berubah dan mengubah,
mereka harus punya perjuangan yang benar benar suci.
Perjuangan  yang jujur.
Perjuangan yang punya bekalan.
Perjuangan yang adil.
Perjuangan yang penuh adab.

Jika perjuangan mereka tidak punya asas asas ini, perjuangan mereka hanyalah sia sia.
Sungguh, betapa merugikan andai perjuangan itu hanya bersifat suara tetapi tidak kedengaran.

Ketahuilah para pemuda,
jauhkanlah dirimu daripada perjuangan yang hanya membuang masa dan tenaga.
Pergilah kepada perjuangan yang mampu menggerakkan tenaga kamu untuk peroleh kemenangan.
Sertailah perjuangan yang mampu memberi mutiara kepada masa masamu.

Andai kamu sedang berada di dalam perjuangan itu,
maka yakin dan tetaplah berada di situ.

Hanya risalah Islam sahaja sebagai penyelamat dan kamulah pemegang obornya.

Jangan  bersikap tidak mengendahkan, berlalu pergi sambil berkata,
“ Ah, aku muda lagi. Punya banyak masa untuk hidup. Aku mahu hidup dalam dunia aku sendiri.”

Jangan kau melalak sendirian persis katak memanggil hujan duduk dalam tempurung ciptaan sendiri.
Atau sengaja mengasingkan diri di hujung kampung dan berpura pura tidak tahu tentang dunia realiti.

HAKIKAT PEMUDA

1.SEJARAH

Pemuda dan sejarah tidak boleh dipisahkan.
Bagi aku, ini hakikat diri seorang pemuda yang mereka tidak boleh lari daripadanya.
Cukuplah, dari sejarah mereka belajar.

Lipatan sejarah banyak mengagungkan golongan pemuda pemuda yang diredhai-Nya.

Kami ceritakan kepadamu (Muhammad) kisah mereka dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka. ( 18 : 13 )

Sungguh, andai mereka benar benar mendapat petunjuk, darjat mereka itu teramat tingginya !
Namun, mereka tidak kenal akan tokoh tokoh pemuda yang dahulunya lebih agung.

Mungkin bagi kita, kita sudah terlalu lali mendengar nama tokoh tokoh pemuda dalam sejarah Islam.
Sultan Muhammad Al-Fateh.
Pemuda pemuda Al-Kahfi.

Namun, mereka di luar sana ?
Mungkin ada yang sekadar mengetahui tetapi tidak cuba belajar darinya.
Malah, ada yang tidak pernah mendengarnya langsung.

Mengapa pemuda diangkat dalam lipatan sejarah kebangkitan Islam ?
Kerana para pemuda ini golongan yang teramat istimewa.

Apakah kita tidak mahu menjadi pemuda pemuda yang mencipta sejarah ?

Rentetan revolusi yang terjadi di negara negara tertentu kebanyakkannya digerakkan oleh barisan pemuda sendiri.
Mereka menganjak paradigma dan mengambil langkah setapak ke hadapan.
Mereka amuk selagi kebenaran itu tidak tertegak.

Ffitrah diri pemuda,
mereka ini mudah untuk dilentur.
Mudah dipengaruhi, mudah dibentuk.

Lalu, mereka yang dilentur dengan agama Islam yang syumul, dipengaruhi hidupnya dengan jalan dakwah, dibentuk dengan tarbiyyah Islamiyyah,

Mereka adalah  sebenar benar rijal !

Aku mampu membayangkan akh al-Mujahid itu sebagai seorang laki laki yang senantiasa melakukan persiapan dan menyiapkan perlengkapannya, mampu menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwanya dan seluruh bahagian hatinya.
(IMAM SYAHID HASSAN AL-BANNA)

 

Wahai pemuda, ingin aku bertanya kepadamu.
Apakah asas yang melandasi  hidupmu sampai saat ini ?

2.CITA-CITA

“ Cita cita saya ingin melihat Islam ini menjadi ustaziyatul alam.”
terang seorang adik saat dia dipilih sebagai calon untuk ketua pelajar bagi batchnya.

Aku yang mendengar cukup terpempan kekaguman.
Betapa muda usianya tidak sepadan dengan setinggi cita citanya.

Tetapi, itulah pemuda.
Cita citanya tinggi.
Azamnya cukup kuat untuk menolak dirinya.

Pemuda, golongan manusia yang cepat tekad.
Jika ditanya kepada mereka, terlalu banyak perkara yang mereka ingin capai dalam hidup ini.

Cuma, mereka terleka dengan dunia.
Lalu, mereka hanya menyempitkan cita cita mereka itu hanya pada dunia.
Cita cita mereka tidak sampai ke penghujung kehidupan yang abadi itu.

Dan, apabila impian mereka sudah tercapai, mereka kembali terkapai kapai.
Mereka merasakan urusan kehidupan itu tamat apabila cita cita sudah tercapai.

Kalaupun mereka terus menyambung atau mencari cita cita yang lain untuk melengkapkan kehidupan, mereka akan lelah di akhirnya.

“ Betapa diriku ini dipenatkan oleh dunia. Betapa rugi ! ”

Padahal, perang mereka tidak pernah tamat.

Misi kehidupan mereka masih lagi jauh di hadapan.
Cita cita mereka seharusnya infiniti.

Mereka harus punya cita cita yang mungkin sahaja tidak pernah terlintas di fikiran orang lain.
Baru mereka merasakan setiap saat kehidupan, setiap saat usia mereka cukup berharga !

Pemuda sekarang terlalu tenang berilusi sampai terlupa betapa ilusi tersebut telahpun menyenyakkan mereka dalam tidur di perbaringan yang palsu.

Infiniti mereka : 7 syurga.
Infiniti mereka : melihat wajah-Nya.
Infiniti mereka : dikelilingi bidadari bidadari syurga.

Lalu, apakah infiniti kamu ?
Dan adakah iman menjadi persiapan utama untuk kamu mencapai infiniti itu ?

 

PEMUDA DAN  FALSAFAH PISANG

“ Kasim, pernah kau dengar tentang  falsafah pisang ? ”

Kasim sudah menyangka. Tetapi apakan daya, ingin menolak sudah terlambat.
Kalaupun sempat, Pak Leman lazimnya meneruskan juga bicaranya.

“ Tak pernah lagi Pak Leman.” Kata Kasim sambil melihat jam tangan pusaka arwah ayahnya mengira-gira berapa lama lagi dia perlu berada di situ.

“ Kau nampak pokok pokok pisang depan kedai aku ni ? Pokok pisang itu aku kira lebih bagus daripada manusia. Mana mana ia berada, ia tetap tumbuh dan berbuah, tak kira tempat, tak kira masa. Kalau dipotong pun kemudian akan tumbuh lagi. Seolah…”

“  Seolah apa Pak Leman ? Seolah punya kuasa sakti ke ? ” Kasim menjawab walaupun Pak Leman bukanlah bertanya sebenarnya.

“ Bukan. Seolah pokok pisang itu tidak akan akan membiarkan dirinya tanpa amal. Ia seolah punya gerakan tersendiri untuk memajukan hidupnya. Bak kata Imam Hassan Al Banna : Seorang muslim yang baik itu ibarat bibit yang baik, di manapun ia berada ia akan menumbuhkan kebaikan. ”

Dan salah seorang dari kedua (perempuan) itu berkata, “ Wahai ayahku ! Jadikanlah dia sebagai pekerja (pada kita), sesungguhnya orang yang paling baik yang engkau ambil sebagai pekerja
(pada kita) ialah orang yang kuat dan dapat dipercayai.” ( 28 : 26 )

Pemuda = Pekerja.
Pemuda terbaik = Pekerja terbaik.
Pekerja terbaik = Medan yang terbaik.

Dan, medan yang terbaik akan menghasilkan amal amal yang terbaik.

Bagitulah jalan dakwah ini yang bekehendakkan kamu agar terus bekerja sampailah menjadi pekerja yang terbaik.

Maka apabila kita sebagai seorang Muslim tetapi tidak berperanan sebagai seorang daie, maka sama halnya seperti kita sedang memutuskan rantai dakwah.

Pesanku, janganlah  menjadi manusia lebihan dunia.
Lebih buruk, dunia ini dirosakkan oleh tangan tangan kamu sendiri.

sekian…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s