aneh bin nyata

Bismillah.

Salam dakwah.

Berada dalam medan dakwah menjadikan kita  seorang daie yang semakin bertambah pengalamannya. Kerana tugas dakwah bukanlah seperti bidang kerja yang lain.

Sewaktu ditemuduga, kita akan ditanya tentang pengalaman bekerja.
Tugas dakwah  punya ijazah dan kelayakan yang tersendiri.

Ijazahnya : dua kalimah syahadah yang mengangkat kesaksian anda sebagai seorang Muslim.
Dan kelayakannya : cukuplah sudah andai anda punya medan (manusia) dan bahan yang untuk anda sampaikan. (biarpun sedikit)

Setiap waktu yang dilalui, pastinya memberi pengajaran.
Dan pengajaran itu akan kita dapat andai kita terlebih dahulu memberi.

Memberi apa yang boleh dan halal untuk diberi.
Selagi kita punya peluang, kita akan memberi.

Dakwah adalah satu janji.
Janji kita kepada-Nya sebagai seorang hamba yang taat.
Janji  ini, seolah satu kuasa yang cukup kuat untuk menolak kita melakukan segalanya demi dakwah ini !

Janji janji manis dari Allah bukan seperti janji janji manis manusia.
“ I janji akan belikan You rantai emas tu kalau you kahwin dengan I.”
“ Pun boleh.”

Entah tertunai entah tidak.
Jika tertunai pun, bukan kerana ikhlas.
Sekadar mengambil kesempatan,
atau demi kebaikan diri sendiri semata.

Janji janji Allah janji janji yang cukup berbeda.
Janji-Nya menolak ruh dan sumbu iman kita dari dalam.
Andai, kita benar-benar menghayatinya.

Manusia, fitrahnya memerlukan bukti atau objek yang nampak di hadapan mata.
“ Camanalah nak bersedeqah sedangkan tak rasa pun bila sedeqah rezeki semakin bertambah. Lagi muflis adalah !!! ”

Manusia terlupa bahawa keyakinan kepada Allah memerlukan iman yang ‘amiq.
Barulah kepercayaan yang kuat itu akan datang menyinggah.
Andai tiada iman, bagaimana langit yang tinggi itu kita percaya ia bertahan gagah tanpa sebatang pun tiang ?

Memenuhi janji  kita kepada Allah lah yang mengajar kita untuk fokuskan diri sendiri kepada tugas dakwah.
Memenuhi janji kita kepada Allah lah yang mengajar kita untuk istiqamah atas jalan dakwah.
Memenuhi janji kita kepada Allah lah yang menghilangkan segala rasa keterpaksaan.

Refleksi diri semula,
apakah kita berjanji kepada Allah dengan seikhlas dan sepenuh hati kita ?
Ataupun, ia sekadar menjadi imitasi diri sendiri (terikut ikut orang lain) ?
Ataupun janji kita kepada Allah itu kita tunaikan sekadar kita mahu diri kita terselamat (kerana dirinya penakut ! ) ?

Bagi orang yang memenuhi seruan Tuhannya, (disediakan) pembalasan yang baik. Dan orang yang tidak memenuhi seruanNya, sekiranya mereka mempunyai semua (kekayaan) yang ada di bumi dan (ditambah) sebanyak isi bumi itu lagi, nescaya mereka akan menebus diri mereka dengan kekayaan itu. Orang itu disediakan baginya hisab yang buruk dan tempat kediaman mereka ialah neraka Jahannam dan itulah seburuk buruk tempat kediaman. (13 : 18)

Maka, penuhilah janjimu itu dari dalam hatimu kerana itulah salah satu energi dakwah yang berkuasa tinggi !
Mengertilah,  janji ini yang akan kita bawa sampai kita mati !

Saya sendiri,
sedang  pernah mengalami fasa ‘numbness’ dalam dakwah.
Faith a comply. ( dipaksa setuju, sama ada mahu atau tidak)
Segala amal dakwi kerana memenuhi arahan manusia.
Segala amal dakwi yang disangka orang punya pengaruh iman yang kuat tetapi sebenarnya kosong.
Duduk dalam tarbiyyah dan dakwah kerana seronok berjumpa ramai orang walhal hati tidak langsung menerapkan ukhuwwah fillah.

( Dek kerana itu,
kebelakangan ini saya lebih suka berdiam dan berfikir.
Berfikir dengan hati.
Berdiam sambil beristighfar.
Lebih suka menyendiri daripada terlalu bercampur dengan orang.
Lebih gemar membaca buku daripada berbual bual panjang…maafkan saya….)

Berjanjilah untuk berprestasi, jangan hanya menghitung hari.
(Solikhin Abu ‘Izzuddin)

PELUANG : CARA PANDANG KITA

peluang sentiasa menjadi hak milik anda jika anda bijak mendapatkannya

Bagaimana cara anda memandang setiap satu minit yang anda punya dalam hidup ?

Ada orang yang memandang satu minit yang dia punya, dia sudah boleh beristighfar kepada Allah sebanyak 30 kali.
Ada orang yang memandang satu minit yang dia punya, dia sudah boleh membaca 3 atau 4 halaman sebuah buku.
Dan ada orang, bertindak hanya melepaskan satu minit itu. Kerana baginya satu minit hanyalah satu minit, tidak sama nilainya dengan sepuluh minit.

Sesungguhnya orang orang yang soleh dapat menghela nafas dirinya kepada kebaikan secara sukarela, sementara kita dapat menghelakan diri setelah memaksanya. (Ibnul Mubarak)

Sungguh, peluang untuk kita beramal sentiasa ada selagi kita punya nyawa dan udara untuk hidup.
Peluang itu sentiasa terbuka pintunya.

Cuma, manusia bertindak menutupnya atau merelakan orang lain untuk masuk.
Peluang ini adalah fasiliti daripada Allah buat khalifah-khalifahNya.

Andai kita bertindak merosakkannya, akhirnya kita sendiri tidak dapat lagi menggunakannya untuk membantu segala urusan hidup kita.

Betapa luas medan dakwah ini dan betapa banyak peluang di dalamnya untuk kita beramal.
Dan apakah kamu, wahai dua’t (terutamanya diriku) di luar sana tidak mahu merebutnya ?
Lanjut, menjadi hamba Allah yang paling disayangi-Nya.

Dakwah adalah ‘landasan’ dunia kita menuju akhirat sana.
Penuh gemilang, penuh cahaya kita mahu mempersembahkan segalanya di hadapan Dia.

 

Orang yang melepaskan peluang ibarat mereka yang berada dalam kegelapan tetapi  bermandi   cahaya !

Maka, sudah bersediakah anda untuk mengubah cara pandang  anda terhadap segala
peluang yang ada ?

Jangan pernah melawan sunnatullah pada alam, sebab ia pasti mengalahkanmu. Tetapi gunakanlah sebahagiaannya untuk menundukkan sebahagian yang lain, nescaya kamu akan sampai  tujuan.
(Imam As-Syahid Hassan Al-Banna)

ANEH BIN NYATA MAHU MASUK KE SYURGA ?

Beruntungkah berusaha sekadar hangat hangat tahi ayam tetapi kepinginkan Firdaus yang paling tinggi itu ?
Atau apakah terlalu bodoh orang yang sibuk beribadah kepada Allah, sibuk dengan dakwah tetapi tidak berharapkan syurga langsung ?

Berusaha sedikit tetapi mengharapkan hasil yang prima.
Aneh bin nyata.

Kebanyakan manusia sekarang begitu.
Mereka rela  tenaga yang mereka ada dibazirkan kepada perkara yang sia sia.
Dan, prioriti hidup mereka mula berubah.
Lazimnya, golongan ini hanya sekadar berbasi basa  sahaja.

Maka tunjukkan dong  keislaman kita jangan sekadar berkoar-koar sahaja !

Hakikatnya, si polan yang bernama Aneh Bin Nyata ini punya potensi diri yang boleh dilonjakkan.
Punya masa berlebihan yang boleh dimanfaatkan.
Punya tenaga super yang boleh digunakan.

Tetapi, si polan bernama Aneh Bin Nyata  ini lebih memilih untuk mundur.
Maka, terhasillah angan angan dan fikiran fikiran yang hampas belaka.

Menurutku, ada enam hal yang termasuk dalam tipuan yang paling besar,
1. Mengharapkan ampunan dari Allah tapi terus menerus melakukan dosa tanpa penyesalan.
2. Merasa dekat dengan Allah tetapi tidak melakukan ketaatan.
3. Menunggu tanaman syurga tetapi selalu menyemai benih amalan neraka.
4. Mencari istana orang orang yang taat tetapi selalu berbuat maksiat.
5. Menanti pahala tetapi tidak mahu beramal.
6. Mendambakan kasih sayang Allah tetapi selalu melanggar ketentuan-Nya

(Yahya Bin Muadz)

Maka,  beruntunglah  si Aneh Bin Nyata ini setelah mengenal tarbiyyah.
Kerana tarbiyyah mengajaknya (dan kita semua) untuk melakukan anjakan.

Perubahan yang bukan bertujuan melahirkan ‘gaya’ manusia yang sama.
Tetapi mencetak manusia yang berupaya menggunakan keistimewaan diri mereka untuk Islam, dengan cara tersendiri.

Tarbiyyah menghalang seseorang daripada menjadi kader yang muallaf.
Bukan baru masuk Islam.
Tetapi, tidak berupaya meningkatkan potensi diri sedangkan dirinya adalah stok yang telah lama.

Wah, nampaknya Aneh bin Nyata ini telah bertukar menjadi Super Bin Hebat !
Dia kini menggulung ijazah MBA (Murabbi Banyak Akal), bukan MBA (Murabbi Banyak Alasan).
Dan semakin lama dia dalam tarbiyyah, dia menggulung lagi ijazah.

PhD (pakar halaqah dan daurah), bukan PhD (pintar hindar diri dari dakwah).
Kini dia begitu yakin pada semangat, KEEP  ON TARBIYYAH !

Dan dia mengajak anda,  “ Akhi wa ukhti mari segarkan diri ! ”

Kini, dia bukan lagi orang yang mempermasalahkan masalah, tetapi mampu menyelesaikan masalah !
Dia membina bukan membinasa.

Bagaimana anda ?
Mahukah anda menjadi sepertinya ?
Atau anda memilih untuk menjadi sepertinya dahulu, memanjakan diri tanpa prestasi ?

AKUJANJI TARBIYYAH

Saya berjanji, saya tidak akan merasa terpaksa dan dipaksa dalam aktiviti tarbiyyah, kerana tarbiyyah telah menjadi keperluan saya hingga akhir hayat saya. Allah menjadi saksi atas janji yang saya ucapkan dan tuliskan ini.

(…………………………………………………)
Tandatangan anda

 

Sekian,
mylittlepencil
~berusaha menjadi daie yang menggerakkan potensi dirinya

p/s : hasil muhasabah diri daripada hasil bacaan Quantum Tarbiyyah ( karangan  Solikhin Abu ‘Izzuddin)    yang sedang mengalami fasa numbness dalam dakwah…

p/s : doakan saya…..selalu…..

p/s : jemput baca buku Quantum Tarbiyyah. HIGHLY RECOMMENDED !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s