daie dan populariti

Bismillah.

Ingin saya mulakan entri kali ini dengan sebuah hadis yang sangat menarik.
Moga moga kecintaan kita padanya semakin bertambah.

Dalam sebuah hadis Abdullah Bin Mas’ud, Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

Al-Quran ini  adalah hidangan Allah. Oleh itu, hadaplah hidangan Allah ini sepuas hati kamu. Al-Quran ini adalah tali Allah (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya yang terang dan ubat yang mujarab, pengawal bagi yang berpegang dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutnya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa yang menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas sekerap mana sekalipun diulang. Bacalah kerana Allah akan memberikan kamu ganjaran setiap satu huruf itu sepuluh ganjaran. Saya tidak katakana Alif Laam Miim sebagai satu huruf tetapi Aliff (satu huruf) dan Laam (satu huruf) dan Miim (satu huruf).
– Riwayat Al-Hakim-

Moga moga, kita menjadi generasi Al-Quran yang terulung.
Islah wa  Musleh.

Mengubah diri sendiri dan mengajak orang lain untuk turut berubah.
Bukankah wajar kita menjadi generasi manusia yang hebat setelah mendapat khairiyyah ummah sepertimana telah Allah firmankan ?

HEBAT & POPULAR

Hebatnya akh. Patutlah menjadi pujaan dan pujian ramai.”

Bila nama mula disebut sebut,
Bila peribadi mula menjadi teladan,
Bila diri mula dijadikan idola orang ramai,

Ini pastinya satu bebanan.
Paparazi mula mengejar.

Mungkin nama tidak tercalon dalam mana mana anugerah Bintang Popular, tetapi pastinya populariti diri meningkat naik.
Cuma bezanya, kita popular dengan perkara yang kita lakukan.
Popular kerana dakwah. (logikkah ? )

Tahanlah daripada artis kan..at least, kita popular bukan dengan buat dosa.”

Bagi saya, hebat memang sinonim dengan popular.
Mana mungkin orang yang popular itu tidak hebat.
Paling kurang, mereka punya aset yang tersendiri.

Ada yang popular dengan tulisannya.
Ada yang popular dengan videonya.
Ada yang popular dengan rupanya.
Ada yang popular dengan lukisannya.
Dan, pelbagai lagi….

POPULARITI : DICARI ATAU  KEPERLUAN ?

Soalnya, adakah dua’t zaman kini meminta-minta  populariti atau sememangnya mereka memang mencari populariti ?

Benarkah  populariti itu satu aset yang amat berharga dalam dakwah ?
Jawab saya, ya.

Anasir anasir taghyir memang akan selalu menjadi tumpuan masyarakat.
Kerana memang fitrah manusia mereka akan cenderung untuk mengikut peribadi peribadi yang hebat pada mata mereka.

Kalau boleh, segalanya akan dijadikan contoh.
Gaya bercakap, gaya menulis.
Gaya berfesyen dan sebagainya.

Gerak geri mereka akan diperhatikan.
Berlaku sahaja apa isu isu mengenai mereka, masyarakat mula cakna.
Tambahan pula dengan teknologi canggih zaman sekarang, semakin mudah orang ramai untuk mengakses hidup mereka dari segala segi  !

Sampaikan privasi hidup mereka terganggu dengan dahsyatnya.
Mungkin sahaja maruah mereka akan tercalar.

POPULARITI & FITNAH

Pujian ujian.
Dan fitnah juga ujian.

Ya, populariti dan fitnah juga tidak dapat dipisahkan.
“Evil is more famous than goodness.” 

Manusia bebas melakukan apa sahaja yang mereka suka.
Cemburu dan rasa benci dalam diam mendorong mereka untuk menabur fitnah sesuka hati.
Pelbagai  cerita bohong akan mula tersebar dengan bebasnya.

Fenomena yang biasa berlaku dalam kalangan dua’t adalah mereka akan dituduh berlagak sedangkan zaman silam mereka juga penuh karat karat jahiliyyah.

“ Eleh Si Semah ni dulu pun teruk jugak. Sekarang dah pakai tudung, eksyen je lebih. Huh.”

Mari kita teladani semula satu kisah popular dalam lembaran sirah Rasulullah S.A.W satu ketika dahulu.
Kisah di mana zaujah tercinta Baginda difitnah dengan begitu dahsyat sekali.

(Ingatlah)  ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikitpun, dan kamu mengaggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar. ( 24 : 15 )

Ramai manusia terlupa dan leka.
Mereka sibuk membuka aib orang lain sampai terlupa untuk muhasabah diri mereka sendiri.

Apa niat mereka memfitnah, saya sendiri terkadang pelik memikirkannya.
Cemburukah ?
Menyampahkah ?
Atau aktiviti fitnah memfitnah ini hobi dek kerana terlalu punya banyak masa lapang dan terlalu gemar melihat orang lain kena bertubi tubi.

Mengapa orang orang mukmin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, ketika kamu mendengar berita bohong itu dan berkata, “ Ini adalah (suatu berita) bohong yang nyata.”  ( 24 : 12)

Pastinya kejahatan mereka yang dengki  ini  amat merbahaya !

Katakanlah, “ Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh (fajar), dari kejahatan (makhlauk yang) Dia Ciptakan, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita, dan dari kejahatan (perempuan-perempuan) penyihir yang meniup pada buhul buhul (talinya) dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki.” (113 : 1-5)

Mari kita teliti semula hal ini.
Perhatikan etika diri kita tatkala berhadapan dengan isu isu sensitif sebegini.

Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali mengulangi seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang beriman, ( 24 : 17 )

Mari kita muhasabah semula.

Cemburu itu wajar hanya pada tempatnya.
Dan cukuplah cemburu itu untuk menolak anda menjadi seorang yang lebih baik.
Tidak perlulah orang yang dicemburui itu diburuk burukkan pula.

Tidak perlu juga anda memandang masa silamnya dan menyamakan dirinya seperti dulu.
Dia telahpun berhijrah ke ‘tempat’ yang lebih baik.

Biarlah masa silamnya itu menjadi rahsianya sahaja dan muhasabah untuk dirinya.
Simpanannya.

Untuk anda, masa silam anda.
Jangan pula anda jadikan masa silamnya untuk diniagakan !

STOP THE BAD CHAIN !
Dan jika anda masih cemburu kerana betapa popularnya orang tersebut,
saya akui, itu kelebihannya.
Dan anda juga punya kelebihan tersendiri bukan.
Allah itu Maha Adil.
Allah memberikan setiap satu manusia itu satu keistimewaan buatnya.

Dan bukankah popular dengan amal kebaikan itu lebih baik ?
Nama disebut sebut di arasy-Nya.

(Malaikat-malaikat) yang memikul arasy dan (Malaikat) yang berada di sekelilingnya bertasbih dengan memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memohonkan ampunan untuk orang orang beriman (seraya berkata), “ Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu yang  ada pada-Mu meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang orang yang bertaubat dan mengikuti jalan (agama)-Mu dan peliharalah mereka dari azab neraka.” ( 40 : 7 )

“ Ana rasa ana bukan anasir taghyir dalam dakwah ni. Rasa takde kelebihan….. Macamana orang nak tertarik pada dakwah ? ”

Ini hanya cakap mereka yang mudah berputus asa untuk terus berusaha.
Dakwah bukan tempat untuk orang orang yang popular sahaja,
ianya medan amal untuk semua.

Mungkin anda tidak menjumpainya lagi kerana anda tidak lagi berusaha untuk meningkatkan potensi diri.

Ingatlah, orang yang berpotensi itu adalah orang yang bijak dalam mencari peluang.
Dan orang yang bijak itu yakin bahawa potensi yang berbeza beza itu menunjukkan saling melengkapi.

 

POPULAR : NIAT

Tidak dapat tidak, orang yang popular tidak akan lari daripada ujian.
Luar dan dalam.

Betapa payah untuk mujahadah.
Ingatkah anda pada kisah Nabi Yusuf A.S yang popular kerana paras rupanya ?

Dan perempuan yang dia (Yusuf) tinggal di rumahnya menggoda dirinya. Dan dia menutup pintu-pintu, lalu berkata, “ Marilah mendekat kepadaku.” Yusuf berkata, “ Aku berlindung kepada Allah, sungguh, tuanku telah memperlakukan aku dengan baik.” Sesungguhnya orang yang zalim itu tidak akan beruntung. ( 12 : 23)


Dapatkah anda bayangkan betapa mujahadahnya Nabi Yusuf menghadapi situasi ini ?
Populariti yang tidak dimintanya.
Rupa paras miliknya adalah nikmat dari Allah S.W.T.

Ini baru ujian dari luar.
Ujian dari dalam itu bertambah peritnya.

Hamazat syaitan datang bertalu talu.

“ Wah, dah ramai orang suka kau. Tak bangga ke ? Like sana, like sini. ”
“ Ala, layanlah peminat perempuan kau sekali sekala, bukannya selalu. Habislah nanti kalau peminat lari.”

Sungguh, jika iman tidak dikuatkan,
mungkin sahaja daie malang itu hanyut.

Hanyut dalam popularitinya.
Lanjutnya, punah semua amal dakwinya.

Keikhlasan  tidak lagi suci.
Niat mereka mula kabur.
Segalanya kerana peminat, kerana populariti.

Tiada lagi istilah ‘ kerana Allah’ dalam kamus hidupnya….

Dan sungguh, perempuan itu telah berkehendak kepadanya (Yusuf). Dan Yusuf pun berkehendak padanya, sekiranya dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, Kami palingkan darinya keburukan dan kekejian. Sungguh, dia (Yusuf) termasuk hamba Kami yang terpilih. ( 12 : 24)


BAGAIMANA MENGAWAL POPULARITI ?

ONLY YOU THAT CAN CONTROL YOURSELF.
YET, THE BEST CONTROLLER IS FAITH.

Percayalah, anda tidak akan mampu mengawalnya !
Kerana popular atau tidaknya seseorang  adalah berdasarkan reaksi manusia.

Apa yang boleh dikawal adalah hidup anda.
Anda sendiri yang tahu sejauh mana batas kehidupan anda untuk didedahkan kepada orang lain.

Kalau anda sendiri yang banyak membukanya, maka tanggungjawabnya pada anda.
Anda sendiri yang harus bijak mengendalikannya.

Apa apa pun, belajarlah daripada tarbiyyah melalui peristiwa.

Besar nilainya.
Jika anda tercampak dalam keadaan seperti ini, banyakkan bersabar.
Dekatkan diri pada-Nya.

Sungguh, Allah lah yang menutup segala aib hamba-hambaNya. Kerana itulah, panjatkanlah rasa syukur yang teramat tinggi pada-Nya !

Teruskan menjadi contoh teladan buat yang lain.
Suka atau tidaknya mereka, itu terpulanglah.
Pastinya, anda tahu apa yang anda lakukan.

Teruskan langkah.
BEING IGNORANCE SOMETIMES IS GOOD.

“Do not yearn to be popular; be exquisite. Do not desire to be famous; be loved. Do not take pride in being expected; be palpable, unmistakable.” 

sekian,
mylittlepencil

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s