pahlawan kata kata

Bismillah.

WE ARE NOT THE KEYBOARD WARRIORS !!

Alam khayal lebih luas dari alam bicara.
Alam bicara lebih luas dari alam amal.
Alam amal lebih luas dari alam jihad.

Sungguh, medan dakwah tidak sepatutnya menjadi medan yang selesa.
Medan dakwah bukanlah medan yang kebahagiaan begitu mudah tercipta dan dicari.

Medan ini sungguh banyak sudah mengambil segala-galanya dari kita.
Medan ini mengajar kita menjadi ahli fikir dalam mengatur sebarang strategi.

Strategi dalam mengucap kalam.
Strategi dalam mengerjakan amal.

Begitulah, hidup ini harus penuh dengan rancangan mantap untuk masa hadapan seterusnya kerana mimpi itulah adalah pelajaran dan muhasabah dari hari semalam.

Medan dakwah ini adalah medan yang termulia kerana tanggungjawab dakwah kita ini adalah asyraful risalah.

Kita, ummah yang mendapat khairiyyah.

 Kamu (umat Islam) adalah ummah terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang orang yang fasik. (3:110)

Dan, khairiyyah itu datang dengan tali sambungan untuk menyampaikan risalah ini.
Risalah yang didahului oleh barisan para Anbiya’, dan kemudian disambung oleh barisan para sahabat dan seterusnya….
Sehingga, risalah itu tiba di tangan kita.

Namun, ada manusia yang masih bertindak menidakkan risalah agung ini.
Mereka mula berbicara tentang syubhah syubhah yang begitu merbahaya.
Dan syubhah terbesar aku lihat adalah,

daie zaman sekarang sedang menjadikan diri mereka sekadar pahlawan kata kata !

Mereka sibuk menyusun kalam, tapi amal dan gerak kerja dakwah seolah diserahkan kepada manusia yang lain.
Mereka sibuk menyampaikan kebenaran tetapi merekalah golongan yang paling lemah sekali untuk menerima hakikatnya.
Mereka sibuk dengan berjuta nasihat mengajak manusia, tetapi merekalah golongan yang berdiam diri dek kerana tidak mampu untuk beramal dengannya.

Sungguh, mereka inilah kumpulan dua’t yang digelakkan syaitan kerana syaitan berjaya membisikkan kata kata yang melumpuhkan semangat mereka.
Seterusnya, tanggungjawab dakwah ini ditinggalkan begitu sahaja kemudian jadilah mereka zumar atau rombongan menuju ke neraka !
Allahu Allah !

Mereka mengucap kalam tetapi sebarang perubahan tidak juga berlaku.
Kerana, mereka menyerahkan kuasa kepada kata kata tersebut untuk mengubah manusia.
Sedangkan, pada hakikatnya qudwah terbaik dakwah adalah pada amalnya !

Al-qudwah bil amal.
Tidak dapat dinafikan, perkataan memang bijak menimbulkan hammasah para dua’t.
Namun, auranya berbeza.

Kata kata bukanlah mughayyir.
Kata kata hanyalah sekadar pencetus rasa.

Apa yang diucapkan memang mampu mengubah pemikiran dan hati hati manusia, namun jiwa mereka sebenarnya akan lebih tersentuh dengan betapa indahnya akhlak seorang manusia yang bergelar daie !

Mari saya bawakan kisah Nabi Yusuf A.S tatkala dihukum dengan hukuman penjara.

Yusuf berkata, “ Wahai Tuhanku ! Penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka. Jika aku tidak Engkau hindarkan dari tipu daya mereka, nescaya aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentu aku termasuk orang yang bodoh.” (12 : 33)

Kemudian,

Dan bersama dia masuk pula dua orang pemuda ke dalam penjara. Salah satunya berkata, “ Sesungguhnya aku bermimpi memeras anggur.” Dan yang lainnya berkata, “ Aku bermimpi membawa roti di atas kepalaku, sebahagiannya dimakan burung.” Berikanlah kepada kami takwilnya. Sesungguhnya kami memandangmu termasuk orang yang berbuat baik. ( 12 : 36)

Masihkah anda tidak meyakini qudwah itu teramat hebat kesannya ?
Bayangkan betapa tersentuhnya hati dua orang pemuda itu dengan akhlak Nabi Yusuf A.S sehingga membuat mereka yakin untuk menceritakan mimpi mereka kepada Nabi Yusuf A.S untum ditafsirkan.

TAWAZUN
Tidak akan mungkin tarbiyyah itu tanpa harakah dan begitu juga sebaliknya.
Bayangkan, jika kau seorang pekerja sarkas dan kau ditugaskan untuk menjaga seekor gajah di dalam sebuah kurungan.
Makan dan minumnya terjaga elok.

Malangnya, kau hanya membiarkan ia terkurung bertahun lamanya.
Setelah itu, pada satu hari kau memaksa ia berlari dan melakukan aksi aksi luar biasa.

Percayalah, gajah itu hanya akan membatu kerana kau sendiri tidak pernah melepaskannya !
Begitulah, yang akan terjadi jika berlakunya ketidakseimbangan antara harakah dan tarbiyyah.

Jika diisi terlalu lama tanpa latihan untuuk bekerja di medan amal yang sebenar, mereka akan jadi seorang daie yang terpinga pinga.
Jika sebaliknya pula, kau menyuruh mereka turun ke medan amal tanpa sebarang bekalan mereka akan menjadi seorang daie yang sebenarnya kosong !
Berkata-kata yang hanya dengan emosi tetapi tanpa ilmu dan kefahaman yang jelas.

Kata kata yang diiringi emosi ini kebiasaannya cepat mengering, tetapi andai kau lengkapkan ia dengan fakta fakta ilmu yang lengkap, nescaya manusia amat mengingatinya !
*(bayangkan diri anda berkempen tentang menyelamatkan Palestin, tetapi tidak ada satu fakta tentang sejarah Palestin pun yang anda tahu)

Seperti itu juga kalam seorang daie.
Kata katanya tidak dapat tidak, harus tawazun dengan amal.
Mana mungkin seorang daie menyeru manusia untuk bertahajjud di tengah malam, sedangkan dia di rumah sampai berdengkur tidurnya !
Ya, inilah kelemahan kita yang jarang dimuhasabah.
Inilah puncak mujahadah kita diuji dengan dahsyatnya.

Kerana itu, berhati hatilah pabila berkata kata.
Pastikan hati kau terlebih dahulu menerimanya sebelum menaruh harapan ianya akan diterima oleh hati hati manusia yang lain.

Dakwah adalah kata kerja.
Berdasarkan maratib amalnya,
Mengikut manhajnya,
dan punya adabnya.

Sungguh, daie itu adalah mandub kepada dirinya sendiri.
Dia sendiri yang harus memantau gerak kerja amal dakwahnya serta kata katanya.

Jangan dek kerana kata kata yang menyeru kepada kebenaran, kita tercampak ke dalam neraka.
Wahai orang orang yang beriman ! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa apa yang tidak kamu kerjakan. (61 : 3-4)

Inilah golongan manusia yang palsu.
Iman yang palsu menjadikan kata kata yang diucapkan penuh dengan kepalsuan !
Sungguh, Allah tidak akan bertanya tentang berapa banyak jumlah kata kata yang telah kita sampaikan dalam jalan dakwah ini.
Allah akan bertanya tentang segala amal yang kita kerjakan yang kita berusaha untuk mengejar keredhaan-Nya !

Daie yang terbaik bukanlah yang terbaik kata katanya sahaja,
malah yang terbaik pada amalnya !

Cakap senang, buat susah.
Inilah yang sering melemahkan semangat seseorang untuk melakukan sesuatu.
Begitu mudah mengucapkan, begitu payah mengerjakan.
Sungguh, dalam medan amal mujahadah yang diperlukan amatlah tinggi.

Tanya semula pada diri anda adakah anda seorang daie yang praktikal ?
Dan adakah anda menjadi anggota sebuah jemaah yang praktikal ?

DEBAT DAKWAH

“ I’m right and your wrong. ”

Ada juga daie yang menyibukkan diri mereka dalam perdebatan yang tidak menambah ilmu.
Mereka lebih gemar menyelesaikan persoalan yang sampai sudah tidak punya jawapan,
dan mereka lebih gemar mempertahankan kata kata.

Mempertahankan kata kata untuk mempertahankan prinsip.
Tetapi, betapa lemah !

Ada manusia berpirinsip tetapi tidak mampu untuk mempertahankannya.
Ada manusia yang berprinsip tetapi cepat benar menukar prinsip pabila keadaan tidak membenarkannya.
Ada manusia yang hidupnya seperti lalang, tiada pegangan.

Soalnya, dalam dakwah ini adakah kita mempertahankan prinsip ?
Acknowledge to respect others.
If it is not equipped, the journey will be very difficult.

Pertahankan dakwah anda dengan gerak kerja.
Bukan dengan gerak mulut.

Itu cara kita berdebat dengan mereka.
We are physically speaking.
By time, they will get the answers.

Kita berada dalam medan dakwah adalah untuk menyelamatkan manusia.
Pahlawan yang bermain dengan teknik teknik dakwah yang hebat dan berkesan.
Kita bukanlah pahlawan yang punya mulut pincang tajamnya seperti pedang !

Menikam musuh dengan luka yang mungkin takkan sembuh sampai akhir hayat mereka kerana betapa mereka menyimpan dendam terhadap kita !

Sungguh, orang yang gemar bermain bahasa, suka melahirkan kata kata yang berbelit dan cenderung melahirkan ucapan ucapan yang hebat supaya para pendengar memuji mereka sebagai orang berkaliber, berwawasan tinggi, dan sebagainya.
Walhal, mereka ini tidak punya apa apa pun !

Paling tidak, mereka mahu orang menyangka mereka adalah golongan yang bekerja,
sedangkan mereka tidak melakukan apa apa pun.
Setelah penat berdebat dengan anda, akhirnya mereka akan meninggalkan anda dengan penuh angkuh.
Tanyakan semula pada golongan ini,

“ KE MANA HALA TUJU DAKWAHMU ? ”
Apa yang mereka lakukan sebenarnya hanya untuk menutup kelemahan dan keegoan mereka.
(Himpunan Risalah Imam Hassan Al-Banna)

WARRIOR OR WORRIER ?

Berfikir sebelum berkata.
Bayangkan diri kau akan dipersoal akan setiap patah perkataan yang kau katakan.
Bukankah sepatutnya kita risau berbanding menjadi pahlawan yang berkata kata ?
Bukankah kita sepatutnya risau akan diri sendiri yang tidak dapat menerima kata kata tersebut sedangkan orang lain menerimanya ?

Sungguh, Allah mengetahui orang orang yang menghalang halangi di antara kamu dan orang yang berkata saudara saudaranya, “ Marilah bersama kami.” Tetapi mereka datang berperang hanya sebentar, mereka kikir terhadapmu. Apabila datang ketakutan (bahaya), kamu lihat mereka itu memandang kepadamu dengan mata yang terbalik balik seperti orang yang pengsan kerana akan mati, dan apabila ketakutan telah hilang, mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka kikir untuk berbuat kebaikan. Mereka itu tidak beriman, maka Allah menghapus amalnya. Dan yang demikian itu mudah bagi Allah. ( 33 : 18-19)

Pahlawan kata kata ini ibarat seorang pahlawan yang senantiasa mengasah pedang agar tajam sentiasa, tetapi pabila tiba waktu malam dia melihat pedangnya itu dengan penuh rasa kesal kerana tiada seorang pun musuh di hadapannya untuk memperlihatkan kehebatannya.

Lantas, gurunya pun cuba menguji.
“ Wahai si pulan, kita telah diserang seekor serigala.”
Lantas, pahlawan ini bangkit dengan penuh ketakutan dan menggigil gigil dengan muka yang pucat. Sehingga keesokan harinya, dia masih lagi tidak mampu untuk melihat musuh.

Apatah lagi berhadapan dengannya !
Apabila si pengecut bersendirian di tengah medan,
Dia akan mencabar mengangkat senjata menuntut peperangan.

Whatever you say, you should worry about it.
And when you say more, absolutely you should worry more.

Sekian,
mylittlepencil
~yang berusaha menjaga kata katanya dan amalnya, inshaAllah !

p/s : boleh rujuk Risalah Imam Hassan Al-Banna di bahagian –Adakah kita golongan bekerja ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s