cakerawala dakwah (1)

“ Buat apa datang sini ? ”
“ Nak melawat anak jiran. Kenal di Malaysia lagi.”
“ Kalau awak nak melawat anak jiran takpe. Kalau nak sebarkan risalah dan lambang, kak nasihatkan tak payah la. Kami dah ada risalah sendiri. ”

“ Kalau ikut sejarah, kami dah lama dekat sini. Jemaah awak dah berapa lama ? Jemaah awak dah berapa lama ?  ”

Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang orang yang khusyuk, (iaitu) mereka yang yakin, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya. ( 2 : 45)

Ayat ini aku buat penahan kesakitan ketika waktu Maghrib.
Namun, selepas solat aku mengadu juga kepada ukhti yang menemani diri.

Apakah aduan aku kepada Allah tidak mencukupi sampai aku perlu mengadu kepada manusia pula ?
Kasihan padanya, sudahlah berpuasa…

Manakala yang seorang lagi, terdiam penuh muhasabah fikirku.
Dia nampak tenang luar dan dalam, berbeza dengan diriku…
Senyum sahaja.

“ Nak melawat anak jiran boleh, tapi kalau nak memecahbelahkan *****, kak tak nak tengok dah muka korang dekat sini.” Pesan seorang Muslimah ketika sekali lagi aku ditahan di tangga ketika menuruni tangga tempat aku melawat anak jiran di Malaysia….

Balasku ketika itu, “ InshaAllah kak.”

Dan di kala ini, aku terdiam membisu.
Agakanku  tepat mengena.

Malangnya, aku tidak bersedia untuk menghadapinya.
Sehinggalah sekarang, aku tergamam dan jauh termenung mengenangkan peristiwa yang telah terjadi.
Sampai ketika solat dan tanganku menadah doa, kekhusyukan terganggu.

Seringkali terjeda.
Aku memang sudah mengagaknya akan berlaku, namun hati masih lagi  bengkak.
Air mata tidak menitis, yang pasti kekesalan dan kecewa itu ada.

Aku tidak kecewa dengan mereka.
Aku kecewa dengan diri sendiri.

PERASAN  ATAU  PERASAAN ?
Perasan  atau  perasaan adalah dua hal yang cukup berbeza.
Malam itu, pulang sahaja ke rumah,
aku bertanya kepada diri sendiri.

“ Apakah aku ini perasan diduga dengan dugaan  hebat atau memang perasaan mudah melemah      begini ? ”

Sampai sekarang aku tidak punya jawapan.
Hati membisu tatkala diberi soalan.

Pastinya, jika kedua dua situasi menimpa aku, aku adalah seorang daie yang kalah.
Kalah dengan rasa riak dan takabbur, dek kerana perasan.
Kalah dengan diri sendiri, dek kerana terlalu lemah.

Aku hanya manusia.
Membawa dakwah menggunakan hati untuk memberinya kepada hati hati.
Pabila hatiku sendiri terusik, dakwahku akan menjadi terencat dan cacat.

Hati mula memberontak dalam diam.
Menutur kata benci juga dalam diam.
Fizikalku tenang, tetapi dalam penuh kecamuk.

Dan ketika ini aku kalah lagi !
Aku tidak mampu mempersembahkan husnul khuluq kepada mereka sebagai qudwah yang hasanah.
Dan kesabaranku melayang entah ke mana.

Tanganku tidaklah bertindak ingin memukul mereka,
dan suaraku tidaklah tinggi untuk menengking mereka.

Tetapi, malam itu senyuman dari hati ini susah sungguh untuk hadir.
“ Buat apa senyum pada orang yang menghina kita.”
Bisikku lagi dalam diam.

Namun, di sebelah sana,
kedengaran satu bisikan yang tidak berapa jelas…

Bukankah seorang mukmin itu wajar mempersembahkan kebaikan meskipun dia diberi keburukan ?
Bukankah seorang mukmin itu patut mengenang kebaikan dan melupakan segala kejahatan  seseorang kepadanya ?

Janganlah kalian memandang remeh kebaikan sedikitpun, meski kebaikan itu hanya berupa wajah yang berseri ketika bertemu dengan saudara kalian. (HR. Muslim)

Muhasabah.
Apa jua yang berlaku punya hikmahnya.

Mungkin kerana niat yang tidak sepenuhnya ikhlas.
Tawakkal kepada-Nya yang serba kekurangan.

Sungguh,  betapa Allah yang memegang hasil hasil dakwah ini.
Tangan  tangan kita tidak punya kuasa untuk menghambat mereka ke dalam jalan dakwah.
Allah sendiri yang akan menggerakkan hati hati mereka untuk mengenali dakwah ini.

Dan kita, hanya mampu untuk terus berusaha.
Dan terus berusaha tanpa memikirkan natijahnya.

Kerana, dakwah dan Islam  adalah harta dan milik-Nya.
Manakala  kita….

Wahai orang orang yang beriman ! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (47 : 7 )

hanya  penolong-Nya….yang teramat lemah

 

MEDAN DAKWAH : MEDAN PERTEMPURAN ?

Wahai orang orang yang beriman ! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, (ketika) menjadi saksi dengan  adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adil lah. Kerana (adil) itu lebih dekat dengan taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan. Allah telah menjanjikan kepada orang orang yang beriman dan beramal soleh, (bahawa) mereka akan mendapat ampunan dan pahala. (5: 8-9)

Isu  taadud (banyak) jemaah yang tiada sudah akhirnya.
Dari dulu sampai  sekarang, malah  mungkin bertahan sampai  akan datang.

Medan dakwah seolah menjadi medan pertempuran.
Masing masing berlumba untuk menuju kemenangan.

Sungguh, kemenangan yang tercela !
Bukannya kemenangan berjihad, tetapi kemenangan berperang mulut.

Sesiapa yang bertemu dengan Allah tanpa sebarang tanda jihad dia akan bertemu Allah dalam keadaan cacat. (HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Mana mana  jemaah yang sejarahnya sudah lama, jemaah itulah yang sepatutnya menang.
Mana mana jemaah  yang ahlinya paling ramai, jemaah tersebutlah  paling popular.

Beginikah  medan dakwah ?
Fahamanku, medan dakwah ini terlampau luasnya.

Kerana kebanjiran manusia yang tidak mengenali Islam ini sesyumulnya masih ada !
Apatah lagi yang mengenali dakwah ini.

Alangkah sedikitnya !
Dan mangsanya adalah mereka !

Saling bertikam lidah,
yang terbunuhnya bukan kita, tetapi mereka !

Mereka tidak berpeluang melihat Islam ini betapa indahnya dek kerana kita terlalu sibuk mencari masa untuk berjidal sana sini.
Mereka tidak berupaya untuk menjadi daie seperti kita dek kerana kita yang terlalu sibuk mencari titik pergaduhan daripada mencari mereka untuk menyampaikan kebenaran.
Aku malu pada mereka yang menyaksikan pergaduhan ini.
Dan betapa aku sangat kasihan kepada mereka.

DEMOKRASI  ATAU PAKSAAN ?

Bukankah dalam medan perniagaan wajarnya wujud persaingan yang sihat ?
Bergantung kepada pembeli untuk memilih mana yang mereka suka.

Di manakah hak seorang pengguna itu andai kita memaksanya untuk membeli apa yang kita jual ?
Berikan peluang kepada mereka untuk memilih dalam pilihan yang banyak ini.

Peluang kepada mereka untuk mengenal Islam dengan cara yang mereka sukai.
Dan barulah, saling menghormati antara para penjual itu akan terlahir dengan sendirinya.

Kenapa barangan ‘Islam’ ini terlalu banyak ?
Bukankah Islam yang diturunkan Allah ini hanya satu ?

Jawab saya,
Yes, Islam will remain as  The One and The Only One.
Yet, people have their own  style  they  prefer.

Lihat pereka pereka kasut terkemuka,
adakah mereka bertindak menutup syarikat mereka atau menyaman mana mana syarikat yang juga menjual kasut ?

Tidak.
Apa yang mereka lakukan adalah teruskan menjual kasut dengan jutaan rekaan untuk menarik hati pelanggan.
Syarikat mereka tidak pernah rugi, malah mereka terus menjual.

Begitu juga dengan jemaah jemaah dakwah yang ada.
Setiap satunya, punya keunikan dan cara pembawakan Islam dan dakwah yang tersendiri.

Wahai daie,
janganlah kau berada dalam medan dakwah ini andai sebenarnya niat kau hanyalah untuk menghina yang lain, mencela kekurangan dan membanding bandingkan, mempersoal segala jenis pertanyaan.

Medan dakwah  adalah medan amal.
Medan amal untuk semua.
Peluang yang diberi untuk beramal  hanya sekali,
maka beramal lah sepuasnya !

Andai dia seorang daie, pasti dia lah orang pertama yang menjauhi perkara yang sia sia !

Adakah kita masih layak digelar penolong penolong agama Allah andai di tangan tangan kita sendiri dakwah ini mati ?
Adakah kita masih layak digelar para dua’t  andai di tangan tangan kita sendiri dakwah ini mendapat fitnah dan cela ?

Sungguh, memilih jemaah mana juga adalah demokrasi.
Demokrasi yang lebih bebas.

Kebebasan yang untuk menyahut seruan Allah dengan kemampuan yang ada.
Bila kebebasan ini tercapai, barulah kebangkitan itu akan terdokong kuat berteraskan landasan dan asas yang kuat.

Wahai orang orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan Rasul-Nya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara perkara yang menjadikan hidup kamu sempurna, dan ketauhilah di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dihimpunkan. ( 8:24)

 

KEMENANGAN UNTUK MEREKA YANG BENAR

Allah berfirman, “ Inilah saat orang yang benar memperoleh manfaat dari kebenarannya. Mereka memperoleh syurga yang mengalir di bawahnya sungai sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada-Nya. Itulah kemenangan yang agung.” ( 5 : 119)

Saya tidak perlulah mengulas tentang tanggungjawab anda di atas muka bumi ini kerana anda sendiri mengetahuinya. Oleh itu,

Yakinlah,
ikhlaslah,
beramal lah,
dan nantikanlah akan tiba masa kemenangan.

Saat itu, hanya mereka inilah yang benar benar gembira  menerima pertolongan dari Allah.
Allah akan membantu sesiapa sahaja yang Dia kehendakinya.

Doa saya,
moga anda tergolong dalam kumpulan ini.
Serta moga rahmat dan keberkatan Allah sentiasa ada buat saudara dan saudari sekalian yang telah menyerahkan diri ke dalam jalan dakwah ini, inshaAllah !

 

********

Dan semangatku,
sukar  untuk ditafsirkan.

Aku masih lagi termenung memikirkan masa hadapan diriku dalam jalan dakwah.
Ini baru masalah luaran.

Masalah dalaman ?
Moga Allah jauhkan aku dan kamu semua dari golongan yang tercicir dalam jalan ini, inshaAllah !

 

“ Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah  negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.

Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru  dia berseru :
Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri.

Inilah  saya, anda pula siapa ? ”

-Imam Syahid Hassan Al-Banna-

 

Sekian,
mylittlepencil
~yang berharap hatinya sentiasa cinta pada jalan-Nya

Advertisements

One thought on “cakerawala dakwah (1)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s