dan apabila seorang daie itu bertunang

 

ehsan dari Google

” Aku ingin menjadikan kamu sebagai isteriku.”

Alhamdulillah.
Sudah selamat si lelaki meminang si perempuan.
Dan sudah selamat si perempuan menjadi tunangan si lelaki.

Selesai proses taaruf secara halal,
proses berjumpa dengan ahli keluarga untuk memetik bunga di taman,
inilah dinamakan pertunangan.

Hukum Islam didahulukan,
hukum adat diraikan.

Tidak dapat dinafikan, orang Melayu tidak dapat lari daripada adat-adatnya.
Mahu tidak mahu, terpaksa juga meraikannya.

Bergantunglah,
untuk meraikan adat itu secara besar-besaran atau secara sederhana.
Pastinya, haruslah hukum agama itu disempurnakan terlebih dahulu.

“Jangan samakan tunang dari segi adat dengan tunang dari segi syarak. Ramai di antara kita tahu tentang tunang dari segi adat; ada hantaran dan ada cincin. Sedangkan itu bukan syarat sah tunang. Cincin dalam pertunangan ibarat memakai jubah ketika solat. Ia bukanlah suatu kemestian untuk pakai jubah ketika solat, tetapi ia sudah jadi kebiasaaan. Itu sahaja. Tak ada jubah, tak bermakna tak sah solat.” – Rabie Rusdi (sumber: iluvislam.com)

 

Pertunangan adalah satu fasa sebelum melangkah ke arah taman keluarga Muslim.
Ia adalah satu bentuk komitmen yang belum pasti pengakhirannya.

Sama ada bernikah di akhirnya, ataupun terputus di tengah jalan.
Saya percaya, fatrah pertunangan ini adalah satu fatrah yang agak menyeksakan bagi mereka di luar sana,
apatah lagi seorang daie !

Di dalam fitrah inilah, seseorang itu perlu mengawal diri,
mengawal komunikasinya dengan tunangnya,
serta,
menerima hakikat bahawa mereka berdua adalah pasangan yang baru bertunang.

Selagi tidak terlafaz akad nikah,
hak batas ikhtilat antara lelaki dan perempuan masih lagi sama.
Bertunang tidak menghalalkan kesemuanya.

Cukuplah sekadar bertanya khabar,
memberitahu maklumat maklumat yang penting dan memberi nasihat.
Tidak perlulah memadu kasih dan asmara.

Jika mahu juga bertemu mata,
maka datanglah ke rumahnya.
Bertemu dia dengan ibu bapanya.

“Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada mahramnya.”

TUNANGAN DAKWAH

Semestinya, seorang daie itu tidak lari daripada fasa ini.
Menjadi tunangan dakwah wajarnya menjadikan kita ini berbeza daripada menjadi tunangan ‘biasa’.

Maka, kita tidak akan terlepas daripada fitnah fitnah manusia.
Sentiasa, manusia yang  berasal daripada keturunan Adam A.S ini tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan.

 

Lalu, bagaimana sepatutnya seorang daie itu berdisiplin dalam fasa dia menjadi tunangan orang ?

1. Mengawal rasa cemburu

Eh, orang lain upload gambar, aku pun nak upload jugalah. ”

Hal ini biasa berlaku.
Untuk seorang daie juga.

Tidak dapat dinafikan, kita rasa cemburu bukan melihat sesetengah orang meng’update’ status sebagai tunang orang.
Malah, bila kita sampai pada fasa yang sama, kita juga ingin berbuat demikian.

Lebih seronok, bila ‘laman internet’ seolah membenarkan segalanya.
Bebas untuk meletakkan seberapa banyak gambar.
Rakan-rakan pula menulis komen sepanjang panjang yang boleh.

Tetapi, pernahkah mereka terfikir yang tidak kurang juga ada yang cemburu melihat mereka begitu ?
Mungkin sahaja ada yang tertekan dalam keseronokan melihat anda bertunang.

Tidak dapat dinafikan, saya antara manusia yang tidak terlepas daripada hal ini.
Cemburu itu akan datang kerana saya seorang manusia biasa.
Puas juga memujuk diri untuk menyatakan bahawa keyakinan dan kebergantungan kepada Allah itu harus tinggi.

Rencana-Nya, itulah yang terbaik !
” Masa aku belum lagi tiba.”

Percayalah, rasa cemburu ini seolah mendatangkan rasa kejengkelan kepada hati orang lain.
Dan seterusnya, bila orang lain pula bertunang, mereka seolah membalas dendam kepada anda dek kerana rasa cemburu tadi.

Eleh, kau bertunang, aku pun bertunang jugak lah ! Tengok baju tunang aku, kuning striking tau ! ”

Saling berlawan antara satu sama lain.
Baju siapa lebih menyerlah,
pertunangan siapa lebih meriah.

Mohon saya, kasihanilah pada mereka mereka yang masih lagi menanti pasangan hidup mereka.
Mereka yang saban hari berdoa agar jodoh mereka tiba.
Mereka yang masih menghitung bilakah masanya untuk mereka punyai pasangan seperti anda sedangkan usianya telah pun lanjut.

Allahu Allah !
Hormatilah perasaan mereka.

Teringat saya pada satu kisah yang diceritakan oleh bekas naqibah saya satu ketika dahulu,

” Ada satu hari tu akak pergi daurah. Nampak lah seorang mak cik ni. Dia diam je tengok ragam akhawat semua. Akak pun pergi la borak-borak dengan dia. Lepas tu, akak pun tanyalah,
” Anak mak cik berapa orang ? ”  
” Korang tahu mak cik tu jawab apa ? ” tanya naqibah.

” Tak. ”  jawab kami anak anak usrahnya yang mendengar ketika itu.
” Anak mak cik ada beratus ratus orang.”

Then, barulah akak faham yang mak cik tu maksudkan anak anak dalam dakwah. Rupa-rupanya mak cik itu belum lagi berkahwin !
Akak rasa bersalah sangat sangat pada mak cik tu. Tapi mak cik tu senyum je pada akak yang bertanya. Dah lah sebenarnya mak cik tu yang jadi penyampai daurah time tu !

Kami yang mendengar juga tersentak. Kemudian, saya pula yang bertanya,
” Kak, mesti mak cik tu sangat kuat kan ? ” sambil saya pun berfikir akan betapa kuatnya mak cik tersebut.
” Dia sangat kuat [mylittlepencil].”

Kami yang masih terpana mula bergenang air mata.

Nah, kita tidak akan tahu keadaan orang di sekeliling kita bukan ?
Tanpa sedar, kita telahpun mengguris sedikit hatinya.

Sabda Nabi s.a.w: Mintalah pertolongan dalam memenuhi hajat-hajat secara sembunyi, kerana sesungguhnya setiap yang memiliki nikmat akan ada kedengkian(terhadapnya).
Riwayat At-Thabrani, disahihkan oleh Al-Albani di dalam kitab Sahih Al-Jami’ (no 943)

2. Mengawal maklumat pertunangan

Aduh, macamana akhawat boleh tahu pulak ni. Sampai ke ikhwah pun wish aku ni….masalah masalah….

Ya, terkadang rahsia bocor tanpa kita minta.
Tahu tahu sahaja, sudah ramai yang bergosip tentang hal kita yang telah menjadi tunangan orang.
Tidak cukup dengan itu, bertalu talu pula pertanyaan daripada kawan kawan tentang perihal tunang kita itu.

Maklumat terus tersebar dengan begitu meluas.
Pada mulanya, rasa seronok.
Tetapi akhirnya rasa malu juga.

Memang, kita tidak dapat mengawalnya.
Itu adalah qadha’ dan qadar Allah S.W.T.

Tetapi, yang mengecewakan saya adalah apabila rakan rakan dakwah sendiri yang berbuat begini.
Mereka yang sepatutnya faham, mereka yang sepatutnya menolong kita untuk menyimpan rahsia ini jika mereka tahu.

Sampaikan ada yang menegur saya,
Kemaruk juga orang orang yang ikut usrah ni nak bernikah ye.”

Dulu, tidak dapat dinafikan juga,
saya antara yang terlibat satu ketika dahulu.

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Meskipun hadis ini dhaif, dalilnya berstatus lemah,
namun boleh kita amalkan.

Ada juga pendapat dalam syarak yang mengharuskan dalam hal ini.
Segalanya bergantung pada pilihan anda.

Pilihlah yang terbaik kerana apa yang bakal terjadi adalah kesan daripada pilihan anda.
Percayalah, menghebah-hebahkan pertunangan tidaklah sampai tahap haram.
Dan hukumnya pun berbeza beza mengikut pandangan ulama’.

Merupakan satu kebaikan juga untuk memberitahu kepada orang ramai yang kita sudahpun bertunang.
” Maka, jangan kacau aku !

Satu bentuk perlindungan.
Tetapi, cukuplah memberitahu kepada yang bertanya, itu pun bukan secara terang terangan.
Bukanlah orang tidak boleh tahu langsung, mungkin sekadar ahli keluarga dan sahabat yang benar benar rapat.

Dan kepada yang selalu bertanya, janganlah memaksa si tunangan orang itu akan menceritakan segalanya kepada anda.
Kasihan padanya yang cuba untuk menjaga rahsia.
Bersabarlah, dan berdoa untuknya.
Tunggu sahaja jemputannya.

sekian,
mylittlepencil
~yang baru sahaja melepasi tarikh 1 September 2012 yang cukup digeruninya kerana ramai sahabatnya bernikah pada hari tersebut. 

Namun, hadiah dari Allah pada 1 September bertemu mata dengan 3 orang yang istimewa dalam hidupnya ternyata menggembirakannya.
Terima kasih kepada mereka.

Jangan risau, doa saya  sentiasa bersama akhawat semua !
Yang sudah berkahwin mahupun yang sudahpun selamat bertunang !

 

  • p/s : anda boleh merujuk segala sumber atau pendapat ulama’ yang lebih rajih dalam hal ini. entri ini sekadar pendapat dan  muhasabah diri saya sendiri yang mahu dikongsikan bersama.
  • p/s : jika saya berbuat demikian satu hari nanti, nasihatilah saya kembali.
  • p/s : saya ingin memohon maaf sekiranya saya pernah terlibat dalam hal hal yang saya sebutkan ini satu ketika dahulu kepada akhawat yang terkena dengan saya.
  • p/s : bangga dengan akhawat yang susah payah menjaga rahsia, baru saya rasa best  ‘suprised’ tu.
Advertisements

5 thoughts on “dan apabila seorang daie itu bertunang

  1. jazakillah khair atas perkongsian.
    Kuatnya mak cik yg ada beratus anak tu.
    Saya pnh ada pengalaman tersilap tanya soalan berkenaan anak pd pensyarah saya.. rupanya beliau pun blm bernikah lagi.. Semoga Allah memberikan kekuatan..

  2. Reblogged this on and commented:
    Dalam otak, sebenarnya terfikir “macamana agaknya ye perasaan seorang da’i yang bertunang?”
    Pagi ini masih belum dapat jawapannya, tp entri ni sgt bagus utk panduan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s