antara semalam dan hari ini (edisi Merdeka)

Bismillah.

Salam Jumaat.
Salam kemerdekaan kali yang ke-55.

Dalam sedar atau tidak, sudah 55 tahun negara kita  menyambut kemerdekaan.
Semakin tahun, semakin meriah sambutannya.
Setiap tahun, ditukar logo dan motonya.

Freedom is never voluntarily given by the oppressor; it must be demanded by the oppressed.
-Martin Luther King, Jr.

Pastinya, kemerdekaan bukan percuma.
Perlu usaha yang keras untuk mendapatkannya.

Kalaulah kemerdekaan itu terlampau senang untuk mendapatkannya, mungkin tidak akan wujud perkataan penjajah.
Dan jika kemerdekaan itu terlalu susah untuk mencapainya, mungkin tidak akan wujud istilah kemerdekaan.

Sayangnya, dalam keadaan merdekanya negara kita,
masih ada lagi negara negara yang dicengkam kuasa kuasa penjajah yang kejam.
Bukan sahaja merampas negara, malah jiwa rakyat di negara tersebut turut hancur dengan penjajahan mereka !

Identiti ummat Islam di negara negara yang dijajah seakan dirampas,
dan kini kita cenderung untuk mengikut telunjuk mereka.
Sampai hilang identiti dan jati diri kita sebagai seorang Muslim yang sebenar !

Hidup menggunakan Tamadun Barat kita akui lebih maju, lebih mengikut arus zaman.

Arus ini begitu cepat tersebar sampai mempengaruhi semua jenis lapisan masyarakat seluruh negara.
Tidak dapat tidak, kita terpaksa akui yang Tamadun ini berjaya menguasai hampir ke seluruh negara negara Islam.

Mereka menang di negara Islam itu sendiri !
Mereka lebih berjaya dalam lapangan yang sebenar !

Mereka berjaya mempengaruhi akal dan hati hati manusia.
Mereka berjaya mempengaruhi kegiatan harian manusia.

Namun, gerakan dakwah tetap hidup untuk terus menyelamatkan manusia.
Dasar dan ajaran Islam itu masih lagi kukuh.
Wujud kumpulan kumpulan mujahidin mempertahankan agama di negara negara mereka

Iman, itulah sumber utama tenaga mereka melawan penjajah !

Sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang orang kafir tidak suka (akan yang demikian) (At-taubah : 32)

Golongan penuntut kemerdekaan ini cukup yakin dan betapa kuatnya tekad mereka.
Melawan arus di kala semua manusia hanyut dengan arus dunia.

Mereka terus menjadi asing.
Hidupnya mereka hanyalah mengejar hidup yang mulia.
Matlamat mereka hanyalah syahid di jalan-Nya.

Mereka golongan yang sedar.
Mereka tidak duduk bermaharaja lela di muka bumi seperti para penjajah yang tidak jemu menindas dengan kuasa.

Kerana mereka sedar diri mereka adalah khalifatullah, hanya mewarisi bumi ini buat sementara.
Bumi ini ada tuan punya yang sentiasa menjaganya.

Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba Nya ( Al-A’raf : 128 )

Soalnya, adakah kita telah mewarisi bumi ini dengan baik,
atau tangan tangan kita sendiri yang merosakkannya ?

Wahai dua’t,
Sedarlah !

Dakwah kamu juga adalah salah satu bentuk kemerdekaan.
Kemerdekaan yang lebih hakiki.
Kemerdekaan yang lebih suci.

Dakwah bermula dengan memerdekakan diri kamu sendiri.
Kamu bebas untuk melaungkan seruan seruan agama.
Kamu bebas untuk menggunakan apa sahaja wahana yang membantu dakwah ini.

Pemikiran kamu mula beranjak.
Kamu mula melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik.
Kamu mula meninggalkan rutin rutin hidup yang membosankan.

Betapa indahnya pabila seorang manusia itu merdeka !

Kemudian, dakwah kamu terus bersambung dengan kemerdekaan manusia yang lain.
Kamu terus memandu mereka untuk menjadi seorang manusia yang bersifat hamba.

Kamu menggunakan pendekatan Al-Quran dan sunnah dalam memerdekakan masyarakat.
Sungguh, A-Quran merupakan pelan tindakan yang terbaik untuk berubah kerana ajaran Islam teramat bezanya berbanding ajaran ajaran yang lain.

Dasar Islam adalah dasar ketuhanan.
Jika seseorang itu berpegang pada ajaran Islam, ternyata dia akan menjadi seorang hamba yang Rabbani !
Secara tidak langsung, martabat dirinya terpelihara.

Dan…
Kamu terus berusaha memerdekakan hamba daripada jajahan jajahan duniawi.
Kemudian, dakwah kamu akan berterusan lagi.

Dan usaha kamu mencapai kemerdekaan ini terus bersambung.
Sampailah satu hari nanti kamu akan peroleh sebuah Dunia Islam.
Dunia Islam akan tertegak megah di hadapan kamu semua !

Allahuakbar !
Allahuakbar !
Allahuakbar !

Antara semalam dan hari ini.
Inilah nilai kemerdekaan yang sebenar.

A people without the knowledge of their past history, origin and culture is like a tree without roots.

Kemerdekaan tidak akan bermakna andai kita melupakan sejarah dan tidak belajar daripadanya.
Malah lebih teruk, jika kamu mendalami sejarah yang palsu, maka kemerdekaan yang bakal kau dapat juga palsu.

Bila kita memandang semula sejarah Tamadun Islam,
kemerdekaan itu telah kita kecapi tidak lama dulu.

Tanggal 1924, kemerdekaan kita dirampas kerana kesalahan kita sendiri.
Kelalaian terus melanda jiwa ummat Islam ketika itu.

Mereka lalai persis binatang ternak.
Bahkan, terus sesat.
Melakukan kesalahan tanpa rasa malu.

Ya, kerana yang dijajah sebenarnya adalah hati mereka !
Kerana itu Islam bangkit semula mengubati penyakit mereka yang terlampau nazak itu.

Sejarah ini merupakan pembalasan dari Allah kepada kita yang semakin melupai hakikat diri.
Daripada sejarah inilah kita mula belajar.

Kemerdekaan itu bukan percuma.
Datang kemerdekaan bersama tanggungjawab.

Wahai dua’t !
Allah mahu kita mewarisi tanggungjawab yang besar ini.
Allah mahu kita berusaha agar sinar dakwah ini terus terpancar menerangi kegelapan.
Bahkan,

Allah lah sebenarnya yang telah me’lahir’kan kamu untuk menjadi penolong penolong agama-Nya !
Kamulah yang terpilih itu untuk mendokong agama-Nya, menjalankan syariat-Nya, dan menegakkan semula negara-Nya !

Kita bukan sahaja penuntut kemerdekaan,
tetapi kitalah yang menggerakkan kemerdekaan ini.

Kita percaya dan yakin pada kebenaran.
Walau kita ditentang, kita tetap teguh berdiri.

Kita bukanlah burung yang terbang bebas.
Kita mahukan kemerdekaan sebagai seorang manusia.

Manusia yang punya matlamat dan bebas mengejarnya.
Dan kita tahu, dunia menaruh harapan kepada kita untuk membebaskannya.

Kemerdekaan hanya akan menjadi milik pemenang.
Selagi kita punya peluang untuk mewariskan dakwah ini pada generasi yang seterusnya, selagi itulah kita akan berjuang selama hayat yang ada.

Mulakanlah usaha untuk memerdekakan diri kamu sendiri kerana tugas pertama manusia untuk berubah adalah memikirkan dirinya sendiri terlebih dahulu.

Cukuplah sejarah lampau menghantui ummat manusia kini.
Bangkitlah, demi sebuah kemerdekaan.

Salam Kemerdekaan

sekian,
mylittlepencil
~yang memerdekakan dirinya di atas jalan dakwah ini.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s