krisis identiti

Bismillah.

Salam dakwah.
Salam Ramadhan Al-Mubarak.

Fasa terakhir dalam bulan Ramadhan.
Pecutan terakhir seorang mukmin pada bulan mulia ini.
Moga-moga kamu semua, dan aku bakal memperoleh lailatul qadar yang istimewa itu, inshaAllah.

*************

Sebelum ini, aku pernah menulis tentang entri daie berkepala dua.
Kali ini, aku ingin menulis tentang krisis identiti yang berlaku dalam kalangan ummah yang satu ini.

Ummah yang satu mendapat Islam yang satu.
Versi original daripada Allah S.W.T melalui Rasulullah S.A.W.
Dan agama ini hanyalah satu versi SAHAJA.

Fikirku, hanya manusia yang menjadikannya terlalu banyak versi.
Langsung, seolah menjadikan agama ini agama yang cetak rompak.
Pilih mana suka, buang mana benci.

Lalu, jadilah seorang Muslim yang bermasalah dalam identiti dirinya.
Alam ini sedang menyaksikan ragam-ragam berjuta insan yang memeluk agama Islam.
Setiap orang punya pemikiran dan pendapat masing-masing.

Tetapi tetap, agama Islam itu satu.
Hanya satu.
Tetapi tetap, kita akan berhadapan dengan terlalu banyak pembahagian.

Pembahagian mazhab.
Sunni dan syiah.

Ini contoh pembahagian yang besar.

Tetapi tetap, agama Islam ini satu.
Bagaimana satunya agama Islam ini ?

Muslim seluruh dunia.
Kita tidak akan dapat menafikan ikatan aqidah yang mengikat hubungan kita semua walau berlainan bangsa, negara bukan ?

Muslim seluruh dunia.
Berkongsi suka dan duka bersama.

Muslim seluruh dunia.
Berpuasa pada bulan yang sama.

Muslim seluruh dunia.
Menyembah Allah yang Ahad.

Muslim seluruh dunia.
Membaca kitabullah yang sama.

Islam agama yang satu ini menyatukan.
Menyatukan kita semua.
Memberi kita identiti yang sama.

I am proud being a Muslim.
Ini bukan slogan kata semata.

Kebanggaan kita bukanlah sekadar rasa dalam hati,
tetapi dibuktikan dengan amalan kerana betapa izzahnya kita pada agama ini !

Dan kita berada dalam agama ini bukanlah kerana rasa selamat, akan jauh dari api neraka,
tetapi kerana inilah agama yang terbukti kebenaran dan kesempurnaannya.

Muslim yang mempunyai krisis identiti adalah muslim yang tidak menerima Islam ini seadanya.
Tidak menerima Islam ini sepenuh hati mereka, seikhlasnya.

Dan apabila mereka tidak mampu untuk menerima agama ini seadanya,
mereka akan mula menjauh dari agama ini.

Dan mula menyelesakan agama ini untuk amalan diri sendiri.
Kerana itulah, terlalu ramai kita lihat orang memberi contoh-contoh pelik sebagai penganut agama Islam.

Benarlah kata seorang artis yang cukup popular,
Aku begitu bersyukur kerana aku menemui Islam sebelum ku temui ummat Islam”, Yusuf Islam (Cat Steven)

Apakah perbezaan antara beridentitikan Muslim dan berpesonalitikan Muslim ?
Identiti adalah aspek-aspek tertentu yang dapat menonjolakan keperibadian seseorang.
Lebih khusus, identiti adalah sifat-sifat  yg terdapat pada seseorang atau sesuatu yg secara keseluruhan memperkenalkannya atau mengasingkannya daripada yang lain.

Hakikatnya, memang susah untuk mendefinasikan kalimah identiti.

Lalu, pandang semula diri anda.
Adakah anda sedang menonjolkan identiti seorang Muslim ?
Dan bila mereka melihat anda, mereka dapat menyaksikan betapa bezanya orang Islam dan orang bukan Islam.

Dimensi identiti untuk seorang Muslim hanyalah di bawah lingkungan Islam semata,
meskipun terkadang identiti ini punya faktor yang mempengaruhinya.
Contohnya seperti pengalaman hidup seseorang dan kualiti.

Secara ringkasnya boleh saya katakan identiti ini adalah satu set ciri-ciri yang kurang stabil.
Untungnya kita, Islam menyempurnakan segalanya.
Ummah Islam punya identiti yang satu dan stabil.

Dapat aku merumuskan, tarbiyyah ini membina identiti-identiti Muslim yang mantap.
Mereka berjalan ke mana-mana,
mereka melaungkan suara di mana-mana,
mereka yang tidak bosan menyeru manusia ke jalan yang benar,

manusia akan berkata, “ itu orang Islam.
Mereka akan menunding jari kepada kita.

Dalam tarbiyyah, identiti kita sebagai seorang Muslim akan terus diperbaiki, akan terus meningkat dari satu tahap ke satu tahap yang lebih tinggi.
Semakin berkembangnya identiti Muslim dalam diri, kita akan melihat perbezaan yang begitu ketara.
Betapa bezanya diri aku yang dahulu dengan diri aku yang sekarang.”

Semakin berkembangnya identiti dalam diri, kita akan berasa lebih yakin dan bebas.
Menjadi seorang Muslim yang lebih unggul dan jujur.

Kerana itulah dalam tingkatan tarbiyyah kita, kita memulakan langkah sebagai individu Muslim.
Identiti seorang Muslim diajarkan kepada kita untuk mengelakkan berlakunya kecelaruan identiti.

Kita diberi asas yang kukuh sebelum dipengaruhi anasir-anasir luar.
Kita seolah tidak diberi peluang untuk mencorakkan identiti kita sendiri bukan ?

Ya, kerana jika kita yang mencorakannya sendiri tanpa panduan agama Islam,
kita akan menjadi seorang manusia yang tidak cinta pada agama ini.
Kita akan menjadi seorang manusia yang tidak yakin pada agama ini.

Malah, mungkin sahaja kita akan menjadi seorang manusia yang menyalahkan agama ini.
Naudzubillah !

Dengan identiti Muslim, kita menjadi duta kepada agama ini.
Mereka akan melihat Islam yang ada pada diri kita sebelum sempat bertanya kepada kita.
Identiti adalah qudwah hasanah terhampir yang mereka boleh lihat.

Lalu, apakah bukti mereka yang cukup selesa pada identiti seorang Muslim ini ?
Mereka amat tenang mengamalkan segala ajaran agama ini.

Ketenangan mereka datang dari dalam, hadiah dari Allah.
Hadiah kerana mereka tergolong dalam golongan al-qaanitiin (orang-orang yang taat).

(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram. (13 : 28)

Apakah tidak cukup hanya menggunakan identiti tanpa personaliti ?
Jawab aku :  tidak.

Personaliti adalah salah satu bahan publisiti yang menonjolkan diri sendiri.
Berpersonaliti menarik adalah satu daya tarik untuk kita mempromosi Islam kepada manusia yang lain.

Muslim yang beridentitikan Islam dan berpersonaliti menarik adalah satu formula yang amat berjaya aku kira.
Semacam satu kuasa yang amat kuat untuk memberi keyakinan kepada manusia mengenali Islam dengan lebih dekat.

Personaliti ini adalah hak milik setiap insan.
Maka, gunakan Islam untuk memperkembang personaliti yang ada.

DAIE & PERSONALITI

Jadilah figura yang menunjukkan Islam, bukanlah yang mempamerkan diri sendiri.
Tidak dapat dinafikan, ada golongan daei yang terkadang lupa akan hadaf dakwah mereka.

Menarik manusia ke arah diri mereka.
Mereka terlupa yang hakikat dakwah ini adalah untuk Allah semata.

Hasil-hasil yang datang dari gigihnya usaha mereka adalah rezeki dari Allah.
Bukan daripada diri mereka !

Mereka berasa berjasa kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah, ” Janganlah kamu berasa berjasa kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjukkan kamu kepada keimanan, jika kamu orang yang benar.” (49 : 17)

Dakwah bukanlah medan untuk menjadikan seorang daie itu lupa diri.
Sebaliknya, mengajar kita untuk semakin merendah diri.

Semakin kita dikurniakan nikmat yang terlampau banyaknya,
semakin kita menjadi hamba-hamba yang bersyukur.

Semakin banyak kita bekerja untuk agama ini,
semakin kita menjadi hamba yang sebenarnya terlalu banyak kelemahan !

KRISIS IDENTITI : RAMADHAN

Lalu, apabila seorang Muslim itu yakin dengan identitinya,
dia tidak akan menjadi hamba Ramadhan.

Hamba Ramadhan = bersungguh dalam amalan apabila Ramadhan sahaja.

“Sesiapa yang menyembah Ramadhan, sesungguhnya Ramadhan telah pergi. Sesiapa yang menyembah Allah, Allah kekal hidup abadi” -Dr Yusuf Al-Qardhawi

Hamba-hamba Ramadhan ini akan kelihatan pada bulan ini sahaja.
Bila perginya bulan ini, dia lesap menghilang entah ke mana !

Hamba-hamba Ramadhan adalah salah satu fenomena krisis identiti yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan ummat Islam.
Sewajarnya apabila seorang hamba itu benar-benar mentadabbur tentang Ramadhan ini, mereka akan menjadi hamba yang benar-benar rabbani.

Mereka akan meneruskan usaha menyemai jiwa dengan iman dan taqwa.
Usaha mereka tidak akan tamat pada bulan mulia ini.
Usaha mereka akan berterusan.

Ramadhan is about upgrading yourself till the next and next, 
For sure, you will keep upgrading until you die.

Ramadhan is not a quantity of time,
It is the quality of your time.

So, if you are not upgrading yourself,
Your time has no quality at all.

And if  you are being nice in Ramadhan only,
you are just being a great actor, not a truely Muslim.
Then, you don’t deserve  title ” proud to be a Muslim.”

sekian,
mylittlepencil
~sedang bermujahadah untuk menjadi hamba Rabbani

p/s : selamat memburu lailatul qadar !!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s