a tribute to Ramadhan

Bismillah.

Salam dakwah.
Salam Ramadhan.

Sekiannnya…….
Telah banyak hari dalam bulan Ramadhan yang berlalu.
Waktu akan terus berjalan, tanpa henti.
Detik akan terus bergerak sesaat demi sesaat.

Salahnya manusia bila dia tidak pandai menghargai waktu yang telah direzekikan kepada-Nya.
Dia tidak sedar dia sedang melalui proses hisab yang Maha Adil.

Ya, tidak menyedari kerana tidak nampak pada mata kasar.
Proses penghisaban itu menjadi rahsia, punya hijabnya.

Dan akan tersingkaplah hijab bila tiba masanya nanti.
Dan di ketika itu, kita mula dihantui rasa penyesalan yang teramat banyak.
Bila ditanya,

Apakah yang telah kau lakukan sepanjang waktu hidupmu ?

Proses penghisaban ini tidak akan ada tempat yang berkecuali,
waktu yang terlepas.

Pada bulan Ramadhan ini,
kita diberi peluang untuk membuktikan siapa diri kita yang sebenar.

Tanpa hasutan syaitan.
Tanpa bisikan-bisikan jahat mereka.

Diri kita sendiri.
Nafsu dan kehendak diri sendiri.

Indahkah corak bulan Ramadhan kita kali ini ?
Atau sama sahaja seperti waktu-waktu lainnya.

Waktu yang terbuang dan waktu yang terpakai.
Sama sahaja nilainya.

Andai kita fahami betapa masa itu perlu dihidupkan dengan amalan-amalan soleh kita.
Andai kita fahami betapa masa itu adalah sesuatu yang amat merugikan andai tidak dimanfaatkan.

Mengapa perlunya menghormati Ramadhan ?

Ramadhan bukan seperti bulan-bulan biasa.
Ya, semua orang tahu.

Tetapi hanya segelintir yang menyedari keistimewaannya dan berlumba-lumba ke arahnya.
Ada orang menganggap bulan ini bulan kerehatan.
Puasa dijadikan alasan untuk tidur sepanjang masa semacam budak kecil yang berpuasa !

Ada orang menganggap bulan ini satu tempoh di mana mereka perlu menjadi ‘malaikat sementara’.
Benda-benda jahat tidak boleh dilakukan pada bulan ini.
Nanti, apa orang kata,

Ish ish ish…bulan puasa ni…tak elok.”

Ada orang menganggap bulan ini satu tempoh tetap yang berkunjung setiap tahun untuk mengaut pahala sebanyaknya.
Maka, segala amal kebajikan yang tidak pernah dilakukan pada bulan-bulan lain, mula terlihat pada bulan ini.
Keluarlah pujian-pujian melata seluruh tempat.

Tuan haji tu bagus betul bersedeqah bulan ni. Bulan-bulan lain berkira bila orang minta sumbangan.”

Ada orang menganggap bulan puasa ini pesta makanan.
Segala makanan yang mahu dirasa, dibeli.
Segala makanan ini disumbat kedalam perut sampai penuh.

Undangan ke majlis-majlis berbuka puasa dipenuhi tanpa berkira.
Orang sudah menjemput, tidak elok jika tidak pergi.
Tetapi undangan-undangan Allah melalui azan seorang bilal di masjid-masjid atau surau-surau tidak pula diambil peduli.
Berkira lagi adalah !

Manusia oh manusia.
Inilah kita.
Gaya kita memberi sumbangan dan penghormatan kepada bulan Ramadhan.

Ramadhan berganti Ramadhan tetap sama.
Kesedaran terhadap Ramadhan masih tetap sama.
Apa yang berbeza ?

Usia yang semakin meningkat.
Ya, kita tidak menyedari ini.

Kita sedang menghadapi Ramadhan dalam usia yang semakin meningkat.
Tahun berganti tahun.

Mengapa tidak kita menganggap bulan Ramadhan ini seperti sambutan hari lahir kita yang saban tahun kita raikan ?
Kerana di hari lahirlah baru  kita akan menyedari, “ Oh, aku semakin tua.”

Anggap bulan Ramadhan ini seperti itu.
Akan lahirnya diri kamu yang baru,
Dalam ‘usia’ yang baru.

Diri kamu dalam fitrah yang lebih suci.
Diri kamu yang lebih berbuah imannya.

Maka, bila kita semakin meningkat usia,
seharusnya kita menyedari perjalanan kita ke alam barzakh semakin hampir.

Kini, aku ingin bertanya bagaimana usia Ramadhan kamu semua ?
Adakah seperti budak sekolah darjah satu ?
Atau seperti seorang alim yang telah berumur 60 tahun ?

Semakin banyak amalannya atau sama sahaja sejak mula berlatih puasa sewaktu tadika dahulu ?

Ya, usia kita semakin tua.
Dan usia Ramadhan juga semakin tua.

Cuba kira, telah berapa tahun usia Ramadhan diri anda ?
Dan dalam usia-usia Ramadhan itu berapa banyak pula yang anda betul-betul menyumbang kepadanya?

Setiap kali ‘aku’ bertemu dengan manusia, ‘aku’ gembira pada permulaannya.
Namun, ‘aku’ kecewa melihat penghujungnya…..

Inilah aduan bulan Ramadhan kepada kita.

Semakin kita tua, semakin kita penat.
Namun, tidak bagi seorang mukmin.

Semakin dia berusia, dia sepatutnya semakin kurang rehat.
Kerana tidak banyak lagi masanya.

Sudahlah masa muda dahulu dibazirkan.
Takkanlah di waktu tua begini aku masih leka.

Sudah-sudahlah atuk nenek, banyakkan sujud. Dah nak sampai seru !

Untungnya para mukminun dan mukminat,
istijab dari Allah sentiasa ada, sentiasa datang.

Cuma kita dengar dengan mata hati atau tidak.
Cuma kita menyahutnya atau tidak.

Bulan Ramadhan ini, bulan seruan kemuncak ruhiyyah kita semua.
Ramadhan seolah punya kuasa sakti yang mampu mengerah ruhiyyah kita untuk melakukan ibadah semaksimumnya.

Betapa istimewanya Ramadhan !
Keberkatannya, kerahmatannya.
Kekuatannya !

Lalu, di mana kita sepatutnya bermula ?
Kemahuan yang tinggi.
Kesetiaan yang sejati.
Pengorbanan yang agung.
Memahami prinsip.

Kesemua asas ini adalah berbentuk rohani.
Tanya ruh kamu.

Apakah kemahuan aku tinggi ?
Apakah  kesetiaan aku bertahan sampai ke akhirnya ?
Apakah pengorbanan aku telah mencukupi ?
Apakah prinsip diriku mudah goyah ?

Tanyalah apa jua soalan.
Pastikan kesemuanya terjawab.

Bukan soalan tanpa jawapan.
Dan bukan jawapan tanpa kepastian.

Aku pasti, jawapan setiap orang pasti berbeza-beza.
Dan aku tidak akan memperkecilkan jawapan kamu semua.
Harapanku cuma agar kamu semua manfaatkan  Ramadhan ini.

Ramadhan ini untuk semua.
Tetapi hadiahnya berbeza-beza untuk setiap manusia.

Inilah istimewanya Ramadhan.
Tarbiyyah Ramadhan buat diri kamu tidak sama dengan diriku.

Biasa.
Cara orang mencapai kemenangan itu berlainan walaupun matlamatnya sama.
Cuma pada akhirnya nanti, kita akan tahu siapa yang sempurna pada matlamatnya,
sempurna pada kemenangannya.

Sempurna pada usahanya.
Itu yang paling penting.

Usaha kita dalam menghidupkan Ramadhan yang masih berbaki ini.
Siangnya, malamnya.

The time is running out.
Have your time of life in Ramadhan before it’s too late.

“Ordinary people think merely how they will spend their time, a man of intellect tries to use it.” – Schopenhauer

Pastikan masa berpuas hati dengan diri kamu semua.
Dan pastikan bulan Ramadhan mendapat balasan daripada diri kita sebaiknya.

Ramadhan terlalu banyak menjanjikan banyak ganjaran pahala buat kita.
Kini, giliran kita untuk menyumbang segala tenaga, segala mujahadah.

Ingat, masa adalah guru terbaik kita dalam kehidupan.
Jangan kita menjadi pelajar yang terbunuh kerananya.

Didik diri untuk berlumba dengan masa.
“You delay, but time will not.” – Benjamin Franklin

Jadikan masa-masa lalu sebagai pengajaran.
Masa sekarang sebagai praktikal yang berjaya.
Dan masa depan sebagai satu harapan yang cerah.

Begitu juga Ramadhan.
Kerana Ramadhan juga satu tempoh masa bukan ?

Satu tempoh masa yang sebulan lamanya.
Dalam tiga puluh hari itu, belum tentu kita cemerlang dalam setiap hari,
setiap minit, setiap saatnya.

Bersyukurlah dengan setiap minit, setiap saat yang ada.
Bersyukur dengan hati yang benar-benar safa.

Bergerak dan melakukan perubahan adalah dua benda yang berbeza.

Bila anda bergerak, tidak semestinya anda melakukan perubahan.
Tetapi bila anda melakukan perubahan, pastinya anda sedang bergerak.
Bergerak ke satu destinasi yang lebih baik.

Maka, kalau anda hanya bergerak tetapi tidak ada perubahan,
bukankah pergerakan itu hanya satu pergerakan yang membazir ?

Mari, bergerak dan lakukan perubahan dalam Ramadhan.

sekian,
mylittlepencil
~enjoying her own Ramadhan in her own way, how about you ?

Advertisements

2 thoughts on “a tribute to Ramadhan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s