di langit Ramadhan itu

Bismillah.

Salam Ramadhan Al-Mubarak semua !
Sudah masuk minggu kedua kita berada di dalam bulan yang teramat mulia ini.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah !

jemput menyumbang di bulan mulia ini

 

Masih terasa kesegaran bulan Ramadhan ini.
Kalau dahulu, pada awalnya kita cukup liat untuk bangun bersahur.
Mungkin sekarang, kurang sedikit keliatannya.

Dan di langit Ramadhan itu,
kita menabur sejuta harapan.

Harapan untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini.
Harapan untuk mendapat malam Al-Qadr yang teramat mulia itu.

Setiap manusia, berbeza azamnya.
Berbeza hasilnya setelah berakhirnya bulan Ramadhan nanti.

Namun, kesemua diberi tempoh masa yang sama.
Mungkin berbeza dari segi waktu bersahur dan waktu berbuka.
Berbeza dari bilangan jam mereka berpuasa.

Hakikatnya, kesemua manusia di serata bumi ini yang beragama Islam menghadapi fatrah yang sama.
Fatrah Ramadhan.
Persoalannya, adakah kita benar-benar memanfaat keberadaan kita dalam bulan mulia ini ?
atau, kehadirannya persis bulan-bulan yang lainnya.

Di langit Ramadhan inilah,
sewajarnya nafsu kita untuk mengutip keampunan dan keredhaan-Nya meluap-luap.
Di langit Ramadhan inilah,
kita berusaha keras menelan segala nafsu amarah dan apa jua jenis nafsu yang tidak elok.
Bukannya, melahap makanan berbuka seolah tidak pernah berjumpa makanan 10 tahun !

Di langit Ramadhan inilah,
kita seolah diberi hadiah percuma.
Katakan apa sahaja jenis amal kebaikan, kesemua pahalanya digandakan !

Bulan ini untuk kita.
Kita yang bernama manusia.

Namun, siapakah manusia yang terbaik amalannya dalam bulan ini ?
Lalu, menghasilkan hamba yang terus istiqamah dalam  11 bulan yang seterusnya.

Kemudian, pabila datang lagi Ramadhan yang seterusnya,
iman dan taqwanya semakin memuncak.
Dan seterusnya, begitulah kitarannya.

Perubahan demi perubahan terus berlaku dengan jayanya.
Dia rela sepenuh hati menerima tarbiyyah Allah pada bulan Ramadhan ini.
Pengadilan Allah pada bulan ini antara Dia dan dirinya.

Dia yang Maha Memerhati akan terus melihat,
adakah kita akan berusaha sebaiknya ?

Demi menunjukkan betapa kita seronok dengan kedatangan Ramadhan yang cukup mendamaikan ini.
Bulan yang cukup merehatkan ruh ini.
Bulan yang cukup memberi tenaga untuk kuat mujahadah.

Cubaan demi cubaan mendatang.
Tidak akan pernah berhenti.
Namakan sahaja apa jenis dugaan, tiap-tiap manusia pasti terasa peritnya.
Percayalah, tidak selamanya akan diuji.
Meskipun tempohnya teramat panjang, tetapi Firdaus itu lebih abadi.

Jika kau gagal, ketahuilah,
Jahannam itu juga abadi !

Jadikan bulan-bulan Ramadhan yang lepas sebagai muhasabah.
Gali semua memori dan tanya pada diri,
” Apa yang tidak dapat ku capai pada Ramadhan yang lepas ? ”

Di langit Ramadhan itulah,
kita ambil peluang untuk bersujud lama pada-Nya,
memohon berjuta-juta doa pada-Nya.

Kau kena yakinkan diri, bahawa itulah yang Dia tunggu-tunggu.
Kata-kata aduanmu,
Kata-katamu yang penuh ketakutan dengan dosa-dosa lalu,
Kata-katamu yang gerun dan takjub dengan kebesaran-Nya.

Pandanglah langit Ramadhan itu dengan penuh jujur,
hati yang ikhlas.
Niat yang suci.

Setelah kau luruskan hati, kau luruskanlah anggota-anggota yang lain.
Agar ‘mereka’ menghormati bulan Ramadhan ini,
agar ‘mereka’ malu untuk melakukan kesalahan pada bulan ini,
agar ‘mereka’ menjadi saksi mulia kepada dirimu sendiri.

” Ya Allah, tangan inilah yang memegang Al-Quran di tengah malam menghayati ayat-ayat sucimu. ” 
” Ya Allah, mata inilah yang menjaga pandangan dari melihat perkara-perkara yang tidak perlu.”
” Ya Allah, lutut dan kepala inilah yang bersujud dalam solat sunat tarawih.”

Saat-saat ini, anggota yang bakal memberikan penyaksian kepada Allah Taala.
Mulut kita akan terdiam kaku.

Maka, marilah kita memberi suara-suara mulia untuk anggota kita bersuara di hari pengakhiran kelak !

Di langit Ramadhan inilah,
kita mengambil peluang untuk menjernihkan semula ruh yang mungkin telah lapuk.
Kita bentuk kembali dengan bentuk yang molek.
Beri latihan yang padat dan mantap, persis seorang atlit yang rajin ke gimnasium untuk membentuk tubuh badannya.

Ramadhan, time to shape our ruh !
It’s the time to full-filled your soul.

Udara kita bernafas masih sama.
Kita juga sedang memandang langit Ramadhan yang sama.
Apakah perjuangan kita diterima ?

Perjuangan seorang hamba dalam mempertingkat ketaqwaannya.
Perjuangan seorang manusia dalam menjaga amalannya.
Perjuangan seorang khalifah dalam memenuhi tanggungjawab kekhalifahannya.

Bagi aku,
Ramadhan ini fatrah untuk bersendirian.
Bersendirian mengenali diri sendiri.

Ketika inilah, baru kita mengenal diri kita sendiri.
Belang mula terpapar.
Di fatrah ini, kita hidup sebulan lamanya tanpa hasutan syaitan.
Segalanya tentang diri kita.

Bersendirian kita melakukan kesalahan, maka rajinkanlah untuk bersendirian pada malamnya memohon keampunan.

Untuk seorang daie,
tidak dapat dinafikan bulan ini bulan kemuncak mengumpul kekuatan.
Kekuatan untuk ruhnya yang sentiasa bergerak, sentiasa mengembleng tenaga.

Fatrah ini bukan fatrah biasa bagi dirinya.
Di ketika inilah, seorang daie itu perlu melazimi segala tarbiyyah yang diperolehnya seoptimumnya.

Di ketika inilah, seorang daie itu perlu banyak bermuhasabah tentang segala amalan dakwahnya.

Maka, apakah kita ingin melepaskan lagi peluang keemasan kali ini ?
Malah, mahu sahaja ditangguhkan pada Ramadhan yang akan datang.

Ingat, segala perubahan yang anda lakukan bukan untuk orang lain.
UNTUK DIRI ANDA SENDIRI !

DAN PERUBAHAN YANG BENAR-BENAR SUCI ADALAH PERUBAHAN IKHLAS KERANA ALLAH TAALA,
ITULAH SEBAIK-BAIK PERUBAHAN !

INSHAALLAH, AKAN BERTERUSAN.

Mohon pada Allah agar diberi cahaya dalam hati,
dan dihapuskan segala kegelapan yang ada.

Hanya ruh-ruh yang bertuah,
kakinya melangkah laju ke jannah kelak !

Hanya qalbun-qalbun yang salim,
bakal berjumpa dengan-Nya !

Salam Ramadhan.
Selamat maju jaya untuk semua !
Dan, selamat mengutip mutiara-mutiara Ramadhan.

sekian,
mylittlepencil yang juga ber’Ramadhan’ bersama semua !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s